BTC USD 39,770.8 Gold USD 1,815.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,279
Reaction score
5,170
Points
721

Top infectious disease expert Anthony S. Fauci on June 22 warned that the delta coronavirus variant was more transmissible and associated with "increased disease severity."
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,279
Reaction score
5,170
Points
721

Days after the G7 summit ended in Cornwall, the county is reporting a 2,500% rise in COVID cases. Did the world leaders & their entourage trigger the outbreak? Palki Sharma has a report.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,886
Reaction score
13,834
Points
2,376
COVID 19 | Jangkitan Terus Melonjak Di Indonesia, Meningkat 500 Peratus

Peningkatan jumlah kes kematian COVID-19 setiap hari di Indonesia ketika ini,

menyebabkan sukarelawan pengurusan jenazah 'tidak menang tangan' dan kepenatan.

Indonesia merekodkan 14,536 kes baharu COVID-19 pada Isnin ( 21 Jun 2021 ),

jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Angka itu menjadikan kes keseluruhan kini melepasi angka 2 juta.

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3 #Seantero

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,279
Reaction score
5,170
Points
721

Australia bergelut putuskan rantaian jangkitan COVID-19​

SYDNEY: Beberapa kes baharu COVID-19 dikesan di Sydney hari ini, ketika penularan jangkitan di Melbourne mula menurun, yang menggambarkan kesukaran dihadapi Australia untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak itu.

Seramai 10 individu disahkan positif COVID-19 di Sydney, menjadikan 21 kes keseluruhan dalam kluster yang pertama kali dikesan di kawasan Bondi Beach minggu lalu.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, berkata pihak berkuasa kesihatan menjangkakan penularan di bandar paling ramai penduduk di Australia itu akan terus meningkat dalam tempoh beberapa hari akan datang, membabitkan kes jangkitan di sebuah kafe dan pusat beli belah.

Bagi mengekang penularan itu, kerajaan Australia mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan premis perniagaan hampir di seluruh Sydney, namun tidak melaksanakan perintah berkurung.

Jangkitan itu dipercayai mula dikesan pada seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu kepada kru penerbangan antarabangsa, yang dijangkiti virus varian Delta, yang pertama kali dikesan di India.

"Kita perlu mengakui bahawa varian Delta… adalah pemenang pingat emas dalam kategori melompat daripada satu individu ke individu lain," kata Berejiklian kepada pemberita di Sydney.

Jangkitan baharu di Sydney itu dikesan ketika Melbourne yang memiliki lima juta penduduk, melonggarkan sekatan apabila kes baharu di bandar itu semakin berkurangan sejak beberapa hari lalu.

New Zealand dan beberapa negeri di Australia sudah menamatkan sekatan perjalanan yang dikenakan bulan lalu apabila puluhan kes COVID-19 dikesan di Melbourne, menyebabkan bandar itu dikenakan perintah berkurung selama dua minggu.

Canberra melaksanakan penutupan sempadan antarabangsa yang ketat sejak Mac tahun lalu, termasuk mengehadkan perjalanan rakyatnya untuk keluar dan masuk ke negara itu, dalam usaha mengekang kemasukan COVID-19.

Bagaimanapun, virus itu masih melepasi tempoh kuarantin di hotel, dan pakar kesihatan menjangkakan wabak itu akan berterusan sehinggalah sejumlah besar rakyat Australia divaksin.

Australia sudah memberikan 6.7 juta dos vaksin COVID-19 setakat ini berbanding 25 juta penduduknya, dengan hanya sejumlah kecil sudah menerima dua dos lengkap vaksin. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,279
Reaction score
5,170
Points
721

India kesan pula varian COVID-19 Delta Plus​


NEW DELHI: Kementerian Kesihatan India semalam memberi amaran kepada negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh mengenai varian COVID-19 baharu dikenali sebagai Delta Plus.


Menurut kenyataan kementerian itu, pihaknya turut merujuk varian COVID-19 Delta Plus itu sebagai varian membimbangkan (VOC), lapor agensi berita Xinhua.


