Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601
Varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun, berbeza dari UK, Afrika

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata mutasi varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun minggu lalu, berbeza daripada yang dikenal pasti di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan.

Berikutan itu, WHO bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan Jepun serta pakar untuk menganalisis varian berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, varian yang sebelumnya dikenal pasti dari UK dan Afrika Selatan itu mudah menjangkiti namun reaksi mutasinya belum diketahui.

"Sejak beberapa minggu, WHO sudah dimaklumkan oleh Jepun mengenai varian baharu ini. Lagi banyak penularan virus ini, lagi banyak peluang untuk virus ini berubah.

"Apa yang kita faham, jangkitan varian baharu ini meningkat. Ini akan mengakibatkan peningkatan kes dan kemasukan ke hospital turut meningkat yang memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan.

Ini yang berlaku apabila kesihatan awam dan pendekatan sosial semakin merosot. Ia akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan.

"Ketika ini varian ini tidak menunjukkan tahap kesan teruk kerana kaedah rawatan juga sedang diperkemaskan. Kita berharap lebih banyak nyawa boleh diselamatkan," katanya.

Ketika banyak negara mula melancarkan program vaksinasi mereka - imuniti kelompok katanya mungkin tidak mampu dicapai tahun ini.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan sejenis varian baharu COVID-19 dikesan di negara itu pada empat orang yang dijangkiti, yang tiba dari Brazil.

Kajian sedang dijalankan ke atas varian baharu itu untuk menjejaki penularannya, simptom dan daya tahannya kepada vaksin. - AGENSI
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601
Afrika Selatan sekat perjalanan rentas sempadan

PRETORIA: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa semalam, melanjutkan sekatan perjalanan rentas sempadan, ketika negara itu berdepan lonjakan kes susulan varian baharu virus COVID-19.

Industri dan ekonomi di negara itu semakin teruk terjejas akibat COVID-19 sejak perintah berkurung separa dilakukan, bulan lalu, bagi membendung penularan pandemik terbabit.

Penjualan alkohol dan perhimpunan berskala besar dilarang, manakala taman awam ditutup serta pergerakan orang ramai dihadkan hingga jam 9 malam bagi meredakan tekanan di wad kecemasan di hospital.

Ramaphosa semalam, berkata, semua tindakan itu akan dilanjutkan hingga suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

"Kabinet memutuskan untuk mengekalkan negara berkenaan pada tahap amaran ke-3. Justeru, kebanyakan langkah diumumkan pada 28 Disember lalu akan diteruskan," katanya.

Dalam pada itu, Ramaphosa berkata, sekatan perjalanan merentasi 20 pintu masuk darat Afrika Selatan akan diteruskan hingga pertengahan Februari ini.

Bagaimanapun, perjalanan rentas sempadan dibenarkan bagi pengangkutan bahan bakar, kargo dan barangan, selain beberapa pengecualian lain dibuat termasuk perjalanan bertujuan ke sekolah dan perubatan.

Penutupan pintu sempadan darat dibuat selepas ribuan orang cuba masuk ke negara itu untuk mengelak perintah berkurung di negara jiran, Zimbabwe, minggu lalu.

Ramaphosa turut menggesa rakyat Afrika Selatan kekal berhati-hati dan membataskan interaksi sosial.

"Kajian... menunjukkan peningkatan jangkitan secara besar-besaran banyak disebabkan oleh varian virus. Kami tahu varian baharu ini... tersebar lebih pantas," katanya.

Setakat ini, negara itu merekodkan lebih 1.2 juta kes jangkitan COVID-19 dengan 40 peratus daripada 3 juta disahkan rakyat Afrika dan 33,000 kematian. Hampir 190,000 kes dan lebih 4,600 kematian direkodkan bulan ini sahaja.

