Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,565
Reaction score
4,318
Points
201
Xinjiang: Kawalan kesihatan golongan berisiko tinggi dilaksanakan

XINJIANG: Pihak berkuasa tempatan Shufu, Kashgar Xinjiang mengambil tindakan segera termasuk menjalankan siasatan patologi dan saringan secara besar-besaran terhadap penduduk tempatan, lapor Radio Antarabangsa China (CRI).

Naib Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, Gu Yingsu berkata, ia susulan tercetusnya gelombang baharu wabak COVID-19 di situ baru-baru ini.

Menurutnya, langkah mengesan kontak rapat kesemua 138 pesakit asimptomatik telah berjaya dilakukan dan langkah-langkah kawalan kesihatan terhadap mereka yang berisiko tinggi telah diambil.

Untuk rekod, setakat jam 2 petang semalam, daripada 4.75 juta penduduk di Kashgar yang perlu disaring, seramai 2.84 juta penduduk telah menerima ujian asid nukleik (NAT).

Dalam pada itu, Gu memberitahu bahawa kos golongan asimptomatik atau golongan positif COVID-19 akan ditanggung oleh kerajaan semasa menerima rawatan di hospital.

Sekarang cuaca menjadi semakin sejuk di China dengan penularan penyakit berjangkit seperti flu.

Selain itu, sempena Tahun Baharu Cina, penghijrahan berjuta-juta orang juga akan menambah risiko penularan wabak di negara itu.

Bagaimanapun, dengan langkah pencegahan dan kawalan yang berkesan dalam norma baharu ini, kemungkinan penularan wabak secara besar-besaran amat nipis. - BERNAMA
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,565
Reaction score
4,318
Points
201
Bahaya jika putus asa tangani COVID-19 - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran cadangan pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) bahawa usaha mencegah pandemik COVID-19 boleh diabaikan dan sebaliknya langkah mitigasi diberi tumpuan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menggesa semua negara jangan sekali-kali berputus asa dalam usaha membendung penularan virus kerana pendekatan itu pasti berkesan dalam jangka panjang.

Beliau mengakui, selepas berbulan bergelut dengan COVID-19 yang sudah menjangkiti lebih 43. 7 juta mangsa dan meragut lebih 1.1 juta nyawa di seluruh dunia, kebanyakan negara 'letih dengan pendemik'.

"Kita tidak boleh berputus asa walaupun keadaan bertambah sukar dan keletihan mula datang.

"Kita tidak boleh kecewa sekarang, apabila pemimpin bertindak dengan cepat dan konsisten, virus ini boleh ditentang," katanya.

Kelmarin, Ketua Staf Pejabat Presiden Amerika Syarikat (AS), Mark Meadow, memberitahu CNN bahawa pihaknya kini sudah beralih kepada langkah mitigasi COVID-19 dan bukan lagi pencegahan virus itu.

"Kita tidak akan mengawal pandemik itu, sebaliknya kita kini sedang mengawal bagaimana untuk mendapatkan vaksin, terapi berkaitan dan langkah pengurangan lain," katanya membanding wabak pembunuh itu dengan demam selesema bermusim.

Mengulas kenyataan Meadow, Tedros berkata beliau turut bersetuju dengan langkah pengurangan yang dilakukan khususnya bagi melindungi mereka yang berisiko.

"Tetapi berputus asa dalam melaksanakan langkah kawalan adalah berbahaya," tegas beliau.

Tedros menjelaskan, tindakan pengurangan dan pengawalan pandemik bukan sesuatu yang bertentangan dan boleh dilakukan bersama langkah pencegahan wabak itu.

Katanya, ketika kerajaan sedang berusaha, setiap orang juga perlu memainkan peranan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.

"Kerajaan perlu memainkan peranan dan rakyat perlu melakukan perkara sama, melakukan segala-galanya untuk mengurangkan jangkitan.

"Tiada penyelesaian ajaib bagi menangani penularan ini, tiada siapa yang mahukan pengurangan jika kita boleh mencegahnya sama sekali.

"Jadi, kita harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan hasrat ini tercapai," katanya.

Ketua kecemasan WHO, Michael Ryan pula berkata, negara tidak seharusnya berputus asa dalam mencegah wabak itu.

"Terdapat banyak tempat di AS dan di negara lain yang menggunakan kaedah pengurangan, namun masih melaporkan masalah pada Mac dan April lalu.

