BTC USD 38,408.1 Gold USD 1,800.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Proklamasi Darurat Malaysia hingga 1 Ogos

Adakah warga CG setuju lanjutan darurat ?

  • Ya

    Votes: 12 36.4%
  • Tidak

    Votes: 10 30.3%
  • Ya, sehingga kes covid turun

    Votes: 10 30.3%
  • Setelah vaksin, saya tak nak darurat

    Votes: 4 12.1%

  • Total voters
    33
  • This poll will close: .
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,557
Reaction score
2,864
Points
206
Jawatankuasa tolak darurat disambung: Khalid

1096892.jpg

SHAH ALAM - Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat membuat keputusan untuk menolak sebarang formula yang akan menyebabkan darurat disambung lagi.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya sedar bahawa kuasa yang lebih luas tidak boleh diberikan kepada mana-mana badan yang dibentuk di luar proses demokratik.

“Pada pandangan kami, pengisytiharan darurat telah gagal sepenuhnya. Kerajaan mendakwa bahawa objektif awal darurat tersebut adalah untuk menangani pandemik Covid-19 secara efektif dan mengekalkan kestabilan sosial.

“Jelas bahawa pandemik ini telah menjadi lebih membimbangkan dan ekonomi negara kini berada di ambang kelumpuhan selepas darurat diisytiharkan,” dakwanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebooknya pada Ahad.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pihaknya percaya bahawa darurat perlu ditamatkan dengan segera dan Parlimen perlu bersidang semula supaya sistem semak dan imbang institusi demokratik negara dikembalikan.

Beliau yang merupakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, jawatankuasa itu juga menghargai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar sudut pandang daripada ketua-ketua parti politik pemerintah dan pembangkang.

“Sebagai badan yang berkempen untuk menamatkan darurat, kami juga telah menyerahkan permohonan rasmi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 20 April lalu.

“Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mengutuskan sepucuk surat lagi bagi menyatakan hajat membentangkan memorandum bersama petisyen yang telah kami kumpulkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,327
Reaction score
4,043
Points
201
Kena buat vote baru dah..

Adakah warga CG setuju lanjutan darurat ?

A: Ya
B: Tidak
C: Ya, sehingga kes covid turun
D: Setelah vaksin, saya tak nak darurat
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,557
Reaction score
2,864
Points
206
Kena buat vote baru dah..

Adakah warga CG setuju lanjutan darurat ?

A: Ya
B: Tidak
C: Ya, sehingga kes covid turun
D: Setelah vaksin, saya tak nak darurat
tak boleh edit poll dengan soalan dan jawapan baru.
kena buat thread baru.
 
Sniper

Super Moderator
Staff member
Joined
Feb 26, 2006
Messages
6,058
Reaction score
733
Points
116
Result poll asal :

Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?​

854BB444-960B-4904-840F-80EB3DE2B82F.jpeg

k bro @kopirait aku dh tlg masukkan poll baru yer

tq bro @jaws_am aku dh mskkan poll baru ikut content cadangan poll ko yer

aku ltk poll close dlm masa 2 bln ok ek?
 
jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,327
Reaction score
4,043
Points
201
Result poll asal :

Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?​

854BB444-960B-4904-840F-80EB3DE2B82F.jpeg

k bro @kopirait aku dh tlg masukkan poll baru yer

tq bro @jaws_am aku dh mskkan poll baru ikut content cadangan poll ko yer

aku ltk poll close dlm masa 2 bln ok ek?

Terima kasih Boss..

Tp poll baru x clear data lama..

IMG_20210614_075310.jpg

Boss kena tgk balik, sama ada boleh clear data vote atau tidak..
 
Sniper

Super Moderator
Staff member
Joined
Feb 26, 2006
Messages
6,058
Reaction score
733
Points
116
Terima kasih Boss..

Tp poll baru x clear data lama..

IMG_20210614_075310.jpg

Boss kena tgk balik, sama ada boleh clear data vote atau tidak..
alamak sori bro rupenye kene delete entire poll gak

k bro dh wat blk

nmpknye kene vote blkla
 
zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,618
Reaction score
874
Points
81
jika tujuan utama darurat adalah untuk menangani covid, maka sy mengundi untuk tidak disambung..

1. darurat versi pn terbukti tidak menurunkan kes covid malah kes lebih tinggi dalam tempoh darurat
2. tanpa darurat versi pn, program vaksinasi tetap berjalan seperti biasa
3. darurat versi pn tidak dimanfaatkan sebaiknya malah memberi mudarat kepada ekonomi..

kesimpulannya, darurat pun tak macam darurat, dari perspektif untuk tangani covid, pengistiharaan darurat tidak memberi manfaat pun..

dari perspektif politik, darurat beri kelebihan utk pn bertahan sebagai kerajaan....yg gagal...
 
Aku setuju darurat ni x perlu jika kerajaan ada mejoriti.

Malangnya kerajaan xde mejoriti.

Darurat penting agar kita dpt pulihkan kes covid dan tentukan kerajaan baru berdasarkan undi semula wakil parlimen.

---

Selagi kes tak pulih, kita x mampu nk undi semula.

---

Untuk elak masalah mejoriti kerajaan PN dipersoalkan, maka sebaiknya darurat diteruskan sehingga kes covid kembali rendah dan terkawal melalui program vaksin dan sebagainya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register