BTC USD 48,760.0 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

NZ, Australia lulus gelembung perjalanan bebas kuarantin​

WELLINGTON: New Zealand meluluskan gelembung perjalanan bebas kuarantin dengan Australia yang akan bermula pada 18 April ini.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan koridor perjalanan dua hala antara dua negara yang bebas daripada COVID-19 itu bermula dalam waktu kurang daripada dua minggu, selepas tarikh berkenaan disahkan kabinetnya.

Katanya, langkah itu menggambarkan New Zealand negara pertama membenarkan gelembung perjalanan selepas hanya merekodkan 26 kematian dalam populasi lima juta dan Australia kurang 1,000 kematian dalam populasi 25 juta orang.

"Saya tidak melihat mana-mana negara mengekalkan strategi menjaga negara mereka supaya bebas daripada wabak dan pada masa sama membuka perjalanan antarabangsa antara satu sama lain.

"Itu bermaksud dengan kata lain kami mendahului negara lain," katanya.

Gelembung perjalanan dibenarkan selepas lebih setahun New Zealand menutup pintunya ketika berdepan COVID-19 dan enam bulan selepas Australia membenarkan warga New Zealand terbang ke negara terpilih tanpa perlu dikuarantin.

Susulan itu, industri pelancongan di New Zealand dijangka menjana sehingga satu bilion dolar New Zealand ke dalam ekonomi tahun ini. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
bakarmayatdiindia8_1617840283.jpg

Sukarelawan berpakaian perlindungan diri (PPE) memantau upacara pembakaran mayat mangsa COVID-19 di Bhopal, India. - Foto EPA

COVID-19: India kenakan sekatan baharu​

NEW DELHI: Gujarat menjadi lokasi terbaru dalam usaha mengekang penularan COVID-19 berikutan jangkitan di India mencatatkan hampir 116,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Pakar menyatakan gelombang baharu itu berlaku kerana orang ramai tidak mengendahkan garis panduan dan menghadiri majlis keagamaan, politik, perkahwinan dan pertandingan kriket sejak beberapa bulan lalu.

India kini mencatatkan 12.8 juta kes iaitu yang ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil, walaupun negara itu mempunyai penduduk jauh lebih kecil.

Sehingga kini, lebih daripada 166,000 mangsa coronavirus dilaporkan meninggal dunia di India.

Maharashtra, negeri yang paling teruk terjejas terutama di bandar Mumbai, sudah melaksanakan perintah berkurung malam hari dan sekatan pergerakan pada hujung minggu bermula malam esok.


New Delhi melaksanakan perintah berkurung waktu malam bermula Selasa lalu dan semalam, Gujarat di barat India melanjutkan larangan keluar selepas malam ke 20 bandar serta melarang perjumpaan sosial atau politik secara besar-besaran.


Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani, dalam satu video, berkata tempoh perintah berkurung waktu malam dari jam 8 malam hingga 6 pagi dilanjutkan sehingga 30 April ini.


Rabu lalu, negeri di utara, Punjab, melarang perjumpaan politik dan melanjutkan perintah berkurung di seluruh negeri serta mengehadkan kehadiran di upacara pengebumian dan perkahwinan kepada 50 orang tetamu dan 100 orang di luar rumah.


Ketua Menteri, Amarinder Singh, berkata ia berikutan 85 peratus kes di Punjab adalah daripada varian United Kingdom (UK) yang lebih mudah berjangkit.


Kerajaan setakat ini tidak melaksanakan kembali sekatan pergerakan semula di seluruh negara selepas melakukannya pada Mac 2020, yang memberi kesan sangat besar kepada ekonomi India. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Angka kematian COVID-19 Ukraine catat rekod baharu​

KIEV: Ukraine hari ini mencatatkan rekod baharu membabitkan angka kematian dan positif COVID-19, menyaksikan pegawai memberi amaran situasi adalah kritikal.

Dalam tempoh 24 jam lalu, negara itu merekodkan 481 kes kematian dan 5,587 orang dimasukkan ke hospital. Kedua-dua angka itu adalah tertinggi sejak pandemik itu mula meletus.