"Berdasarkan penemuan baru-baru ini dari SARS-CoV-2 Genomic Consortia India (INSACOG), Kementerian Kesihatan memberi amaran dan menasihati pihak berkuasa di negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh mengenai varian COVID-19 Delta Plus di beberapa daerah di negeri berkenaan.


"Setiausaha Kesihatan sudah memaklumkan kepada ketiga-tiga negeri itu mengenai varian ini ditemui dalam sampel jujukan genom dari daerah Ratnagiri dan Jalgaon di Maharashtra; Palakkad dan Pathanamthitta di Kerala; dan daerah Bhopal dan Shivpuri di Madhya Pradesh," kata kenyataan itu.

INSACOG ditugaskan bukan hanya untuk mengesan penjujukan genom tetapi juga memberikan input tepat mengenai langkah tindak balas kesihatan awam yang sesuai untuk diguna pakai di negara itu.


Menurut kementerian itu lagi, INSACOG sudah memaklumkan bahawa varian COVID-19 Delta Plus yang pada ketika ini masih lagi di peringkat VOC, mempunyai ciri-ciri meningkatkan penularan, melekat lebih kuat kepada reseptor sel paru-paru dan mengurangkan potensi tindak balas antibodi monoklonal.


Varian COVID-19 Delta Plus, iaitu versi mutan strain Delta yang kali pertama dikesan di India, dijumpai dalam 22 kes di ketiga-tiga negeri berkenaan.


Pakar kesihatan awam di Maharashtra bimbang baha varian COVID-19 baharu itu berpotensi mencetuskan gelombang ketiga di India.


Varian Delta Plus dianggap sangat berjangkit dan cepat merebak.


Bagaimanapun, Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan India, Rajesh Bhushan, pula mendakwa varian COVID-19 baharu itu ia masih lagi dipanggil varian yang perlu diberi perhatian (VOI) dan bukan VOC. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,279
Reaction score
5,170
Points
721

Ramai golongan muda AS enggan divaksin​


WASHINGTON: Kadar vaksinasi golongan muda di Amerika Syarikat (AS) lebih rendah, sekali gus memperlahankan kadar capaian berbanding kumpulan umur lain, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, semalam.


Menurut kenyataan CDC, jika keadaan itu berterusan hingga Ogos, kadar capaian vaksin bagi golongan berusia 18 tahun hingga 29 tahun di AS tidak akan dicapai berbanding golongan dewasa dan warga emas.


CDC berkata, lebih banyak usaha diperlukan bagi mempertingkatkan kadar vaksinasi kepada golongan muda bagi mengurangkan kemasukan ke hospital atau kematian akibat COVID-19.


Menurut analisis kadar vaksin yang diterbitkan semalam dalam Laporan Morbiditi dan Kematian Mingguan CDC, daripada 57 peratus golongan dewasa Amerika yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 22 Mei, capaian paling tinggi adalah kalangan individu berusia 65 tahun ke atas sementara yang terendah pula, adalah golongan berusia 18 hingga 29 tahun,

Pemantauan itu berdasarkan data vaksinasi yang dilaporkan kepada agensi terbabit antara 14 Disember 2020 hingga 22 Mei lalu, lapor agensi berita CNA.


Menurut agensi itu yang memetik kaji selidik isi rumah yang dilakukan dari Mac hingga Mei yang lalu, menunjukkan golongan muda Amerika enggan mendapatkan vaksin kerana bimbang mengenai keselamatan dan keberkesanannya.


Menurut laporan itu, kadar vaksinasi terendah adalah membabitkan golongan berpendapatan rendah, golongan dewasa berkulit hitam berusia antara 18 hingga 39 tahun dengan tahap pendidikan rendah, tidak mempunyai insurans kesihatan dan tinggal di pinggir bandar besar.


