InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721

SISTEM pengangkutan monorel atau tren tergantung dipercayai terpantas di China kini dibina di Qingdao. XINHUA/SHANGHAIIST
BEIJING 22 Julai – Penduduk China sememangnya terkenal dengan kreativiti mereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan baharu yang unik dan menarik.
Terbaharu, satu sistem pengangkutan monorel atau tren tergantung yang dipercayai terpantas di negara ini dibina di Qingdao.
Shanghaiist melaporkan, projek yang dibina hasil inisiatif syarikat gergasi kereta api China, CRRC Qingdao Sifang itu telah menjalani sesi ujian khas pada Khamis lalu.
Menurut jurutera syarikat terbabit, tren tergantung itu secara umumnya lebih murah, mesra alam dan tidak memakan masa yang panjang untuk dibina berbanding tren biasa
Jurutera itu turut menyifatkan sistem pengangkutan awam tersebut sebagai ‘pilihan yang sempurna’ untuk menikmati pemandangan menarik termasuk di kawasan yang bergunung-ganang di situ.
Dengan ketinggian hanya kira-kira lima meter dari paras tanah, tren itu dikatakan mampu mencapai kelajuan hingga 70 kilometer sejam (km/j) dengan membawa sehingga 510 penumpang dalam lima gerabak.
Kejayaan menghasilkan tren tersebut secara tidak langsung membolehkan China berada pada kedudukan ketiga dalam senarai negara dunia yang menguasai teknologi terbabit selepas Jerman dan Jepun terutamanya selepas penghasilan projek ‘tren pencakar langit’ yang kini beroperasi di Nanjing.
Dalam pada itu, umum menge*tahui bahawa tren yang terdapat di Qingdao itu bukanlah satu-satunya tren tergantung di China ketika ini.
Beberapa bulan lepas, tren tergantung pertama yang menggunakan konsep panda dilaporkan telah mula beroperasi di Chengdu.
Tren itu, bagaimanapun ha*nya mampu bergerak pada kelajuan 60 km/j sahaja.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-bina-monorel-tergantung-1.506040#ixzz4ndrRSv7A
© Utusan Melayu (M) Bhd
‘Tren terbang’ konsep baharu pengangkutan awam China
![]()
TREN terbang dengan kelajuan tiga kali ganda berbanding kereta api laju yang ada ketika ini bakal dibangunkan di China sebagai sistem pengangkutan masa depan. SUMBER DAILYMAIL.CO.UK
BEIJING 3 Sept. – Sebuah syarikat China bercadang untuk membangunkan ‘tren terbang’ yang mempunyai kelajuan tiga kali ganda berbanding kereta api laju yang ada ketika ini.
Menurut Industri dan Sains Aeroangkasa China, tren terbang itu akan mempunyai kelajuan 4,023 kilometer per jam.
Mail Online melaporkan, di bawah pelan pembinaan yang dicadangkan, kapsul tren tersebut akan terbang di dalam tiub yang mempunyai tekanan udara rendah.
Bagaimanapun, cadangan untuk membangunkan tren tersebut mendapat reaksi negatif daripada pakar pengangkutan dan pengguna internet di China.
Prof. Zhao Jian dari Universiti Pengangkutan Beijing berkata, tubuh manusia berkemungkinan tidak dapat menampung kelajuan tren berkenaan.
Jelasnya, manusia hanya boleh berdepan dengan kelajuan maksimum dalam tempoh pendek.
Seorang pengguna laman sosial Weibo menerusi status yang dimuat naiknya pula meminta kerajaan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terlebih dahulu sebelum membangunkan tren terbang.
Syarikat berkenaan bagaimanapun menegaskan bahawa pihak*nya yakin cadangan tersebut dapat dilaksanakan berikutan pengalaman dan kemampuan yang mereka ada dalam sektor teknologi, simulasi dan menguruskan banyak projek besar.
Jika dilaksanakan, tren tersebut akan menyaingi konsep Hyperloop iaitu tren tanpa roda dan digerakkan oleh udara pada kelajuan 1,126 kilometer sejam yang diperkenalkan oleh jurutera Elon Musk.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...engangkutan-awam-china-1.522535#ixzz4rjDV59i2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monorail prototype unveiled
Chinese rail car manufacturer CRRC Qingdao Sifang has unveiled a prototype of a mounted monorail train with a maximum operating speed of 70 kilometers per hour, the fastest of its kind in China.
Driven by a high-efficiency magnet motor, the experimental train runs along an overhead monorail.
The mounted monorail train is a rising new mode of transportation featuring light weight, moderate speed and low manufacturing cost.
Liu Yuwen, deputy head of the company's technology center, said the train can comprise three or five cars, with a passenger capacity of 300 to 510 people.
"The train has a strong climbing ability, with a maximum rise of 100 meters over a distance of 1,000 meters," Liu said. "The mounted monorail system is suitable for passenger transport in scenic areas, mountainous regions and urban areas where road traffic is heavy."
The train is built to the strictest European safety standards, with various safety devices, including a whole-train monitoring system that can help passengers escape in the event of danger.
The company, based in Qingdao, Shandong Province, is undertaking China's first overhead monorail project in Hancheng, Shaanxi Province. The construction of the line, which is designed to stretch 55 kilometers, began in November.
Wang Mengshu, a railway expert and academician at the Chinese Academy of Engineering in Beijing, applauded the breakthrough.
"Mounted monorail does not rely on land facilities, and is even immune from bad weather such as a big snowfall or frost. It should be an important part of China's urban transportation network," Wang said.
Moreover, it costs only about one-third of what a subway costs. Building one kilometer of subway or light rail generally costs 500 to 800 million yuan (US$74 million to 118 million).
China plans to complete more than 2,500 kilometers of rail transportation in major cities during the 13th Five-Year Plan (2016-2020), at an estimated cost of 1 trillion yuan.
"If one-fifth of the investment is put into mounted monorail projects, loads of money will be saved," Wang said.
http://china.org.cn/business/2017-07/25/content_41278267.htm
Last edited: