BTC USD 48,685.6 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

PM Britain timbang buka perjalanan antarabangsa​

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang menyusun rancangan bagi membuka kembali ekonomi dan melancarkan semula perjalanan antarabangsa.

Johnson berkata, beliau akan mengemas kini rancangannya secara berperingkat bagi mengurangkan sekatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, tindakan dilihat agresif bagi sebuah negara yang antara terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Johnson dijangka mengumumkan pembukaan semula sektor bukan perkhidmatan penting, kemudahan luar hospitaliti, dandanan rambut pada 12 April, selain beliau dijangka akan memberi lebih banyak perincian mengenai pasport vaksin dan perjalanan antarabangsa.

Syarikat penerbangan ketika ini berdepan detik sukar selepas lebih setahun hampir tidak melakukan penerbangan, dan rancangan kerajaan untuk mengaplikasikan 'traffic-light system' terhadap negara luar berdasarkan tahap jangkitan dan vaksinasi mencetuskan harapan baharu.

Di bawah peraturan ketika ini, perjalanan antarabangsa tidak dibenarkan sehingga 17 Mei depan.


Financial Times dipetik berkata, Johnson dikatakan tidak menetapkan jangkaan tempoh secara spesifik.


Kelonggaran sekatan secara beransur-ansur juga akan dibantu oleh peningkatan ketersediaan ujian dengan semua penduduk di England layak menjalani ujian COVID-19 secara cepat dengan dua kali seminggu bagi mencegah wabak dan mengesan mereka tidak bergejala.


"Ketika kami terus menghasilkan kemajuan yang baik dalam program vaksinisasi dan dengan perancangan teliti, kami dengan berhati-hati melonggarkan sekatan yang sedang berkuat kuasa, ujian cepat yang teratur bahkan lebih penting untuk memastikan usaha itu tidak sia-sia," katanya dalam satu kenyataan.


Scotland, Wales dan Ireland Utara melaksanakan langkah tersendiri yang hampir sama berbanding penutupan ketat yang dikenakan pada awal tahun ini.


Britain dijangka dapat meneruskan pemulihan selepas memberikan suntikan vaksin AstraZeneca dan Pfizer kepada lebih separuh populasi dewasa.


Pembukaan kembali sekolah pada Mac juga didapati tidak menjadi punca lonjakan kes, walaupun lebih banyak ujian saringan dijalankan.


United Kingdom merekodkan hampir 127,000 kematian akibat COVID-19, jumlah korban kelima tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil, Russia dan India.


Pada tahun lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu merosot 9.8 peratus, terburuk dalam tempoh lebih tiga abad. - AGENSI
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Lonjakan terbesar kes COVID-19 di China dalam 2 bulan​


BEIJING: China melaporkan lonjakan kes harian COVID-19 dalam tempoh lebih dua bulan dengan sebuah bandar di sempadan Myanmar di wilayah barat daya Yunnan menyumbang kepada semua kes baharu tempatan.

Pihak berkuasa tempatan Ruili memerintahkan penduduk di kawasan bandar melaksanakan kuarantin di rumah sementara ujian saringan besar-besaran dimulakan selain melarang orang ramai keluar dan masuk ke bandar terbabit sejak minggu lalu.

Bandar terbabit merekodkan kesemua 15 jangkitan tempatan baharu yang dilaporkan semalam. Jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 baharu termasuk jangkitan import luar negara, adalah 32 orang, sekali gus menandakan angka tertinggi sejak 31 Januari.

Menurut laporan media negara itu, analisis genetik mengenai kes yang ditemui di Ruili menunjukkan jangkitan tempatan baharunya berpunca daripada virus yang diimport dari Myanmar.

Daripada pesakit baharu yang dilaporkan di bandar itu, 11 daripadanya dikenal pasti sebagai warga Myanmar.


Ruili adalah pusat transit utama bagi wilayah Yunnan, yang bergelut untuk mengawasi sempadan antara Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang 4,000 kilometer daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin yang mahu mencari perlindungan daripada pandemik COVID-10.


Pihak berkuasa tempatan juga sudah memulakan usaha vaksinasi di Ruili dalam usaha menghalang penyebaran COVID-19 dan mempertingkatkan imuniti kelompok di bandarnya.


Jumlah jangkitan asimtomatik baharu yang tidak diklasifikasikan oleh China sebagai kes disahkan sebanyak 18 kes.


Jumlah jangkitan COVID-19 yang disahkan di tanah besar China kini berjumlah 90,305 kes, sementara jumlah kematian kekal 4,636 orang. -AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

The United States is facing a possible fourth wave of the coronavirus despite rolling out vaccines at record breaking speeds.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

India has reported the highest number of daily COVID-19 cases till now since the pandemic started. The fresh numbers have crossed the 100,000 mark in just the last 24 hours. The single-day rise in cases surpassed the earlier peak of 97,894 infections reported on September 17, last year.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Arab Saudi laksana langkah drastik kekang lonjakan kes COVID-19​

JEDDAH: Kes kritikal COVID-19 Arab Saudi meningkat sejak beberapa minggu lalu, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan langkah-langkah tertentu bagi mengekang penularan pandemik itu.

