BTC USD 32,189.1 Gold USD 1,803.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,945
Reaction score
13,543
Points
2,376
COVID-19 | Hospital Thailand Berdepan Krisis Kekurangan Katil

Hospital di sekitar Thailand yang menempatkan pesakit COVID-19 kini berdepan krisis kekurangan katil.

Menurut Ketua Pengarah Servis Perubatan, ketika ini pihaknya hanya mempunyai 20 katil yang dikhaskan untuk kegunaan kecemasan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,945
Reaction score
13,543
Points
2,376
COVID-19 | India Kesan Varian Baharu Dikenali Sebagai Delta Plus

Kementerian Kesihatan India mendedahkan kewujudan varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Delta Plus.

Ia merupakan versi Mutan Strain Delta.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,945
Reaction score
13,543
Points
2,376
COVID-19 | Situasi Di Indonesia Terus Membimbangkan

Indonesia terus catatkan peningkatan kes positif COVID-19 harian hari ini dengan 20,500 kes direkodkan yang juga capaian tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

COVID-19: Indonesia catat lebih 20,000 kes dalam 24 Jam​


JAKARTA: Indonesia mencatat lebih 20,000 kes COVID-19, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada Mac 2020.

Menurut data di akaun Twitter rasmi Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia @BPNB_Indonesia hari ini, 20,574 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah keseluruhan 2,053,995 kes.

Seramai 1,826,504 pesakit pulih, dan 355 lagi meninggal dunia - menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 55,949 orang.

Peningkatan kes baharu sejak seminggu lalu itu dikaitkan dengan aktiviti 'balik kampung' semasa Aidilfitri lalu, dan jangkitan membabitkan libatkan varian Delta. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

South Africa, the worst-hit country in the African continent, has entered a third COVID wave. New daily cases more than doubled over the past two weeks. In the province around Johannesburg, hospitals are already reaching their capacity.

Despite the rising numbers and low vaccination rates, the country still only has rather relaxed lockdown regulations in place.

More than a dozen nations are reporting the worst levels of infections. In Uganda, hospitals are already reaching capacity and oxygen is in short supply. The situation is becoming dire in many regions - are we seeing a repeat of the Indian tragedy in Africa?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Kes COVID-19 capai tahap tertinggi di Afrika - WHO​


NAIROBI: Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jumlah kes COVID-19 di Afrika kini pantas melonjak secara ketara.

Benua itu juga kini bergelut dengan gelombang ketiga yang menimbulkan ancaman besar terhadap infrastruktur kesihatan awam.

Pengarah Serantau WHO untuk Afrika, Matshidiso Moeti, berkata benua itu sedang mengalami lonjakan jangkitan berikutan pelonggaran langkah pencegahan, cuaca sejuk dan kemunculan varian baharu.

Beliau, dalam satu kenyataan, berkata gelombang ketiga menular lebih cepat dengan laporan peningkatan jumlah kes serta penyakit yang serius menimbulkan ancaman menjadi krisis paling buruk di Afrika.

Katanya, benua itu boleh membendung gelombang jangkitan ketiga jika ia mematuhi dengan ketat protokol kesihatan awam dan menjalankan program vaksin yang cepat.

Beberapa negara Afrika juga gagal melaksanakan kempen suntikan menggunakan bekalan vaksin daripada program COVAX di bawah naungan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (PBB).

Antara lain, masalah berlaku kerana kesangsian penduduk Afrika sendiri untuk mendapatkan suntikan dan isu logistik yang menyebabkan kebanyakan vaksin dibekalkan sudah hampir tarikh luput.

Malawi memusnahkan hampir 20,000 vaksin AstraZeneca yang sudah melepasi tarikh luput Mei lalu manakala DRC dan Sudan Selatan mengembalikan lebih dua juta dos suntikan kepada PBB bagi mengelakkan masalah sama.

Sementara itu, pihak berkuasa di Congo-Brazzaville pula risau dengan kekurangan sambutan terhadap hampir 100,000 dos vaksin buatan China yang akan mencapai tarikh luput Julai ini.

Statistik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC) menunjukkan benua itu mencatatkan 5,288,323 jangkitan termasuk 139,226 kematian semalam.

Setakat ini negara Afrika terhindar daripada bencana seperti dihadapi Brazil atau India, bagaimanapun kini ia muncul kembali pada tahap yang amat membimbangkan di sekurang-kurangnya 12 negara.

Kes di kebanyakan negara turut mencapai kemuncak tertinggi dalam tempoh hanya tiga minggu.

Lima negara termasuk Afrika Selatan, Maghribi, Tunisia, Mesir dan Ethiopia menyumbang 62 peratus daripada semua kes yang dilaporkan di benua itu berikutan tiga varian utama yang mendorong kenaikan mendadak kes jangkitan.

Moeti berkata, jangkitan coronavirus meningkat di Afrika dalam lima minggu terakhir sejak bermulanya gelombang ketiga pada 3 Mei lalu dan kenaikan 21 peratus boleh melengahkan usaha melandaikan lekukan.

Menurut Moeti, varian delta yang awalnya dilaporkan di India dikesan di 14 negara Afrika dan dalam sebulan terakhir, ia dikenal pasti dalam sebilangan besar sampel yang dikesan di Uganda dan Republik Demokratik Congo (DRC).

Tambah beliau, WHO mengerahkan pakar ke beberapa negara mengalami lonjakan yang belum pernah terjadi sebelumnya termasuk Uganda dan Zambia untuk meningkatkan langkah mitigasi termasuk diagnosis serta rawatan segera. - AGENSI
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register