BTC USD 49,390.0 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

In a move to restrict the further spread of coronavirus, Bangladesh has imposed strict nationwide lockdown for a week. Influx and outflux of flights would be banned for this whole week.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Kematian akibat COVID-19 cecah lebih satu juta​

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran jangkitan COVID-19 dilihat meningkat semakin pantas walaupun pelbagai usaha diambil untuk menghentikannya.

Kebimbangan itu berasas selepas hampir seluruh negara benua Eropah kini merekodkan lebih satu juta kematian akibat pandemik itu.

Ketua Teknikal WHO untuk COVID-19, Maria Van Kerkhove, berkata keadaan di 52 negara Eropah kini berada pada tahap kritikal susulan angka kematiannya kini mencecah 1,000,288 kes.

"Jangkaan peningkatan kes itu semakin berkembang dan semakin pantas. Ia bukan situasi yang diinginkan dalam 16 bulan menghadapi pandemik, kerana kita melaksanakan pelbagai langkah kawalan pencegahan," katanya.

COVID-19 setakat ini dilaporkan mengorbankan lebih 2.9 juta orang serta menjangkiti 135 juta pesakit di seluruh dunia.


Negara yang mampu memperluaskan program vaksinasi dilihat meninggalkan negara lebih miskin dalam program vaksinasi.


Dalam hal ini, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa meminta vaksin buatan Afrika berikutan benua itu ketinggalan, menghadapi bekalan tidak mencukupi serta kekurangan pembiayaan dan masalah logistik.


Beliau mencadangkan India atau Brazil membantu negaranya selepas dua negara itu berjaya membangunkan industri farmaseutikal generik mereka sendiri.


Sementara itu, pakar memberi amaran, perhimpunan politik dan festival keagamaan bakal meningkatkan kes jangkitan di India berikutan kelaziman rakyatnya berkumpul tanpa memakai pelitup muka.


Negara jirannya, Bangladesh pula mengumumkan perintah berkurung, penutupan jaringan pengangkutan domestik dan antarabangsa mulai esok dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan di negara itu.


Di Mesir, masyarakat majoriti Muslim melaksanakan langkah keselamatan ketat menjelangnya solat Tarawih manakala Arab Saudi hanya membenarkan mereka yang sudah divaksin menunaikan umrah dan haji. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

India’s new coronavirus infections have reached a record of 184,372 in the last 24 hours, health ministry data showed on Wednesday, as most parts of the South Asian nation battles a second and more vicious surge in cases.

The nationwide tally of infections is 13.9 million, with the data on Wednesday showing deaths rose by 1,027, bringing the death toll to 172,085.

From reporting less than 10,000 cases per day earlier this year, India has been the world’s worst-hit country since April 2 by new daily cases.

The country is currently reporting about double the daily cases of the United States and Brazil, the two other worst-affected countries, though its daily death numbers are lower. India’s total infections rank after only the US, having overtaken Brazil on Monday.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Argentina is reporting a record number of new COVID-19 cases, with more than 27,000 infections confirmed on Tuesday. But with millions of Argentinians struggling to make ends meet, the government is reluctant to impose more restrictions on movement.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

COVID-19: Kemboja di 'ambang kematian'​

PHNOM PENH: Peningkatan mendadak kes COVID-19 bakal mengundang risiko untuk Kemboja berada di 'ambang kematian', kata Perdana Menterinya, Hun Sen.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua rakyat untuk menjalin kerjasama dalam mengekang sebarang penularan jangkitan di negara berkenaan.

"Tolonglah rakyat sekalian, mari kita bersama-sama berganding bahu untuk menamatkan kejadian yang amat berbahaya ini.

"Kita ketika ini sudah berada di ambang kematian. Sekiranya tidak bersatu padu, kita akan menuju ke kematian yang sebenar," katanya dalam ucaptama yang disiarkan di stesen televisyen Kemboja lewat malam tadi.

Kemboja merekodkan peningkatan kes COVID-19 sejak Februari lalu, berikutan penularan yang pertama kali dikesan berpunca daripada komuniti ekspatriat China.


Pihak berkuasa pada minggu lalu dilaporkan, berkata kapasiti katil di hospital Phnom Penh semakin berkurangan, justeru beberapa sekolah dan dewan perkahwinan diubah menjadi pusat rawatan.


