BTC USD 51,799.0 Gold USD 1,681.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
COVID-19: China kembali catat jangkitan 3 angka

BEIJING: China melaporkan 130 kes baharu COVID-19 semalam, dengan 115 adalah penularan tempatan dan bakinya kes import, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional China hari ini.

Laporan harian suruhanjaya itu memaklumkan, 90 kes jangkitan tempatan dikesan di Hubei, 23 di Heilongjiang dan dua lagi di Beijing.

Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan dan setakat semalam, 4,489 kes import direkodkan di China, dengan 4,208 sembuh dan dibenarkan pulang, 281 masih di hospital manakala tiada kematian membabitkan kes import dilaporkan.

Rekod keseluruhan kes COVID-19 di China kini mencecah 88,118 setakat semalam, termasuk 1,113 pesakit yang masih menerima rawatan, dengan 38 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Suruhanjaya itu merekodkan sejumlah 82,370 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang selain 4,635 meninggal dunia akibat wabak itu.

Selain itu, terdapat satu lagi kes disyaki dijangkiti COVID-19 di China semalam, yang mana 33,409 kontak rapatnya kini dipantau rapi.

China turut merekodkan 79 kes baharu tanpa gejala semalam, dengan 24 daripadanya kes import selain 20 kes tidak bergejala turut dikategorikan semula sebagai kes positif.

Pada masa sama, 9,452 kes COVID-19, termasuk 161 kematian direkodkan di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong setakat semalam, 46 kes di Macau dan 843 kes, termasuk tujuh kematian, di Taiwan.

Sejumlah 8,684 pesakit COVID-19 di Hong Kong dan 46 di Macau serta 741 di Taiwan sudah sembuh dan dibenarkan pulang. - AGENSI
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
COVID-19: Varian UK menjangkiti ramai penghuni rumah persaraan Belgium

BRUSSELS: Lebih 100 orang telah dijangkiti varian COVID-19 United Kingdom (UK) di sebuah rumah persaraan di Belgium, kata pengarahnya semalam.

Tiga penduduk meninggal dunia selepas virus itu mula merebak di rumah De Groene Verte di Houthulst, barat laut Belgium, kata Jurgen Duyck.

Seramai 111 orang telah disahkan dijangkiti, termasuk 39 kakitangan.

Kluster itu mewakili dua pertiga daripada penghuni rumah.

Agensi berita Belga pada mulanya melaporkan bahawa lapan orang lagi dijangkiti di sebuah rumah untuk orang kurang upaya di kawasan yang sama, tetapi kemudian menjelaskan bahawa belum diketahui sama ada mereka mempunyai varian UK.

Belgium adalah antara satu daripada negara yang mencatatkan kematian akibat COVID-19 per kapita tertinggi di dunia, dengan rumah penjagaan mewakili lebih daripada separuh kematian keseluruhan akibat penyakit itu, menurut Institut Kesihatan Umum.

Datuk Bandar Joris Hindryckx menyatakan, wabak di Houthulst telah menghentikan "semua aktiviti sosial dan sukan" di bandar yang berjumlah kira-kira 10,000 orang itu.

Punca jangkitan tidak diketahui, tetapi Datuk Bandar menyatakan bahawa jangkitan itu mungkin "tidak langsung" kerana tidak ada yang diuji positif di rumah persaraan itu yang diketahui telah melakukan perjalanan ke Britain.

Varian British itu dipercayai lebih mudah berjangkit berbanding strain COVID-19 sebelumnya.

Datuk Bandar Hindryckx menyatakan, mereka yang dijangkiti mesti dikuarantin selama 10 hari dan bukannya tujuh hari seperti kebiasaannya.

Namun, seorang ahli epidemiologi mendesak "penutupan penuh" di Houthulst dan meminta supaya semua penduduk diuji.

Menulis dalam harian Le Soir, Yves Coppieters berkata: "Kami mempunyai asas gelombang jangkitan ketiga."

Beliau juga berkata kepada saluran TV Belgium, La Une bahawa "jika sudah ada kluster sejumlah ini, pasti ada yang lain".

Tanpa ujian menyeluruh, "kita tidak akan berjaya melawan varian yang jauh lebih menular," beliau memberi amaran.

Jumaat lalu, Yves Van Laethem, jurucakap pihak berkuasa kesihatan Belgium menyatakan telah ada beberapa puluh kes COVID-10 British dan Afrika Selatan di negara itu, sambil menambahkan bahawa "strain lain mungkin muncul".

