Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Jangkitan COVID-19 di Indonesia hampiri angka 500,000 kes

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan 4,360 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu meningkat kepada 497,668 kes.

Menurut data dikeluarkan kementerian itu semalam, 110 kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kes maut akibat COVID-19 setakat ini adalah seramai 15,884 orang

Menurut laporan The Jakarta Post, jumlah mangsa yang sembuh meningkat kepada 418,188 orang.

Kementerian itu melaporkan seramai 26,535 penduduk menjalani ujian saringan semalam, menjadikan jumlah yang sudah berbuat demikian sehingga kini adalah seramai 3,553,142

Jakarta merekodkan 1,342 kes baharu menjadikan jumlah kes di ibu negara itu meningkat kepada 127,164 kes, manakala Jawa Tengah merekodkan 477 kes baharu, Jawa Barat (372), Jawa Timur (295), Sumatera Barat (229) dan Kepulauan Riau (174).

COVID-19 kini menular ke semua 34 wilayah di republik itu. - AGENSI
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,743
Reaction score
3,781
Points
236
Tiada Kluster Aktif Di Singapura Buat Kali Pertama Sejak 3 Februari

25.11.2020 - Singapura, Singapura yang melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 sebanyak 58,183 setakat ini, telah menutup kluster koronavirus terakhir, sebuah asrama pekerja asing pada Selasa. Memandangkan tiada lagi kes dikaitkan dengan kluster di [email protected], sejak dua tempoh inkubasi selama 28 hari, kluster itu kini telah ditutup, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

“Dengan penutupan kluster ini, tiada kluster aktif Covid-19 buat kali pertama sejak 3 Februari 2020,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Singapura melaporkan kluster pertamanya pada 4 Februari melibatkan kedai ubat Cina. Pada Selasa, MOH mengklasifikasikan 1,410 kes yang dilaporkan sebagai import, kes komuniti sebanyak 2,271 dan 54,502 melibatkan penghuni asrama. Kira-kira 99 peratus atau 58,079 kes telah pulih sepenuhnya manakala 37 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan seorang pesakit dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 39 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal baik tetapi masih diuji positif bagi Covid-19, telah diasingkan dan dijaga di pusat kemudahan komuniti. Setakat ini 28 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac. Pada tengah hari Selasa, Singapura melaporkan 18 kes positif baharu yang 15 daripadanya adalah asimptomatik.

Tiada kes baharu jangkitan Covid-19 tempatan dilaporkan sejak 11 November. Singapura melaporkan kes pertama Covid-19 pada 23 Januari.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/cov...singapura-buat-kali-pertama-sejak-3-februari/
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Tiada kluster aktif buat kali pertama di Singapura

SINGAPURA: Singapura yang melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 sebanyak 58,183 setakat ini, telah menutup kluster coronavirus terakhir membabitkan sebuah asrama pekerja asing, semalam.

Berikutan tiada lagi kes dikaitkan dengan kluster di [email protected] sejak dua tempoh inkubasi selama 28 hari, kluster itu kini telah ditutup, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

"Dengan penutupan kluster ini, tiada kluster aktif COVID-19 buat kali pertama sejak 3 Feb 2020," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Singapura melaporkan kluster pertamanya pada 4 Februari membabitkan kedai ubat Cina.

Semalam, MOH mengklasifikasikan 1,410 kes yang dilaporkan sebagai import, kes komuniti sebanyak 2,271 dan 54,502 membabitkan penghuni asrama.

Kira-kira 99 peratus atau 58,079 kes telah pulih sepenuhnya, manakala 37 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan seorang pesakit dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 39 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal baik tetapi masih diuji positif bagi COVID-19, telah diasingkan dan dijaga di pusat kemudahan komuniti.

Setakat ini, 28 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik itu dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Pada tengah hari semalam, Singapura melaporkan 18 kes positif baharu yang 15 daripadanya adalah asimptomatik.

Tiada kes baharu jangkitan COVID-19 tempatan dilaporkan sejak 11 November.

Singapura melaporkan kes pertama COVID-19 pada 23 Januari. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Perancis tamatkan perintah berkurung 15 Disember

PARIS: Perancis berhasrat menghentikan perintah berkurung di seluruh negara pada 15 Disember, kata Presiden Emmanuel Macron, dengan kedai dibenarkan untuk dibuka semula seawal Sabtu ini selepas berminggu ditutup.

Dalam ucapan TV semalam, Macron berkata, beberapa sekatan akan tetap berlaku untuk mengelakkan 'gelombang ketiga coronavirus' atau satu lagi perintah berkurung.

Perintah berkurung semasa, yang berkuat kuasa sejak akhir Oktober, akan diganti dengan perintah duduk di rumah dari jam 9:00 malam hingga 7:00 pagi di seluruh negara mulai 15 Disember, kata Macron, kecuali pada 24 dan 31 Disember - Malam Krismas dan Malam Tahun Baru.

