Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,018
Reaction score
4,386
Points
601

Cuomo Defends Closing New York City Schools As Covid Cases Rise | NBC News NOW
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,018
Reaction score
4,386
Points
601
Samoa catat kes positif pertama COVID-19

MOSCOW: Samoa mendaftarkan kes pertama COVID-19 membabitkan seorang kelasi yang diuji positif virus itu ketika di pusat kuarantin, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut The Samoa Observer, memetik Perdana Menteri, Tuilaepa Sailele Malielegaoi, kelasi itu tiba dari Auckland pada Jumaat lalu dan didapati positif selepas menjalani ujian saringan.

Perdana Menteri mengatakan ujian saringan kedua didapati negatif dan pesakit itu kini berada di hospital.

Setakat ini, hanya sebilangan negeri pulau seperti Tonga dan Nauru masih bebas daripada COVID-19. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,018
Reaction score
4,386
Points
601
Jepun berada dalam situasi berjaga-jaga

TOKYO: Kerajaan Jepun meletakkan negara itu berada dalam situasi berjaga-jaga pada tahap maksimum selepas jumlah jangkitan COVID-19 dilaporkan meningkat setiap hari.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Yoshihide Suga mengesahkan tiada langkah sekatan akan dilaksanakan pada masa ini.

"Kita sekarang berada dalam situasi berjaga-jaga maksimum.

"Rakyat perlu mengamalkan langkah pencegahan yang sepatutnya seperti memakai pelitup muka," katanya sambil menambah ia harus dipakai ketika menjamu selera di restoran.

Lebih 2,000 kes jangkitan COVID-19 direkodkan di seluruh Jepun semalam dan hampir 500 kes dicatatkan di Tokyo.

Walaupun jumlah kes jangkitan yang dilaporkan itu kecil jika dibandingkan negara lain, ia menunjukkan peningkatan ketara di Jepun yang mana ujian amat jarang dilakukan di negara itu berbanding tempat lain.

Sementara itu, NHK melaporkan Suga akan bertemu dengan kumpulan pakar dan penasihat pada hari ini dan esok untuk menilai jumlah kes jangkitan yang bertambah sebelum mengambil langkah seterusnya.

Suga berkata, beliau akan menyokong kerajaan tempatan jika mahu menutup operasi perniagaan lebih awal termasuk mengehadkan kumpulan pelanggan makan di restoran dengan membenarkan empat orang saja pada satu masa

Tokyo dijangka menaikkan tahap berjaga-jaga pada skala empat iaitu peringkat tertinggi pada Khamis, tetapi langkah itu tidak termasuk sekatan secara automatik.

Jepun setakat ini melaksanakan perintah sekatan yang longgar bagi mengawal penularan COVID-19 seperti membenarkan perniagaan dibuka dan rakyat tidak disekat melakukan aktiviti luar ketika perintah darurat pada musim bunga. - AFP
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
4,998 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan Kini 493,308 - Indonesia

21.11.2020 - Kuala Lumpur, Indonesia mencatatkan 4,998 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini menjangkau 493,308 kes, menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini. Menurutnya 413,955 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh dari jangkitan berkenaan, dan 64,317 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Pada masa yang sama, dalam tempoh 24 jam sejak pukul 12 tengah hari semalam itu, 96 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat COVID-19 di republik itu kini 15,774 orang. Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 125,822 dengan tambahan 1,579 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,125 orang.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1903820
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Mexico Negara Ke-4 Di Dunia Cecah 100,000 Kematian COVID-19

21.11.2020 - Global, Mexico kelmarin mengumumkan angka kematian akibat CO-VID-19 telah meningkat melebihi 100,000, menjadikannya negara keempat di dunia yang mencapai tahap yang suram.

“Pada hari ini di Mexico kami mempunyai 100,000 orang yang kehilangan nyawa mereka disebabkan oleh COVID-19,” kata timbalan menteri kesihatan Hugo Lopez-Gatell dalam satu sidang media.

Kementerian Kesihatan mengumumkan 576 kematian lagi dalam perkemba-ngan hariannya, menjadikan jumlah sehingga 100,104, hanya di belakang Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India. Jumlah keseluruhan jangkitan didaftarkan sekarang adalah 1,019,543 di negara yang mempunyai lebih 128 juta penduduk, meningkat sebanyak 4,472 dari hari sebelumnya.

Sementara jumlah jangkitan harian telah mula bertambah sekali lagi sejak beberapa minggu lepas, namun pihak berkuasa berkata kadar kematian masih dalam peringkat menurun.

“Terdapat jangkitan, namun nasib baik... semakin kurang kematian dan itu adalah tujuannya,” Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata pada minggu ini.

Namun Malaquias Lopez, pakar epidimiologi dan bekas pegawai kementerian kesihatan, berkata ia adalah tidak jelas sekiranya situasi menjadi bertambah baik.