Beliau berkata, vaksin Pfizer, yang paling banyak digunakan di Belgium, berkesan terhadap dua jenis varian.

Penduduk rumah persaraan Houthulst dijadual untuk diberi vaksin COVID-19 minggu ini, tetapi program itu ditangguhkan kerana jumlah pesakit COVID-19 yang ramai, kata Hindryckx.

Orang tua adalah sasaran utama dalam kempen vaksinasi, yang menurut angka rasmi telah mencapai 17.26 peratus penduduk dan staf rumah persaraan pada 13 Januari lalu, dengan dos pertama vaksin, yang akan diikuti dengan dos kedua.

Pihak berkuasa Belgium kelmarin berkata, kelewatan dalam pemberian dos vaksin Pfizer-BioNTech tidak akan mempengaruhi vaksinasi segmen penduduk itu.

Negara itu mencatatkan 16.6 peratus lebihan kematian tahun lalu yang disebabkan terutamanya oleh COVID-19.

Sejak bermulanya pandemik itu, Belgium mencatat 677,209 kes dan 20,396 kematian. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
Australia tidak mungkin buka sempadan tahun ini - pegawai kesihatan

SYDNEY: Sempadan antarabangsa Australia tidak mungkin dibuka untuk pelancong tahun ini walaupun pelancaran vaksin COVID-19, kata seorang pegawai kesihatan tinggi hari ini.

Setiausaha jabatan kesihatan, Brendan Murphy yang juga penasihat utama dalam tindak balas virus Australia, berkata perjalanan bebas ke dan dari negara itu tidak dijangka akan dibuka semula pada tahun 2021.

"Saya berpendapat bahawa kita akan berlarutan hampir sepanjang tahun ini dengan sekatan sempadan yang masih besar," katanya kepada penyiar awam ABC.

"Walaupun kita memiliki banyak populasi yang diberi vaksin, kita tidak tahu apakah itu akan mencegah penularan virus.

"Dan kemungkinan kuarantin akan berlanjutan untuk beberapa waktu."

Sempadan Australia telah ditutup untuk pengunjung luar negara sejak Mac 2020 bagi membendung penyebaran COVID-19, dengan sebilangan kecil warganegara dan keluarga mereka dibenarkan pulang setiap minggu.

Ekoran itu, puluhan ribu rakyat Australia masih terkandas di luar negara, sementara pengembara yang pulang mesti membayar kira-kira AU$3,000 (RM9,331) untuk dikuarantin di bilik hotel selama 14 hari.

Negara itu telah memperoleh akses untuk vaksin Pfizer dan Oxford/AstraZeneca, dengan pelancaran dijadualkan akan dimulai pada akhir Februari tetapi masih menunggu persetujuan dari penguatkuasa perubatan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
China sekat 3 juta penduduk selepas jurujual sebarkan COVID-19


BEIJING: Hampir tiga juta penduduk dikenakan perintah berkurung di China semalam susulan lonjakan kes COVID-19 yang dikaitkan dengan seorang jurujual yang melakukan perjalanan di timur laut negara itu.

Walaupun China rata-rata berjaya menangani virus itu, lonjakan kes sejak beberapa minggu lalu menyebabkan pelaksanaan perintah berkurung, sekatan perjalanan dan beberapa pusingan ujian berskala besar dilakukan semula.

Semalam menyaksikan tiga juta penduduk di dua bandar di timur laut wilayah Jilin ditempatkan di bawah langkah-langkah sekatan baharu, ketika China melaporkan 109 jangkitan baharu.

Lebih 19 juta penduduk di seluruh timur laut China kini dilarang meninggalkan kediaman mereka, dan dalam beberapa kes hanya boleh meminta izin untuk pergi membeli barangan runcit tiga hari sekali.

Pihak berkuasa mengesan lebih 100 jangkitan di wilayah Jilin yang dikaitkan dengan seorang jurujual yang sedang melakukan perjalanan dan tidak mengalami gejala.

Jurujual itu berasal dari wilayah Heilongjiang, di mana pihak berkuasa minggu lalu mengisytiharkan keadaan darurat.

Jurujual itu melakukan perjalanan ke dua bandar, yang sekarang dikurung, dan memberikan bengkel penjagaan kesihatan kepada penduduk pertengahan usia dan warga emas, menurut pegawai tempatan.

