Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
COVID-19: Hong Kong laksana 'tutup dan serbu' untuk lawan virus


HONG KONG: Hong Kong mula melaksanakan strategi 'tutup dan serbu' dengan menutup secara mengejut kawasan kejiranan dan menyaring semua orang, di tempat kes COVID-19 meningkat.

Sebahagian besar wabak baru-baru ini meningkat mendadak di pusat kewangan China itu.

Polis mengepung deretan bangunan rumah yang padat di kawasan Yau Ma Tei semalam hingga pagi ini untuk melakukan ujian wajib.

Taktik baharu itu membabitkan pihak berkuasa, yang tidak memberi amaran mengenai penutupan yang akan berlaku.

Pemimpin bandar raya itu, Carrie Lam, berkata tindakan 'tutup dan serbu' seperti itu diperlukan untuk memastikan orang ramai tidak melarikan diri, sebelum petugas kesihatan masuk.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan larangan atas kerjasama mereka," tulisnya di laman Facebooknya pada hari ini, ketika penutupan itu ditarik balik.

Penutupan dua hari yang serupa di kawasan kejiranan pada hujung minggu dibocorkan kepada media, sehari sebelum polis masuk.

Operasi malam tadi secara kecil-kecilan.

Sebanyak 330 ujian dilakukan di 20 bangunan, dengan satu kes COVID-19 ditemui.

Namun, pihak berkuasa menyatakan 'tutup dan serbu' lebih lanjut mungkin diperlukan pada hari-hari mendatang.

Hong Kong satu tempat pertama yang diserang oleh COVID-19, selepas ia menular keluar dari tengah China.

Bandar raya itu mencatatkan lebih 10,000 jangkitan dengan kira-kira 170 kematian dengan mengenakan langkah penjarakan fizikal yang berkesan tetapi menjejaskan ekonomi untuk sebahagian besar tahun lalu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini kluster baharu COVID-19 muncul di kawasan berpendapatan rendah yang terkenal dengan beberapa perumahan yang paling sempit di dunia.

Di atas kertas, Hong Kong satu bandar terkaya di dunia.

Namun, ia mengalami ketidaksamaan yang meluas, kekurangan perumahan yang sangat serius dan sewa tinggi yang gagal diselesaikan oleh kerajaan.

Rata-rata flat di Hong Kong adalah sekitar 500 kaki persegi (46 meter persegi) dan dijual dengan harga sekitar HK$7 juta (RM3.64 juta).

Disebabkan kadar sewa yang mahal, ramai yang mendiami rumah pangsa yang lebih kecil, dikenali sebagai 'rumah sangkar' - bilik yang setinggi 50 kaki persegi atau bahkan kurang, dengan bilik mandi dan pancuran mandi bersama di dalam bangunan yang sudah tua.

Bangunan seperti itu menyaksikan terdapat banyak kluster baharu muncul dalam beberapa minggu kebelakangan ini. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
Varian baharu Covid-19 kini di 70 negara: WHO

GENEVA - Varian Covid-19 baharu di United Kingdom (UK) kini telah merebak ke 70 negara, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Rabu.

Dalam kemas kini epidemiologi terbarunya, agensi kesihatan PBB juga mengatakan varian virus yang pertama kali dijumpai di Afrika Selatan telah merebak ke lapan negara lagi dalam seminggu yang lalu dan kini terdapat di 31 negara; sementara varian lain yang ditemui di Brazil telah merebak ke lapan negara.- AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti.../Varian-baharu-Covid-19-kini-di-70-negara-WHO
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
954439.jpg


Lebih 200 cedera bantah 'lockdown' di Tripoli

TRIPOLI - Lebih 200 orang cedera di bandar Tripoli, Lubnan pada Rabu ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan polis iaitu malam ketiga bantahan terhadap pelaksanaan perintah 'lockdown' dan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Para penunjuk perasaan membaling bom-bom petrol dan batu ke arah pasukan keselamatan yang kemudian bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata, kata seorang koresponden AFP.

Agensi Berita Kebangsaan berkata, seramai 226 orang cedera pada waktu malam manakala 102 daripada mereka dirawat oleh anggota-anggota Persatuan Palang Merah Lubnan dan Persatuan Perubatan Islam merawat 124 orang lagi.

Sekurang-kurangnya 66 orang telah dimasukkan ke hospital ekoran kejadian itu.

Pasukan keselamatan membuat kenyataan di Twitter dengan mendedahkan sembilan anggotanya cedera ekoran tunjuk perasaan tersebut.

Pihak berkuasa negara itu telah melanjutkan perintah 'lockdown' selama dua minggu kepada 8 Februari ini.

Ramai penduduk tidak mempunyai pendapatan sejak Lubnan melaksanakan perintah 'lockdown' sejak awal bulan ini sebagai usaha membendung penularan kes Covid-19 dan mengelakkan hospital-hospital sesak dengan pesakit ekoran pandemik itu.

"Kami berada di sini (tempat penunjuk perasaan membantah Covid-19) untuk menuntut makanan. Orang ramai kini lapar," kata seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun, Mohammed Ezzedine.

Para penunjuk perasaan cuba untuk memasuki sebuah bangunan kerajaan manakala yang lain berhimpun di Dataran Al-Nour yang sebelum ini menjadi tempat lokasi tunjuk perasaan menentang kelas politik pada tahun 2019.

