BTC USD 55,257.0 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
South Africa: Hunger rate plunges to 23% despite Covid relief payments | Pandemic | English News

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
COVID-19: Brazil lepasi 10 juta jangkitan

RIO DE JANEIRO: Brazil, negara kedua merekodkan kematian tertinggi akibat COVID-19, melepasi angka 10 juta kes jangkitan.

Negara itu sedang berdepan ancaman gelombang kedua yang membawa maut, selain masalah dengan program vaksinasi.

Brazil juga menjadi negara ketiga paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat (AS) dan India dengan lebih 51,900 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menurut data rasmi.

Dalam tempoh sama, seramai 1,367 orang maut menjadikan jumlah keseluruhan adalah lebih 243,400 kes.

Brazil merekodkan 10,030,626 kes jangkitan di tengah-tengah kritikan yang semakin membuak-buak ke atas pentadbiran Presiden, Jair Bolsonaro mengenai cara beliau menangani wabak dan respons terhadap vaksinasi.

Setakat ini, hanya tiga peratus daripada keseluruhan penduduk berjumlah 212 juta orang menerima dos pertama.

Kempen selama sebulan dengan CoronaVac China dan suntikan AstraZeneca, terpaksa dihentikan di beberapa bandar serta pekan kerana kekurangan bekalan dos. Masalah sedemikian turut dialami di Rio de Janeiro.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Eduardo Pazuello, berkata Brazil akan menerima 230 juta dos pada hujung Julai depan. Bagaimanapun, itu bergantung pada proses penghantaran dos dari luar negara serta kiriman bahan untuk dihasilkan sendiri di Brazil.

Selain itu, Brazil juga mempunyai rancangan untuk mendapatkan 10 juta dos vaksin Russia, Sputnik V dan 20 juta vaksin dari India, Covaxin, namun belum memuktamadkan kontrak dengan kedua-dua negara terbabit.

Ketika Brazil perlu melawan gelombang jangkitan kedua, dalam masa sama negara itu harus menangani varian virus baharu yang lebih mudah menular ke seluruh negara. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Finland: New COVID-19 strain may not show up on tests

A new mutated coronavirus strain that may not show up in PCR tests was found Thursday in Finland, experts have reportedly said.

The Helsinki-based Vita Laboratories said the variant, Fin-796H, was different from strains previously found in South Africa and the UK, Finland's national public broadcaster YLE reported.

Vita Laboratories considers the discovery of the new variant significant as it may not show up in PCR tests that search for particular genetic sequences in the virus' RNA.

The lab also noted that it was unlikely that the variant had emerged in Finland, given the country's low rate of coronavirus infection.

So far, 450 cases of coronavirus variants have been reported in Finland, and of these, 422 were the British variant, 22 the South African variant and one case involved the Brazilian variant of the virus.

A total of 52,209 cases have been reported in the country, including 725 which led to fatalities died due to the virus.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Jepun kesan lebih 90 kes COVID-19 varian baharu

TOKYO: Jepun hari ini mengesahkan telah menemui virus COVID-19 baharu.

Setakat ini 91 kes varian itu dilaporkan di daerah Kanto di bahagian timur, manakala lagi dua kes dikesan di beberapa lapangan terbang negara itu.

Pegawai percaya varian baharu itu berasal dari luar negara.

Ia berbeza daripada virus yang pertama kali dikesan di Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

Setakat ini terdapat 151 kes COVID-19 daripada tiga jenis virus terbabit di Jepun.

Kemunculan varian terbaru itu dikhuatiri menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada.

Jepun baharu memulakan program suntikan vaksin COVID-19 Rabu lalu.

Sementara itu satu kelompok baharu penularan COVID-19 dikesan di kemudahan tahanan imigresen di Tokyo.

Lima pekerja dan 39 tahanan warga asing kini menjalani kuarantin selepas diuji positif COVID-19.

Pihak berkuasa enggan mendedahkan kerakyatan tahanan yang dijangkiti virus terbabit.

Bagaimanapun kesemua 130 orang tahanan di kemudahan itu sudah menjalani ujian COVID-19. - AGENSI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,448
Reaction score
12,501
Points
2,376
COVID-19: Angka korban global kini melepasi 2.44 juta


Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 495,015 kes.​


COVID-19: Angka korban global kini melepasi 2.44 juta


JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 110.56 juta kes berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 28 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.96 juta kes dan Brazil dengan lebih 10.03 juta kes manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes adalah United Kingdom dan Rusia sementara Perancis dan Sepanyol melebihi 3 juta.

Itali, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico, mencatat lebih 2 juta kes.

Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Kanada, Portugal, Chile, Romania, Belgium, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Filipina, Switzerland dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Lebanon dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.


Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.44 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 495,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 243,000 kes, Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Iran, Colombia dan Argentina.

