BTC USD 42,834.8 Gold USD 1,750.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721





French people taking the streets en masse. My older sister just sent me this video, this is this morning in Nice, of city of less than 350,000 people…it’s not just the unvaccinated protesting but ALSO vaccinated people protesting against COERCION and UNLAWFUL discrimination.

 
Last edited:

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
25,023
Reaction score
68
Points
120
gila babas btol kt sana ..mujur tak kuar media kalo tak mmg nahas gomen skang...giler babas
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721
INDONESIA-HEALTH-VIRUS_1627210578.jpg


Indonesia tambah unit ICU bagi pesakit COVID-19​


JAKARTA: Indonesia sedang menyiapkan lebih banyak unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 selepas mencatat rekod kematian tinggi selama beberapa hari minggu lalu.

Ia juga sebagai persediaan awal sementara menunggu keputusan kerajaan sama ada mahu melanjutkan atau melonggarkan perintah sekatan ketat yang dijadualkan berakhir hari ini.

Republik itu kini bergelut dengan gelombang virus COVID-19 varian Delta, dan menjadi pusat pandemik coronavirus di Asia dengan hospital dilimpahi pesakit terutama di pulau Jawa yang berpenduduk padat.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan, dalam satu kenyataan berkata, jumlah kematian akibat Covid-19 yang terus meningkat di negara itu disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya ialah kerana hampir semua hospital penuh, pesakit mempunyai tahap oksigen rendah atau mangsa positif COVID-19 mati tanpa pengawasan ketika kuarantin kendiri.

Beliau, yang bertanggungjawab mengawasi tindak balas wabak di Jawa dan Bali, berkata kapasiti ICU akan ditambah di daerah melaporkan kematian tertinggi.

Pulau pelancongan terkenal, Bali, mengalami kekurangan tangki oksigen yang serius sejak kes meningkat mendadak kebelakangan ini.

Indonesia minggu lalu melaporkan kematian tertinggi dalam tempoh empat hari, yang terakhir berjumlah 1,566 kematian Jumaat lalu.

Statistik hari ini menunjukkan Indonesia merekodkan 3,127,826 kes jangkitan COVID-19 termasuk 82,013 kematian tetapi pakar kesihatan berpendapat angka sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Kurang tujuh peratus daripada 270 juta penduduknya divaksinasi sepenuhnya setakat ini, dengan negara terbesar di Asia Tenggara itu bergantung kepada vaksin dihasilkan Sinovac Biotech dari China.

Perdebatan sama ada mahu melonggarkan sekatan mengejutkan pakar kesihatan, yang bertegas masih terlalu awal untuk melakukannya manakala majikan memberi amaran akan berlaku pemberhentian kerja besar-besaran jika sekatan diteruskan.

Kerajaan dijadual mengadakan sidang akhbar pada hari ini tetapi belum ada sebarang perkembangan dimaklumkan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721
"We are going to be talking about the damage of lockdowns for decades to come. Will we try to bury it all, or will we think critically about what we did?"

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721

Singapore "cannot carry on with the current healthcare protocols (for COVID-19)", said Health Minister Ong Ye Kung in a ministerial statement in Parliament on Monday (Jul 26).

"They need to shift closer to how we treat influenza today, without extensive contact tracing and quarantine in dedicated facilities, and hospitalising only those who are very ill," he said, outlining the expected changes.

These include allowing some people with COVID-19 to go straight to community care facilities instead of hospitals.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721

Indonesia bakal longgarkan sekatan COVID-19​


JAKARTA: Perniagaan kecil dan beberapa pusat beli-belah di Indonesia boleh dibuka semula, sekalipun sekatan yang berkuat kuasa awal bulan ini bagi mengekang penularan COVID-19 bakal dilanjutkan.

Indonesia memaklumkan perkara itu, semalam, walaupun terdapat amaran bahawa pelonggaran sekatan berupaya mencetuskan satu lagi gelombang pandemik yang teruk.

Negara ini yang sedang bergelut dengan ancaman varian Delta, kini menggantikan India dan Brazil sebagai pusat perebakan wabak berkenaan pada peringkat dunia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, sekatan yang berkuat kuasa awal bulan ini, akan diteruskan hingga 2 Ogos depan.

Namun, beliau berkata, 'penyesuaian' akan dilakukan terhadap penutupan pasar raya, restoran, taman dan pejabat, termasuk di Jakarta, Jawa serta Pulau Bali.

Pasar tradisional, peniaga tepi jalan dan warung ialah antara perniagaan dibenarkan kembali beroperasi dengan pematuhan peraturan ditetapkan, hari ini, termasuk di kawasan paling terkesan dengan wabak COVID-19.

Pembukaan semula pasar raya dan masjid di kawasan yang kurang terjejas, akan turut dibenarkan dengan bilangan pengunjung dan waktu operasi terhad.

Kerajaan Indonesia menjelaskan, pejabat akan kekal tertakluk kepada arahan penutupan, setakat ini.

Sambil merujuk penurunan kadar jangkitan harian dan penggunaan katil pesakit di hospital, Widodo berkata, sebarang pelonggaran sekatan bagaimanapun akan dilakukan secara 'beransur-ansur serta berhati-hati.' - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721

COVID-19: Perintah berkurung di Ho Chi Minh City​


HANOI: Vietnam mengumumkan perintah berkurung di seluruh bandar raya Ho Chi Minh City bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut keputusan pihak berkuasa perbandaran, perintah itu berkuat kuasa dari 6 petang sehingga 6 pagi.

Semua aktiviti juga ditangguhkan ketika perintah berkurung kecuali untuk perkhidmatan perubatan kecemasan dan koordinasi aktiviti berhubung COVID-19, lapor Xinhua menurut laporan media VnExpress yang memetik pihak berkuasa.

Ho Chi Minh City menetapkan arahan penjarakan fizikal sejak 9 Julai, termasuk perintah duduk di rumah, tidak membenarkan perhimpunan lebih daripada dua orang, dan penangguhan operasi pengangkutan awam.

Setakat 7 malam semalam, bandar raya ini sudah melaporkan 60,425 kes COVID-19 sejak bermulanya penularan virus itu di Vietnam pada akhir April, menurut Kementerian Kesihatan negara itu. - BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register