BTC USD 32,409.3 Gold USD 1,800.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721
TOPSHOT-INDIA-HEALTH-VIRUS-ECONOMY_1624190578.jpg

Pelonggaran langkah kawalan di negeri Bengal Barat, India menyebabkan orang ramai yang mengunjungi pasar ikan di Kolkata mengabaikan keselamatan diri. - Foto AFP

NEW DELHI: Pakar memberi amaran bahawa India mungkin dilanda gelombang ketiga COVID-19 lebih awal daripada yang diramalkan kerana orang ramai mengabaikan garis panduan pencegahan.


Pengarah Institut Sains Perubatan All India, Dr Randeep Guleria, yang dipetik Times of India, menegaskan jangkitan boleh mula meningkat lagi dalam tempoh 12 hingga 16 minggu.


Times of India hari ini melaporkan bahawa dalam tempoh empat hingga lima bulan, gelombang baharu akan mencapai puncaknya.


Dr Randeep sebelum ini memberitahu stesen televisyen bahawa gelombang ketiga boleh berlaku seawal enam hingga lapan minggu.

Beliau berkata varian COVID-19 Delta yang mudah menular dipercayai menjadi punca kepada gelombang kedua yang menghancurkan India dan menimbulkan risiko tinggi kepada sebahagian besar penduduk yang belum diberi vaksin.


Jangkitan di India sudah melepasi 29 juta, dengan lebih 380,000 kematian. - AGENSI
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

#Uganda is experiencing its worst #COVID-19 outbreak since the start of the coronavirus pandemic, with hospitals in dire need of oxygen supplies.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721
Another tragic example of why researching a cheap, generic drug to treat early #Covid symptoms is still urgent to fight this #pandemic globally.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,916
Reaction score
13,542
Points
2,376
COVID - 19 | Paris Bebas Pelitup Muka, Pengunjung Serbu Disneyland

Sejak COVID-19 melanda, pelitup muka menjadi amalan wajib ketika berada di luar rumah.

Namun baru baru ini, Perancis berjaya mengikuti jejak langkah Brunei dan sebahagian lokasi di Australia,

apabila dilaporkan bebas untuk tidak memakai pelitup muka.

Kelonggaran itu menyusul selepas Perancis hanya merekodkan lebih 3,000 kes harian.

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Jokowi ditekan adakan sekatan penuh COVID-19​


JAKARTA: Pelan sekatan mikro COVID-19 Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dikritik kerana gagal capai matlamat ketika semua negara serantau mengambil langkah lebih tegas.


Langkah itu mendapat kritikan meluasnya, antara lain dari Gabenor Yogyakarta, Hamengkubuwono X, juga digelar Sultan Yogyakarta, yang mahu langkah proaktif seperti perintah berkurung berskala besar dilaksana.


Beliau menegaskan, pentadbiran kerajaan masih berkira-kira untuk mengenakan penutupan penuh di negeri itu meskipun berlaku peningkatan kes yang ketara sejak cuti perayaan Aidilfitri.


Gabenor itu berpendapat, sekatan skala mikro aktiviti awam (PPKM Mikro) tidak cukup untuk menyekat jangkitan coronavirus, yang meningkatkan kadar kematian di negeri itu sejak beberapa hari lalu.

"Langkah yang sepatutnya sekarang adalah penutupan penuh," katanya kepada media tempatan.


Perkara sama turut dinyatakan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, yang berkata sekatan dalam negeri tidak cukup untuk memperlahankan jangkitan COVID-19 di bandar itu kerana ia turut tersebar di bandar-bandar lain.


"Bagaimanapun, pemimpin negeri atau wilayah tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan sekatan lebih tegas lagi meluas.


"Ini kerana undang-undang memperuntukkan hanya Menteri Kesihatan boleh melaksanakan sekatan sedemikian manakala Menteri Dalam Negeri berkuasa melanjutkan PPKM," katanya.


Semalam, Indonesia mencatatkan 13,737 kes, rekod tertinggi dilaporkan sejak empat hari berturut-turut manakala Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan Yogyakarta adalah negeri penyumbang angka terbesar.


Angka itu juga jumlah kes harian tertinggi sejak enam bulan lalu apabila rekod 14,500 kes dicatat 30 Januari lalu dan pihak berkuasa percaya ia berpunca akibat varian Delta yang sebelum ini dikesan di Jakarta, Jawa Timur dan Jawa Tengah.