"Bilik kecemasan sangat padat dan kita terpaksa menggunakan trak sejuk beku untuk menyimpan mayat mangsa COVID-19 selain menyokong keperluan hospital.

"Ini adalah hakikat yang perlu kita hadapi jika kes terus meningkat dan apabila anda hilang upaya untuk menentang, maka semua usaha selama ini menjadi sia-sia," katanya.

Mika turut menyuarakan kerisauan mengenai keadaan di Eropah yang sejak beberapa minggu kebelakangan mencatatkan 46 peratus daripada jumlah kes global termasuk hampir satu pertiga kadar kematian.

"Tidak syak lagi bahawa Eropah kini adalah pusat pandemik COVID-19," katanya.

Ketua Teknikal pandemik COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove, turut menyuarakan kebimbangan sama, terutama kekurangan katil di unit rawatan rapi (ICU).

"Di kebanyakan bandar, kita lihat hospital semakin penuh dan ramai khuatir ICU akan mencapai tahap maksimum dalam tempuh beberapa hari lagi," katanya pada satu taklimat kelmarin.

"Namun, sebelum ini Eropah berjaya mengawal penularan virus ini pada musim bunga serta musim panas dan saya yakin mereka boleh melakukannya sekali lagi.

"Kita semua tahun apa yang perlu dilakukan, jika semua terus patuh dan akur melaksanakan langkah pencegahan, kita boleh berjaya," katanya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,565
Reaction score
4,318
Points
201
Masjid di Bahrain dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November
864724.jpg

Masjid Al-Fateh di Bahrain

MANAMA - Masjid-masjid di Bahrain akan dibuka semula untuk solat Zuhur mulai 1 November, kata Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA).

Keputusan itu berdasarkan persetujuan Pasukan Petugas Nasional Memerangi Koronavirus (Covid-19) Nasional, bermaksud masjid-masjid di Bahrain akan dibuka kepada jemaah untuk solat Subuh dan Zuhur, lapor agensi berita Bahrain (BNA).

Langkah berjaga-jaga akan dilaksanakan untuk memastikan keselamatan jemaah semasa solat dua waktu itu, kata SCIA.

Solat jemaah dan Jumaat ditangguhkan di Bahrain pada 28 Mac setelah masjid ditutup untuk mengurangkan penyebaran Covid-19.

Solat subuh dibenarkan pada 28 Ogos sebagai langkah pertama pembukaan semula masjid secara beransur-ansur serta penyambungan semula ibadah berjemaah dan perjumpaan keagamaan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...uka-semula-untuk-solat-Zuhur-mulai-1-November
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,565
Reaction score
4,318
Points
201

Dozens of European countries report record COVID-19 rates
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,565
Reaction score
4,318
Points
201
Peru peruntukkan AS$26 bilion tangani krisis COVID-19

LIMA: Peru memperuntukkan 90 bilion sols Peru atau sekitar AS$26 bilion (RM1.08 trilion) untuk melaksanakan pelan pemulihan ekonomi bagi menangani kesan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Presiden Peru, Martin Vizcarra, berkata keupayaan untuk menangani krisis kesihatan akan dilaksanakan seiring dengan pelan pemulihan itu, yang kini menjadi cita-cita utama dalam sejarah negara.

"Kerajaan memperuntukkan sumber yang besar untuk memperkuatkan kemampuan perkhidmatan hospital," katanya dalam satu majlis di Lima.

Pelan itu merangkumi bantuan kewangan untuk 2.8 juta isi rumah miskin dan 800,000 pekerja tidak rasmi.

Menurut Institut Statistik dan Maklumat Negara, 6,720,000 rakyat Peru hilang pekerjaan pada suku kedua tahun ini disebabkan sekatan pergerakan.

Peru setakat ini mencatatkan 890,574 kes COVID-19 dengan 34,197 kematian, menurut Kementerian Kesihatan. - BERNAMA
 

konaLeper

Fun Poster
Joined
Dec 22, 2016
Messages
155
Reaction score
28
Points
30
Flu dah ke mana? Penurunan 98% jangkitan tahun ini.

There has been a 98% plummet in flu infections this year, dispelling fears of a Covid and flu ‘twin-demic’ about which many had warned. Experts say we can thank masks and social distancing. But does this really add up?