Jangkitan dan kematian akibat COVID-19 menunjukkan peningkatan berterusan di Ukraine sejak beberapa bulan lalu, sehingga sistem penjagaan kesihatan di negara bekas Soviet itu bergelut untuk menangani penularan pandemik itu.

"Tidak keterlaluan untuk menggambarkan keadaan itu kritikal," kata Vitali Klitschko dalam satu taklimat.

"Sekiranya kita tidak menghentikan penyebaran penyakit yang cepat merebak dalam waktu terdekat, sistem kesihatan di Kiev tidak dapat bertahan," kata Klitschko sambil menambah katil di hospital akan penuh tidak lama lagi.


Kiev mengetatkan sekatan bagi mengekang penularan COVID-19 Isnin lalu dengan menutup tadika, sekolah rendah dan memperkenalkan sekatan perjalanan.


Sejak pandemik meletus di negara dengan populasi seramai 40 juta orang, lebih 1.7 juta rakyatnya dijangkiti COVID-19, manakala lebih 35,000 maut.


Negara itu juga sedang bergelut dengan pelaksanaan kempen vaksinasi kerana kekurangan bekalan apabila hanya 500,000 dos vaksin Oxford-AstraZeneca dan 215,000 dos vaksin CoronaVac dari China diterima setakat ini.


Sejak kempen vaksinasi dilancarkan bulan lalu, seramai 320,000 orang sudah menerima dos pertama.


Presiden Volodymyr Zelensky, semalam mengumumkan kontrak pembekalan 10 juta dos vaksin Pfizer BioNTech akan dihantar hujung tahun ini. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Amaran peningkatan ketara kes COVID-19 di Michigan​

WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan kes COVID-19 di Michigan, Amerika Syarikat (AS) walaupun kempen vaksinasi dipergiatkan.

Ketua Eksekutif Perubatan Negeri, Joneigh Khaldun, turut memberi amaran di Twitter mengenai peningkatan ketara kes coronavirus itu.

"Rawatan di hospital kami juga meningkat, penduduk Michigan perlu mengambil langkah berlipat ganda untuk membantu menghentikan penyebaran virus ini," katanya.

Michigan dilihat mencatatkan jangkitan COVID-19 yang banyak dalam kalangan penduduknya berbanding negeri AS yang lain dan beberapa pakar mengaitkan kenaikan itu dengan percutian musim bunga.

Pengarah Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS, Rochelle Walensky, berkata kakitangannya bekerjasama rapat dengan Michigan dan pegawai kesihatannya.

"Kami mempunyai pasukan CDC di lapangan yang berusaha untuk menilai wabak di pusat tahanan.

"Kami berusaha meningkatkan kemudahan ujian di lapangan terutama dalam kalangan remaja berikutan peningkatan kegiatan sukan sekarang," katanya.

Tambah beliau, CDC juga berusaha untuk memahami apa yang sedang berlaku dengan varian baharu COVID-19.

Walaupun melakukan lebih daripada tiga juta vaksinasi sehari di seluruh negara, jumlah kes baru kembali meningkat lagi di AS dengan purata kira-kira 63,000 kes baharu sehari dalam tempoh seminggu yang lalu.

Sementara jangkitan meningkat, jumlah kematian pula menurun hasil daripada peningkatan vaksinasi kepada golongan berisiko. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Venezuela has extended its lockdown measures as daily infections reach levels not seen since its first wave last year.

The country has been struggling to secure vaccines.

Its government says US sanctions are preventing it from buying vaccines.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

The Muslim holy month of Ramadan begins next week. It's a time when people gather after breaking their fast at sunset. And that's raising fears that this could cause the coronavirus to spread. Preparations are in full swing - this mosque in Islamabad is being cleaned by volunteers.

And there're plenty of hustle and bustle at this market in the city. This as another wave of coronavirus cases wallops Pakistan - making preparations for Ramadan this year a struggle.

In Iraq, street markets are quieter than normal too. Covid-19 is raging through the country and many people are staying away from crowded places, as another muted Ramadan awaits.