Pada sidang media semalam, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Leftenan Kolonel Talal Al-Shalhoub, berkata, peningkatan itu disebabkan pematuhan yang lemah terhadap langkah pencegahan di samping pelanggaran peraturan.

Beliau memberi amaran, anggota penguat kuasa akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi memastikan pematuhan yang optimum, mengeluarkan denda serta menguatkuasakan penutupan sekiranya diperlukan.

Katanya, individu dijangkiti yang didapati melanggar perintah kuarantin boleh dikenakan denda hingga SR200,000 (RM219,499), dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan bersalah.

Mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenai COVID-19 di media sosial boleh didenda dari SR100,000 hingga SR1 juta (RM110,428 hingga RM1.1 juta), hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


Portal berita Arab News melaporkan minggu lalu, sebanyak 27,083 pelanggaran peraturan dilaporkan dengan 32 peratus daripadanya dilaporkan di Riyadh.


Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Mohammed Al-Abd Al-Aly, berkata terdapat hampir 800 kes di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.


"Pihak berkuasa memaklumkan terdapat peningkatan drastik dalam kes harian sejak dua hari lalu yang kebanyakannya dilaporkan di Riyadh, Jeddah dan Wilayah Timur. Angka yang direkodkan hari ini sama seperti dilaporkan tahun lalu," katanya.


Menerusi kemas kini terbaru di aplikasi Tawakkalna, Kementerian Kesihatan, memaklumkan terdapat tiga ikon baharu yang akan menunjukkan status imunisasi pengguna, iaitu imun (pengguna menerima kedua-dua dos vaksin), imun pulih (pengguna pulih daripada COVID-19 tetapi belum menerima vaksin), dan diimunisasi dengan dos pertama.


Sehingga semalam, hampir lima juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan di seluruh negara dengan kadar 124,158 dos sehari atau 14.3 peratus rakyat sudah diberikan pelalian itu.


Semalam, 673 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 392,682 kes, dengan 6,169 kes aktif, 782 daripadanya berada di ICU.


Jumlah pulih meningkat kepada 379,816 orang dengan yang terbaharu seramai 504 orang dalam tempoh 24 jam lalu. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
PHILIPPINES_COVID19_VACCINE_1617618063.jpg

Sekolah rendah dijadikan pusat vaksinasi COVID-19 sementara di Quezon City, Metro Manila, Filipina berikutan semua hospital sudah sesak. - Foto EPA

Perintah berkurung di metro Manila, kawasan sekitar dilanjutkan​

MANILA: Kerajaan Filipina melanjutkan perintah berkurung seminggu lagi selepas kes jangkitan COVID-19 melonjak dan semua hospital di ibu kota serta wilayah terpencil sudah penuh.

Presiden Rodrigo Duterte melaksanakan kembali perintah berkurung di metro Manila dan empat wilayah terpencil membabitkan lebih 25 juta penduduk, berikutan jangkitan harian melangkaui 10,000 kes.

Pemimpin gereja Roman Katolik mengarahkan sambutan Minggu Suci dan Easter dilakukan secara maya dalam talian selepas semua perjumpaan awam termasuk di tempat ibadat, dilarang buat sementara waktu.

Jurucakap Pusat Paru-Paru Filipina, Dr Norberto Francisco, berkata institusi dikendalikan kerajaan itu menjadi hospital terbaru di Manila mengumumkan ia tidak lagi dapat menerima pesakit.

"Ini kerana wad COVID-19 mencecah kapasiti penuh sementara bilik kecemasannya kini beroperasi melebihi dua kali ganda keupayaan sebenar.


"Kita bukan saja penuh, tetapi sangat penuh. Sebenarnya, hospital ini sudah penuh sejak dua minggu lalu," katanya.


Hospital lain berkata mereka boleh mengambil langkah untuk meningkatkan kapasiti katil tetapi jumlah pekerja perubatan tidak mencukupi kerana sebahagiannya juga dijangkiti coronavirus itu.


Pentadbiran Duterte semakin menghadapi kritikan dalam menangani wabak tetapi jurucakap presiden, Harry Roque, berkata penyebaran varian baharu yang lebih pantas menular amat mengejutkan.


"Tidak ada yang mungkin dapat menjangka betapa pantasnya penularan varian baharu ini sehingga jangkitan semakin meningkat.


"Tiga lagi unit rawatan rapi (ICU) dengan 110 katil akan dibuka di sebuah hospital di ibu kota kita juga merancang untuk melancarkan pusat rawatan intensif bergerak," katanya kepada ABS CBN News.


Filipina merekodkan lebih daripada 795,000 kes COVID-19 dengan 13,425 kematian, jumlah tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

The 6am-7pm curfew was also extended from the 19 regions including Paris to all of mainland France and Corsica.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

The Bangladesh government on Saturday decided to impose a week-long nationwide lockdown from Monday as COVID-19 cases and deaths surged across the country.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

China reported its biggest daily jump in new Covid-19 cases in more than two months, as Ruili, a city on the border with Myanmar in southwestern Yunnan province.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Indian pharma Cadila Healthcare has sought approval from local regulators to use a Hepatitis C drug as a treatment for COVID-19 following promising interim results from a late-stage trial.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register