Langkah sekatan juga dilaksanakan di kawasan lain di timur laut China pada hujung minggu, termasuk satu daerah di Harbin, yang kini mengadakan festival arca ais yang popular yang biasanya menjadi tarikan besar pelancong.

Namun, pihak berkuasa tempatan melonggarkan sebahagian sekatan di dua bandar di wilayah Hebei di luar Beijing - yang menyumbang sebahagian besar kes sejak beberapa minggu lalu - walaupun sekitar 12.5 juta masih diarahkan untuk duduk di rumah.

Lebih 20,000 penduduk kampung di daerah itu dikuarantin di bahagian tengah, lapor media tempatan minggu lalu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
WHO, China lambat bertindak atasi penularan awal COVID-19

GENEVA: Panel Bebas Untuk Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Pandemik merumuskan China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sepatutnya mengambil tindakan pantas pada peringkat awal penularan COVID-19.

Menurut penilaian yang dilakukan pada peringkat permulaan krisis itu dikesan di China, terdapat potensi untuk petanda awal wabak berkenaan ditangani segera.

Dalam laporan kedua yang akan dibentangkan kepada lembaga eksekutif WHO hari ini, ahli panel memaklumkan langkah pengawalan sepatutnya diambil dengan pantas di semua negara yang terdedah dengan jangkitan wabak berkenaan.

Wabak COVID-19 pertama kali dikesan di pusat bandar Wuhan pada penghujung 2019 sebelum menular di kebanyakan negara di dunia.

Panel itu turut berpandangan, sewajarnya langkah memperketatkan kesihatan awam dilaksanakan oleh pihak berkuasa di China pada Januari.

Laporan itu turut mengkritik WHO kerana melambatkan proses kawalan wabak dengan menuding jari kepada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu kerana tidak menubuhkan jawatankuasa kecemasan sehingga 22 Januari 2020.

Selain itu, WHO juga lewat mengumumkan darurat kesihatan awam global yang hanya diisytiharkan seminggu berikutnya.

Terdahulu, WHO turut dikritik kerana terlalu lambat untuk mengesahkan penularan virus itu sebagai satu krisis antarabangsa, memaklumkan ia boleh berjangkit melalui udara dan mencadangkan pemakaian pelitup muka.

Panel bebas yang diketuai bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark dan bekas presiden Liberia, former Ellen Johnson Sirleaf, memulakan penilaian pada Julai lalu selepas WHO memohon satu analisa yang tidak berat sebelah, bebas dan menyeluruh terhadap tindak balas wabak berkenaan.

Hanya selepas lebih setahun selepas kes pertama COVID-19 dikesan di China, pakar bersetuju bahawa jumlah rasmi iaitu lebih daripada 2 juta kematian dan hampir 100 juta jangkitan adalah sesuatu yang diremehkan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
Strain virus Afrika Selatan lebih mudah menular

JOHANNESBURG: Kumpulan pakar semalam mengesahkan strain baharu coronavirus yang dikesan di Afrika Selatan adalah lebih mudah menular berbanding jenis sebelumnya.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan ia menyebabkan lebih banyak kematian.

Menurut pakar epidemiologi yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Saintifik Kementerian Kesihatan, Salim Abdool Karim, kadar kebolehjangkitan bagi varian baharu itu adalah sebanyak 50 peratus.

"Tidak ada bukti varian baharu ini lebih berbahaya berbanding yang asal," katanya.

Kumpulan pakar merumuskan varian yang kini dominan di Afrika Selatan itu melalui analisis daripada data kluster utama didapati di seluruh negara.

Sementara itu, pakar epidemiologi, Abdool Karim, berkata masih belum diketahui sama ada vaksin sedia ada berkesan terhadap varian baharu berkenaan.

Beberapa kajian giat dijalankan bagi menguji keberkesanan vaksin untuk melawan varian itu.

Setakat ini, Afrika Selatan mencatatkan lebih 1.3 juta kes COVID-19 dengan 37,105 jumlah kematian.

Menteri Kesihatan, Zweli Mkhize, dalam satu kenyataan semalam, berkata kes baharu mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus, bagaimanapun jumlah pesakit yang dirawat di hospital pada minggu sebelumnya meningkat pada kadar 18.3 peratus. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601

Mid January, 2020. Two Chinese journalists were sent to Wuhan to investigate a mysterious virus outbreak.

This is their account of the three days before Wuhan entered lockdown.