Hun Sen turut dilapor memberi amaran tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar perintah kuarantin, termasuk risiko berdepan hukuman penjara.


Phnom Penh dan bandar berdekatan, Ta Khmau semalam dikenakan perintah berkurung untuk tempoh dua minggu bagi mengekang risiko penularan, sekali gus membendung pergerakan lebih dua juta penduduk.


Penduduk di kedua-dua bandar itu hanya dibenarkan keluar untuk ke hospital atau membeli bekalan perubatan, manakala dua ahli keluarga diberi kebenaran untuk keluar membeli makanan.


Perangkaan terkini kes Kemboja melangkaui 4,800 kes, namun Hun Sen semalam dilaporkan berkata, sebanyak 300 kes tambahan dikesan.


Polis pada pagi tadi turut mengadakan sekatan jalan raya bagi menghalang sebarang kemasukan ke kedua-dua bandar itu, namun penduduk yang menaiki kenderaan dilihat menunjukkan dokumen pengenalan diri bagi mendapatkan pengecualian.


Sekatan turut didirikan di beberapa lokasi strategik, termasuk di Tugu Peringatan, Norodom Boulevard bagi menyekat pergerakan penduduk.


Walaupun Kemboja melakar penambahbaikan dalam sistem penjagaan kesihatan sejak beberapa dekad lalu, infrastruktur terutama di luar bandar masih daif.


Ketidakadilan turut meruncing dalam sistem kesihatan negara itu apabila wujud laporan membabitkan keluarga berpendapatan rendah yang dinafikan hak mendapatkan rawatan di hospital.


Sebelum penularan dikesan pada Februari lalu, jumlah kes COVID-19 di Kemboja lebih rendah, berbanding negara jiran namun pakar mengambil pendirian gambaran tidak tepat itu berpunca daripada kekurangan saringan di lapangan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

COVID-19: Thailand terus catat rekod peningkatan kes harian​

BANGKOK: Thailand terus mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi, kali keempat dalam minggu ini.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata, kes baharu itu merangkumi 1,540 penularan tempatan, 1,161 mereka yang mendapatkan rawatan di hospital, 379 melalui pengesanan kes aktif dan tiga kes import.

Bangkok mencatat kes tertinggi iaitu 409, diikuti Chiang Mai (278) dan Chonburi (98).

Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan kerana jumlah kes baharu dijangka terus meningkat kerana pergerakan semasa cuti tahun baru Songkran minggu ini.

Semalam, ketua operasi CCSA, Jeneral Natthapon Nakpanich, meminta kerajaan mengenakan perintah sekatan dio beberapa kawasan termasuk Bangkok dan Chiang Mai mengekang penularan COVID-19.

Terkini, penularan berkaitan pusat hiburan di Bangkok mencecah 7,074 kes dan sudah merebak ke 75 dari 77 wilayah sejak 1 April. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Thailand is facing its worst COVID-19 spike. More than 1,500 cases have emerged in the past 24 hours, the sharpest increase since the start of the pandemic.

Authorities could lock down Bangkok and surrounding provinces
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Thailand laksana sekatan baharu kekang penularan COVID-19​

BANGKOK: Thailand bakal melarang penjualan minuman beralkohol di restoran dan menutup sekolah serta taman awam selama dua minggu untuk menghentikan penularan COVID-19 yang menyebar ke seluruh negara.

Langkah itu boleh menjejaskan rancangannya untuk membuka semula sempadan kepada pelancong asing.

Penutupan bar, pub, pusat karaoke dan rumah urut di kawasan termasuk Bangkok, pusat wabak terbaru, mungkin diperluas ke seluruh negara hingga akhir April, mesyuarat Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Nasional memutuskan semalam.

Tatkala Bangkok dan 17 wilayah lain akan diletakkan sebagai kawasan kawalan tertinggi ekoran penularannya, 59 yang lain akan diletakkan sebagai kawasan terkawal, kata panel itu.

Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, akan mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 hari ini untuk mempertimbangkan sekatan baharu terbabit.


Kerajaan sudah melaksanakan sekatan lebih ketat dengan Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul menyatakan bahawa setiap wilayah bebas memutuskan apa juga larangan perjalanan.


Penyebaran virus dapat dibendung dalam dua minggu jika orang ramai mematuhi sekatan baharu, katanya.


