BTC USD 55,064.2 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
COVID-19 dijangka berakhir pada awal 2022

COPENHAGEN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu.


Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR, Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu.

Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak maklumat mengenai virus itu berbanding ketika peringkat awal penularan pada 2020.

Namun, beliau tetap mengingatkan, tiada sesiapa pun yang dapat mengetahui keadaan sebenar pandemik COVID-19 pada masa depan.

"Virus ini akan terus wujud tetapi saya berpendapat sekatan tidak akan diperlukan. Ini adalah mesej yang optimis," katanya.

Kluge menjelaskan, mutasi adalah perkara biasa dan virus terbabit sedang cuba menyesuaikan diri dengan individu dijangkiti, namun yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi secara pantas.

Beliau berkata, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin COVID-19 yang dibangunkan.

Katanya, vaksin boleh diubah suai berdasarkan mutasi baharu jika perlu, tanpa perlu kembali dibangunkan dari mula.

Beliau berkata, mutasi tidak akan menjadikan virus itu berada di luar kawalan.

Katanya, ia bagaimanapun akan meningkatkan tekanan terhadap negara yang sistem penjagaan kesihatan sudahpun berdepan kesukaran, justeru isu mutasi perlu diberi perhatian amat serius.

Kluge menekankan, masalah terbesar akan muncul apabila golongan telah divaksin berada dalam kelompok sama dengan mereka yang tidak menerima vaksin, maka penjadualan adalah faktor sangat penting. – BERNAMA
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Thailand lanjutkan darurat menjelang program vaksinasi COVID-19

BANGKOK: Thailand melanjutkan tempoh darurat sehingga akhir Mac dengan melonggarkan beberapa langkah kawalan COVID-19 menjelang kempen vaksinasi seawal minggu depan.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, meluluskan lanjutan darurat buat kali ke 10 itu dalam usaha mengekang penularan coronavirus.

Salah seorang anggota panel itu, Piyasakol Sakolsatayadorn, berkata Kabinet yang bermesyuarat hari ini, dijangka menyokong usul itu, yang dilaksanakan sejak Mac tahun lalu.

"Panel juga bersetuju menamatkan larangan beroperasi terhadap restoran menjual minuman keras di beberapa wilayah termasuk Bangkok berikutan pengurangan kadar jangkitan sejak pertengahan Disember lalu.

"Bar dan kelab malam yang sebelum ini ditutup di beberapa wilayah, kini boleh beroperasi sehingga jam 11 malam," katanya.

Thailand menyaksikan kes COVID-19 kurang daripada 100 jangkitan sejak kebelakangan ini selepas larangan beroperasi terhadap perniagaan dan sekatan perjalanan dilaksanakan awal tahun ini.

Ia mendorong panel COVID-19 menilai semula risiko jangkitan dan meletakkan Bangkok pada tahap amaran peringkat kedua.

Hanya Samut Sakhon, di mana kadar jangkitan masih lagi tinggi, perintah kawalan ketat dilaksanakan.

Prayut, 66, semalam menawarkan diri bagi menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 dalam usaha meyakinkan rakyat walaupun Kementerian Kesihatan tidak mengesyorkan vaksin Sinovac bagi mereka berusia lebih 60 tahun. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
INDIA_PANDEMIC_CORONAVIRUS_COVID19_1614051113.jpg

Pekerja kesihatan menyembur cecair nyah kuman di kawasan perumahan di Mumbai, India yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19. - Foto EPA

India laksana perintah berkurung baharu kekang COVID-19

MUMBAI: Peningkatan kes COVID-19 di beberapa bahagian di India mendorong pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung dan sekatan lain bagi mencegah penularan.

Kes jangkitan berkurangan secara berterusan di India sejak September lalu dan kehidupan kembali normal di sebahagian besar negara itu.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa faktor di sebalik kejayaan India tidak dapat difahami puncanya dan negara dengan hampir 1.4 bilion penduduk itu tidak harus dibiarkan tanpa perlindungan.

Pegawai kesihatan awam kini menyiasat kemungkinan berlakunya mutasi pada virus yang menjadikannya lebih cepat menular dan menyebabkan beberapa rawatan dan vaksin kurang berkesan.

Peningkatan kes paling ketara di negara itu ialah di bahagian barat Maharashtra, di mana hampir 7,000 kes dikesan dalam tempoh 24 jam, menyumbang kepada hampir separuh daripada lebih 14,000 kes di India yang disahkan semalam.

