Update: Plat F untuk Putrajaya dan V utk KL - DYMM Sultan Johor pemilik plat F1 & V1

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,548
Reaction score
1,961
Points
206
Bidaan KET bermula hari ini


ALOR SETAR: Kedah menjadi negeri pertama di luar Lembah Klang yang melaksanakan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian atau JPJeBid menerusi bidaan siri KET yang akan bermula hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, Kedah adalah lokasi ketiga pelaksanaan sistem berkenaan selepas Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Ini kali pertama sistem dilaksanakan di luar Lembah Klang menerusi pengenalan bidaan siri KET yang akan dibuka selama lima hari bermula 12 tengah malam esok (hari ini) sehingga 11.59 malam 15 Julai.

“JPJeBid juga akan menjadi perintis bagi bidaan nombor plat kenderaan dalam talian yang mana segala permohonan tidak lagi dilakukan di kaunter atau pejabat JPJ negeri.

“Malah, segala proses bidaan, bayaran dan ketetapan aplikasi serta akaun akan dilakukan secara telus dilunaskan menggunakan sama ada kad debit atau kredit,” katanya kepada pemberita di Pejabat JPJ Kedah, Jalan Suka Menanti, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi.

Katanya, pelaksanaan JPJeBid juga akan dilakukan secara berperingkat di negeri lain selepas ini.

“Selepas Kedah, kita menjangkakan akan meneruskan pelaksanaan sistem ini di Sabah, Pulau Pinang dan Johor.

“Bermula pada tahun hadapan, semua proses bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi setiap siri mengikut negeri masing-masing akan dilaksanakan sepenuhnya menggunakan sistem JPJeBid,” katanya.

Beliau berkata, selaras dengan kajian harga yang sudah dijalankan sejak awal tahun ini, harga minimum tempahan bagi empat kategori yang disediakan kepada orang ramai juga diselaraskan.

“Bagi kategori Nombor Bernilai Utama (Golden Numbers) ia berharga RM20,000, manakala bagi kategori Nombor Menarik (Attractive Numbers) bernilai RM3,000.

“Selain itu, RM800 dikenakan bagi mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran siri itu yang membabitkan kategori Nombor Popular (Popular Numbers) dan RM300 bagi Nombor Biasa (Running Numbers),” katanya.

Shaharuddin berkata, orang ramai boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran wajib Fi Perkhidmatan RM10 bagi setiap nombor yang dibida pada satu masa.

“Tiada sekatan untuk melakukan bidaan, namun setiap individu hanya layak memenangi maksimum tiga nombor kenderaan, manakala syarikat atau firma perniagaan hanya boleh memenangi tidak lebih daripada lima nombor kenderaan.

“JPJeBid menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

“Pembida boleh mengetahui kedudukan secara terkini (realtime) serta tiada unsur campur tangan manusia walaupun urusan berkenaan dipantau oleh kami,” katanya.

Beliau berkata, sistem JPJeBid dimulakan dengan pengenalan siri FC di Putrajaya diikuti siri VDN di Kuala Lumpur.

Orang ramai yang berminat membida siri KET boleh mengakses JPJeBid secara dalam talian menggunakan aplikasi JPJeBid atau portal https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/474284/bidaan-ket-bermula-hari-ini
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,548
Reaction score
1,961
Points
206
Johor lancar bidaan Siri JTR melalui JPJeBid


JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor melancarkan bidaan Siri JTR melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) bermula 21 Ogos ini.

Pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman berkata, bidaan yang dibuka selama lima hari pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 25 Ogos itu merupakan pertama kali dilaksanakan di JPJ Johor.

"Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang telah ditetapkan selain kenaikan bidaan minimum pada kadar lima peratus.

"Bagi kategori nombor bernilai utama, harga minima adalah RM20,000. Nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300)," katanya pada sidang media di JPJ Johor di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pelesenan Kenderaan, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus.

Razali berkata, kaedah pembayaran bidaan dalam JPJeBid adalah menggunakan kad kredit dan kad debit tempatan sahaja.

Katanya, pembida boleh membida seberapa banyak nombor diminati dengan bayaran fi perkhidmatan RM10 yang diwajibkan bagi setiap nombor dibida.

"Tiada sekatan untuk melakukan bidaan. Bagaimanapun setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan.

"Manakala bagi perniagaan atau syarikat adalah tidak melebihi lima nombor kenderaan sahaja," katanya.