Thailand memutuskan penutupan tempat hiburan di Bangkok dan 40 wilayah lain yang dilanda virus selama sekurang-kurangnya dua minggu untuk mengekang gelombang jangkitan ketiga yang muncul dari bar dan pub di ibu kota.


Langkah kawalan itu menghalang sambutan perayaan Songkran, apabila jutaan warga Thailand melakukan perjalanan ke seluruh negara untuk berjumpa keluarga dan bercuti.


Tempoh sekatan berpanjangan ini menjejaskan rancangan untuk menarik kehadiran pelancong yang sudah diberi vaksin dan melemahkan pemulihan ekonomi Thailand, yang begitu bergantung kepada pelancong asing.


Thailand melaporkan 1,543 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah jangkitan kumulatif sebanyak 37,453 kes.


Gelombang baharu, bermula awal bulan ini, sudah merebak ke 70 wilayah dan menjangkiti lebih 8,500 orang, sebahagiannya terkait varian pantas menular yang pertama kali dijumpai di United Kingdom. - BLOOMBERG
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,279
Reaction score
12,603
Points
2,376
COVID-19 | Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Positif COVID-19

Ulama terkemuka yang juga pengasas Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan melalui twitter rasminya.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
FRANCE_PROTEST_PANDEMIC_CORONAVIRUS_COVID19_1618744752.jpg

Petugas kesihatan Perancis berkumpul berhampiran Kementerian Kesihatan untuk memberi penghormatan kepada doktor pelatih yang membunuh diri. - Foto EPA

COVID-19: Doktor pelatih di hospital Perancis berdepan kemuncak tekanan​

PARIS: Selepas setahun terpaksa bekerja lebih masa, doktor pelatih yang berkhidmat di hospital di Perancis berdepan tekanan hebat sehingga ada yang bertindak membunuh diri, menurut kesatuan kebangsaan.

Ketua Kesatuan Kakitangan Pelatih Kebangsaan ISNI, Gaetan Casanova, berkata sejak awal tahun ini, seramai lima doktor pelatih direkodkan membunuh diri dan ia menyamai kes bunuh diri dalam tempoh setiap 18 hari.

ISNI menganjurkan 'penghormatan senyap' kepada mangsa di luar pejabat Kementerian Kesihatan dan dihadiri sekitar 40 individu termasuk doktor pelatih dan keluarga mereka.

Nama mereka iaitu Valentin, Tristan, Quentin, Elise dan Florian dipaparkan di papan hitam, selain terdapat sepanduk 'Hospital membunuh doktor pelatih. Bantu kami untuk terus hidup' diletakkan di hadapan pintu masuk kementerian itu.

Menurut Casanova, mereka berkhidmat dalam panggilan (on call) 24 jam sehari dan ketika pandemik, petugas pelatih ini langsung tidak dapat tidur walaupun sekejap.


"Ini sangat melampau dan semua orang terpaksa melaluinya, termasuk penjaga dan pesakit. Semua orang berada dalam bahaya," katanya.


Dalam pada itu, menurut satu kajian yang dijalankan lebih tiga bulan pada 2019 oleh ISNI, doktor pelatih bekerja sekitar 58 jam seminggu.


Naib Presiden Kesatuan Pelatih Hospital di Paris yang juga salah seorang doktor pelatih di hospital, Marie Saleten, berkata, berikutan pandemik COVID-19, jumlah masa bekerja mereka terus meningkat sekitar 80 jam seminggu.


Katanya, secara teorinya, mereka bekerja 48 jam seminggu, namun tidak ada sesiapa yang peduli mengenai perkara itu.


Untuk rekod, terdapat lebih 300,000 doktor pelatih dengan purata umur sekitar 25 tahun di seluruh Perancis.


Khamis lalu, Menteri Kesihatan, Olivier Veran mengadakan pertemuan dengan wakil ISNI dan sekumpulan kakitangan pelatih.


"Kami komited untuk memperbaiki situasi bekerja, bermula dengan waktu bekerja mereka," katanya dalam satu ciapan di Twitter selepas mesyuarat itu.


Bagaimanapun, ISNI masih sangsi sejauh mana perkara itu dapat diatasi.


Sementara itu, Pakar Psikologi Klinikal, Anne Rocher memberitahu AFP, kakitangan pelatih ini mungkin tidak menonjol tetapi mereka adalah barisan hadapan yang memerangi pandemik itu. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register