BTC USD 61,138.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

10 hingga 20 peratus rakyat Thailand menderita 'Long COVID'

September 16, 2021 @ 10:43am

longcovi_1631760164.jpg


Seorang wanita bergambar dengan sepanduk bertulis 'Dos pertama, mudah,’ selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca COVID di Hospital Narathiwat, Thailand. - Foto AFP


BANGKOK: Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand (DMS) mendapati sekitar 10 hingga 20 peratus rakyat Thailand yang pulih daripada COVID-19 masih mengalami sindrom post COVID atau 'Long COVID'.

Pengarah Bahagian Berita Jabatan Penerangan Kementerian Luar, Pensom Lertsithichai, berkata gejala 'Long COVID' termasuk kelesuan, sakit otot dan kepala serta kemurungan berikutan tindak balas tubuh atau kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diberikan semasa rawatan.

Beliau berkata, faktor lain seperti usia, obesiti dan penggunaan steroid harian juga meningkatkan kelaziman gejala 'Long COVID'.

"Statistik menunjukkan pesakit masih menunjukkan gejala sehingga enam bulan ke setahun, tempoh untuk pulih mungkin berbeza bagi setiap individu.

"Gejalanya dapat diatasi dengan vaksin. Individu yang telah mendapat vaksin COVID-19 kurang berisiko mendapat 'Long COVID'. Oleh itu, setiap orang harus segera dapatkan vaksin, " katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, semalam.

'Long COVID' kekal sebagai antara satu aspek pandemik paling misteri.

Ketua Perubatan Institut Pulmonari DMS Thailand, Dr Piamlap Sangsayan, berkata sekitar 40 hingga 50 peratus pesakit COVID-19 di negara lain mengalami 'Long COVID'.

"Kadar yang rendah dalam kalangan warga Thailand mungkin disebabkan mereka yang mengalami gejala tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan selepas mereka pulih sepenuhnya," katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Sementara itu, Pensom berkata Thailand tidak akan menawarkan vaksin COVID-19 percuma kepada pelancong antarabangsa buat masa ini.

"Bekalan vaksin kita terhad. Namun, vaksinasi untuk warga asing yang menetap bagi tempoh jangka panjang di Thailand masih diteruskan," katanya.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatat 13,798 kes baharu COVID-19 dan 144 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara sebanyak 1,420,340 dan 14,765 kematian, sejak virus itu dikesan Januari tahun lalu. - BERNAMA


 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

Lebih 8,000 kes gelombang baru COVID-19 Singapura​


SINGAPURA: Sejak gelombang baru jangkitan COVID-19 dikesan pada 23 Ogos lalu, republik ini mencatatkan lebih 8,000 kes COVID-19.

Namun, pesakit tidak mengalami kesan teruk dengan lebih 98 peratus tidak mempunyai gejala atau bergejala ringan kerana kebanyakan mereka sudah disuntik vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, pada sidang media secara maya semalam, berkata hanya 10 daripada lebih 8,000 kes yang memerlukan rawatan unit rawatan rapi (ICU), dengan hanya tiga meninggal dunia.

"Tiada keraguan bahawa jika penduduk kita tidak tampil mendapatkan suntikan vaksin dalam jumlah besar, kita akan menyaksikan lebih banyak kematian sekarang dan sistem penjagaan kesihatan kita mungkin tidak mampu menampungnya.

"Bagaimanapun, kita sudah dapat menghindarinya kerana liputan inokulasi kita sangat tinggi," katanya.

Semalam, yang juga hari ke-26 gelombang semasa, Ye Kung berkata republik itu menjangkakan kes harian meningkat dua kali ganda setiap minggu, dari 100 hingga 200, menjadi 400 dan kemudian mencecah 800.

Namun sekarang, tambah beliau, kerajaan tidak menolak kemungkinan kitaran itu akan bertambah empat kali ganda.

"Jadi, saya fikir kita perlu bersiap sedia yang kita kemungkinan akan melepasi angka 1,000 tidak lama lagi dan itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan sebelum ini.

