BTC USD 51,633.5 Gold USD 1,681.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
Sempadan diperketat di seluruh dunia angkara COVID-19

WASHINGTON: Sekatan sempadan dipertingkat di seluruh dunia hari ini bagi menghadapi ancaman COVID-19 yang masih berterusan.

Ketegasan itu turut menyaksikan kemarahan penduduk terhadap peraturan penjarakan sosial bertukar menjadi pergaduhan besar di Belanda pada hujung minggu lalu.

Amerika Syarikat (AS) akan mengikut jejak langkah Perancis, Israel dan Sweden bagi menyekat kedatangan dari negara tertentu, dengan kebimbangan utama mengenai varian baharu patogen yang dari Britain dan Afrika Selatan.

Ketetapan itu dibuat ketika Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, menjadi pemimpin terbaru dikesan positif penyakit itu, manakala New Zealand melaporkan kes komuniti pertamanya selepas lebih dua bulan bebas virus itu.

Di Washington, Presiden AS, Joe Biden, hari ini menguatkuasakan semula larangan kemasukan kepada bukan warga AS yang pernah ke Britain, Brazil, Ireland, Afrika Selatan dan beberapa negara Eropah.

Biden, pada minggu lalu, memperketat peraturan pemakaian pelitup muka dan mengeluarkan perintah kuarantin kepada mereka yang terbang ke negara berkenaan, yang mencatatkan keseluruhan 25 juta kes, semalam.

Sejak muncul pada akhir 2019, COVID-19 membunuh lebih 2.1 juta orang, dengan hampir 99 juta kes jangkitan direkodkan, menurut AFP berdasarkan angka rasmi.

Semalam, Perancis mula mewajibkan ujian PCR negatif bagi ketibaan melalui laut dan udara dari negara jiran EU.

Sweden pula akan melarang kemasukan dari negara jiran, Norway selama tiga minggu selepas kes varian Britain yang lebih mudah berjangkit dikesan di Oslo.

Di Israel, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berkata, negara itu 'menutup rapat ruang udaranya kecuali bagi pengecualian luar biasa' untuk ketibaan dan pelepasan selama seminggu.

Bagaimanapun, tindakan kerajaan untuk membendung penularan virus itu masih berdepan tentangan keras daripada sebahagian rakyatnya. - AFP
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,651
Reaction score
12,268
Points
2,376

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
COVID-19: Singapura catat tiga kes positif bagi strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini.

Menurut kementerian itu, perkara itu didedahkan menerusi penjujukan genom keseluruhan dan analisis filogenetik yang dikendalikan Makmal Kesihatan Awan Kebangsaan.

Menerusi data penuh yang dikeluarkan di sini, the MOH berkata siasatan epidemiologi mendedahkan bahawa kes ke-59,340 dan ke-59,351 telah berkunjung ke Lapangan Terbang Jewel Changi pada 31 Disember 2020 antara 2.35 petang dan 9.50 malam, manakala kes ke-59,028 berada di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi pada hari sama antara 7.48 malam dan 8.49 malam.

Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH berkata ia akan memulakan satu operasi khas yang menawarkan ujian saringan kepada kakitangan yang bertugas dari 31 Disember di Lapangan Terbang Jewel Changi dan di kedai serta tempat makan yang dibuka kepada orang awam di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.

Kes ke-59,028 ialah seorang lelaki rakyat Korea berusia 24 tahun yang bekerja dengan Azur di Plaza Crowne Lapangan Terbang Changi dan telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 5 Januari lalu.

Kes ke-59,340 pula adalah seorang rakyat tempatan yang bertugas dengan Persatuan Pengakap Singapura dan disahkan dijangkiti virus itu pada 15 Januari lalu.

Kes ke-59,351 adalah pasangan kes ke-59,340 dan bekerja di OCBC Tampines Centre One dan dia disahkan dijangkiti COVID-19 pada 15 Januari.

B117 dianggap sebagai strain virus COVID-19 berpotensi lebih mudah berjangkit yang kini menular di United Kingdom.

Sehingga tengah hari tadi, republik itu melaporkan 14 kes baharu, kesemuanya import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 59,366.– BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
Kanak-kanak tidak dibenarkan keluar rumah di Filipina

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte mengenakan perintah larangan keluar rumah terhadap kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun, ketika Filipina berusaha mengawal penularan wabak COVID-19.

Perintah duduk di rumah terhadap semua kanak-kanak dan golongan tua, dilaksanakan di seluruh negara sejak pandemik itu melanda, walaupun selepas ekonomi dibuka semula.

"Tolong duduk di rumah. Mereka pun suka menonoton televisyen. Mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya dengan menonton televisyen seharian," menurut Duterte.

Walaupun segelintir ibu bapa enggan mematuhi peraturan itu dengan membenarkan anak mereka bermain di taman, langkah berkenaan menghalang keluarga daripada berkunjung ke pusat beli belah yang menjadi nadi komuniti dan pengguna. Sekolah juga masih ditutup.

Jumaat lalu, jawatankuasa coronavirus kerajaan mengumumkan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun, dibenarkan keluar rumah bermula Februari ini.

Bagaimanapun, Duterte membatalkan keputusan itu dan menegaskan beliau tidak mahu membiarkan golongan muda menanggung risiko dijangkiti varian baharu virus terbabit yang lebih berbahaya.

Varian baharu virus itu setakat ini sudah menjangkiti 17 individu, termasuk tiga kanak-kanak.

"Saya amat bimbang kerana varian baharu virus ini boleh menjangkiti kanak-kanak," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Perdagangan, Ramon Lopez, berkata keputusan membenarkan semula kanak-kanak berada di luar rumah, berupaya memacu permintaan pengguna dan menghidupkan semula perniagaan yang terjejas. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
New Zealand terus ditutup kepada pelawat

WELLINGTON: Perdana Menteri Jacinda Ardern memberi bayangan sempadan New Zealand akan terus ditutup, sepanjang tahun ini, ketika pegawai kesihatan masih menilai pengagihan vaksin COVID-19, pada peringkat global.

Ardern berkata, pengesanan kes positif hujung minggu lalu yang menjadi kes pertama penularan dalam komuniti dalam tempoh dua bulan, menunjukkan COVID-19 masih menjadi ancaman kepada negara.

Beliau berkata, kerajaannya tidak akan membuka pintu sempadan yang ditutup sejak Mac tahun lalu, ketika pandemik menular di seluruh dunia.

"Melihat kepada risiko di sekeliling kita dan ketidaktentuan pengagihan vaksin, kita boleh menjangka, ia akan memberi kesan kepada sempadan kita, sepanjang tahun ini," katanya.

Bagaimanapun, Ardern berkata, New Zealand akan meneruskan gelembung perjalanan dengan Australia dan negara di kepulauan Pasifik yang setakat ini, berjaya mengawal penularan wabak itu.

Rancangan melaksanakan gelembung perjalanan pada penghujung Mac ini menimbulkan persoalan, apabila Australia menggantung perjalanan rakyat negara Kiwi berkenaan, selepas berlakunya kes baharu penularan dalam komuniti.

Ardern berkata, kes itu membabitkan individu berusia 56 tahun yang pulang dari Eropah, dan memberi jaminan kes itu dapat dikawal dengan berkesan, selain mengkritik Australia kerana menyekat perjalanan rakyatnya ke negara berkenaan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601

But health officials are feeling more encouraged, with no new community cases having been detected since the first one.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
Dr. Fauci Says We’re In A Race Against Time To Beat Covid Variants | NBC Nightly News

 
Sponsored Post
Top
Log in Register