Kaji selidik itu mendapati bahawa hampir satu daripada empat orang dewasa berusia antara 18 dan 39 tahun berkata, mereka mungkin atau pasti tidak akan diberi vaksin semasa tempoh tinjauan.


Program vaksinasi rakyat Amerika bermula Disember tahun lalu dan usaha awal itu ditumpukan kepada kumpulan berisiko tinggi tertentu seperti pekerja penjagaan kesihatan dan warga emas.


Ia kemudian diperluaskan ke golongan dewasa Amerika berusia 18 tahun ke atas, mulai 19 April lalu.


Dalam usaha membantu meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan orang muda, CDC turut melaporkan, kerajaan AS menawarkan program vaksinasi di tempat kerja, cuti berbayar untuk vaksinasi, mewujudkan pusat pemberian vaksinasi bergerak dan hadir terus tanpa janji temu ke klinik dengan waktu yang fleksibel. -AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,279
Reaction score
5,170
Points
721

Varian COVID-19 Delta ancaman terbesar AS​


WASHINGTON: Varian COVID-19 Delta yang kali pertama dikesan di India adalah ancaman terbesar terhadap usaha Amerika Syarikat (AS) membasmi pandemik itu di seluruh negara.


Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci pada sidang media semalam, mengakui penyebaran virus COVID-19 varian itu bukan saja membawa ancaman lebih besar berbanding varian asal COVID-19 tetapi juga meningkatkan kesan simptom terhadap pesakit.


Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini turut mengakui varian COVID-19 Delta menjadi versi penyakit global yang dominan.


Fauci berkata, vaksin yang dibenarkan di AS, termasuk vaksin Pfizer-BioNTech bagaimanapun berkesan terhadap varian baharu COVID-19, lapor agensi berita CNA.

Sementara itu, Penasihat Kanan Rumah Putih COVID-19, Jeffrey Zients berkata, AS diramal gagal mencapai sasaran memberikan vaksinisasi COVID-19 kepada 70 peratus orang dewasa menjelang 4 Julai ini dan berkemungkinan memerlukan tambahan beberapa minggu bagi mencapai sasaran itu.


Beliau menjangkakan 70 peratus golongan dewasa berusia lebih daripada 27 tahun akan menerima sekurang-kurangnya satu dos pada 4 Julai.


Lebih daripada 150 juta rakyat AS atau lebih 45 peratus sudah divaksinasi sepenuhnya, menurut data Persekutuan yang dikemas kini sehingga kelmarin.


Varian COVID-19 Delta menyumbang kepada peningkatan kes positif yang teruk di India pada April dan Mei lalu, hingga mengakibatkan negara itu tidak dapat menampung perkhidmatan kesihatannya serta membunuh ribuan orang. - AGENSI
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,298
Reaction score
1,587
Points
156

Australia bergelut putuskan rantaian jangkitan COVID-19​

SYDNEY: Beberapa kes baharu COVID-19 dikesan di Sydney hari ini, ketika penularan jangkitan di Melbourne mula menurun, yang menggambarkan kesukaran dihadapi Australia untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak itu.

Seramai 10 individu disahkan positif COVID-19 di Sydney, menjadikan 21 kes keseluruhan dalam kluster yang pertama kali dikesan di kawasan Bondi Beach minggu lalu.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, berkata pihak berkuasa kesihatan menjangkakan penularan di bandar paling ramai penduduk di Australia itu akan terus meningkat dalam tempoh beberapa hari akan datang, membabitkan kes jangkitan di sebuah kafe dan pusat beli belah.

Bagi mengekang penularan itu, kerajaan Australia mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan premis perniagaan hampir di seluruh Sydney, namun tidak melaksanakan perintah berkurung.

Jangkitan itu dipercayai mula dikesan pada seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu kepada kru penerbangan antarabangsa, yang dijangkiti virus varian Delta, yang pertama kali dikesan di India.

"Kita perlu mengakui bahawa varian Delta… adalah pemenang pingat emas dalam kategori melompat daripada satu individu ke individu lain," kata Berejiklian kepada pemberita di Sydney.