"Kita akan dapat melakukan perjalanan tanpa perlu kebenaran, termasuk antara wilayah, dan menghabiskan Krismas dengan keluarga kita," kata Macron.

Bagaimanapun, rakyat Perancis harus mengelakkan 'perjalanan tak perlu', katanya.

Macron juga mengatakan bahawa beliau berharap vaksin COVID-19 pertama tersedia untuk digunakan pada akhir Disember atau pada awal Januari. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
COVID-19: Jerman sambung perintah sekatan hingga Januari

BERLIN: Jerman melanjutkan perintah sekatan bagi mengurangkan kes jangkitan COVID-19 yang sedang dikuatkuasa ketika ini hingga awal Januari tahun hadapan.

Canselor Jerman, Angela Merkel, semalam mengesahkan perkara itu dan berkata, perintah itu akan diteruskan hingga tempoh berkenaan kecuali terdapat penurunan ketara jangkitan virus walaupun mengakui ia tidak mungkin berlaku.

Katanya, langkah yang diperkenalkan sejak awal bulan ini, termasuk mengehadkan jumlah perhimpunan tertutup dan menutup restoran, kemudahan sukan dan rekreasi serta budaya tidak boleh ditamatkan berikutan trend peningkatan jangkitan kes ketika ini.

"Perintah kawalan ini diteruskan pada awalnya hingga 20 Disember ini namun disebabkan kes jangkitan masih tinggi maka peraturan perintah sekatan ini akan terus dilaksana hingga awal Januari tahun hadapan, " katanya.

Melalui peraturan perintah sekatan itu, ia bermakna penutupan restoran, bar, kemudahan rekreasi, sukan dan tempat tarikan budaya akan diteruskan di negara ekonomi terbesar di Eropah itu.

Namun, sekolah dan kedai akan kekal dibuka dalam tempoh berkenaan.

Bermula 1 Disember ini, perhimpunan tertutup akan hanya dihadkan kepada lima orang daripada dua isi rumah berbanding 10 orang yang dibenarkan sekarang. Namun kanak-kanak dikecualikan daripada peraturan baharu itu.

Namun, bagi musim perayaan Krismas dari 23 Disember hingga Tahun Baharu, peraturan membabitkan perhimpunan akan dilonggarkan sedikit untuk membenarkan pengumpulan sehingga 10 orang dewasa dengan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dikecualikan.

Pekerja diminta untuk memohon sama ada cuti daripada syarikat atau bekerja dari rumah boleh dilaksanakan daripada 23 Disember hingga 1 Januari supaya semua pihak boleh kekal di rumah.

Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 di Jerman dilaporkan meningkat sejak dua minggu lalu dan setakat ini mencatat 961,320 kes dengan 14,771 kematian. Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 18,633 kes baharu dilaporkan dengan 410 mangsa korban.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Indonesia: Jangkitan baharu COVID-19 hampir 6,000 kes

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 5,828 kes baharu COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 522,581 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 437,456 pesakit yang disahkan positif virus itu, dinyatakan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 67,836 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 169 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini mencecah 16,521 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 132,961 dengan tambahan 1,436 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,314 orang. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,833
Reaction score
4,384
Points
601
Hong Kong catat kes harian tertinggi sejak 1 Ogos lalu

HONG KONG: Hong Kong hari ini melaporkan kes baharu tertinggi direkodkan dalam tempoh empat bulan lalu iaitu sebanyak 115 kes dengan 109 daripadanya membabitkan jangkitan tempatan.

Pihak berkuasa juga masih bergelut bagi menghentikan gelombang baharu penularan COVID-19 dalam kalangan warganya.

Angka baharu kes harian positif COVID-19 meningkat berbanding 84 kes yang dicatatkan semalam, sekali gus menjadi kes tertinggi dilaporkan sejak 1 Ogos lalu.

Sejak penghujung Januari lalu, kira-kira 6,239 rakyat Hong Kong dijangkiti virus itu dengan 109 daripadanya dilaporkan terkorban.

Hong Kong juga bertindak menutup bar, kelab malam dan lokasi hiburan lain untuk kali ketiga pada tahun ini berkuat kuasa Khamis lalu hingga 2 Disember depan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran bahawa gelombang baharu COVID-19 dijangka semakin buruk.

Kenaikan jumlah kes itu turut memaksa kerajaan menangguhkan pelancaran kebenaran perjalanan di antara Hong Kong dan Singapura yang sepatutnya bermula 22 November lalu, sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu lagi.

Pihak berkuasa turut membuka pusat rawatan sementara COVID-19 berdekatan lapangan terbang bandar itu. -AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register