Namun, setakat ini kerajaan Indonesia masih belum merancang penutupan penuh besar-besaran (PSBB) lagi dan masih meneruskan langkah PPKM yang lebih sederhana.


Jurucakap Menteri Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi, berkata kerajaan sudah pun melanjutkan dasar PPKM Mikro dan pihak berkuasa tempatan hanya perlu mengoptimumkan langkah itu.


"Bagaimanapun, pihak negeri kini semakin dicengkam disebabkan tidak mempunyai kuasa di bawah daftar PPKM untuk melandaikan jangkitan berkenaan," katanya kepada The Jakarta Post.


Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya menyatakan permintaan katil hospital di negeri meningkat ketara dan perlu diberi perhatian, malah mencadangkan pelaksanaan sekatan COVID-19 lebih ketat seperti PSBB. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Itali tak wajibkan pelitup muka bermula 28 Jun​


ROME: Itali antara negara di Eropah yang teruk dilanda pandemik COVID-19 tahun lalu, tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 28 Jun ini, kata Kementerian Kesihatan semalam.


Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza menerusi kenyataan di Facebook, berkata ia dilakukan di kawasan yang sudah dikategorikan sebagai 'putih' di bawah sistem klasifikasi bagi mengesan penyebaran pandemik itu.


Beliau berkata, ia merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di barat laut, negara itu.


Pengumuman Speranza dibuat atas nasihat panel ilmiah Comitato Tecnico Scientifico (CTS), dan menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka jika hadir perhimpunan sosial yang besar dan berisiko.

Menjelang 28 Jun ini, pakar kesihatan negara itu meramalkan seluruh Itali akan dikategorikan sebagai zon "putih", dengan hanya 21 kematian dan 495 kes baru dicatatkan di seluruh negara semalam.


Negara itu mencatatkan 127,291 kematian dan 4.25 juta kes positif COVID-19 sejak pandemik COVID-19 dikesan pada awal tahun lalu.


Setakat ini, seramai 16 juta daripada 60 juta penduduk Itali atau 30 peratus yang berusia lebih 12 tahun sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Longgar sekatan perjalanan warga Kanada selesai divaksin​


OTTAWA: Warga Kanada dan individu yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) yang sudah lengkap menerima vaksin COVID-19, tidak perlu dikuarantin selepas pulang dari luar negara mulai 5 Julai ini.


Mereka juga tidak perlu melakukan ujian, seperti yang ditetapkan dalam fasa pertama kelonggaran sekatan kesihatan kepada pelancong


Menteri Kesihatan Kanada, Patty Hajdu, pada sidang media mengakui kerajaan berdepan tekanan yang semakin meningkat supaya membuka kembali sempadannya.


"Kita sudah nampak dan menuju garis penamat. Mari kita selesaikan dengan kuat dan pastikan kita melindungi bersama-sama," katanya.

Hajdu berkata, pegawai Kementerian Kesihatan sentiasa memantau pandemik COVID-19 dan memberi amaran virus itu masih menimbulkan bahaya di seluruh dunia.


Menteri Keselamatan Awam Kanada, Bill Blair pula berkata, kerajaan menyedari pelbagai pihak mahukan sempadan dibuka.


"Kita sedang berusaha ke arahnya... apabila kita dapat meningkatkan tahap vaksinasi di kalangan penduduk dan menurunkan kes jangkitan harian, risiko berkaitan perjalanan antarabangsa akan berkurangan.


Sehingga semalam, seramai 25 juta penduduk Kanada atau 66 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara tujuh juta orang sudah mendapat vaksin sepenuhnya.


Kerajaan Kanada sebelum ini memberi nasihat kepada rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan tidak penting ke luar negara,


dengan alasan meningkatkan risiko membawa masuk varian virus COVID-19.


Setakat ini, mereka masih melarang pelancong asing termasuk rakyat Amerika Syarikat memasuki negara itu walaupun sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.


Rakyat Kanada yang dapat menunjukkan bukti sudah menerima dua dos vaksin yang diluluskan iaitu Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson - sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ketibaan masih perlu menjalani ujian sebelum dan semasa ketibaan.


Namun, mereka tidak perlu dikuarantin tiga hari di hotel yang dibenarkan oleh kerajaan dengan perbelanjaan mereka sendiri sementara menunggu keputusan ujian atau harus menguji lagi setelah lapan hari. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Jangkitan COVID-19 Afrika Selatan memuncak dengan ketara​


JOHANNESBURG: Peningkatan kes harian COVID-19 di Afrika Selatan memuncak secara ketara dalam beberapa minggu ini sehingga mencecah 1,500 peratus berbanding April lalu, kata Presidennya, Cyril Ramaphosa.


