Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
CHINA-HEALTH-VIRUS_1610192466.jpg


COVID-19: China perketat sekatan menjelang Tahun Baru Cina

BEIJING: Dua bandar di selatan Beijing hari ini memperketatkan sekatan COVID-19 tatkala pihak berkuasa berusaha untuk membendung virus itu daripada menular sekali lagi.

China setakat ini sudah berupaya mengawal penularan dalam negeri sejak virus itu mula dikesan di Wuhan pada akhir 2019.

Namun, peningkatan jumlah kes jangkitan di wilayah Hebei, yang bersempadan dengan Beijing, menyebabkan sekatan baharu dikuatkuasakan menjelang sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.

Hebei melaporkan lebih 130 kes COVID-19 minggu lalu, dengan lebih 200 kes tanpa gejala.

Kebanyakan kes dikesan di bandar Shijiazhuang, yang bersama kawasan di sekitarnya adalah tempat tinggal bagi 11 juta penduduk.

Beberapa lagi jangkitan dilaporkan di bandar kejiranan, Xingtai, di mana tujuh juta orang menetap.

Shijiazhuang menggantung operasi kereta api mulai pagi tadi untuk membantu 'mencegah dan mengawal penularan', menurut pihak berkuasa.

Lebuh raya utama menghala ke bandar, kira-kira 300 kilometer ke selatan Beijing, juga sudah ditutup dan perjalanan penumpang antara bandar juga terjejas.

Semalam, Xingtai mengumumkan arahan duduk rumah selama seminggu untuk mengawal penularan virus terbabit.

Sekatan itu dibuat menjelang Tahun Baru Cina, apabila ratusan juta orang melakukan perjalanan di China untuk menziarahi keluarga dan rakan-rakan, dengan Naib Menteri Suruhanjaya Kesihatan Nasional, Zeng Yixin memberi amaran bahawa perayaan itu 'akan meningkatkan risiko penularan'.

Pihak berkuasa sedang mengejar masa untuk melakukan vaksinasi, dengan lebih sembilan juta dos setakat ini, tambah Zeng.

Penguasa kesihatan negara itu baru-baru ini memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin yang bakal dikeluarkan oleh gergasi farmasi China, iaitu Sinopharm, dengan suntikan vaksin bagi kegunaan darurat sudahpun dilaksanakan pada hujung 2020. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
2 juta penduduk Brisbane jalani arahan tinggal di rumah

BRISBANE: Bandar ketiga terbesar Australia, Brisbane menjalani arahan penutupan pada hari pertama hari ini, dengan pegawai di tempat lain berada dalam keadaan 'berjaga-jaga' mengenai kemunculan strain COVID-19 yang lebih cepat merebak.

Jalan di kawasan membeli-belah yang biasanya sibuk di pusat bandar menjadi sangat sunyi hari ini, dengan hanya sebilangan kecil penduduk yang memakai pelitup muka keluar atas urusan penting selepas pegawai mengumumkan penutupan tiga hari bandar itu, petang semalam.

"Cukup luar biasa, seperti dari sebuah set filem," kata seorang lelaki tempatan, Scott kepada AFP, di sebuah jalan di bandar yang kosong itu.

"Ini perlu, semoga kita dapat melalui beberapa hari lagi tanpa sebarang kes, yang akan membolehkan kita kembali normal.

"Lebuh raya ke bandar yang kebiasaannya menjadi destinasi popular pelancong di Australia menjadi sepi kerana pelancong dimaklumkan supaya tidak datang sehingga penutupan itu berakhir.

Perintah untuk tinggal di rumah kepada lebih dua juta penduduk Brisbane dibuat selepas strain virus di Britain berjangkit daripada seorang pengembara yang kembali ke negara itu kepada pekerja pembersihan di sebuah hotel yang dikhaskan bagi kuarantin, yang menjadi kes tempatan pertama direkodkan di Australia bagi varian itu.

Strain United Kingdom (UK) adalah antara beberapa varian yang muncul di seluruh dunia, dipercayai lebih menjangkiti berbanding virus yang merebak sebelum ini.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran kepada penumpang penerbangan yang tiba di Brisbane dari Melbourne awal bulan ini, selepas seorang wanita dikesan positif dengan strain UK walaupun sudah menjalani tempoh pengasingan.