In Indonesia, the country with the largest Muslim population, cemeteries are busy with families visiting the graves of loved ones - a tradition on the last weekend before the start of Ramadan. The holy month begins in a just a few days' time, and lasts for 30 days.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

A new outbreak of COVID-19 infection across several provinces in Thailand is threatening to derail the country's attempt to try and curb the infection. The Thai government is planning to set up 10,000 field hospital beds.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

COVID-19: Thailand catat kes harian tertinggi​


BANGKOK: Thailand ini mencatat 967 kes baharu COVID-19 yang adalah angka tertinggi sejak penularan virus itu pada Januari tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 32,625.

Menurut kenyataan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), tiada kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dan jumlah korban akibat virus itu kekal 97 orang.

Daripada 967 kes baharu, 964 adalah jangkitan tempatan termasuk 530 yang mendapatkan rawatan di hospital dan 434 melalui pengesanan kes aktif.

Menurut kenyataan itu, tiga kes import dilaporkan iaitu masing-masing satu dari Malaysia, Emiriah Arab Bersatu dan Perancis.

"Sejumlah 53 pesakit dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad manakala 4,314 lagi masih menerima rawatan," menurut kenyataan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengawalan Penyakit, Dr Sophon Iamsirithaworn, berkata kluster kelab malam di Bangkok kini menular dengan pantas ke wilayah lain di negara itu.

"Situasi di negara ini semakin membimbangkan," katanya memetik laporan akhbar Bangkok Post.

Meskipun berlaku peningkatan baharu dalam jumlah kes COVID-19, media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 50,000 orang melakukan perjalanan dari Bangkok ke kampung halaman masing-masing pada Jumaat menjelang sambutan tahunan Pesta Songkran yang berlangsung minggu depan iaitu dari 14 hingga 15 April.

Bangkok Post melaporkan, kira-kira 7.3 juta kenderaan dijangka membanjiri jalan raya untuk melakukan perjalanan rentas wilayah mulai hari ini hingga 16 April.

Ahli virologi kanan Universiti Chulalongkorn, Dr Yong Poovorawan, pula memberi amaran bahawa kes baharu harian boleh meningkat daripada angka 'puluhan kepada ratusan' selepas Pesta Songkran.

Kerajaan Thailand tidak mengeluarkan arahan berhubung sekatan perjalanan bagi percutian sempena Pesta Songkran pada tahun ini.

Bagaimanapun, beberapa pihak berkuasa wilayah menetapkan peraturan kuarantin bagi mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan berisiko tinggi seperti Bangkok dalam usaha mengekang penularan COVID-19. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

India larang eksport ubat rawatan COVID-19 remdesivir​


NEW DELHI: India semalam melarang eksport ubat remdesivir bagi rawatan COVID-19 berikutan kadar jangkitan harian coronavirus itu semakin tinggi.

Hospital kini bergelut dengan pertambahan permintaan remdesivir bagi rawatan COVID-19 dan bekalan sedia ada dikhuatiri tidak cukup untuk menampung keperluan domestik.

Negara berpenduduk kedua paling ramai di dunia itu mengalami peningkatan mendadak kes sejak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Hari ini, 169,899 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 13.5 juta jangkitan termasuk 170,209 kematian.

Kementerian Kesihatan India berkata lonjakan kes mengakibatkan 'permintaan meningkat secara mendadak' untuk ubat antiviral remdesivir.

"Ada kemungkinan peningkatan permintaan akan meningkat lagi dalam masa terdekat ini.

"Justeru, larangan eksport akan dikenakan hingga keadaan bertambah baik," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Remdesivir, ubat yang dihasilkan syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Gilead, adalah ubat pertama yang menunjukkan kesan relatif dalam memendekkan masa pemulihan bagi beberapa pesakit COVID-19.

Bagaimanapun, kajian yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendakwa ubat itu hanya mempunyai 'sedikit atau tiada kesan' terhadap kematian pesakit COVID-19.

Gilead tahun lalu menandatangani perjanjian pelesenan dengan pengeluar farmaseutikal generik berpusat di India, Pakistan dan Mesir, membolehkan mereka mengeluarkan remdesivir bagi 127 negara berpendapatan rendah serta sederhana.

