BTC USD 60,154.2 Gold USD 1,743.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update Politik Russia&Putin | Putin lulus undang-undang lanjutkan kuasanya

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601
New sanctions against Russia over crackdown on protests | DW News

 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601

Kremlin critic Alexie Navalny has been moved to an undisclosed location outside Moscow and even his family have been kept uninformed of his whereabouts. According to his lawyer, it may be a prison camp.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601

US, EU impose sanctions on Russia over poisoning of Alexei Navalny
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601
russia_1615686790.jpg

Polis Russia menahan kira-kira 200 ahli politik dan wakil perbandaran bagi menyekat kritikan terhadap Kremlin. FOTO AFP

AS desak Russia tamatkan pencabulan kebebasan bersuara

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mendesak Russia menamatkan 'pencabulan kebebasan bersuara' susulan penahanan kira-kira 200 ahli politik pembangkang dan wakil perbandaran negara itu, semalam.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata penahanan besar-besaran ahli politik dan wakil perbandaran di negara itu sebagai satu tindakan yang amat meragukan.

"Kami menuntut sekatan kebebasan bersuara ditamatkan," katanya menerusi ciapan Twitter ketika pihak berkuasa Russia meningkatkan sekatan kritikan terhadap Kremlin menjelang pilihan raya parlimen negara itu.

Peserta dari lebih dari 50 wilayah di Russia berkumpul bagi membincangkan pilihan raya parlimen dan kerajaan tempatan pada September ini di forum anjuran kumpulan 'Open Russia', yang disokong pengkritik Kremlin, Mikhail Khodorkovsky.

Sejumlah aktivis yang ditahan mendakwa mereka dibebaskan semalam tetapi diperintahkan untuk hadir di mahkamah untuk pertuduhan.

Antara yang ditahan pihak berkuasa Russia adalah aktivis politik, Vladimir Kara-Murza dan Yuliya Galyamina.

Polis Russia dilaporkan menyerbu persidangan kumpulan terbabit semalam selepas pengkritik utama Presiden Vladimir Putin, Alexei Navalny dipenjara selama dua setengah tahun pada bulan lalu dan lebih 10,000 penunjuk perasaan ditahan di seluruh negara.

Ramai peserta ditahan polis kerana didapati tidak memakai pelitup muka selain dipercayai menyertai pertubuhan yang diisytiharkan tidak sah.

Forum perbandaran yang julung kali diadakan itu dianjurkan Demokrat Bersatu, projek yang turut mendapat sokongan Khodorkovsky.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601

Jailed Kremlin critic Alexei Navalny on Thursday accused Russian authorities of torture by depriving him of sleep in prison as his lawyer said his health has worsened with back pains and leg problems.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601

Putin lulus undang-undang lanjutkan kuasanya​

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam meluluskan undang-undang membolehkannya terus berkuasa selama dua penggal lagi sehingga 2036.

Menurut makluman di portal rasmi kerajaan, pemimpin berusia 68 tahun yang berkuasa selama lebih dua dekad itu sudah menandatangani undang-undang terbabit.

Putin mengusulkan rang undang-undang itu tahun lalu sebagai sebahagian daripada pindaan Perlembagaan, yang menerima sokongan padu ketika pengundian pada Julai lalu dan diluluskan ahli Parlimen bulan lalu.

Ia mengatur semula tempoh penggal presiden, membenarkan Putin untuk bertanding lagi dalam pilihan raya seterusnya selepas penggal pertama dan keduanya sekarang tamat pada 2024.

Putin pertama kali dilantik Presiden Russia pada 2000 dan berkhidmat dua penggal berturut-turut, masing-masing selama empat tahun.

Sekutunya, Dmitry Medvedev, menggantikannya pada 2008, yang dilihat pengkritik sebagai cara untuk melepasi syarat dalam Perlembagaan Russia yang mengehadkan jawatan setiap presiden kepada dua penggal berturut-turut.

Ketika memegang jawatan, Medvedev menandatangani rang undang-undang bagi melanjutkan penggal presiden kepada enam tahun, yang menyaksikan Putin kembali bertanding dan menang pada 2012 dan sekali lagi pada 2018.

Pengundi Russia mengundi secara sekali gus bagi meluluskan sejumlah pindaan Perlembagaan tahun lalu atas alasan mahu membendung penularan COVID-19 tetapi dikritik pembangkang sebagai muslihat Putin untuk terus berkuasa.

Pembangkang juga menuduh Putin mahu menjadi 'presiden sepanjang hayat' kerana beliau akan berusia 83 atau 84 tahun apabila bersara, sekiranya dilantik semula sebagai presiden untuk dua penggal lagi, sehingga 2036.


Undang-undang itu turut menetapkan syarat baharu bagi calon presiden iaitu berusia sekurang-kurangnya 35 tahun dan kekal menetap di Russia sekurang-kurangnya 25 tahun dan tidak pernah memiliki kewarganegaraan asing atau taraf penduduk tetap di mana-mana negara lain. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,441
Reaction score
4,441
Points
601

Russian President Vladimir Putin signed a law allowing him to run for two more terms in the Kremlin once his current term ends in 2024, a document posted on a government website showed on Monday.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register