Lubnan merekodkan lebih 289,000 kes Covid-19 dan lebih 2,500 kematian ekoran pandemik Covid-19 dan ia terjadi ketika krisis ekonomi berlaku di negara tersebut sejak perang saudara di Lubnan berakhir pada tahun 1990. - AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/121239/GLOBAL/Lebih-200-cedera-bantah-lockdown-di-Tripoli
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601

The daily number of new COVID-19 cases in France stayed above 20,000 on average for the fourth straight day on Tuesday while hospitalisations kept growing to reach an eight-week high of 27,041, increasing fears of a third national lockdown.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
Security forces clash with anti-lockdown protesters in Lebanon's Tripoli | World News | WION News

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
COVID-19 update, Jan 27: Taiwan tightens curbs following surge in infections

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
Brazil terburuk tangani COVID-19, New Zealand terbaik

SYDNEY: Brazil diletakkan pada tahap terburuk menangani penularan COVID-19 manakala New Zealand negara terbaik menguruskan pandemik itu.

Penarafan itu diterbitkan Institut Lowy Sydney, badan kaji selidik Australia yang membuat penilaian terhadap 100 negara.

Institut itu menilai berdasarkan enam kriteria termasuk jumlah kes yang disahkan, kematian dan ujian metrik.

"Secara keseluruhan, petunjuk diperoleh menunjukkan sejauh mana baik dan lema sesebuah negara menguruskan pandemik," katanya laporan itu.

Selain New Zealand, 10 negara terbaik menangani COVID-19 ialah Vietnam, Taiwan, Thailand, Cyprus, Rwanda, Iceland, Australia, Latvia dan Sr Lanka.

Negara yang turut dikategori lemah menangani pandemik di atas Brazil adalah Mexico, Colombia, Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Brazil merekodkan lebih 218,000 kematian akibat COVID-11, negara kedua tertinggi selepas AS.

Pada tahun lalu, dua negara ini diketahui memandang remeh ancaman COVID-19, mengabaikan pemakaian pelitup muka, menentang perintah sekatan dan rakyatnya saling menjangkiti virus berkenaan.

Bagaimanapun, China yang menjadi negara pertama virus itu dikesan dan merebak, tidak dimasukkan dalam kaji selidik itu atas alasan tidak mesra untuk berkongsi data ujian.

The Lowy Institute bagaimanapun berkata, tiada negara yang menjadi juara dalam usaha menangani pandemik itu apabila ia menyentuh sistem politik dan hampir seluruh negara gagal dalam konteks itu.

"Ada negara menguruskan pandemik dengan baik berbanding negara lain, tetapi setiap negara tidak mampu bersaing sesama mereka kerana tahap pengendalian yang lemah," katanya.

"Negara kecil dengan populasi kurang 10 juta penduduk dilihat mempunyai kelebihan menguruskan pandemik itu.

"Secara amnya, negara berpenduduk rendah, masyarakat bersatu padu dan memiliki institut yang berwibawa secara perbandingan lebih baik menguruskan krisis global seperti penularan pandemik ini," kata laporan itu.

Keseluruhannya, kes COVID-19 kini mencecah 100 juta di seluruh dunia dan 2.2 juta maut sejak virus itu tercetus pada Disember 2019. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
wuhan_1611803716.jpg

Institut Virologi Wuhan, China yang dikaitkan sebagai asal-usul COVID-19 muncul dan tersebar ke seluruh dunia. FOTO AFP

Rumah Putih gesa siasatan menyeluruh punca kemunculan COVID-19

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mahu siasatan antarabangsa yang tegas dan jelas dilakukan bagi mencari jawapan asal usul COVID-19.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca dan bagaimana virus itu muncul serta tersebar ke seluruh dunia.

"Sangat penting kita sampai ke punca bagaimana virus itu muncul dan menyebar ke seluruh dunia," katanya kepada wartawan, semalam.

Psaki berkata, desakan Rumah Putih itu adalah pendirian AS terhadap 'keprihatinan utama' terhadap 'salah maklumat' daripada 'beberapa sumber di China'.

COVID-19 setakat ini mengorbankan lebih dua juta nyawa, menjangkiti sekitar 100 juta orang dan menjejaskan ekonomi global sejak pertama kali dikesan sekitar setahun lalu di Wuhan, China.

Awal bulan ini, sepasukan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di Wuhan untuk memeriksa asal-usul virus maut ini.

Saintis bersetuju penyakit ini berasal dari haiwan dan tumpuan khusus adalah pada 'pasar basah' di Wuhan yang menjual haiwan hidup.

Bekas Presiden AS, Donald Trump menyokong teori virus itu mungkin berasal dari makmal di Institut Virologi Wuhan tetapi dinafikan China.

Dikatakan kakitangan di makmal Wuhan jatuh sakit dengan gejala yang menyerupai COVID-19 pada tahun 2019, sebelum berlaku penyebaran virus itu.

Beijing membantah dakwaan itu atas alasan Wuhan adalah tempat kes pertama COVID-19 dikesan tetapi tidak semestinya virus itu berasal dari wilayah itu.

Psaki berkata, Presiden Joe Biden kini menumpukan sumber tenaga tersendiri untuk memahami apa yang berlaku dan akan meneliti laporan WHO.

"Washington akan menggunakan maklumat dikumpulkan dan dianalisis komuniti perisikan kami dan bekerjasama dengan rakan sekutu untuk menilai kewibawaan laporan antarabangsa," katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register