"Risikonya sangat rendah, sangat, sangat, sangat rendah kerana dia (pengembara) berada tepat pada akhir tempoh potensi penularan," kata Ketua Pegawai Kesihatan Queensland, Jeannette Young kepada media.

"Bagaimanapun, disebabkan varian baharu ini, kita hanya lebih berhati-hati.

"Berita itu muncul ketika sebahagian daripada Sydney bersedia untuk mengakhiri penutupan selama seminggu pada tengah malam, berikutan wabak yang muncul bulan lalu.

Menteri Kesihatan New South Wales, Brad Hazzard berkata, negeri itu tetap pada tahap 'waspada' kerana peningkatan jumlah pelancong dikuarantin yang positif bagi varian baharu COVID-19 itu.

"Jelas, ada harapan untuk kita mungkin memasuki 2021 tanpa COVID, namun ia ada di sini," katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Teka-teki sumber pandemik COVID-19 masih belum terungkai

WUHAN: Pakar memberikan amaran bahawa mungkin tiada jawapan konklusif akan ditemui berhubung sumber pandemik COVID-19 yang kini menjadi teka-teki saintifik paling mendesak di dunia.

Ia susulan usaha penyiasatan yang bermula secara kucar-kacir, sikap berahsia oleh China dan luapan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Tarikh 11 Januari, esok, menandakan genap setahun sejak China mengesahkan kematian pertama akibat COVID-19 membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang sering mengunjungi sebuah pasar basah di Wuhan ketika itu.

Kini selepas hampir dua juta nyawa terkorban, penularan wabak itu tidak lagi terkawal di kebanyakan negara serata dunia yang menyebabkan puluhan juta orang jatuh sakit, ekonomi global meleset dan tuduh-menuduh antara negara.

Namun hingga kini, usaha untuk mengesan asal usul virus terbabit dan merungkai persoalan bagaimana ia berpindah daripada binatang kepada manusia, masih belum berhasil.

Wujud pertikaian mengenai wabak itu yang dilaporkan tercetus dari sebuah pasar basah menjual haiwan liar sebagai makanan di Wuhan, dan patogen berkenaan dipercayai berasal daripada sejenis spesies kelawar tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, jejak berkenaan hanya berakhir di situ, malah dicelarukan dengan pelbagai petunjuk seterusnya.

Ia termasuklah kemungkinan virus itu wujud sebelum insiden di Wuhan, serta teori konspirasi mendakwa ia tersebar akibat kebocoran sebuah makmal di Wuhan.

Pakar virologi menegaskan, usaha mengenal pasti sumber adalah sangat penting bagi menghapuskan wabak pada masa depan dengan lebih awal.

Ia dapat memberi petunjuk sebagai garis panduan untuk membuat keputusan dasar sama ada menangani populasi binatang, kuarantin individu dijangkiti atau mengehadkan pemburuan hidupan liar dan interaksi manusia-haiwan yang lain.

"Jika kita dapat mengenal pasti kenapa ia (virus) terus muncul, kita boleh mengurangkan penyebab berkenaan," kata Peter Daszak yang juga Presiden EcoHealth Alliance, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) global memfokus kepada pencegahan penyakit berjangkit. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Vietnam hadkan penerbangan bawa pulang warga negara

HANOI: Vietnam akan mengehadkan penerbangan yang membawa warganegara pulang mulai sekarang hingga akhir Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari.

SCMC melaporkan bahawa Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc, berkata ia bagi mengurangkan risiko COVID-19 tatkala pertemuan besar sesama ahli keluarga dijangka berlaku.

Beliau berkata, dengan varian baharu COVID-19 tersebar di seluruh dunia dan Tahun Baru Cina bakal tiba yang juga percutian paling penting di negara ini, hanya penerbangan yang perlu sahaja yang dibenarkan oleh kementerian kesihatan, asing, pertahanan, keselamatan awam dan pengangkutan memasuki negara itu.

Selepas Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 10-16 Februari, kementerian pengangkutan akan mengkaji kemungkinan penyambungan semula penerbangan antarabangsa, tambah Phuc.

