Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
COVID-19: Kes global catat rekod melebihi 400,000 sehari

NEW YORK: Jangkitan COVID-19 di peringkat global melonjak melebihi 400,000 buat pertama kali semalam, rekod peningkatan harian tertinggi sejak Eropah melaksanakan sekatan baharu bagi membendung penularan wabak.

Eropah, yang berjaya membendung gelombang pertama jangkitan, muncul sebagai pusat jangkitan baharu COVID-19 sejak beberapa minggu lalu dan melaporkan purata 140,000 kes sehari sejak minggu lalu.

Sebagai sebuah rantau, Eropah mencatatkan kes harian tertinggi berbanding India, Brazil, dan Amerika Syarikat (AS).

Sebanyak 34 jangkitan untuk setiap 100 kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah dari negara Eropah.

Rantau berkenaan ketika ini melaporkan sejuta kes baharu setiap sembilan hari dan merekodkan lebih 6.3 juta jangkitan sejak pandemik itu bermula.

Statistik menunjukkan, negara utama Eropah iaitu United Kingdom (UK), Perancis, Russia, Belanda dan Sepanyol menyumbang separuh kepada kes baharu di Eropah sehingga 18 Oktober.

Perancis melaporkan purata tertinggi tujuh hari di Eropah dengan 19,425 jangkitan setiap hari, diikuti UK, Russia, Sepanyol dan Belanda, sebagai negara paling teruk dilanda COVID-19 di Eropah.

Beberapa negara Eropah bertindak menutup semua sekolah, membatalkan pembedahan elektif dan menyediakan senarai penuntut perubatan, ketika pihak berkuasa bertungkus lumus membendung peningkatan COVID-19.

Russia dilaporkan memindah pelajar untuk pembelajaran di atas talian, manakala Ireland Utara akan menutup sekolah dan restoran, masing-masing selama dua serta empat minggu.

Di Sepanyol, pihak berkuasa di Catalonia mengarahkan bar dan restoran ditutup selama 15 hari, dan mengehadkan jumlah pengunjung yang dibenarkan berada di dalam kedai.

Republik Czech pula mengubah pembelajaran kepada jarak jauh dan merancang untuk memanggil ribuan penuntut jurusan perubatan.

Amerika Latin adalah rantau paling terjejas dengan kira-kira 27 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19, diikuti Asia, Amerika Utara dan Eropah. - AGENSI
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
COVID-19: Singapura catat 7 kes baharu

SINGAPURA: Singapura melaporkan tujuh kes jangkitan COVID-19 baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 57,911 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan daripada kes baharu itu, satu dikesan dalam kalangan komuniti dan satu lagi dari asrama, dengan lima kes lain adalah kes import.

Jangkitan komuniti membabitkan seorang lelaki Bangladesh, 40, yang dikesan ketika ujian komuniti dilakukan dan di diagnos Jangkitan Penafasan Akut (ARI) di awalnya dan kemudian didapati positif COVID-19.

Kes jangkitan asrama pula dikesan apabila pihak berkuasa menjalankan rutin pemeriksaan bagi pekerja asing.

MOH berkata, tindakan ini menjadikan mereka mampu mengesan kes dengan awal biarpun tidak bergejala dan mengasingkan mereka daripada kontak rapat.

"Secara keseluruhannya, kes baharu jangkitan komuniti dan tidak berkaitan komuniti juga kekal stabil pada purata kurang dari satu kes setiap hari dalam tempoh dua minggu lalu," menurut kenyataan MOH.

Sementara itu, lima kes import itu membabitkan empat orang yang bekerja di negara ini dan seorang pelajar dan mereka kini menjalani tempoh kuarantin wajib sebaik tiba di Singapura.

MOH turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan semua kontak rapat diminta untuk menjalani tempoh kuarantin dan akan disaring untuk mengesan jika berlaku sebarang gejala.

Sementara itu, empat lokasi terbaharu dikenal pasti sebagai lokasi dikunjungi pesakit COVID-19 termasuk Ya Kun Family Cafe di Parkway Parade, Muzium Negara Singapura, Moments Cafe di 326 Serangoon Avenue 3 dan Restoran Aburi-EN di NEX.

Mereka yang berkunjung ke empat lokasi itu diminta untuk mengawasi kesihatan dalam tempoh 14 hari dan berjumpa doktor jika ada sebarang gejala.

MOH berkata, Agensi Alam Sekitar Negara akan bekerjasama untuk membasmi kuman di premis terjejas.

