InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,110
- Reaction score
- 4,421
- Points
- 601
Navalny (tengah) dikawal ketika dibawa keluar dari sebuah balai polis di Khimki, Moscow. - Foto EPA
Mahkamah Russia arah Navalny ditahan sehingga pertengahan Februari
MOSCOW: Mahkamah Russia semalam memerintahkan pemimpin pembangkang terkemuka Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari, dalam perbicaraan yang diatur selepas penangkapannya, kata pembantu.
Peguam Navalny, Vadim Kobzev, dalam ciapan dari ruang mahkamah sementara di sebuah balai polis memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan supaya Navalny ditahan selama 30 hari dari hari penangkapannya Ahad lalu.
Akaun Twitter peribadi Navalny juga mengumumkan keputusan itu seperti beberapa sekutu utamanya yang menganggap keputusan itu sebagai lelucon.
"Mereka menahannya di sempadan, membawanya ke tempat-tempat yang tidak diketahui, peguamnya tidak diberi akses, perbicaraan dilakukan segera di balai polis dan dia ditahan selama 30 hari," kata jurucakap Navalny, Kira Yarmysh.
"Malah, ini tidak boleh disebut parodi undang-undang."
Ruang perbicaraan diwujudkan di sebuah balai polis di Khimki di pinggir Moscow, di mana Navalny ditangkap secara dramatik di lapangan terbang yang mendorong kecaman dari Barat dan meminta pembebasannya segera.
Polis menangkap Navalny, lawan paling terkenal Presiden Vladimir Putin, di pos kawalan sempadan di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow, kurang sejam selepas beliau kembali ke Russia dari Jerman untuk pertama kalinya sejak diracun dengan agen saraf pada bulan Ogos. - AFP