BTC USD 56,110.5 Gold USD 1,839.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,913
Reaction score
4,449
Points
601

Warning signs include pain and redness around the eyes or nose, with fever, headache, coughing, shortness of breath, bloody vomits, and altered mental status.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,913
Reaction score
4,449
Points
601

Vaccination queues in the Maldives have also lengthened during Ramadan due to shortened hours, with thousands lining up without any physical distancing to get their shots.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,994
Reaction score
12,586
Points
2,376
COVID-19 | Kes Global Hampir 159 Juta

Jumlah terkumpul kes COVID-19 dunia kini hampir 159 juta kes dengan lebih 700,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan catatan lebih 33 juta kes, diikuti India (22 juta) dan Brazil (15 juta).

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,913
Reaction score
4,449
Points
601

Thailand tingkat kawalan di sempadan Malaysia menjelang Aidilfitri​


NARATHIWAT: Thailand mempertingkatkan kawalan di sempadannya dengan Malaysia untuk mencegah kemasukan warga Thai yang cuba menyelinap masuk ke negara asal mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Komander Divisyen ke-15 Infantri Mej Jen Paisal Noosang, berkata pasukan keselamatan akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan tikus dan lokasi panas bagi menyekat warga Thai yang cuba menyeberangi sempadan secara tidak sah.

"Warga Thai yang bekerja di Malaysia dijangka pulang untuk menyambut Hari Raya dengan menggunakan laluan tikus untuk memasuki Thailand.

"Pasukan keselamatan akan memperketatkan rondaan di sempadan Thailand-Malaysia untuk mengekang kemasukan warga Thai dan asing secara haram serta mengelakkan diri daripada kuarantin mandatori," katanya.

Dalam usaha membendung penularan gelombang ketiga COVID-19, Thailand mewajibkan semua yang memasuki negara ini menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Lebih 100,000 warga Thai yang berada di Malaysia dilaporkan pulang ke Thailand sejak penularan pandemik COVID-19 dan kira-kira 40,000 hingga 50,000 lagi warga Thai masih berada Malaysia.

Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan menahan hampir 16,000 individu cuba menyelinap masuk ke Thailand dari Malaysia, Kemboja, Laos dan Myanmar dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pada Ahad, polis menahan 10 warga Myanmar yang dipercayai pekerja asing tanpa izin yang menaiki dua buah teksi cuba menyelinap masuk Thailand. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,913
Reaction score
4,449
Points
601

Kes pertama varian India dikesan di Thailand​

BANGKOK: Thailand mengesan kes pertama varian COVID-19 India, membabitkan seorang ibu dan anak warga tempatan yang baru pulang dari Pakistan.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, berkata wanita berusia 42 tahun itu dan tiga anak lelakinya yang berusia antara empat hingga lapan tahun tiba di Thailand dari Pakistan pada 24 April.

"Semua mereka berada di pusat kuarantin. Ibu dan anaknya yang berusia 4 tahun disahkan positif sementara dua lagi anaknya negatif.

"Chulalongkorn Memorial Hospital pada Ahad menjalankan rawatan genom kerana sejarah perjalanan mereka. Analisis lanjut menunjukkan adanya varian India," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau menambah, pihak berkuasa kesihatan menyuarakan kebimbangan varian baharu itu mungkin akan menyebabkan negara dalam keadaan berisiko tinggi untuk menghadapi lebih banyak jangkitan.

Varian B.1.617.1 dikesan buat pertama kali di India pada Oktober sebelum merebak ke negara lain.

Pakistan, Nepal dan Bangladesh adalah antara negara yang dikesan mempunyai virus ini.

Thailand melarang penerbangan dari India buat sementara waktu mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, penerbangan pulang untuk mengangkut sejumlah 74 warga Thailand dari India tiba pada 8 Mei, sementara dua penerbangan lagi dijadualkan masing-masing tiba pada 15 dan 22 Mei.

Sementara itu, Dr Apisamai, berkata Kementerian Luar dan Jabatan Kawalan Penyakit mengadakan perbincangan untuk menggantung permit masuk dari Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

Setakat ini, Thailand mencatat 1,630 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan 85,005 dan 421 kematian. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,913
Reaction score
4,449
Points
601

Varian di India diklasifikasi Variant of Concern - WHO​


GENEVA: Varian COVID-19 yang tersebar di India, yang mencetuskan penularan lebih pantas di republik itu diklasifikasikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Variant of Concern (VOC).

