Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
Kematian COVID-19 di AS cecah 400,000

WASHINGTON: Lebih 400,000 orang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) sejak pandemik itu mula melanda.

Berdasarkan data dikeluarkan Universiti Johns Hopkins, angka berkenaan direkodkan sebulan selepas negara itu mencatatkan 300,000 kematian pada pertengahan Disember tahun lalu dan pasca setahun pengumuman kematian pertama COVID-19, akhir Februari 2020.

Secara perbandingan, AS masih mendominasi angka kematian tertinggi akibat COVID-19, walaupun sesetengah negara merekodkan angka korban lebih banyak berbanding populasi mereka seperti Itali, Britain dan Belgium.

Menelusuri semula sejarah penularan pandemik itu sejak kematian pertama direkodkan di AS pada Februari 2020, angka kematian melonjak melepasi 100,000 orang hanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Susulan gelombang pertama wabak COVID-19 yang menular di New York ketika itu, kadar kematian mencecah 200,000 dalam tempoh empat bulan berikutnya.

Kadar kematian terus meningkat, menjangkau 300,000 dalam tempoh tiga bulan selepas itu.

Ketibaan musim sejuk dan cuti sejak kebelakangan ini memburukkan lagi keadaan apabila jangkitan wabak berkenaan meningkat di seluruh AS, termasuk angka kematian.

Bersandarkan tinjauan Washington Post-NBC semalam, satu daripada dua rakyat AS menaruh kepercayaan penularan virus COVID-19 kini berada di luar kawalan.

Kira-kira 120,000 orang buat masa ini ditempatkan di hospital bagi menerima rawatan selepas disahkan dijangkiti COVID-19.

Universiti Johns Hopkins yang berpangkalan di Baltimore melaporkan AS sehingga kini merekodkan lebih 24.1 juta kes positif COVID-19, malah angka berkenaan dipercayai jauh lebih tinggi susulan kegagalan melaksanakan aktiviti pengesanan dan saringan ketika pandemik terbabit mula melanda.

AS sebelum ini mula melaksanakan program imunisasi terhadap rakyatnya pada pertengahan Disember tahun lalu, namun pakar meramalkan wabak berkenaan hanya mampu dikawal dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Hanya tiga peratus atau kira-kira 10.5 juta daripada keseluruhan penduduk di AS sudah menerima satu suntikan vaksin Pfizer BioNTech dan Moderna yang dilesenkan. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
First Units of Hebei Quarantine Center Ready for Use by Tuesday Evening

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
COVID-19 pandemic response team says WHO, China could have acted faster | Coronavirus | World News

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
Virus baharu COVID-19 dari UK bertebaran ke 60 negara - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati varian baharu COVID-19 berpunca dari United Kingdom (UK) kini dikesan dekat lebih 60 negara ketika ini.

Negara di seluruh dunia kini berusaha mencari jalan bagaimana hendak membendung penularan varian baharu COVID-19 ketika vaksin belum diperoleh secara meluas dan kematian global akibat pandemik itu melepasi angka dua juta.

Sementara itu, varian baharu COVID-19 berasal dari Afrika Selatan dan mirip virus dari UK serta dipercayai lebih mudah tersebar, kini dilaporkan dikesan di 23 negara dan wilayah.

Dalam laporan mingguannya, WHO menjelaskan jumlah kematian meningkat kepada rekod tertinggi 93,000 kes dalam tempoh seminggu dan 4.7 juta kes baharu dicatatkan dalam tempoh sama.

Varian baharu COVID-19 mula dikesan di UK pada pertengahan Disember lalu dan WHO mendapati ia 50 hingga 70 peratus lebih mudah menjangkiti berbanding virus asal.

Bagaimanapun, varian baharu itu dilaporkan tidak begitu 'ganas' untuk menyebabkan kematian dan Pfizer serta BioNTech mendakwa vaksin dihasilkan mereka berkesan menentang virus ditemui di British dikenali sebagai B117.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
EU pertimbang sekatan perjalanan

BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) 'amat tidak menggalakkan' warga Eropah melakukan perjalanan tidak penting, dan mempertimbang mengenakan sekatan perjalanan lebih ketat, dalam tempoh beberapa hari akan datang, untuk mengekang penularan COVID-19.

Ketua EU, Ursula von der Leyen dan Charles Michel, memberi peringatan itu selepas sidang maya selama empat jam membabitkan 27 negara blok itu, membincangkan tindak balas terhadap gelombang kedua pandemik di Eropah.

Peringatan itu juga atas kebimbangan penularan varian coronavirus yang lebih mudah berjangkit, yang berisiko melonjakkan kes baharu dan memberi kesan pada hospital, seperti yang berlaku di Britain.

"Semua perjalanan tidak penting amat tidak digalakkan, sama ada di dalam negara atau merentasi sempadan (dalam EU)," kata von der Leyen yang juga ketua Suruhanjaya Eropah, ketika sidang media pada Khamis.

Michel yang juga Presiden Majlis Eropah, berkata langkah sekatan tambahan mungkin diperlukan bagi mengehadkan perjalanan tidak penting dan pihaknya sedang mempertimbang perkara itu.

Kedua-duanya memaklumkan, langkah seterusnya membabitkan sekatan perjalanan akan diputuskan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun, kedua-duanya memaklumkan EU mahu mengelak lonjakan jumlah kes ketika gelombang pertama pada Mac tahun lalu berulang, apabila beberapa negara EU panik dan menutup sempadan negara secara unilateral, menyebabkan urusan perjalanan dan ekonomi di blok itu kucar-kacir.