Vietnam telah menangguhkan semua penerbangan komersial antarabangsa yang masuk sejak akhir bulan Mac, tetapi kerajaan telah melaksanakan penerbangan pulang untuk membawa pulang warga Vietnam yang berada di luar negara di tengah-tengah penularan pandemik terbabit.

Beberapa penerbangan khas yang membawa pakar dan pelabur asing dibenarkan terbang ke Vietnam.

Semua orang yang memasuki negara itu perlu menghabiskan 14 hari dikuarantin.

Negara itu Selasa lalu menangguhkan penerbangan masuk dari negara dengan varian COVID-19 baharu, pada mulanya Britain dan Afrika Selatan.

Ekoran tindakan kuarantin dan pengesanan yang ketat, Vietnam bernasib jauh lebih baik daripada banyak negara, mencatatkan sejumlah 1,513 jangkitan COVID-19 dan 35 kematian.

Negara itu sudah 38 hari tidak mencatatkan kes yang ditularkan secara tempatan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun

TOKYO: Sejenis varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun.

Menurut kementerian kesihatan Jepun, varian baharu itu sama dengan mutasi yang dikesan di Britain dan Afrika Selatan.

Ia dikesan pada empat orang yang dijangkiti, yang tiba dari Brazil.

Kajian sedang dijalankan ke atas varian baharu itu untuk menjejaki penularannya, simptom dan daya tahannya kepada vaksin.

Ia berlaku tatkala Jepun cuba memerangi lonjakan kes COVID-19 dengan beberapa wilayah memohon untuk mengisytiharkan keadaan darurat seperti yang dikenakan di Tokyo.

Namun, Perdana Menteri, Yoshihide Suga, berkata kerajaan pusat mungkin mengambil 'beberapa hari' untuk mencapai keputusan sama ada untuk memperluaskan keadaan darurat.

Langkah itu akan memberi kuasa kepada Osaka, Kyoto dan Hyogo untuk melaksanakan sekatan lebih ketat.

Keadaan darurat di Tokyo, Kanagawa, Saitama dan Chiba memaksa restoran dan bar ditutup sebelum jam 8:00 malam.

Ia berkuatkuasa Jumaat lalu hingga akhir bulan ini, dan boleh dilanjutkan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Russia sahkan kes pertama varian baharu COVID-19 UK

MOSCOW: Moscow semalam, mengesahkan kes pertama COVID-19 membabitkan varian baharu United Kingdom (UK), walaupun keputusan terdahulu negara itu menggantung penerbangan dari Britain bagi menghentikan penularan di Russia.

Ketua pengawal selia kesihatan Russia Rospotrebnadzor memaklumkan stesen televisyen tempatan bahawa seorang yang baru tiba di negara itu dari UK disahkan dijangkiti strain baharu itu.

Ketua pengawasan, Anna Popova tidak menjelaskan bila individu terbabit disahkan positif COVID-19 atau keadaan lain berkaitan dengan penemuan itu.

Strain COVID-19 B117 dipercaya julung kali muncul di tenggara England akhir tahun lalu, dan sejak itu ia dikesan di puluhan negara di seluruh dunia.

Moscow menggantung sementara penerbangan ke dan dari UK pada Disember lalu berikutan langkah serupa oleh puluhan negara lain ekoran wujud strain baharu.

Russia merekodkan antara jangkitan tertinggi di dunia dengan hampir 3.5 juta kes.

Bulan lalu, pegawai kesihatan mengakui jumlah virus negara itu jauh lebih tinggi daripada dilaporkan sebelumnya, menjadikan Russia sebagai negara ketiga terjejas di dunia.

Kremlin menaruh harapannya terhadap vaksin Sputnik V di negara itu bagi mengatasi wabak terbabit dan bukannya kembali kepada perintah berkurung dikenakan di kebanyakan negara Eropah lain. 0 AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
936988.jpg


Covid-19: Zionis sengaja abai tahanan Palestin

RAMALLAH - Langkah Israel untuk tidak memberikan vaksin Covid-19 kepada tahanan Palestin dianggap sebagai rasis dan membelakangi undang-undang antarabangsa, kata kumpulan pro-Palestin pada Sabtu.

Menurut kenyataan bersama Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), tindakan rejim Zionis itu menyebabkan ratusan tahanan yang ditahan secara paksa di penjara Israel berdepan maut.

