Update Perkembangan Politik Russia&Putin | Is the Russian opposition finished?

CG Sponsors




fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,670
Reaction score
362
Points
141
Rusia pula yg akan kene sekatan..tanda2 perang tu mmg nampak dah sejak akhir2 ni..
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Russia denies producing Novichok | West spreading misinformation

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Rusia pula yg akan kene sekatan..tanda2 perang tu mmg nampak dah sejak akhir2 ni..
Adakah lagi 10thn dunia bakal gawat sebb negara2 besar berperang?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Kremlin critic Navalny's bank accounts frozen and apartment seized | Alexei Navalny | Russia


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601

EU to sanction Russian officials over Navalny poisoning: Report
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Polis Russia serbu rumah sekutu Navalny

MOSCOW: Sekutu Ketua Pembangkang Russia, Alexei Navalny, ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri, semalam.

Navalny ketika mengesahkan perkara itu berkata, polis melakukan penahanan berkenaan selepas beliau berjaya mendapat pengakuan daripada ejen perkhidmatan keselamatan mengenai cubaan untuk meracun dirinya.

"Hari ini, polis datang ke pangsapuri Lyubov Sobol pada jam 7 pagi," katanya.

Jurucakap Navalny, Kira Yarmyash dan Ivan Zhdanov pula berkata. mereka sehingga kini tidak dapat mengesan lokasi Sobol kerana telefon bimbit wanita berusia 33 tahun itu dimatikan.

Suami Sobol dan anak perempuannya bagaimanapun dibenarkan untuk keluar dari pangsapuri terbabit.

Navalny, 44, pada Isnin lalu mendedahkan bahawa beliau menyamar sebagai pegawai Majlis Keselamatan Kremlin dan berjaya mendapat pengakuan bersalah daripada pakar toksin yang berkhidmat dengan pasukan perisikan domestik, FSB, dikenali sebagai Konstantin Kudryavtsev.

Pengakuan itu mengenai cubaan memasukkan racun ejen saraf, Novichok rekaan Soviet yang diletakkan di dalam seluar dalam miliknya, pada Ogos lalu, bertujuan untuk membunuh Navalny.

Sobol dilaporkan berada di pangsapuri milik lelaki yang membuat pengakuan kepada Navalny, pada pagi Isnin lalu, sebelum wanita berkenaan ditahan selama enam jam di balai polis.

Mengulas perkara itu kepada AFP, Sobol khuatir bahawa dirinya bakal berdepan suatu penyiasatan jenayah oleh polis.

Sobol yang juga peguam sebelum ini pernah mengemukakan hasrat untuk bertanding di peringkat Parlimen, tahun depan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Navalny didakwa salahguna sumbangan sebanyak 356 juta rubel

MOSCOW: Penyiasat Russia membuka siasatan jenayah terhadap pengkritik Kremlin, Alexei Navalny dengan mendakwa individu itu menyalahguna sumbangan lebih 356 juta rubel (RM19.5 juta) kepada organisasinya untuk tujuan peribadi termasuk percutian di luar negara.

Jawatankuasa Siasatan yang terbabit dengan penyiasatan jenayah besar dalam satu kenyataan berkata, wang itu sebahagian daripada lebih 588 juta rubel (RM32.3 juta) yang dikumpulkan oleh Navalny secara eksklusif untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan, termasuk dana antirasuah.

Jawatankuasa itu menjelaskan Navalny menggunakan wang terbabit untuk meraih harta benda peribadi dan aset serta membayar perbelanjaan termasuk percutian ke luar negara.

"Dalam hal ini, dana yang dikutip dari masyarakat telah dicuri," kata jawatankuasa sambil menegaskan pihaknya membuka kes jenayah membabitkan penipuan pada skala yang sangat besar.

Tuduhan itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Navalny, 44, ketika ini sedang menjalani pemulihan akibat diracun ejen saraf Noivchok yang mana Moscow berulang kali menafikan dakwaan itu.

Dia yang juga pemimpin terkemuka pembangkang mendakwa agensi keselamatan utama iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) bertanggungjawab terhadap cubaan meracun dirinya atas arahan Presiden Vladimir Putin.

Semalam, Navalny menuduh siasatan terbaru ke atasnya direka oleh Putin.

"Baiklah, saya segera berkata bahawa mereka akan berusaha memasukkan saya ke penjara kerana saya tidak mati akibat keracunan itu," kata Navalny dalam hantaran yang dimuatnaik di Twitter.

Navalny sebelum ini pernah menghadapi tuduhan penipuan.

Pada Februari 2014, dia dituduh menipu dan terbabit dalam penggubahan wang haram sehingga terpaksa menghabiskan hampir setahun di bawah tahanan rumah sebelum hukuman itu digantung pada Disember tahun sama.

Tahun lalu, mahkamah tertinggi Eropah memutuskan Russia melanggar hak Navalny dengan kes itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Navalny ditahan sebaik tiba di Russia

MOSCOW: Polis semalam menahan ketua pembangkang Russia, Alexei Navalny sebaik beliau kembali dari Jerman sejak beberapa bulan lalu bagi mendapatkan rawatan susulan keracunan dialaminya pada tahun lalu.

Navalny ditahan di lapangan terbang Sheremetyevo dan pihaknya tidak dimaklumkan lokasi penahanannya.

Ketika ditemui pemberita di lapangan terbang berkenaan sebelum beliau ditahan, Navalny memaklumkan langsung tidak gentar kerana tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwa.

"Saya tidak takut... saya di pihak yang benar dan kesalahan jenayah itu adalah satu rekaan," katanya.

ementara itu, peguamnya, Olga Mikhailova memaklumkan beliau bukan sahaja tidak dibenarkan untuk menemani pemimpin itu, bahkan tidak diberitahu sebab penahanannya.

"Penahanan ini jelas bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, beberapa pihak termasuk Kesatuan Eropah (EU), pemimpin kanan Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan hak asasi iaitu Amnesty International (AI) turut mengecam tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Navalny.

Presiden Majlis EU, Charles Michel dalam ciapan di Twitternya berkata, penahanan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar.

"Saya menggesa pihak berkuasa Russia supaya segera membebaskan Navalny," katanya.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan turut menegaskan pemimpin itu tidak sepatutnya ditahan dan berharap pelbagai pihak yang bertanggungjawab melakukan pelbagai serangan terhadap Nalvany akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Navalny berkemungkinan akan dibicarakan di mahkamah atas dakwaan menyalahgunakan sumbangan derma berjumlah AS$4juta (RM16.19 juta).

Pada September tahun lalu, kerajaan Jerman memaklumkan hasil ujian makmal di Perancis dan Sweden mengesahkan pemimpin pembangkang itu sememangnya diracun ejen saraf Novichok.

Pengkritik dan aktivis antirasuah Kremlin yang berusia 44 tahun itu jatuh sakit selepas menaiki pesawat di Siberia bulan lalu dan dimasukkan ke hospital di sana sebelum diterbangkan ke Berlin.

Beliau juga pernah mengalami luka terbakar di bahagian mata pada 2017 apabila penyerang mencurahkan pewarna hijau yang digunakan sebagai pembasmi kuman dalam kejadian di luar pejabatnya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601

Russian police detained Kremlin critic Alexey Navalny at passport control after he flew home to Russia, his lawyer, the prison service and Reuters witnesses said.

It was the first time Navalny has been back home since he was poisoned last summer. His plane was diverted on Sunday to another Moscow airport at the last minute in an apparent effort by authorities to thwart journalists and supporters greeting him.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register