"Ini adalah sifat biasa gelombang jangkitan, yang lazimnya berlangsung antara empat hingga lapan minggu atau 30, 40, kadang-kadang 50 hari," katanya.

Ye Kung berkata, Singapura kini berada di landasan peralihan ke kehidupan kebiasaan baharu bersama COVID-19.

Tambah beliau, berdasarkan pelan peralihan empat tahap, Singapura berharap gelombang jangkitan dapat dilengahkan, tetapi ia muncul lebih awal terutama kerana varian Delta yang sangat mudah merebak.

"Kita akan mampu mengharunginya hanya selepas memberikan vaksin lengkap kepada kira-kira 80 peratus penduduk kita," katanya.

Jumlah keseluruhan di Singapura setakat ini ialah sebanyak 74,848 jangkitan dengan 5,538 kes aktif. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
nurse_1631940305.jpg


Ribuan jururawat keletihan, lesu di Filipina​


MANILA: Ribuan jururawat di Filipina dilaporkan mengalami keletihan melampau menjaga pesakit selepas rakan setugas mereka dijangkiti COVID-19 atau berhenti kerja.

Pengarah kejururawatan di Pusat Perubatan Lipa Medix di wilayah Batangas berkata, jururawat di tempat beliau bekerja kini letih dan mengalami kelesuan.

"Ketika pandemik mula menular, kami ada 200 jururawat tetapi pada bulan ini hanya tinggal 63 orang," katanya.

Beberapa minggu lalu, petugas kesihatan melancarkan protes membantah tidak menerima bayaran elaun termasuk elaun risiko jangkitan COVID-19.

Angka rasmi menunjukkan kira-kira 75,000 jururawat bertugas di hospital kerajaan dan swasta ketika ini tetapi jumlah sebenar diperlukan sekitar 109,000 orang.

Filipina kini merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, kebanyakannya akibat varian Delta dan jabatan kesihatan melaporkan jumlah jururawat yang bertugas tidak sampai 100,000 orang, mengakibatkan mereka terpaksa bekerja lebih masa dengan bayaran rendah mengikut kontrak jangka pendek.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Jururawat Filipina, Maristela Abenojar berkata, pandemik COVID-19 memburukkan lagi masalah kekurangan jururawat walaupun negara ini antara pengeksport petugas kesihatan terbesar di dunia.

"Kekurangan petugas yang kronik disebabkan gaji yang tidak setimpal. Sebahagian besar jururawat kontrak menerima gaji 22,000 peso tanpa elaun kecemasan. Mereka yang bekerja di sektor swasta menerima 8,000 peso," katanya.

Difahamkan, seorang jururawat baharu yang bekerja menerima gaji 33,575 peso atau AS$670 sebulan.

Pesatuan Hospital Swasta Filipina pula mendakwa, kira-kira 40 peratus jururawat di hospital swasta berhenti kerja sejak awal pandemik menular. - AFP
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
COVID-19 | England, Scotland Longgar Sekatan Perjalanan

England dan Scotland melonggarkan sekatan perjalanan sekali gus memudahkan kemasukan individu yang lengkap divaksinasi ke negara terbabit.

Malaysia bakal termasuk dalam senarai baharu 17 negara yang diiktiraf.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

COVID-19: ASEAN serah bantuan peralatan perubatan kepada Myanmar

September 17, 2021 @ 12:44pm

COVID-19_logo_1631853858.jpg


KUALA LUMPUR: ASEAN sudah menyerahkan bantuan peralatan perubatan bernilai AS$1.1 juta untuk diagihkan Persatuan Palang Merah Myanmar (MRCS), bagi membantu Myanmar memerangi penularan COVID-19.

Penyerahan bantuan itu adalah yang pertama bawah misi Bantuan Kemanusiaan ASEAN untuk Myanmar, susulan kesepakatan dicapai pada 18 Ogos lalu, menurut Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan dalam laman webnya: www.asean.org.