“Kenyataan oleh Menteri Keselamatan Awam, Amir Ohana bukan sahaja rasis tetapi juga ia sebagai tindakan jenayah yang bertujuan menghapuskan orang Palestin secara sistematik.

“Ini juga tindakan yang melanggar hak asasi tahanan wanita dan lelaki Palestin,” kata penasihat media PLO, Hassan Abd Rabbo.

Terdahulu, PSS memaklumkan seramai 188 tahanan Palestin telah disahkah positif Covid-19 semasa dalam tahanan Israel.

Ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 4,400 tahanan Palestin di penjara Israel termasuk 41 wanita dan 170 kanak-kanak.

Pada Disember lalu, Israel melancarkan program vaksinasi besar-besaran untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat namun mengecualikan kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah tersebut. - Agensi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118490/GLOBAL/Covid-19-Zionis-sengaja-abai-tahanan-Palestin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Hong Kong researchers develop sewage monitoring system to detect coronavirus that causes Covid-19

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
COVID-19: Indonesia lanjutkan larangan pelawat asing 2 minggu lagi

JAKARTA: Indonesia melanjutkan larangan kedatangan pelawat antarabangsa selama 14 hari lagi dalam usaha mengawal pandemik COVID-19, menurut Ketua Menteri Ekonomi semalam.

Kerajaan negara itu mengambil tindakan lebih ketat larangan kemasukan pelawat antarabangsa yang dikenakan sejak 1 Januari lalu, bertujuan membendung varian baharu COVID-19 yang mula dikesan di United Kingdom (UK).

Indonesia sedang menghadapi wabak COVID-19 terburuk di rantau Asia Tenggara dan pihak berkuasa bergantung pada vaksin untuk membantu mengurangkan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara ini.

Indonesia akan memulakan program pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada rakyatnya di seluruh negara bermula esok, menurut agensi berita CNA.

Program itu akan dilancarkan di Jakarta, dengan Presiden Joko Widodo akan diberi kesempatan pertama, kata Budi Gunadi Sadikin dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, program vaksin di wilayah lain akan bermula Jumaat ini.

Kerajaan Indonesia sebelum ini berkata, 1.3 juta petugas barisan hadapan adalah antara yang pertama menerima vaksin yang dibuat oleh syarikat China Sinovac Biotech.

Indonesia telah menerima 3 juta dos vaksin Sinovac, yang diberi nama CoronaVac.

Negara itu juga sudah memperoleh lebih 329 juta dos vaksin COVID-19, terutama dari Pfizer dan rakannya BioNTech, dan AstraZeneca.

Indonesia memerlukan vaksin yang banyak kerana perlu menyediakan bekalan untuk 181.5 juta orang, atau 67 peratus daripada jumlah penduduknya. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Lebih setengah juta penduduk Beijing kena perintah berkurung

BEIJING: Lebih setengah juta penduduk bandar ini menjalani perintah berkurung, berkuat kuasa hari ini selepas kerajaan memperketatkan langkah keselamatan bagi membendung penularan COVID-19.

China yang berjaya mengawal penularan virus itu sebelum ini, berusaha mengurangkan jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dengan melaksanakan perintah berkurung dan saringan COVID-19 secara besar-besaran.

Pihak berkuasa juga cuba untuk mengelakkan kemunculan gelombang baharu jangkitan COVID-19 di bandar raya itu yang menempatkan 20 juta penduduk, khususnya menjelang cuti umum selama seminggu pada bulan depan.

Sementara itu, Pegawai Daerah, Zhi Xianwei, berkata semua perkampungan di daerah Shunyi dekat pinggiran Beijing turut menjalani perintah berkurung sehingga proses saringan COVID-19 secara besar-besaran selesai.

Kira-kira 518,000 penduduk di daerah itu tidak dibenarkan keluar daripada kediaman masing-masing.

Satu kes baharu dilaporkan di Beijing hari ini dengan sebanyak 32 jangkitan direkodkan sejak 19 Disember lalu, kebanyakannya di daerah Shunyi.

Kerajaan juga membatalkan pelbagai acara menjelang cuti bersempena Tahun Baru Cina pada bulan depan, selain menggesa penduduk Beijing supaya kekal di rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register