Terbaharu, sembilan pesakit sudah dibenarkan keluar hospital dengan jumlah keseluruhan pulih ialah 57,807, dengan 40 pesakit masih dirawat di hospital, 36 diasingkan di kemudahan komuniti, manakala 28 orang maut akibat COVID-19. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
COVID-19: Pegawai tinggi Palestin Saeb Erekat dirawat di hospital
FILES-PALESTINIAN-ISRAEL-POLITICS-HEALTH-VIRUS-EREKAT_1603082427.jpg


RAMALLAH (Palestin): Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat dirawat di hospital akibat COVID-19 pada Ahad selepas keadaannya bertambah buruk, lapor Agensi Anadolu menurut PLO.

Dalam satu kenyataan, PLO berkata Erekat dikejarkan dari rumahnya di Jericho ke Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis, lokasi beliau akan mendapat rawatan perubatan khas.

Perunding veteran berusia 65 tahun itu didapati positif COVID-19 pada 8 Oktober dan sejak itu menerima rawatan di kediamannya.

Erekat menderita penyakit kronik pada sistem pernafasannya, kesan pembedahan paru-paru yang dijalaninya di Amerika Syarikat pada 2017. – BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
Wealthy tourists quarantine in Thailand with flair


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,533
Reaction score
3,683
Points
236
Menteri Kesihatan Afrika Selatan & Isteri Positif Covid-19

19.10.2020 - Global, Menteri kesihatan Afrika Selatan dan isterinya dijangkiti Covid-19 ketika kes di negara ini terus meningkat, lapor Agensi Anadolu. “Saya ingin memberitahu orang ramai, hari ini saya dan isteri Dr May Mkhize disahkan positif Covid-19,” ciap Zweli Mkhize pada Ahad. Menteri itu berkata beliau melakukan ujian Covid-19 pada Sabtu apabila mula menunjukkan gejala ringan.

“Saya kini menjalani kuarantin di rumah dan saya serta isteri tetap optimis yang kami akan pulih sepenuhnya daripada virus ini,” katanya.

Menteri itu menggesa warga Afrika Selatan terus mematuhi protokol kesihatan seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial dan kerap membasuh tangan. Menurutnya negara itu telah membuat kemajuan penting dalam memerangi pandemik tersebut. Afrika Selatan, pernah menjadi antara enam negara paling terjejas di dunia, kini yang ke-12 paling banyak dijangkiti dengan jumlah kes tertinggi di benua ini.

Negara itu mencatatkan 1,662 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 703,793 dengan 18,471 kematian. Lebih 600,000 lagi telah pulih. Lebih 4.5 juta individu menjalani ujian saringan sejak pertama kali ia dikesan di negara ini tujuh bulan lalu.

Mkhize, yang mengetuai barisan hadapan dalam memerangi pandemik itu, berkata akan menggunakan tempoh kuarantin ini untuk berehat dan mengumpul semula tenaganya dan berharap dapat kembali bertenaga untuk memastikan dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkesan. John Nkengasong, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC), berharap Mkhize dan isteri cepat sembuh.

“Kami sangat menyokong gesaan anda kepada seluruh rakyat Afrika Selatan supaya tidak mengabaikan langkah-langkah kesihatan awam,” ciapnya di Twitter pada Isnin.

Berita asal https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/279306
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
184 negara dan ekonomi sertai COVAX - WHO

GENEVA: Sebanyak 184 negara dan ekonomi bergabung di bawah COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

"COVAX mewakili portfolio terbesar vaksin COVID-19 dan kaedah paling berkesan untuk memastikan vaksin dapat dikongsi dengan selamat dan berkesan di seluruh dunia," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya di sini.

"Berkongsi vaksin secara adil adalah cara terpantas untuk melindungi masyarakat yang berisiko tinggi, menstabilkan sistem kesihatan dan mendorong pemulihan ekonomi global yang berkesan," tambahnya.

Sebagai antara negara utama dalam pembangunan vaksin, China secara rasmi bergabung di bawah COVAX, langkah yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar China sebagai penting untuk menegakkan konsep komuniti kesihatan bersama bagi semua dan komitmen menjadikan vaksin COVID- 19 membawa kebaikan kepada masyarakat awam global.

Pada sidang media sama Tedros berkata pandemik COVID-19 kini memasuki "fasa yang membimbangkan."