Jangkitan baharu di Sydney itu dikesan ketika Melbourne yang memiliki lima juta penduduk, melonggarkan sekatan apabila kes baharu di bandar itu semakin berkurangan sejak beberapa hari lalu.

New Zealand dan beberapa negeri di Australia sudah menamatkan sekatan perjalanan yang dikenakan bulan lalu apabila puluhan kes COVID-19 dikesan di Melbourne, menyebabkan bandar itu dikenakan perintah berkurung selama dua minggu.

Canberra melaksanakan penutupan sempadan antarabangsa yang ketat sejak Mac tahun lalu, termasuk mengehadkan perjalanan rakyatnya untuk keluar dan masuk ke negara itu, dalam usaha mengekang kemasukan COVID-19.

Bagaimanapun, virus itu masih melepasi tempoh kuarantin di hotel, dan pakar kesihatan menjangkakan wabak itu akan berterusan sehinggalah sejumlah besar rakyat Australia divaksin.

Australia sudah memberikan 6.7 juta dos vaksin COVID-19 setakat ini berbanding 25 juta penduduknya, dengan hanya sejumlah kecil sudah menerima dua dos lengkap vaksin. - AFP
Bila orang kata banyak negara sedang tenat lawan varian Delta ni, ada yang kata Malaysia paling teruk kat dunia.
Aus dan NZ pun masih delima nak operation seperti biasa.
Tak nak pulak kata kerajaan Aus/NZ kerajaan gagal.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,279
Reaction score
5,170
Points
721

Penduduk Sydney dilarang rentas negeri​


SYDNEY: Penduduk bandar raya itu dilarang rentas negeri selepas pihak berkuasa Australia berusaha memutuskan penularan pandemik COVID-19 varian Delta ke wilayah lain.


Lebih daripada 30 orang dijangkiti wabak itu sejak kluster itu dikesan di kawasan Pantai Bondi, dekat sini, minggu lalu.


Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengumumkan sekatan baharu akan dilaksanakan minggu hadapan, termasuk larangan perjalanan yang tidak penting keluar dari Sydney dan mengehadkan perjumpaan sosial.


"Lebih lima juta penduduk Sydney akan dikenakan sekatan perjalanan termasuk di tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan yang dikesan berlakunya penularan kes COVID-19," katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menguatkuasakan penutupan restoran dan bar, tetapi nyanyian dan tarian tidak dibenarkan manakala acara besar masih boleh berlangsung dengan kapasiti stadium yang terhad sehingga 50 peratus.


Australia antara antara negara paling berjaya di dunia membendung penularan wabak Covid-19 kerana mencatatkan jumlah kes keseluruhan sebanyak 30,000 kes dan 910 kematian.


Berikutan itu, pihak berkuasa Sydney menggesa penduduk bandar raya itu sentiasa mematuhi peraturan baharu.


Menteri Kesihatan New South Wales, Brad Hazzard berkata, varian COVID-19 Delta lebih bahaya dan mudah menular.


"Saya tahu melalui pengalaman saya ... kini semua orang keletihan dan tidak peduli mengenai tindak balas virus ini. Namun ia adalah versi virus yang lebih berbahaya, jadi sikap tidak peduli itu harus dihapuskan," katanya.


Wabak terbaru daripada varian COVID-19 Delta dikaitkan dengan pemandu kepada kru penerbangan antarabangsa yang dijangkiti varian itu yang pertama kali dikesan di India.


Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand juga memperketatkan sekatan di Wellington selepas seorang lelaki dari Sydney yang mengunjungi bandar itu pada hujung minggu lalu, diuji positif apabila pulang ke rumah.


Virus ini merebak dari hotel Australia yang digunakan untuk kuarantin pengembara yang pulang dan pakar kesihatan berkata wabak ia akan berlanjutan sehingga sebilangan besar warga Australia divaksinasi.


Kira-kira 6.7 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan setakat ini daripada keseluruhan 25 juta penduduk di Australia. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register