InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,110
- Reaction score
- 4,421
- Points
- 601
Nerve agent Novichok found in Russia's Alexey Navalny: Germany
Saintis sendiri Pon lari ke amarikaView attachment 286257
Alexei Navalny, yang sedang pulih dari keracunan di Berlin. - Foto AFP
Saintis Novichok mohon maaf kepada Navalny
MOSCOW: Seorang saintis yang terbabit dalam program rahsia Soviet untuk mencipta agen saraf Novichok memohon maaf kepada ahli politik pembangkang Russia Alexei Navalny, yang sedang pulih dari keracunan di Berlin.
Vil Mirzayanov, seorang ahli kimia yang pertama kali mendedahkan perkembangan Novichok, dalam wawancara dengan TV Rain Russia malam semalam, mengatakan dia ingin meminta maaf kepada Navalny selepas Jerman mengatakan bahawa ia menemukan 'bukti jelas' Navalny diracuni dengan Novichok.
Ahli politik pembangkang itu kelmarin menceritakan gejala teruk dialaminya selepas jatuh sakit dalam pesawat pada 20 Ogos, termasuk ketidakmampuan untuk membentuk kata-kata, mengatakan bahawa dia masih bergelut untuk menuangkan segelas air atau menggunakan telefon.
"Saya benar-benar memohon maaf kepada Navalny kerana saya mengambil bahagian dalam urusan jenayah ini, membangunkan bahan yang mana dia racun menggunakannya," kata Mirzayanov, yang kini tinggal di Amerika Syarikat dan menulis artikel pertama mengenai pembangunan Novichok pada awal 1990an.
Permohonan maafnya hadir tatkala saintis lain yang terbabit dalam program itu menafikan bahawa Navalny mungkin telah diracuni dengan Novichok.
Setakat ini, tiga saintis yang kini berusia 70-an, telah membuat kenyataan awam selepas berkhidmat dalam projek rahsia Soviet itu.
Mirzayanov meramalkan bahawa Navalny akhirnya akan pulih.
"Navalny hanya perlu bersabar tetapi pada akhirnya, dia seharusnya sihat," kata Mirzayanov, meramalkan pemulihan akan mengambil masa 'hampir setahun'. - AFP