Selain itu, katanya, JPJeBid menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

"Pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara 'realtime' dan tiada unsur-unsur campur tangan.

"Ia terbuka kepada warga Malaysia dan penduduk tempat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta perniagaan atau syarikat yang berdaftar," katanya.

Razali berkata, nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.

"Baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada umum untuk dibeli oleh orang awam mengikut harga minima ditetapkan.

"Bagi nombor bernilai utama, harga bayaran tawaran adalah RM20,000 diikuti nombor menarik dua digit(RM3,000), nombor menarik tiga digit (RM2,500) dan nombor menarik empat digit (RM2,000), nombor popular (RM500) dan nombor semasa (RM300)," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/arti.../Johor-lancar-bidaan-Siri-JTR-melalui-JPJeBid
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,548
Reaction score
1,961
Points
206
Plat VDV 8 berharga RM73,000



NOMBOR pendaftaran VDV 8 mencatatkan bidaan tertinggi dengan jumlah bidaan RM73,000 sejak siri itu dilancarkan 15 Ogos lalu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, siri nombor pendaftaran VDV berjaya mengumpul kutipan RM1.5 juta.

“Seramai 1,654 pembida terbabit dalam bidaan nombor pendaftaran siri VDV berkenaan.

“Nombor pendaftaran VDV 26 mendapat bidaan paling ramai iaitu 13 pembida, manakala bagi nombor pendaftaran VDV 88, VDV 99 dan VDV 77 masing-masing 12 pembida.

“Bagi nombor pendaftaran siri VDU yang dilancarkan 8 Ogos lalu, sebanyak RM1.06 juta kutipan berjaya dikutip dengan 727 pembida,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Setia dan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di JPJ Wangsa Maju, hari ini.

Ismail berkata, nombor pendaftaran siri seterusnya adalah VDW yang akan dilancarkan 5 September ini.

“Siri VDW akan ditutup pada 9 September dan tarikh keputusan diumumkan pada 10 September.

“JPJ sudah melaksanakan Sistem Bidaan Atas Talian (JPJeBid) yang bermula dengan siri VDN pada 21 Jun lalu,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/491080/plat-vdv-8-berharga-rm73000
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
CEEBAI dibida RM5,100



KUANTAN: Nombor pendaftaran CEE 7 dan CEE 9 mencatat bidaan tertinggi, masing-masing RM58,000 bagi siri itu melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) bermula 30 Ogos hingga 3 September lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Mohammad Abdullah, berkata bidaan kedua tertinggi ialah CEE 3 bernilai RM50,000, diikuti CEE 8 (RM44,444) dan CEE 5 (RM43,100).

Secara keseluruhan, beliau berkata, bidaan nombor pendaftaran siri CEE yang dibuka selama lima hari itu berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM1.024 juta.

“Seramai 904 pembida terbabit dalam bidaan nombor pendaftaran siri CEE itu, namun hanya 424 yang berjaya membida.

“Nombor pendaftaran CEE 96 mendapat bidaan paling ramai, iaitu 13 pembida, dengan harga tertinggi RM3,800, diikuti 12 pembida bagi CEE 11, CEE 33 (11) dan CEE 86 (10),” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPJ Pahang, di sini, hari ini.

Mohammad berkata, bidaan nombor pendaftaran siri CEE merekodkan jumlah kutipan tertinggi, setakat ini, termasuk meningkat 19 peratus berbanding RM895,940 bagi siri CED.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan JPJeBid membantu meningkatkan jumlah hasil kutipan berbanding sistem sebelum ini.

“Proses JPJeBid menawarkan ketelusan bermula dari transaksi pendaftaran hinggalah pembayaran dilakukan.

“Sistem ini juga membantu mempertingkat dan memperkemaskan pengurusan mengenai nombor pendaftaran,” katanya.


 

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Siri 'CEF' agak lagi menarik untuk dibida.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
e-Bidding ALL 19-23 Sept



IPOH 17 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan memulakan tempahan nombor pendaftaran kenderaan secara elektronik atau e-Bidding untuk bidaan bagi siri ALL bermula Khamis ini.


Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah berkata, bidaan nombor kenderaan baharu itu dibuka selama lima hari mulai 12 tengah malam pada 19 Setember sehingga 11.59 malam 23 September ini.

Katanya, bidaan tersebut terbuka kepada warga dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta perniagaan atau syarikat berdaftar.