Von der Leyen berkata, penting untuk memastikan pasaran tunggal ini kekal berfungsi, supaya pekerja dan kenderaan pengangkut barang boleh terus merentas sempadan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
belandacurfew25_-_tunjuk_perasaan_1611533282.jpg


Tunjuk perasaan selepas Belanda umum perintah berkurung


THE HAGUE: Penunjuk perasaan menentang perintah berkurung yang baharu dikuatkuasa bagi menangani pandemik COVID-19 di Belanda, bertempur dengan polis di beberapa bandar semalam.

Televisyen tempatan, Omroep Brabant melaporkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan meriam air dan anjing di tengah bandar Amsterdam, yang menjadi lokasi ratusan penunjuk perasaan berhimpun selepas perintah itu bermula pada Sabtu.

Di Eindhoven di bahagian selatan negara, polis juga terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai dan pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 30 orang ditahan.

Media juga melaporkan, banyak kenderaan dibakar dan banyak kedai di terminal stesen kereta api Eindhoven dipecah masuk.

Syarikat keretapi Belanda, NS juga meminta orang ramai menjauhi terminal stesen kereta api Eindhoven selain menjelaskan jadual perjalanan pengangkutan awam itu turut terganggu akibat kejadian berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan, pusat saringan COVID-19 dibakar pada petang Sabtu di perkampungan Urk, utara Belanda.

"Kebakaran di pusat saringan itu berlaku tanpa kawalan," kat Menteri Kesihatan, Hugo de Jonge.

Perintah berkurung dari jam 9 malam ke 4.30 pagi itu adalah pertama kali pertama sejak Peperangan Dunia Kedua (WWII) dengan Perdana Menteri, Mark Rutte berkata, ia dilakukan itu memastikan kes jangkitan menurun.

Sesiapa yang melakukan kesalahan dihukum denda sebanyak 95 euro (RM465). - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
Presiden Mexico turut dijangkiti COVID-19

MEXICO CITY: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador semalam mengumumkan bahawa dia dijangkiti COVID-19.

"Saya kesal untuk memberitahu anda bahawa saya turut dijangkiti virus COVID-19.

"Simptomnya agak sederhana tetapi saya sedia untuk menjalani rawatan perubatan

"Seperti biasa, saya optimis. Kita akan melalui fasa ini bersama," katanya pemimpin berusia 67 tahun dalam mesej di media sosial.

Sebelum ini, pemimpin itu dilihat jarang memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, termasuk sidang media harian selain menghadiri banyak majlis dan pelbagai aktiviti sepanjang pandemik ini.

Lopez Obrador juga melakukan lawatan ke banyak kawasan di negara itu dan Jumaat lalu mengunjungi San Luis Potosi di utara Mexico.

Beliau turut dikritik kerana lewat melaksanakan perintah berkurung ketika pandemik itu mula dikesan di negara itu selain berterusan mengadakan pertemuan dengan rakyat dan bersentuhan dengan penyokongnya.

Presiden Mexico itu akan bekerja dari rumahnya minggu ini dan mewakilkan Menteri Dalam Negeri, Olga Sanchez pada sidang media harian.

Setakat ini, Mexico merekodkan 1.75 kes jangkitan COVID-19 dan 150,000 kes kematian. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
New Zealand rekod kes komuniti pertama Covid-19 selepas 2 bulan

Wellington: Kes pertama Covid-19 dalam komuniti di New Zealand selepas lebih dua bulan sifar jangkitan wabak itu dikenal pasti sebagai varian Afrika Selatan dan kemungkinan pesakit berkenaan dijangkiti ketika di kuarantin di hotel, kata Menteri Kesihatan New Zealand Chris Hipkins, hari ini.

Wanita berusia 56 tahun yang dijangkiti virus itu baru pulang dari Eropah dan disahkan positif pada Sabtu lalu, 10 hari selepas selesai menjalankan kuarantin wajib selama dua minggu.

Penularan tempatan itu yang pertama dilaporkan di New Zealand sejak pertengahan November dan diklasifikasikan sebagai strain lebih mudah berjangkit.

"Strain jangkitan adalah varian Afrika Selatan dan sumber jangkitan kemungkinan besar membabitkan pengembara lain," kata Hipkins.

Wanita itu dipercayai dijangkiti oleh individu yang menginap di tingkat sama sebuah hotel ketika menjalani kuarantin wajib di negara itu, dua hari sebelum keluar dari hotel terbabit.

Selepas menjalani kuarantin wajib itu, wanita terbabit mengunjungi beberapa lokasi di sekitar wilayah Northland dekat Auckland sebelum menunjukkan gejala jangkitan beberapa hari kemudian dan diuji positif Covid-19.

Dua kontak rapat, termasuk suaminya, disahkan negatif virus itu dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Ashley Bloomfield mengatakan mereka kemungkinan terhindar daripada jangkitan berikutan simptom yang ditunjukkan wanita berkenaan.

"Dia tidak mengadu mengalami gejala pernafasan, ia lebih kepada terasa sakit pada otot, sebab itu dia mungkin tidak menyebarkan virus berkenaan," kata Bloomfield.

"Saya rasa ia tidak menghairankan dengan varian ini, sebagaimana (simptom) yang dialami wanita terbabit."

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan, tidak ada bukti jelas varian Afrika Selatan membawa kepada kesan jangkitan teruk dan kematian yang lebih tinggi.

New Zealand mendapat pujian antarabangsa kerana bijak menangani penularan pandemik ini, dengan hanya 25 kematian dari 1,927 kes virus yang daripada lima juta populasi penduduk.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register