InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 51,096
- Reaction score
- 4,388
- Points
- 601
83 peratus pekerja kesihatan sembuh COVID-19 tidak dijangkiti semula
PARIS: Sebahagian besar pekerja penjagaan kesihatan yang pulih daripada COVID-19 tidak dijangkiti semula untuk tempoh sekurang-kurangnya lima bulan, menurut satu kajian di Britain.
Bagaimanapun, kajian itu tidak menolak kemungkinan mereka yang dijangkiti masih boleh membawa dan menyebarkan virus kepada orang lain.
Ketika ini pekerja penjagaan kesihatan adalah antara golongan berisiko terdedah kepada COVID-19 ketika kebanyakan negara mengalami gelombang baharu jangkitan wabak itu.
Penyelidik SIREN Pusat Kesihatan Awam England mengesan 44 kes kemungkinan jangkitan semula daripada 6,614 orang yang diuji mempunyai antibodi positif dalam tempoh lima bulan antara Jun dan November 2020.
Dalam laporan pertama mereka yang diterbitkan, penyelidik menyatakan mereka mendapati tahap perlindungan 83 peratus daripada jangkitan semula.
Bagaimanapun mereka memberi amaran walaupun antibodi dapat memberikan perlindungan COVID-19, bukti awal kajian seterusnya mendapati beberapa individu mempunyai tahap virus yang tinggi dan boleh menyebarkannya kepada orang lain.
"Kajian ini memberi kita gambaran yang paling jelas setakat ini mengenai sifat perlindungan antibodi COVID-19 namun kajian ini tidak membabitkan pesakit kritikal.
"Kami sekarang tahu bahawa kebanyakan mereka dijangkiti virus, dan mempunyai antibodi, dilindungi daripada jangkitan semula, tetapi ini tidak menyeluruh dan kita belum tahu berapa lama perlindungan itu bertahan.
"Yang penting, kami percaya bekas pesakit masih boleh menyebarkan virus," kata penulis utama jurnal kajian SIREN, Susan Hopkins yang juga penasihat perubatan kanan di Pusat Kesihatan Awam England.
Pakar bebas mengalu-alukan jurnal kajian SIREN, yang membabitkan hampir 20,800 pekerja penjagaan kesihatan - termasuk kakitangan klinik barisan hadapan yang menjalani ujian berkala untuk melihat apakah mereka mempunyai virus atau antibodi untuk menunjukkan jangkitan masa lalu.
Pakar virologi klinikal University of Leicester, Profesor Madya Julian Tang, menyatakan kajian itu menunjukkan bahawa kadar perlindungan jangkitan semula "setanding dengan vaksin COVID-19 semasa" dan imunisasi kemungkinan akan meningkatkan imuniti semula jadi.
Pada Disember lalu, satu kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendapati bahawa hampir semua pekerja kesihatan yang belajar di Oxford yang diuji positif antibodi dilindungi sekurang-kurangnya enam bulan.
Tang menyatakan semoga kajian ini dapat "mengurangkan kerisauan banyak pihak dan rakan sekerja kesihatan yang mempunyai kebimbangan untuk dijangkiti COVID-19 dua kali." - AFP