Update: Plat F untuk Putrajaya dan V utk KL - DYMM Sultan Johor pemilik plat F1 & V1

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,863
Reaction score
21,011
Points
1,671
ALL mmg gila dorg membid
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,863
Reaction score
21,011
Points
1,671
result ALL







 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,462
Reaction score
11,438
Points
2,376

PENGARAH JPJ negeri, Zulkarnain Yasin (tengah) pada sidang media selepas merasmikan pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) negeri bagi siri nombor pendaftaran TCD 1 hingga 9999 di Ibu Pejabat JPJ negeri di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA
TTB sumbang bida tertinggi


KUALA TERENGGANU: Nombor pendaftaran TTB menyumbang hasil kutipan bidaan tertinggi RM2 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin, berkata nombor pendaftaran itu menarik minat 1,165 pembida dengan hanya 497 berjaya memperoleh nombor pendaftaran berkenaan.

Beliau berkata, nombor pendaftaran TTB 1 menyumbang kutipan hasil tertinggi iaitu sebanyak RM264,000.

“Nombor pendaftaran lain yang menyumbang kutipan bidaan tertinggi kepada JPJ negeri adalah TAY 1 (RM242,000) dan TBT 1 (RM240,000),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) negeri bagi siri nombor pendaftaran TCD 1 hingga 9999 di Ibu Pejabat JPJ negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pelaksanaan Kenderaan JPJ, Mohd Hafiz Shamsani Othman.

Zulkarnain berkata, jumlah keseluruhan kutipan hasil daripada pengeluaran tender nombor pendaftaran sepanjang tahun lalu ialah RM22.2 juta.

“Jumlah keseluruhan kutipan hasil itu diperoleh melalui tiga siri pembidaan nombor pendaftaran kenderaan. Nombor pendaftaran TBY memperoleh hasil keseluruhan berjumlah RM851,028, TCA (RM725,651) dan TCB (RM641,948),” katanya.

Mengulas hasil kutipan diperoleh tahun ini, Zulkarnain berkata, nombor pendaftaran TCC yang dikeluarkan April lalu mengutip bidaan berjumlah RM944,419.

“Kita jangkakan mampu memperoleh hasil antara RM800,000 dan RM1 juta melalui bidaan nombor pendaftaran TCD melalui JPJeBid dalam tempoh lima hari apabila bidaan dibuka mulai Khamis ini.

Beliau berkata, harga bidaan dalam sistem JPJeBid ditetapkan mengikut kadar minimum berdasarkan empat kategori seperti ditetapkan JPJ.

“Bagi nombor bernilai utama atau nombor emas, harga minimum ditetapkan ialah RM20,000 dan kenaikan bidaan pada kadar lima peratus.

“Bagi kategori nombor pendaftaran menarik iaitu dua digit, harga minimum ialah RM3,000 dan kenaikan bidaan adalah sebanyak RM150, manakala bagi nombor pendaftaran popular tiga digit, harga bidaan adalah RM800 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM40,” katanya.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register