"Bagi kategori nombor bernilai utama, harga minimum untuk bidaan adalah berjumlah RM20,000 manakala nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300) dengan kenaikan bidaan minimum lima peratus bagi semua kategori.

"Pembida boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran fi perkhidmatan sebanyak RM10 bagi setiap nombor yang dibida.

"Tiada sekatan untuk melakukan bidaan namun setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan manakala bagi perniagaan atau syarikat tidak melebihi lima nombor kenderaan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Perlesenan Kenderaan Ibu Pejabat JPJ, Mohd. Hafiz Shamsani Othman.

Menurut Severinus, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan pada kenderaan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan di Pejabat JPJ negeri atau cawangan.

Katanya, pihaknya menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1 juta melalui e-Bidding yang pertama kali dilaksanakan di negeri ini yang mana nombor pendaftaran ALL 1 dijangka mengutip bidaan berjumlah RM150,000.

"Nombor pendaftaran kenderaan yang paling popular di Perak setakat ini adalah AKU yang mencatatkan nilai bidaan sebanyak RM3.1 juta, ALA (RM1.16 juta) dan ALE (RM1.1 juta)," katanya.

Sementara itu, Mohd. Hafiz Shamsani memberitahu, jumlah keseluruhan hasil yang telah dikutip melalui pelaksanaan e-Bidding adalah sebanyak RM21.2 juta bagi 17 siri yang dibuka di lapan buah negeri.

"Kutipan tertinggi adalah siri FC (Putrajaya) yang berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM3.1 juta bagi 2,481 bilangan bidaan diikuti VDV (Kuala Lumpur) dengan jumlah hasil kutipan sebanyak RM1.5 juta," katanya.


 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,548
Reaction score
1,961
Points
206
Nombor plat ALL : JPJ Perak kutip RM3.4 juta



IPOH 24 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi siri nombor pendaftaran ALL selama lima hari bermula Khamis lepas sehingga semalam.

Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah, berkata ALL 1 menjadi nombor paling mahal dibida melalui pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) itu dengan bidaan tertinggi bernilai RM278,000.

“Bidaan kedua tertinggi merupakan nombor pendaftaran ALL 8 bernilai RM100,000, diikuti ALL 9 yang bernilai RM99,000 dan ALL 117 dengan nilai bidaan sebanyak RM45,000,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 80,327 orang telah mendaftar dalam sistem JPJeBid namun hanya seramai 3,317 orang yang membida bagi siri itu.

Katanya setiap nombor pendaftaran yang berjaya dibida harus didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan manakala baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada umum untuk dibeli orang awam.

JPJ Perak sebelum ini menyasarkan bidaan keseluruhan bagi siri ALL melebihi RM1 juta melalui pelaksanaan kali pertama JPJeBid di negeri ini.

Sebelum ini, siri nombor pendaftaran yang lepas yang dibida secara manual iaitu AKU mengutip RM3.1 juta dan merupakan kutipan tertinggi bagi JPJ Perak.

Selain itu, nilai bidaan dan jualan bagi siri ALA pula merekodkan RM1.6 juta diikuti ALE sebanyak RM1.1 juta.

- BERNAMA

 
  • Like
Reactions: TT

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,791
Reaction score
1,989
Points
201
ALL1171 siapa menang?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,785
Reaction score
11,456
Points
2,376


Jabatan Pengangkutan Jalan
Bidaan no plat PPD kutip hampir RM1.2 juta


BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang berjaya mengutip hampir RM1.2 juta bagi nombor pendaftaran PPD yang bermula sejak 19 September hingga Isnin lalu.

Bidaan nombor pendaftaran PPD adalah siri kedua menggunakan sistem atas talian iaitu ‘JPJeBid’ selepas siri PPC yang berjaya mengutip RM969,738.

JPJ negeri dalam satu kenyataan, berkata siri PPD dibuka untuk tempahan selama lima hari dengan merekodkan pembida tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan PPD1 pada harga RM120,000.

“Selain itu, antara yang mendapat bidaan tinggi adalah nombor pendaftaran PPD9 iaitu berharga RM53,888 dan menjadikan jumlah kutipan permohonan yang berjaya bagi siri PPD mencecah RM1,106,545.

“Bagi siri ini seramai 796 pembida melakukan bidaan dan daripada jumlah itu 376 berjaya membuat bidaan,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, JPJ tidak memaklumkan secara terperinci latar belakang semua pemilik nombor pendaftaran yang berjaya dalam siri itu.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register