Bagaimanapun program vaksinasi di negara itu dikesan masih perlahan ketika ini dan Ramaphosa berkata, peningkatan kes baharu berlaku sangat cepat dan terus bertambah sejak beberapa minggu ini.


Beliau berkata, kes baharu meningkat dari kurang 800 kes awal April lalu kepada 13,000 kes minggu lalu.


"Dalam erti kata lain, ia meningkat 15 kali ganda dari jumlah terendah sebelum ini," katanya.

Afrika Selatan adalah negara di benua yang paling teruk terjejas dengan 35 peratus dari jumlah keseluruhan kes dan Gauteng, negeri paling popular dan hab komersial, menjadi pusat wabak itu.


Jangkitan baharu ketika ini dikesan melebihi kemuncak dua gelombang sebelumnya.


Minggu lalu, kerajaan mengerahkan pasukan perubatan tentera membantu pekerja kesihatan bagi membendung penularan di Gauteng.


Ramaphosa menjelaskan, hospital kini sudah mencecah kapasiti maksimum manakala pekerja kesihatan pula semakin penat.


Gelombang jangkitan ketiga menyerang ketika Afrika Selatan bergelut dengan program vaksinasi penduduknya, di mana sejak Februari lalu, hanya dua juta daripada 59 juta penduduk disuntik.


Rabu ini, Afrika Selatan akan memulakan program vaksinasi kepada guru sekolah, namun setakat ini hanya pekerja kesihatan dan mereka yang berusia 60an saja divaksinasi.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu menyatakan kebimbangan ekoran peningkatan kes di seluruh benua Afrika, malah terdapat varian baharu yang lebih mudah dijangkiti. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

Dongguan bakal jadi pusat penularan Covid-19 baharu di China?​

BEIJING: Pihak berkuasa di bandar Dongguan di wilayah Guangdong melakukan ujian saringan Covid-19 besar-besaran dan menyekat pergerakan penduduk selepas beberapa kes jangkitan dikesan buat pertama kali.


Sebanyak dua kes jangkitan dikesan pada Jumaat lalu dan penduduk yang menunjukkan keputusan ujian negatif dalam tempoh 48 jam sahaja dibenarkan keluar untuk kegiatan harian.


Selain itu, pintu masuk ke bandar tersebut ditutup, manakala perkkhidmatan bas perantara antara lapangan terbang di Guangzhou dan Shenzhen juga dihentikan.

Operasi muzium dan perpustakaan turut dihentikan buat sementara waktu.


Guangdong merekodkan 168 kes jangkitan sejak 21 Mei lalu dengan hampir 90 peratus di Guangzhou. – REUTERS
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
56,987
Reaction score
5,079
Points
721

The rate of coronavirus cases is rising in many parts of Africa, where governments face alarming shortages of funds and vaccines.

The global drop in infection rates "masks a worrying increase in cases and deaths in many countries," Tedros Adhanom Ghebreyesus, the director-general of the World Health Organization (WHO) told journalists this week. "The steep increase in Africa is especially concerning because it is the region with the least access to vaccines, diagnostics and oxygen," he said.

Conflicts in Ethiopia, Mali and the Democratic Republic of the Congo are exacerbating the situation. In Uganda, in East Africa, the number of new daily cases has shot up in the past month and had reached 1,400 by June 15, according to Our World in Data.

Ugandan President Yoweri Museveni announced a strict lockdown on June 6. Under the measures, all schools and institutions of higher learning were immediately closed for 42 days and all teachers must get fully vaccinated before they are allowed to return to work. Communal prayers in churches and mosques are also suspended for 42 days, as is public transport such as buses, taxis and boda boda motorcycle and bicycle service between and across districts.

In the neighboring Democratic Republic of the Congo, President Felix Tshisekedi warned of a "fatal third wave" and told people to be cautious, limiting gatherings to 20 people and shutting down nightclubs. According to the Africa Centres for Disease Control and Prevention (Africa CDC), more than 35,000 COVID-19 cases have been registered in the Democratic Republic of the Congo so far and 845 people have died. However, the numbers are rising at an alarming pace. "The situation is serious, our hospitals are overcrowded," the president said, according to media reports.

The beginning of winter has increased the risk of infection in South Africa, where the number of cases has doubled in a short time, according to the WHO. On June 15, the country's Health Ministry reported more than 8,400 new cases. There have been over 58,000 deaths so far.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register