Kedatangan musim sejuk di hemisfera utara dan lonjakan dalam jumlah kes baharu, Tedros memberi amaran beberapa bulan akan datang bakal menjadi lebih sukar, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

"Oleh itu, penting kepada semua kerajaan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada asas utama yang membantu memutuskan rantaian penularan demi untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan," kata Tedros.

Ketika dunia sedang berjuang membendung pandemik COVID-19, negara di seluruh dunia berlumba-lumba mencari vaksin.

Menurut laman web WHO, pada 19 Oktober, terdapat 198 vaksin percubaan yang dibangunkan di seluruh dunia dan 44 daripadanya kini di peringkat ujian klinikal. - BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
Pastikan vaksin halal - Jokowi

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyatakan negara itu tidak perlu tergesa-gesa untuk mengeluarkan vaksin berikutan kebimbangan orang ramai mengenai status halalnya.


Dengan lebih daripada 365,000 kes COVID-19 dan 12,000 kematian dilaporkan, Indonesia bertungkus lumus untuk mengawal pandemik itu dan kerajaan juga berusaha untuk turut mendapatkan vaksin biarpun masih dalam penyelidikan, sebelum vaksin selamat dan terbukti dihasilkan.

Menteri-menteri kanan turut menyatakan bahawa vaksin kecemasan akan diperoleh seawal bulan hadapan, namun Jokowi mengambil pendekatan berhati-hati dengan memberi amaran supaya mengenalpasti terlebih dulu sama ada vaksin itu halal, atau dibenarkan di bawah Islam.

"Saya meminta untuk tidak tergesa-gesa mendapatkan vaksin ini kerana ia sangat kompleks. Saya mahukan persediaan yang baik khususnya dalam hubungan halal dan haram, harganya dan kualiti," katanya dalam satu mesyuarat tertutup.

Indonesia sebelum ini berjanji untuk mendapatkan vaksin bagi 100 juta rakyatnya pada tahun depan, tetapi Jokowi mengatakan skala vaksin di negara kepulauan dengan 270 juta penduduk itu sangat mencabar.

Kontroversi mengenai vaksin yang mematuhi prinsip Islam mempengaruhi tanggapan kesihatan awam di Indonesia sebelum ini, termasuk pada tahun 2018 ketika Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa menyatakan vaksin campak adalah haram atau dilarang di bawah Islam.

Indonesia sebelum ini memesan sebanyak 50 juta dos vaksin dari Sinovac, China menjelang Mac tahun depan dan 100 juta dari AstraZeneca pada bulan April.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli epidemiologi yang berpendapat bahawa ia harus fokus pada ujian dan mengesan kontak sehingga vaksin yang selamat dan berkesan tersedia.

"Banyak negara berpendapat bahawa vaksin akan menjadi sesuatu yang sangat penting untuk menangani wabak itu. Tetapi sayangnya dengan sejarah pandemik, ia seolah tidak menyokong perkara berkenaan," kata ahli epidemiologi Indonesia dari Universiti Griffith Australia, Dicky Budiman. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
COVID-19: Iran catat rekod 337 kematian sehari

TEHRAN: Iran mengumumkan sebanyak 337 kematian akibat jangkitan COVID-19, kadar tertinggi dalam tempoh sehari di negara Asia Barat yang paling teruk dilanda pandemik.

Presiden, Hassan Rouhani, berkata mereka perlu melawan virus itu dan menggesa Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan jumlah ujian saringan setiap hari bagi mengurangkan penyebaran virus.

Kematian terbaharu sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 30,712 orang sejak pandemik dikesan pada Februari lalu, di mana sebelum ini Iran melaporkan rekod kematian sebanyak 279 sehari pada Rabu lalu.

Jumlah kes ketika ini mencapai 534,631 dengan 4,251 diuji positif dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Antara jalan penyelesaian ialah dengan mengenalpasti jangkitan secepat mungkin, mengasingkan mereka, sekali gus akan mengurangkan keperluan berada di hospital dan kematian.

"Tidak jadi masalah jika jumlah kes meningkat, sebaliknya penting untuk tidak berlaku peningkatan kematian," kata Rouhani.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Sima Sadat Lari, berkata lonjakan kematian yang mencatat rekod baharu itu disebabkan oleh kegagalan pematuhan protokol kesihatan dan penggunaan pelitup muka.

Pelajar universiti, Ali Mohammadi, bersetuju bahawa orang awam gagal mengikuti peraturan sejak industri ekonomi dibuka semula.