Menurutnya, bantuan itu adalah hasil sumbangan Kerajaan Indonesia, Filipina, Thailand, Turki dan Temasek Foundation International.

Dalam ucapannya, Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi, berkata inisiatif itu menunjukkan solidariti yang melambangkan semangat 'One ASEAN, One Response', sekali gus mencerminkan Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada negara dan pihak yang menyumbang, serta yakin bantuan itu dapat meringankan penderitaan rakyat Myanmar yang sedang menghadapi detik mencabar.

Jock Hoi menyeru negara lain turut serta dalam usaha kemanusiaan Fasa Satu itu bagi membolehkannya dilanjutkan kepada Fasa Dua.

Bantuan seterusnya untuk Fasa Satu dijangka disumbangkan oleh Brunei, Kemboja, Singapura dan Vietnam, bersama negara serta pertubuhan lain, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Duta Khas ASEAN ke Myanmar, Datuk Erywan Yusof, berkata pandemik COVID-19 adalah 'musuh bersama' yang bukan hanya menjejaskan struktur sosioekonomi tetapi juga kehidupan manusia.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus menyokong dan melengkapkan usaha ASEAN, kerana pemberian bantuan kemanusiaan adalah cerminan sebenar 'ASEAN Way' serta menunjukkan komitmen untuk membantu keluarga ASEAN ketika mereka memerlukan.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) serta wakil negara anggota ASEAN dan negara penderma telah menyertai majlis penyerahan sumbangan itu yang diadakan secara maya dari Sekretariat ASEAN di Jakarta pada Rabu lalu. – BERNAMA


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

COVID-19: Singapura lepasi 1,000 kes harian​


SINGAPURA: Singapura semalam merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 1,000 selepas tiga hari berturut kes meningkat di republik itu.

Sebanyak 1,009 kes baharu dicatatkan semalam, tertinggi dalam tempoh 17 bulan apabila merekodkan 1,037 kes pada 23 April tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, satu lagi kematian direkodkan membabitkan lelaki berusia 90 tahun yang belum divaksinasi serta mempunyai sejarah penyakit kanser, jantung dan pneumonia.

Lelaki terbabit disahkan positif COVID-19 pada 17 September lalu selepas dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan pada hari sama berikutan mempunyai gejala.

Singapura kini mencatatkan 60 kes kematian akibat COVID-19.

Daripada 1,009 kes baharu itu, 926 kes adalah jangkitan dalam komuniti sementara 78 lagi membabitkan penghuni asrama selain terdapat lima kes import.

Ketika ini 863 kes sedang dirawat di hospital dengan 105 pesakit yang mempunyai penyakit klinikal memerlukan bantuan oksigen dan 18 lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah pesakit kritikal itu, 100 daripadanya adalah individu berusia lebih 60 tahun.

Sejak 28 hari lalu, kira-kira 89.1 peratus adalah kes jangkitan tempatan tanpa gejala atau bergejala ringan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berkata, beberapa hospital awam memperlihatkan peningkatan bilangan pesakit dengan gejala jangkitan pernafasan akut ringan (ARI) yang datang mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.

"Oleh itu, mereka yang mempunyai gejala ringan disarankan tidak ke hospital tetapi sebaliknya, berjumpa dengan pengamal perubatan awam (GP) di klinik Swab and Send Home (SASH).

"Doktor SASH mampu menilai tahap serius gejala mereka dan melakukan ujian diagnostik COVID-19 apabila diperlukan untuk mengesahkan status pesakit," katanya. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
Hundreds of people conducted anti-lockdown protests in Australia. The lockdown was imposed in Australia amid a surge in Coronavirus cases.


 

yussv

Active Member
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Oct 18, 2008
Messages
2,497
Reaction score
427
Points
51
Hundreds of people conducted anti-lockdown protests in Australia. The lockdown was imposed in Australia amid a surge in Coronavirus cases.