“Kami berada pada satu peringkat di mana kami tidak melihat fasa yang jelas bagi penurunan. Kami tidak tahu ke mana tujunya,” beliau memberitahu AFP.

Kerajaan menyatakan masalah kesihatan dan diet yang kurang baik termasuk obesiti, hipertension dan diabetes turut dipersalahkan bagi angka kematian yang tinggi.

“Keadaan ini menambahkan kebarangkalian bagi seorang pesakit meninggal dunia, ia adalah benar, namun di Mexico ia adalah hampir sama dengan satu hukuman mati,” kata Lopez, yang memikirkan pihak berkuasa telah menggunakan faktor risiko itu untuk menepis kritikan terhadap cara mereka menangani pandemik.

Separuh pasukan petugas Mexico adalah di sektor tidak rasmi dan sekiranya mereka jatuh sakit mereka tidak mampu untuk dikua-rantinkan, jelasnya. Kerajaan menyatakan jumlah kematian yang tinggi menunjukkan populasinya yang besar.

Ketika ia melibatkan kematian bagi setiap 100,000 penduduk, Mexico berada di tangga ke-11 di dunia, berdasarkan data rasmi. Pihak berkuasa memaklumkan bahawa jumlah sebenar kematian akibat CO-VID-19 adalah lebih tinggi berbanding angka rasmi disebabkan oleh peringkat ujian saringan yang rendah.

Luis Vargas, doktor yang bertugas di sebuah kawa-san saringan COVID-19 di Bandar Mexico, berkata baru-baru ini penduduk kelihatan semakin takut dise-babkan oleh seorang anggota keluarga atau rakan-rakan telah dijangkiti virus.

Beliau juga bimbang bahawa ramai pembeli yang tidak mengendahkan langkah-langkah sanitasi ketika jualan ‘Black Friday’ pada bulan ini di negara tersebut.

“Saya fikir jumlah kes COVID-19 akan bertambah,” katanya.



Berita asal https://www.utusanborneo.com.my/202...empat-di-dunia-cecah-100000-kematian-covid-19
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
California Umum Perintah Duduk Di rumah

21.11.2020 - Global, California kelmarin mengumumkan perintah duduk di rumah di negeri itu untuk mengekang peningkatan mendadak kes COVID-19. Gabenor Gavin Newsom berkata perintah duduk di rumah dari jam 10 malam sehingga 5 pagi waktu tempatan akan dikuatkuasakan mulai petang hari ini sehingga 21 Disember.

“Virus telah merebak dalam keadaan yang tidak pernah dilihat sejak bermulanya pandemik serta beberapa hari dan minggu seterusnya akan menjadi sangat kritikal untuk menghentikan peningkatannya. Kami telah membunyikan amaran tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“Adalah penting kita bertindak untuk mengurangkan penyebaran dan mengurangkan kemasukan ke hospital sebelum kiraan kematian meningkat. Kita telah melakukan itu sebelum ini dan kita harus melakukannya semula.”

Perintah itu akan dikuat-kuasakan di beberapa wilayah dengan peringkat ungu pa-ling terhad di negeri ini, yang dilakukan terhadap 94 peratus populasi negeri ini termasuk di Los Angeles dan San Diego. San Francisco, yang beralih dari peringkat kuning yang kurang terhad kepada merah pada minggu ini, tidak akan terjejas oleh perintah duduk di rumah itu.

Bagaimanapun bandar tersebut, seperti sebahagian besar di Bay Area, telah dipaksa untuk menutup tempat makan dalam bangunan dan menyekat peruncit dan gim ketika peningkatan COVID-19 yang baharu. Pihak berkuasa berkata kes COVID-19 telah meningkat kepada hampir 50 peratus di California semasa minggu pertama November, mencetuskan kebimbangan bahawa hospital di kawasan panas akan menjadi terlalu sesak dengan pesakit baharu.

“Dengan bersikap kurang berhati-hati akan meletakkan beribu-ribu nyawa dalam bahaya dan melumpuhkan sistem rawatan kesihatan kita,” kata Erica Pan, pemangku pegawai kesihatan awam di negeri tersebut. Bersama-sama kita telah mencegah satu krisis kesihatan awam pada musim bunga, sekali lagi bersama-sama kita akan melakukannya semula,” tambah beliau.

Mark Ghaly, setiausaha perkhidmatan kesihatan dan kemanusiaan di negeri ini, memberi amaran bahawa sekatan yang lebih tegas akan dilaksanakan kecuali jumlah kes turun.

“Kita mungkin perlu untuk mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya kita tidak mampu melandaikan lengkungan dengan segera,” jelas beliau. “Mengambil tindakan yang sukar dan sementara ini sekarang akan membantu mencegah pe-nutupan akan datang.”