Tujuh syarikat di India yang juga pengeluar ubat-ubatan generik terbesar di dunia dilesenkan untuk mengeluarkan remdesivir.

Tambah kementerian itu, syarikat berkenaan diberi kebenaran mengeluarkan kapasiti bulanan hingga 3.88 juta dos suntikan.

Larangan eksport remdesivir itu diumum ketika negeri terkaya di India, Maharashtra, yang juga penyumbang utama jangkitan COVID-19, diarahkan dikenakan perintah berkurung sepenuhnya sejak seminggu lalu.


Ketua Menteri Delhi, ibu negara India, semalam berkata kerajaan tidak mahu melaksanakan perintah berkurung tetapi akan mempertimbangkan langkah drastik sekiranya katil hospital semakin penuh.


Katanya, 65 peratus jangkitan baharu COVID-19 membabitkan mereka yang berumur di bawah usia 45 tahun.


India selaku negara pengeluar vaksin terbesar dunia, memperlahankan eksport berikutan lonjakan kes di beberapa negeri, sekali gus memberi amaran bahawa dalam beberapa hari ini stok mereka akan habis.


Perdana Menteri India, Narendra Modi, semalam melancarkan 'pesta vaksin' selama empat hari bagi memulakan 'pertempuran kedua menentang COVID-19' dalam usaha mempercepatkan program imunisasi vaksin yang perlahan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Lebih ramai pesakit muda COVID-19 di ICU di Brazil​

RIO DE JANEIRO: Bilangan pesakit COVID-19 bawah usia 40 tahun di unit rawatan rapi (ICU) di Brazil melebihi kalangan pesakit warga tua pada bulan lalu.

Menurut penyelidik, lonjakan kes, yang kebanyakannya mendatangkan maut, sebahagian besar disebabkan oleh varian baharu COVID-19.

Bilangan pesakit COVID-19 berusia 39 tahun atau lebih muda meningkat mendadak bulan lalu kepada lebih 11,000 orang atau 52.2 peratus daripada jumlah keseluruhan, kata Projek ICU Brazil.

Penyelaras bersama projek ICU Brazil, Dr Ederlon Rezende, iaitu inisiatif bersama Persatuan Perubatan Intensif Brazil (AMIB), berkata lazimnya, golongan muda ini hanya mengalami jangkitan kurang serius dan tidak memerlukan rawatan intensif.

"Justeru, peningkatan kes bagi kumpulan umur ini sangat ketara dan mungkin dipacu oleh pelbagai faktor," katanya.


Pesakit berusia lebih 80 tahun pula mencatatkan penurunan daripada 13.6 peratus kepada 7.8 peratus daripada jumlah keseluruhan di ICU Brazil pada Mac, yang kini sebahagian besarnya sudah diberikan vaksin.


Kata Dr Rezende, golongan muda didapati cenderung dijangkiti virus terbabit, sama ada berikutan terpaksa meninggalkan rumah untuk keluar bekerja atau percaya mereka kurang terdedah.


Selain itu, katanya, varian baharu Brazil yang dikenali sebagai P1, mungkin menyebabkan kadar kematian meningkat mendadak di negara itu bulan lalu.


Jelas beliau, bilangan itu menunjukkan P1 berupaya menjangkiti semula individu yang pernah mengalami jujukan asal virus, yang mungkin juga lebih berbahaya.


"Pesakit dirawat di ICU ketika ini ramai yang muda, tidak mempunyai masalah kesihatan lain tetapi mengalami jangkitan COVID-19 yang parah.


Bilangan pesakit COVID-19 di ICU tanpa gejala penyakit lain meningkat hampir satu pertiga pada Mac, menjadikannya 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.


Sementara itu, bilangan pesakit yang diberikan bantuan ventilator mencapai rekod pandemik sebanyak 58.1 peratus pada Mac, menurut data projek terbabit.


Brazil mencatatkan lebih daripada 66,500 kematian akibat COVID-19 pada Mac lalu, iaitu lebih dua kali ganda rekod bulanan Julai 2020.


Kes COVID-19 meragut 351,000 nyawa di negara ini yang mempunyai penduduk sekitar 212 juta orang, menjadikannya negara dengan jumlah kematian kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS). - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register