InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 53,444
- Reaction score
- 4,441
- Points
- 601
Polis menahan penunjuk perasaan ketika protes terhadap keputusan mahkamah mengarahkan pemimpin pembangkang Russia dipenjara hampir tiga tahun. - Foto AFP
Lebih 10,000 ditahan pada tunjuk perasaan Navalny
MOSCOW: Lebih 10,000 orang ditahan pada tunjuk perasaan di Russia baru-baru ini atas tindakan mereka menyokong pengkritik Kremlin, Alexei Navalny.
Bagaimanapun menurut pemerhati, ramai daripada mereka tidak mendapat layan sewajarnya ketika dalam tahanan polis.
Penyokong Navalny mengadakan tunjuk perasaan di jalanan sekitar bandar di seluruh negara pada hujung minggu secara berturut-turut bulan lalu, menuntut pembebasan Navalny dari tahanan dan mengecam undang-undang Kremlin.
Ratusan orang memenuhi jalan sekitar ibu negara, Moscow petang semalam, selepas Navalny, 44, diperintahkan di penjara hampir tiga tahun atas tuduhan lama.
Penunjuk perasaan di seluruh negara memprotes selama dua minggu lalu dengan lebih 10,000 orang ditahan polis, kata kumpulan OVD-Info yang memantau protes pembangkang, hari ini.
Tahanan ditahan berjam-jam 'dalam keadaan mengerikan dan sesak, tanpa makanan atau peluang untuk menggunakan bilik mandi', kata penganalisis OVD-Info, Grigory Durnovo kepada radio Ekho Moskvy.
Katanya, peguam daripada kumpulan itu memberikan bantuan perundangan percuma kepada penunjuk perasaan yang ditahan, yang mana ketika ini mereka tidak diberi akses ke pusat tahanan.
Navalny meminta warga Russia turun ke jalanan selepas dia ditahan bulan lalu ketika tiba di Moscow dari Jerman di mana dia pulih daripada keracunan oleh ejen saraf yang dicipta oleh Soviet.
Mahkamah di ibu negara semalam memutuskan dia mesti perlu menghabiskan masa dua tahun dan lapan bulan di penjara kerana melanggar syarat hukuman yang ditangguhkan pada 2014 atas tuduhan penipuan.
Polis dan penyiasat Russia terus mengeluarkan amaran terhadap penunjuk perasaan, mengancam penangkapan dan siasatan jenayah, untuk mencegah penunjuk perasaan daripada bergabung.
Selama dua minggu ini, beberapa sekutu dan pembantu Navalny juga ditahan di rumah sementara menunggu pertuduhan jenayah.
Penangkapan Navalny dan tindakan keras polis terhadap penunjuk perasaan mendapat kecaman oleh kumpulan hak asasi antarabangsa dan negara Barat, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. - AFP