Purata kes mingguan untuk jangkitan pula ialah hampir dua kali ganda iaitu 5,229 kes dalam dua minggu terakhir, kebanyakan tertumpu di beberapa kawasan termasuk ibu kota Mumbai.

Langkah penutupan dilaksanakan di beberapa negeri dan pihak berkuasa melarang semua program keagamaan atau kebudayaan.

Ketua Menteri Maharashtra, Uddhav Thackeray, yang mengeluarkan kenyataan secara maya, memberi amaran bahawa gelombang kedua sudah melanda negeri itu.

Beliau memberi amaran kegagalan untuk mengikuti langkah kesihatan seperti memakai pelitup muka boleh menyebabkan langkah penutupan yang lebih ketat.

Pegawai Pemantau Negeri, Dr Pradeep Awate, berkata pegawai kesihatan awam mengkaji sama ada virus bermutasi untuk menular dengan lebih cepat .

Beliau berkata, virus yang berkembang adalah sesuatu yang semula jadi tetapi kesannya adalah ia berkembang untuk menyebar dengan lebih cepat atau menjadi lebih berbahaya sehingga boleh menyebabkan bencana.

Pegawai kesihatan persekutuan berkata berlaku peningkatan jangkitan baharu, walaupun tidak seteruk di Maharashtra, di Punjab, utara India, Madhya Pradesh dan Chhattisgarh.

Sepasukan pegawai kesihatan persekutuan turut dikejarkan ke selatan Kerala di mana kes melonjak jauh lebih tinggi berbanding negeri lain iaitu antara 4,000 dan 5,000 kes pada bulan lalu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

India registered 12,643 fresh Covid-19 cases of the coronavirus disease (Covid-19). Active cases in India stand at 137,866, while the caseload tally has risen to 10,962,189. Coming to Maharashtra, it is the most affected state. As many as 5,427 new cases have been reported as total Covid cases reach 2,820,000.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
utan_1614087986.jpg

Borneo Orangutan Survival Foundation (BOSF) menghantar pulang 10 ekor orang utan ke habitat asalnya di kepulauan Borneo. - Foto AFP


Elak dijangkiti COVID-19, orang utan diterbangkan ke habitat asal

JAKARTA: Borneo Orangutan Survival Foundation (BOSF) menghantar pulang 10 ekor orang utan ke habitat asalnya di kepulauan Borneo, setahun selepas bimbang haiwan itu dijangkiti COVID-19.

Haiwan terbabit dihantar menggunakan helikopter bagi mengelak terdedah dengan jangkitan virus itu jika dihantar melalui jalan darat atau laut.

Orang utan memiliki persamaan kira-kira 97 peratus DNA dengan manusia.

Ketua Eksekutif BOSF, Jamartin Shite, berkata pandemik yang menjadi ancaman ketika ini menyukarkan usaha melindungi haiwan berkenaan.

"Sepanjang tahun kita tidak boleh membebaskan haiwan terbabit ke habitat asalnya kerana bimbang dengan penularan wabak ini.

"Kami melaksanakan protokol kesihatan yang ketat serta pelan mitigasi jika orang utan ini dijangkiti COVID-19.

"Penggunaan helikopter berupaya mengurangkan risiko penularan COVID-19, katanya.

Haiwan terbabit disuntik dengan ubat penenang sebelum penerbangan serta ditempatkan dalam kurungan khas.

Sebaik helikopter mendarat, haiwan berkenaan dibawa menaiki bot dan dihantar ke Hutan Perlindungan Bukit Batikap di tengah Kalimantan.

Beberapa orang utan turut dilepaskan di hutan lain di timur Kalimantan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Pakistan tamatkan semua sekatan COVID-19

KARACHI: Pakistan semalam mengumumkan menamatkan semua sekatan COVID-19, membolehkan semua aktiviti komersial di seluruh negara beroperasi seperti biasa, meskipun negara itu masih melaporkan lebih 1,000 kes baharu setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan Pusat Tindakan dan Operasi Nasional yang memantau pencegahan virus negara, sekatan terhadap semua tempat awam ditamatkan serta merta, manakala makan dan minuman di dalam premis dan majlis perkahwinan, kunjungan ke pawagam dan rumah ibadat dibenarkan mulai 15 Mac.

"Pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, dan kawalan pergerakan masih diteruskan," kata kenyataan itu.

Keputusan itu boleh disemak semula bergantung kepada keperluan, tambah kenyataan itu.

Negara Asia Selatan dengan penduduk melebihi 200 juta orang itu melaporkan penurunan kes baharu dan kematian yang ketara dalam beberapa minggu lalu.

Namun, masih mencatatkan lebih 1,000 kes harian, dan puluhan kematian.

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kes jangkitan sejak Mac 2020 mencecah 574,580 dengan kira-kira 12,708 kematian.

Islamabad telah memulakan kempen vaksinasi kepada petugas kesihatan barisan hadapan dan rakyat berusia 65 tahun ke atas.

Bulan lalu, kerajaan mengumumkan akan memperoleh 17 juta dos vaksin Oxford-AstraZeneca melalui inisiatif COVAX dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengawal selia ubat-ubatan negara itu setakat ini telah meluluskan penggunaan kecemasan vaksin China Sinopharm dan CanSino dari China, Oxford-AstraZeneca, dan vaksin Sputnik Russia. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Coronavirus pandemic wreaks havoc in the student body | COVID-19 Special

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

The more contagious British variant "now accounts for about half of people infected with Covid-19 in France", Prime Minister Jean Castex said during a press conference on Thursday. The same variant had represented fewer than 40 percent of cases according to numbers released a week ago.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Masalah bekalan oksigen untuk perubatan kian meruncing

GENEVA: Masalah bekalan oksigen untuk keperluan perubatan kini semakin meruncing susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kerjasama semalam memberi amaran bahawa sejumlah AS$1.6 bilion diperlukan bagi merungkai kecemasan global itu.

Penularan COVID-19 ternyata memberi tekanan besar terhadap sistem kesihatan seluruh dunia, terutama di negara miskin yang menyaksikan banyak hospital berdepan masalah kekurangan bekalan oksigen.

Keadaan itu sekali gus menyumbang kes kematian, selain waris pesakit di hospital pula terpaksa menampung kos lebih tinggi demi memastikan ahli keluarga mereka itu mendapat bekalan oksigen diperlukan untuk rawatan.

Akses kepada Pemacu Peralatan COVID-19 (ACT-Accelerator), iaitu usaha bersama global yang diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mendapatkan vaksin, diagnostik serta rawatan wabak terbabit, berkata pihaknya melancarkan Pasukan Petugas Khas Kecemasan Oksigen untuk menangani krisis semakin membimbangkan itu.

Pelbagai organisasi terbabit dalam pasukan petugas khas itu, termasuk WHO, Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Dana Global, Bank Dunia dan Selamatkan Kanak-Kanak.

Ketua agensi kesihatan antarabangsa Unitaid, Philippe Duneton, menyifatkan masalah kekurangan bekalan oksigen bagi tujuan perubatan dan rawatan adalah isu kecemasan global yang memerlukan penyelesaian tuntas.

Kekangan bekalan oksigen global dilaporkan sudahpun berlaku sebelum pandemik COVID-19 melanda, kerana diperlukan untuk rawatan penyakit seperti radang paru-paru yang meragut kira-kira 2.5 juta nyawa setiap tahun.

Namun, kemunculan wabak COVID-19 menyaksikan isu berkenaan semakin genting, sekali gus mencetuskan kegusaran orang ramai.

Dianggarkan setengah juta pesakit COVID-19 di negara miskin dan berpendapatan sederhana, memerlukan 1.1 juta silinder oksigen setiap hari.

Pada masa sama, 25 negara yang kebanyakannya di Afrika, turut melaporkan lonjakan permintaan kepada bekalan itu bagi tujuan perubatan dan rawatan.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, berkata pandemik COVID-19 menyebabkan masalah bekalan oksigen kini menjadi isu kecemasan global.

Beliau menegaskan, usaha menangani masalah itu amat penting bagi membantu rawatan pesakit COVID-19, sekali gus boleh mengurangkan risiko kematian.

Selain itu, ia dapat memperbaiki sistem kesihatan dalam jangka panjang, termasuk untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan oksigen.

Pasukan petugas khas baharu itu menekankan, dana AS$90 juta diperlukan segera untuk menangani cabaran utama dalam penghantaran dan akses bekalan oksigen di 20 negara, termasuk Malawi, Nigeria serta Afghanistan. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register