The World Health Organization held meetings to decide if the epidemic was a global health emergency. It did not consider it so.

When the journalists arrive, locals were busy preparing for upcoming Chinese New Year celebration. At the time, not much was known about the virus that was just days away from changing the world.

Then came a pivotal announcement: human-to-human transmission was confirmed. The journalists witnessed a city of 11 million people transform overnight.

Initial nonchalance was quickly replaced by panic. People started wearing masks, shops were shuttered. They shuttled between the increasingly saturated hospitals and Huanan Seafood Market, at the time thought to be the epicentre of this contagion. And they were stopped at every juncture. Their reports were censored and their investigations blocked
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan bahawa satu daripada lima kes bergejala import yang dilaporkan di negara republik berkenaan hari ini membabitkan seorang pelajar wanita berumur 28 tahun dari Malaysia.

Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

Sehingga tengah hari ini, Singapura mencatatkan 26 kes import baharu, dengan 21 daripadanya adalah asimptomatik, manakala lima adalah bergejala.

Republik itu turut melaporkan empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19, dengan dua kes asimptomatik dan dua bergejala.

Keseluruhannya 30 kes baharu dilaporkan di sini Selasa, menjadikan jumlah jangkitan kini menjangkau 59,157.

Satu kluster baharu juga dikesan hari ini, yang dikaitkan dengan kes 59343 melibatkan seorang lelaki warga China berumur 33 tahun yang bekerja di Golden Bridge Foods Manufacturing Pte Ltd.

Dengan kluster baharu itu, jumlah kluster yang dikesan kini adalah lima.– BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,498
Reaction score
4,430
Points
601
masss19_1611060904.jpg

Kemudahan kuarantin pesakit COVID-19 dalam pembinaan di Shijiazhuang, utara wilayah Hebei. - AFP

Hospital pasang siap di China, persediaan hadapi gelombang COVID-19

BEIJING: Ribuan bilik pasang siap didirikan atas padang yang luas di pinggir bandar Shijiazhuang, untuk dijadikan pusat kuarantin bagi mengekang wabak pandemik COVID-19 yang semakin meningkat di kawasan itu.

China sebahagian besar berupaya mengawal virus itu, walaupun negara lain sedang bergelut dengan kematian yang kian meningkat dan kebanjiran pesakit di hospital.

Walaupun merekodkan jumlah kes kecil, penularan jangkitan tempatan mendorong pegawai negara itu mengeluarkan arahan saringan besar-besaran, perintah berkurung ketat dan bersiap-sedia untuk memindahkan penduduk kampung ke kemudahan kuarantin dengan tujuan menghentikan kemunculan semula gelombang wabak.

Permandangan di luar Shijiazhuang di utara China mengingatkan usaha Beijing pada awal tahun lalu, dengan pembinaan hospital sementara di Wuhan, dikenali sebagai pusat penularan wabak dalam tempoh beberapa hari.

Bangunan kuarantin di Shijiazhuang dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik air, internet, pendingin hawa dan akan menempatkan kontak rapat dijangka siap dalam tempoh beberapa hari.

Stesen televisyen tempatan CCTV menunjukkan pekerja sedang memasang struktur seperti kabin.

Turut kelihatan bendera yang tertera nama pasukan pembinaan dan unit Parti Komunis berkibar di bangunan yang sudah siap.

Memetik laporan CCTV, selepas siap, kemudahan itu akan menyediakan bilik untuk menempatkan lebih 4,000 orang.

Kerja pembinaan bermula 13 Januari lalu ketika bandar utara China itu menguatkuasakan perintah berkurung, setelah merekodkan ratusan kes jangkitan baharu beberapa minggu lalu.

Lapor media tempatan, lebih 20,000 penduduk kampung di sekitar wilayah Hebei ditempatkan secara berpusat di kemudahan kuarantin.

Pada masa sama, jutaan penduduk tempatan menjalani saringan sebanyak beberapa kali.

Pegawai Kesihatan Kanan, Wang Bin, pada minggu lalu berkata China berada dalam mod waspada tinggi, berikutan kemungkinan kemunculan semula gelombang kes pada sambutan Tahun Baharu Cina, sekali gus menjadi cabaran terbesar untuk mengekang penularan virus itu.

Jutaan orang dijangka pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga.

Peningkatan mendadak kes jangkitan virus di seluruh dunia beberapa minggu lalu, menyaksikan angka kematian keseluruhan melepasi dua juta orang. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register