Ramaphosa berkata, kemasukan ke hospital adalah yang tertinggi sejak wabak itu bermula, lebih 15,000 pesakit COVID-19 sedang dirawat dengan satu pertiga daripada jumlah itu memerlukan alat bantuan pernafasan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601

Mutasi varian baharu COVID-19 yang dikesan di Jepun minggu lalu, didapati berbeza daripada virus di United Kingdom dan Afrika Selatan.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601

COVID-19: Wilayah Heilongjiang isytihar perintah darurat

BEIJING: Sebuah wilayah China yang memiliki lebih 37 juta penduduk, mengisytiharkan perintah darurat, hari ini, bagi mengekang jangkitan COVID-19 yang kian meningkat.

Susulan itu, kerajaan Heilongjiang mengarahkan 37.5 juta penduduknya tidak meninggalkan wilayah terbabit kecuali benar-benar perlu, selain membatalkan acara perhimpunan dan persidangan.

Langkah itu diambil sebagai tindak balas selepas 28 jangkitan COVID-19 dikesan, hari ini, termasuk 12 kes tidak bergejala.

Tiga jangkitan terbabit dikesan di ibu kota wilayah itu, Harbin yang menjadi tuan rumah festival arca ais yang lazimnya menarik kunjungan ramai pelancong.

Bandar Suihua yang memiliki lebih 5.2 juta penduduk pula ditutup pada Isnin lalu selepas melaporkan satu jangkitan disahkan dan 45 kes tidak bergejala.

Beberapa bandar kecil berdekatan Suihua juga ditutup atau dikenakan sekatan perjalanan, kata pihak berkuasa, hari ini.

Walaupun angka jangkitan adalah lebih kecil berbanding banyak negara lain, ketika ini, China berusaha mengekang penularan COVID-19 menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada bulan depan di mana ratusan juta penduduk dijangka melakukan perjalanan di seluruh negara. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601
CHINA-HEALTH-VIRUS_1610603499.jpg

Pekerja kesihatan memakai pakaian perlindungan peribadi berdiri di sebelah bas yang akan membawa pengembara ke pusat kuarantin sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan. - Foto AFP


Pasukan WHO tiba di China

WUHAN: Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di sini, hari ini, bagi memulakan penyelidikan untuk mengetahui asal-usul COVID-19 ketika negara itu merekodkan kematian pertama akibat wabak berkenaan dalam tempoh lapan bulan.

Bagaimanapun pasukan itu yang disertai 10 saintis perlu menjalani kuarantin selama dua minggu sebelum memulakan misi yang tertangguh untuk mengkaji kewujudan dan asas kemunculan pandemik COVID-19.

Virus itu pertama kali dikesan di Wuhan pada akhir 2019 dan sejak itu mula menular ke seluruh dunia dan membunuh hampir dua juta orang setakat ini, selain menjangkiti puluhan juta dan melumpuhkan ekonomi global.

Stesen penyiaran tempatan, CGTN terdahulu menunjukkan rakaman ketibaan pesawat membawa pasukan itu dari Singapura yang disambut oleh pegawai China lengkap berpakaian hazmat.

Kedatangan pasukan itu berlaku ketika lebih 20 juta penduduk di utara China dikenakan perintah berkurung dan satu lagi wilayah diisytihar darurat berikutan peningkatan kes.

Ketua pasukan bagi misi itu, Peter Ben Embarek, berkata kumpulan itu akan memulakan kuarantin wajib di hotel mengikut arahan dikeluarkan Imigresen China.

"Kami akan bertemu dengan rakan sejawat di China selepas dua minggu untuk melawat beberapa lokasi.

"Ini adalah perjalanan yang panjang sebelum kita dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku," tegasnya.

Sebelum ini China berjaya mengawal penularan wabak itu melalui perintah berkurung dan ujian saringan berskala besar, sekali gus meletakkan kejayaan itu kepada kehebatan kepemimpinan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, 138 jangkitan baharu dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, menjadikan ia jumlah terbesar dalam tempoh sehari sejak Mac tahun lalu.

Kemunculan kluster baharu masih terkawal, namun kematian pertama dalam tempoh beberapa bulan di daerah utara Hebei, mula mencetuskan kebimbangan di seluruh China.

Beijing kini giat menangani kluster tempatan menjelang sambutan Tahun Baharu China di mana ribuan juta orang akan bergerak ke seluruh negara.