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menjelaskan varian B.1.617 COVID-19 yang pertama kali dikesan di India pada Oktober tahun lalu lebih mudah menyebar daripada versi virus asal, dan mungkin mempunyai peningkatan daya tahan terhadap perlindungan vaksin.

"Ada beberapa maklumat yang tersedia untuk menunjukkan peningkatan penularan B.1.617," kata pegawai WHO yang mengetuai isu COVID-19, Maria Van Kerkove kepada media.

"Oleh itu, kami mengklasifikasikan ini sebagai Varian of Concern di peringkat global," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak butiran akan diberikan dalam kemas kini epidemiologi mingguan WHO, esok.

India, yang terkesan akibat pandemik terburuk di dunia, melaporkan hampir 370,000 jangkitan baharu dan lebih 3,700 kematian semalam.

Gelombang dahsyat melanda sistem penjagaan kesihatan India, dan pakar mengatakan angka rasmi untuk kes dan kematian jauh lebih rendah daripada jumlah sebenarnya.

Penemuan varian B.1.617 menambah senarai tiga varian lain COVID-19 yang pertama kali di kesan di Britain, Brazil dan Afrika Selatan. Ketiga-tiganya diklasifikasi WHO sebagai VOC.

Varian baharu itu dilihat lebih berbahaya daripada versi asal virus dengan lebih mudah disebarkan, mematikan atau mampu menyaingi vaksin.

Mengenai varian B.1.617, Van Kerkove menegaskan bahawa buat masa ini "kami tidak mempunyai apa-apa yang menunjukkan bahawa diagnostik atau terapi dan vaksin kami tidak berfungsi."

Kenyataan itu dipersetujui Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan.

"Apa yang kita tahu sekarang adalah vaksin berfungsi, diagnostik berfungsi, rawatan yang sama yang digunakan untuk virus biasa," katanya pada sidang media.

"Oleh itu, tidak perlu mengubah semua itu, dan sebenarnya ... orang ramai perlu terus mendapatkan apa sahaja vaksin yang tersedia untuk mereka yang mereka layak untuk terima," katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,913
Reaction score
4,449
Points
601

Novavax tangguh mohon kebenaran vaksin COVID-19​


WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Novavax menangguhkan rancangan untuk memohon kebenaran calon vaksin COVID-19, sekali gus mengurangkan harapan bagi negara membangun untuk mendapat suntikan dengan segera.

Ketika ini, syarikat itu berharap dapat memohon kebenaran di AS dan Eropah pada suku ketiga 2021, sekali gus menyebabkan sahamnya menjunam 12 peratus.

Vaksin Novavax adalah kunci untuk program COVAX yang dibentuk dalam memastikan negara miskin memiliki akses yang adil terhadap vaksin bagi memerangi pandemik COVID-19.

Calon vaksin NVX-CoV2373 menunjukkan perlindungan 100 peratus terhadap penyakit yang teruk dalam percubaan klinikal Tahap 3 di Britain dengan keberkesanan 89.7 peratus terhadap sebarang penyakit.

Ia menggunakan sedikit virus SARS-CoV-2 yang disebut 'spike protein', yang dihasilkan syarikat itu secara besar-besaran di dalam sel serangga dan dapat disimpan pada suhu pendinginan biasa.

Novavax berkata bahawa ia mendapat keputusan positif dari kajian praklinikal mengenai suntikan yang menggabungkan calon vaksin influenza dan COVID.

Dalam satu kajian ia menunjukkan bahawa suntikan itu menghasilkan kadar antibodi yang kuat terhadap musang dan hamster bagi kedua-dua penyakit.

Presiden syarikat R&D, Gregory Glenn berkata, walaupun kadar risiko rendah ketika pandemik COVID-19, influenza tetap menjadi risiko yang signifikan terhadap kesihatan awam global.

"Jadi keperluan untuk vaksin serbaguna yang lebih berkesan adalah sama pentingnya seperti sebelum ini termasuk melawan selesema," katanya.

Hamster yang diberi vaksin dan kemudian sengaja dijangkiti coronavirus mengekalkan berat badan berbanding dengan yang menerima placebo.

Sampel paru-paru yang diambil dari haiwan yang diimunisasi menunjukkan mereka bebas COVID-19. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register