Dgn mask xpkai.. mmg melambung la kes tu..lpas tu salahkn kerajaan.. 🤭
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

COVID-19: Hanoi kecilkan kawasan perintah berkurung

September 17, 2021 @ 2:44pm

COVID-19_logo_1631861048.jpg


HANOI: Hanoi akan mengecilkan kawasan dikenakan perintah berkurung susulan pandemik COVID-19, untuk memulihkan operasi pengeluaran dan aktiviti perniagaan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat, Nguyen Manh Quyen, dilaporkan berkata ibu kota ini tidak akan menguatkuasakan perintah berkurung berskala besar.

Bercakap pada satu mesyuarat membabitkan pelbagai pihak, semalam, beliau berkata, ia sebaliknya akan dilaksanakan pada skala terkecil bagi mengawal penularan COVID-19 secara berkesan.

Katanya, penguatkuasaan perintah berkurung itu juga akan mematuhi arahan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan.

Selain itu, beliau berkata, bandar ini akan sedaya upaya mewujudkan keadaan sewajarnya bagi memastikan pemulihan operasi pengeluaran dan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu kelangsungan hidup masyarakat.

Menurut pegawai, setakat semalam, bandar ini sudah melakukan ujian COVID-19 terhadap 85 peratus penduduknya sebagaimana dirancang, serta memvaksinasi 93.18 peratus populasi berumur 18 tahun dan ke atas.

Quyen juga meminta pihak berkuasa tempatan membuat perancangan memberi suntikan dos kedua mengikut rangka masa dicadangkan bagi setiap jenis vaksin.

Selain itu, menyediakan senarai individu mengikut setiap jenis vaksin supaya pihak pentadbiran bandar ini dapat membuat penyelarasan dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan pembekalan vaksin. - BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Sekolah untuk 77 juta pelajar masih ditutup akibat pandemik

September 17, 2021 @ 3:32pm

homework_1631863950.jpg


Gambar hiasan


NEW YORK: Sekolah untuk kira-kira 77 juta pelajar di enam negara, terus ditutup hampir 18 bulan disebabkan pandemik COVID-19, menurut analisis data terkini yang dikeluarkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), semalam, lapor Xinhua.

Enam negara berkenaan ialah Bangladesh, Kuwait, Panama, Filipina, Arab Saudi dan Venezuela.

Secara keseluruhan, kira-kira 131 juta pelajar di 11 negara telah ketinggalan lebih tiga perempat pembelajaran sejak pandemik bermula.

Hampir 27 peratus negara di seluruh dunia, terus menutup atau membuka sebahagian sesi persekolahan.

"Ketika kelas disambung semula di banyak negara serata dunia, berjuta-juta pelajar memasuki tahun akademik ketiga tanpa menjejakkan kaki ke kelas.

"Kerugian yang ditanggung pelajar kerana tidak berada di sekolah, tidak akan dapat dipulihkan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.

Penutupan sekolah menimbulkan krisis di luar pendidikan, seperti tidak mendapat makanan asas yang disediakan di sekolah dan vaksinasi rutin.

Kanak-kanak juga mengalami pengasingan sosial, peningkatan kerisauan dan terdedah kepada penderaan serta keganasan.
Menurut UNICEF, ada yang menjadi buruh kanak-kanak dan berkahwin bawah umur.

Sebilangan ibu bapa pula terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka untuk menjaga anak-anak dan membantu keperluan belajar, mendorong beberapa keluarga terjerumus ke jurang kemiskinan, sekali gus menambah krisis ekonomi.

Meskipun pembelajaran jarak jauh atau dari rumah kini menjadi kehidupan baharu jutaan pelajar sekolah, akses kepada teknologi dan kualiti kurikulum adalah tidak setara.

Pengalaman menunjukkan sekolah bukanlah penyebab utama penularan, dan pembelajaran bersemuka mungkin boleh dibuka, kata UNICEF.

"Sekolah perlu menjadi institusi terakhir yang ditutup dan yang pertama dibuka semula.

"Kita harus mula mengutamakan kepentingan terbaik untuk setiap kanak-kanak. Pelajar boleh kembali ke sekolah, kecuali jika keadaan sangat terancam," kata Fore. - BERNAMA


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register