Setakat ini, pihak kesihatan tidak memberikan sebarang maklumat berhubung kes kematian di daerah Hebei, namun kerajaan sudah mula melaksanakan perintah berkurung di beberapa bandar.

Daerah timur laut Heilongjiang mengisytiharkan darurat semalam dan mengarahkan 37.5 juta penduduknya supaya tidak meninggalkan kawasan itu sekiranya tiada keperluan mendesak.

Tiada kematian dilaporkan di Tanah Besar China sejak Mei tahun lalu dengan angka kematian kini berada pada 4,635. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601
Jepun gantung skim benar warga asing masuk untuk tujuan perniagaan

TOKYO: Jepun pada Rabu memutuskan untuk menggantung sepenuhnya skim yang membenarkan warga asing dari 11 negara termasuk China dan Korea Selatan memasuki Jepun untuk tujuan perniagaan dan lain-lain, lapor Jiji Press.

Penangguhan itu berkuat kuasa sehingga 7 Februari.

Awalnya, kerajaan merancang mengekalkan skim itu kecuali untuk negara yang melaporkan kes varian baharu COVID-19.

Berikutan tekanan diterima daripada pelbagai pihak, kerajaan mengambil keputusan untuk mengetatkan kawalan sempadan.

"Kami memandang berat situasi semasa yang membuatkan masyarakat semakin tidak selesa. Kami memutuskan (mengenai penangguhan itu) memandangkan perlunya menyekat semua risiko sebagai langkah berjaga-jaga," kata Perdana Menteri Yoshihide Suga pada sidang media.

Beliau menafikan keputusan itu lambat dibuat kerana Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang dijadualkan diadakan pada musim panas selepas setahun penangguhan.

Mesyuarat Parti Liberal Demokrat yang diadakan pada Selasa, rata-rata ahli mendesak kerajaan menggantung skim itu dan mahu ia dikaji semula.

Dalam sebuah program televisyen pada Jumaat lalu, Suga berkata skim itu dibenarkan hanya kepada rakyat asing dari negara berisiko rendah dan ditangguhkan untuk negara yang mempunyai kes varian baharu. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,096
Reaction score
4,388
Points
601
COVID-19: China rekod kematian pertama dalam tempoh 8 bulan

BEIJING: China melaporkan kes kematian akibat COVID-19 hari ini, kes pertama dalam tempoh lapan bulan ketika negara itu berusaha membendung lonjakan kes dan bersedia menerima pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Wilayah di China sebahagian besarnya berupaya mengawal penularan jangkitan menerusi pelaksanaan perintah berkurung yang ketat dan ujian saringan besar-besaran, bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengalami peningkatan kes terutama di bahagian utara negara itu.

Sebanyak 138 jangkitan baharu direkodkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini, angka harian tertinggi sejak Mac tahun lalu.

Tiada perincian mengenai kematian terbaru oleh pihak berkuasa kesihatan, kecuali kejadian dilaporkan di wilayah Hebei, di mana kerajaan meletakkan beberapa bandarnya di bawah perintah berkurung.

Minggu lalu, pihak berkuasa melancarkan ujian saringan besar-besaran dan menutup rangkaian pengangkutan, sekolah dan perniagaan di ibu kota Hebei, yang terletak di Shijiazhuang, pusat wabak terbaharu negara itu.

Negeri jirannya, Xingtai yang mempunyai penduduk seramai tujuh juta orang, juga diletakkan di bawah perintah berkurung sejak Jumaat dan begitu juga di bandar Langfang yang mempunyai lima juta penduduk.

Sementara itu semalam, Heilongjiang yang terletak di timur laut mengisytiharkan darurat dan mengeluarkan arahan kepada 37.5 juta penduduknya supaya tidak meninggalkan wilayah itu kecuali mempunyai urusan penting.

Kematian itu berlaku ketika China bersedia menerima kedatangan pasukan pakar dari WHO, yang akan memulakan penyelidikan terhadap asal usul wabak COVID-19.

Tiada kematian baharu dilaporkan di Tanah Besar China sejak Mei tahun lalu, dengan jumlah kematian rasminya berjumlah 4,635 orang. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register