Although there is no mass testing for flu as there is for Covid, the WHO says that surveillance of data from around the world shows flu rates collapsing everywhere. Australia essentially ‘skipped’ their flu season this year, with not a single case reported since July (their peak). In fact, flu has more or less vanished throughout the Southern Hemisphere, and early indicators suggest it will follow suit north of the equator. What can explain this unprecedented decline?

https://www.rt.com/op-ed/504625-covid19-flu-disappeared-replaced/


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,565
Reaction score
4,318
Points
201
COVID-19: Singapura tukar dasar bayaran kemudahan SHN, rawatan

SINGAPURA: Republik ini tidak akan lagi menanggung kos Notis Duduk di Rumah (SHN) di kemudahan disediakan untuk warga Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR) bermula 1 Januari 2021.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata perkara itu terpakai kepada mereka yang kali terakhir meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.

"Duduk di kemudahan pengasingan kini menjadi syarat perjalanan antarabangsa yang diterima pakai meluas dalam dunia yang dilanda pandemik COVID-19.

"Sebilangan besar SC dan PR yang meninggalkan Singapura dalam tempoh setahun lalu sudah pulang," menurut kenyataan dikeluarkan MOH semalam.

Kementerian itu menyatakan, perkara yang sama juga dikenakan kepada yang pulang ke negara itu termasuklah SC, PR dan Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) baru.

Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atas bil perubatan masing-masing jika mempunyai gejala dalam tempoh 14 hari daripada mereka tiba ke Singapura.

Bagaimanapun, katanya, mereka boleh menikmati aturan kewangan kesihatan yang biasa untuk bil perubatan mereka seperti subsidi kerajaan dan 'MediSheilds' atau Pelan Perubatan Bersepadu untuk SC dan PR dan juga insuran peribadi untuk LTPH.

Kementerian itu berkata, kerajaan Singapura sehingga kini menanggung kos penginapan di kemudahan khas SHN dan bil perubatan untuk rawatan COVID-19 untuk SC dan PR yang sudah meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.

Kerajaan Singapura juga menanggung kos perubatan COVID-19 kepada SC, PR, LTPH baru dan juga LTPH sedia ada yang meninggalkan Singapura sebelum 27 MAC 2020.

Sementara itu, katanya, kesemua pengembara lain yang tiba di Singapura perlu membayar sendiri kos-kos itu sebagai perbelanjaan peribadi mereka, mengikut aturan perubatan yang mereka ada untuk bil terbabit. - BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,565
Reaction score
4,318
Points
201
Kes COVID-19 India hampir lepasi 8 juta

MUMBAI: Sehari selepas India melaporkan kes harian COVID-19 yang terendah sejak Julai lalu, negara itu mencatatkan hampir 44,000 jangkitan baharu, dengan jumlah keseluruhan kes hampir mencecah lapan juta, demikian menurut paparan oleh kementerian kesihatan, hari ini.

Dengan 43,893 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah keseluruhan kes di India mencapai 7,990,322 kes.

Jumlah itu dilaporkan sehari selepas negara itu menyaksikan 36,370 kes jangkitan, jumlah harian yang terendah sejak 18 Julai lalu, yang mana sebanyak 34,884 kes direkodkan.

Dengan meneruskan trend sejak kebelakangan ini iaitu jumlah kes sembuh harian melebihi kes jangkitan baharu, sebanyak 58,439 kes sembuh direkodkan sejak 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 7,259,509 kes.

Sementara itu, jumlah kematian mencecah 120,000 kes, dengan 508 kematian baharu.

Kes aktif kekal di bawah 700,000, iatu sebanyak 610,803 kes.

Jumlah kes pulih, aktif dan kematian akibat COVID-19 di India masing-masing merangkumi 90.62 peratus, 7.88 peratus dan 1.5 peratus.

Hari ini juga, Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) berkata, ia sudah menguji 105,487,680 sampel setakat ini.

Daripada jumlah itu katanya, 1,066,786 sampel diuji pada 26 Oktober lalu.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa garis panduan yang dikeluarkan pada 30 September lalu, untuk fasa kelima pembukaan bagi seluruh negara pada Oktober, akan kekal berkuat kuasa sehingga 30 November.

Garis panduan itu membenarkan pembukaan semula pawagam, kolam renang untuk latihan sukan, taman hiburan dan sebagainya bermula 15 Oktober dengan pelaksanaan kawalan COVID-19 yang ketat. - AGENSI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register