Di samping itu, negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia.

Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,448
Reaction score
12,501
Points
2,376
COVID-19: Kes positif 111 juta, kematian 2.5 juta


Indonesia setakat ini mencatatkan 34,316 kes kematian akibat COVID-19 dan 1,271,353 kes positif. - Gambar fail REUTERS​


COVID-19: Kes positif 111 juta, kematian 2.5 juta


JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 111,018,903 berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 28,065,688 kes.

Ini diikuti India dengan 10,977,387 kes dan Brazil dengan 10,139,148 kes.
Manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes jangkitan adalah United Kingdom dan Rusia, sementara Perancis dan Sepanyol melebihi 3 juta.

Itali, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico, mencatat lebih 2 juta kes.

Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Kanada, Portugal, Chile, Romania, Belgium, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Filipina, Switzerland dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Lebanon dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

Sementara itu, kes kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini berjumlah 2,458,739.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 10,139,148 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 245,977 kes, Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Iran, Colombia dan Argentina.

Di samping itu, negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia.

Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Filipina sahkan 239 kematian COVID-19, korban harian kedua tertinggi

MANILA: Kementerian Kesihatan Filipina semalam melaporkan 239 kematian COVID-19, iatu korban harian kedua tertinggi sejak wabak itu bermula, dengan 2,240 kes jangkitan dalam 24 jam.

Jumlah kematian harian tertinggi adalah 259 kes maut akibat coronavirus itu, yang dilaporkan pada 14 September tahun lalu.

Dalam buletinnya, Kementerian Kesihatan menyatakan jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 559,288 mangsa sementara kematian COVID-19 yang disahkan sudah mencecah 12,068 orang.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, akan membuat keputusan minggu depan sama ada akan melonggarkan perintah berkurung di Manila untuk membolehkan lebih banyak kegiatan ekonomi dibuka.

Menurut buletin itu, seramai 504 pesakit disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih seramai 513,120 orang.

Filipina, yang mempunyai sekitar 110 juta penduduk, membuat ujian terhadap hampir lapan juta orang sejak pandemik itu muncul Januari tahun lalu.

Jabatan Kesihatan (DOH) meminta kerajaan tempatan terus meningkatkan pengawasan bagi mencegah penularan, sekiranya kerajaan meringankan langkah kuarantin bulan depan.

Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire, pada sidang media semalam, berkata kerajaan tempatan harus menambah baik kawalan seperti pengawasan yang lebih baik, sehingga mereka dapat mengawal jumlah kes.

Vergeire membuat kenyataan itu ketika kerajaan merancang untuk melonggarkan perintah penutupan yang berkuatkuasa sejak pertengahan Mac tahun lalu, bagi memulihkan sektor ekonomi.

"Sudah hampir setahun kita di bawah perintah berkurung dan kini tiba masanya kita menumpukan kepada ekonomi negara bagi mewujudkan keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi.

"Walaupun perintah berkurung berjaya mengekang penularan virus, ramai yang terjejas terutama golongan berpendapatan rendah selain peluang kerja, pendidikan, keselamatan makanan dan perniagaan," katanya.

Ekonomi Filipina menguncup 9.5 peratus pada 2020, tahap terendah keluaran dalam negara kasar (KDNK) sejak 1946. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
COVID-19: Jumlah korban di AS hampiri 500,000

NEW YORK: Jumlah korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini menghampiri angka 500,000, termasuk ribuan petugas kesihatan, lapor Agensi Berita Xinhua yang memetik USA Today, semalam.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan hampir 409,000 kes COVID-19 dan 1,438 kematian dalam kalangan kakitangan kesihatan di seluruh negara, namun agensi itu mengaku datanya tidak lengkap.

Katanya, laporan pada akhir Disember lalu oleh Kaiser Health News serta The Guardian menyatakan bahawa angka korban wabak itu yang membabitkan petugas kesihatan ialah hampir 3,000 orang.

"Mereka bekerja berjam-jam tanpa henti, tidak menghiraukan waktu rehat dan turut terdedah kepada penyakit itu. Mereka sudah terlalu letih tanpa mengetahui bila pandemik itu akan berakhir," menurut laporan berkenaan.

Katanya, ramai rakyat AS telah jemu memakai pelitup muka, terdesak untuk kembali kepada kehidupan biasa, serta lali dengan jumlah kes yang berterusan meningkat, namun tidak bagi petugas kesihatan.

Menurutnya lagi, ketibaan vaksin pada pertengahan Disember lalu sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada petugas perubatan.

Setakat petang semalam, sebanyak 498,254 korban COVID-19 dilaporkan di AS, iaitu tertinggi di dunia dengan California, New York dan Texas mendahului senarai negeri mencatat jumlah kematian terbanyak, menurut Johns Hopkins University. – BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register