Pengumuman Newsom mengenai perintah duduk di rumah muncul ketika semakin banyak negeri di Amerika Syarikat (AS) menarik balik pembukaan semula. AS kini telah mendaftarkan lebih 251,000 kematian dan lebih 11.6 juta kes yang dilaporkan, menurut catatan harian oleh Johns Hopkins University, setakat ini merupakan angka kematian negara yang paling tinggi dilaporkan.

Peningkatan kes COVID-19 telah mengejutkan pihak berkuasa sehingga Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS menggesa rakyat AS agar tidak pergi ke mana-mana semasa cuti Hari Kesyukuran pada minggu depan.

Berita asal https://www.utusanborneo.com.my/2020/11/21/covid-19-california-umum-perintah-duduk-di-rumah
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Itali Lancar Kempen Vaksin Covid-19 Besar - Besaran

22.11.2020 - Rome, Itali antara negara paling teruk dilanda pandemik Covid-19 dengan hampir 50,000 kematian merancang melancarkan kempen vaksin virus itu besar-besaran pada Januari ini. Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza pada Sabtu berkata, kerajaan negara itu menjangkakan menerima dos vaksin pertama menjelang akhir Januari ini.

“Kempen ini memerlukan satu gerakan besar-besaran dan memerlukan sumber tenaga yang ramai untuk menjayakannya,” katanya dalam pertemuan dengan ahli farmasi.

Kerajaan Itali sedang berjuang memerangi penularan wabak di negara itu yang setakat ini sudah mencatat 1.38 juta kes sejak dikesan awal tahun ini. Terdapat usaha global untuk mencari rawatan dan vaksin dan pada awal bulan ini syarikat gergasi farmasi AS, Pfizer dan rakannya dari Jerman, BioNTech melaporkan vaksin keluarannya sudah dibuktikan lebih 90 peratus berkesan.

“Penghasilan vaksin adalah antara kemajuan terbesar dalam sejarah kemanusiaan,” kata Speranza, mempertahankan penggunaan vaksin walaupun terdapat beberapa pihak di negara itu yang menentang kempen vaksin sebelum ini.

Sementara itu, negara anggota Kumpulan 20 (G20) memberi penekanan mengenai pentingnya keperluan memperoleh vaksin di peringkat global, selain usaha memerangi pandemik dan kemelesetan ekonomi paling teruk dekad ini. Menerusi sidang kemuncak yang dianjurkan secara maya oleh Arab Saudi, pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat beberapa kali muncul mengetengahkan pendirian berhubung pandemik berkenaan.

Perbincangan dalam kalangan pemimpin menerusi perhimpunan selama dua hari, secara maya itu semakin ‘hangat’ memandangkan usaha pengagihan vaksin COVID-19 di peringkat antarabangsa bakal dilaksanakan selepas ‘penawar’ itu menempa kejayaan ujian percubaan dan wujud gesaan supaya negara anggota G20 menampung kekurangan dana menjangkau AS$4.5 bilion (RM18.42 bilion).

Walaupun optimis dengan perkembangan pembangunan vaksin, Pengerusi G20 Raja Salman Abdulaziz Al Saud, berkata kerjasama wajar dijalin antara negara anggota kumpulan itu bagi memastikan vaksin itu mampu diperoleh pada harga berpatutan dan diagihkan secara saksama kepada masyarakat global.

“Kita mempunyai tanggungjawab bersama menangani cabaran berkenaan dan memberi harapan serta jaminan kepada rakyat kita bagi mencari penyelesaian menghadapi krisis pandemik ini,” katanya dalam ucaptama pembukaan sidang kemuncak itu.

Bersandarkan kenyataan Rumah Putih, Trump dilaporkan berkata, Amerika Syarikat merintis usaha untuk mempercepatkan pembangunan vaksin supaya ia mampu menyelamatkan jutaan nyawa manusia. Negara anggota G20 menyumbang lebih AS$21 bilion (RM85.94 bilion) untuk memerangi pandemik kesihatan yang sudah menjangkiti 56 juta orang di seluruh dunia dan merekodkan angka kematian menjangkau 1.3 juta.

Pada masa sama, G20 ‘menyuntik’ AS$11 trilion (RM45.02 trilion) untuk melindungi ekonomi dunia yang terkesan dengan penularan Covid-19. Bagaimanapun, pemimpin negara anggota G20 berdepan tekanan untuk melaksanakan penangguhan bayaran hutang dalam kalangan negara membangun. Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al Jadaan, minggu lalu mengisytiharkan ‘kerangka bersama’ mengenai lanjutan penstrukturan semula hutang untuk negara yang terkesan dengan Covid-19.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/22/itali-lancar-kempen-vaksin-covid-19-besar-besaran/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register