"Orang ramai mula leka dan melakukan apa saja pekerjaan memandangkan kerajaan tidak membantu mereka. Kes meningkat adalah disebabkan orang ramai perlu bekerja untuk kelangsungan hidup atau duduk di rumah dan tunggu mati akibat kebuluran.

"Ia umpama badan anda tersekat tidak boleh ke depan dan ke belakang," katanya.

Iran kini berusaha mengatasi kesukaran ekonomi berikutan sekatan dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sejak 2018, apabila menarik diri dari perjanjian nuklear antara Iran dan kuasa dunia itu.

Awal bulan ini, Iran mula mengenakan denda kepada mereka yang pertama kali melanggar arahan kesihatan, manakala Tehran dan empat bandar utama ditutup sebahagiannya sejak Khamis lalu hingga tengah hari Ahad dalam usaha untuk mengelakkan warga Iran daripada melakukan perjalanan ketika cuti.

Pihak berkuasa di ibu negara memerintahkan penutupan kebanyakan tempat awam mulai 3 Oktober lalu. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
Ireland kenakan semula sekatan, tetapi sekolah tetap dibuka

DUBLIN: Perdana Menteri Ireland, Michael Martin menyatakan bahawa ia adalah negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang mengenakan kembali sekatan pergerakan dan mengarahkan semua duduk di rumah, namun menegaskan sekolah akan tetap dibuka.

Sekatan pergerakan itu akan berlangsung selama enam minggu bermula tengah malam Rabu yang bakal menyaksikan perniagaan runcit tidak penting ditutup, manakala bar dan restoran hanya dibenarkan operasi untuk hidangan bawa pulang.

"Semua orang di negara ini diminta duduk di rumah. Hanya petugas penting dibenarkan untuk keluar bekerja.

"Penduduk hanya dibenarkan keluar dalam radius lima kilometer dan jika melanggar arahan itu, mereka akan dikenakan denda oleh kerajaan," katanya dalam ucapan nasional yang disiarkan di televisyen.

Martin berkata, sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan dibuka 'kerana kita tidak boleh dan tidak akan benarkan masa depan anak-anak kita dan golongan muda menjadi satu lagi mangsa penyakit ini'.

Larangan lawatan antara kejiranan dan acara dalaman juga akan diperluas, walaupun sukan elit dan profesional akan dibenarkan dijalankan secara tertutup.

Beliau berkata, sekatan terbaharu Ireland itu berkemungkinan 'paling tegas di Eropah' tetapi 'tindakan seterusnya kini diperlukan'.

"Jika kita berjaya mengatasinya dalam tempoh enam minggu, kita mungkin berpeluang meraikan Krismas dengan penuh bermakna," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 1,852 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Ireland, menurut angka rasmi terbaharu.

Kematian harian tertinggi adalah 77, yang direkodkan pada April dan sejak minggu kebelakangan ini jumlahnya secara konsisten kekal satu angka.

Semalam, tiada kematian dilaporkan. Bagaimanapun, seperti kebanyakan negara lain, Ireland terus menyaksikan peningkatan kes, yang mana 1,031 jangkitan baharu dilaporkan semalam. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,296
Points
201
Serangan terhadap pasukan perubatan meningkat di Colombia

BOGOTA: Serangan ke atas pasukan perubatan Colombia melonjak pada tahap terburuk dalam tempoh dua dekad ini, kebanyakannya membabitkan mereka yang bertugas untuk pandemik COVID-19.

Kira-kira 242 serangan berlaku terhadap pasukan perubatan sejak Januari hingga September lalu, tertinggi dilaporkan kerajaan di mana serangan itu menentang petugas yang membawa pesakit ketika pandemik.

Peratusan serangan di negara Amerika Selatan itu meningkat kepada 63 peratus dalam tempoh sama berbanding tahun lalu uamh hanya merekodkan 148 serangan saja, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Kira-kira 38 peratus kes keganasan terhadap pekerja kesihatan adalah dalam konteks berkaitan dengan pandemik, di mana ugutan dan diskriminasi terhadap pasukan petugas, malah turut dilaporkan penjagaan untuk mereka yang cedera dan sakit juga terhalang ketika itu.

Ini berikutan, jururawat, doktor, pemandu ambulans, juruteknik dan pembantu dituduh melakukan kecuaian perubatan atau diskriminasi kerana dianggap sebagai sumber penularan.

Malah kumpulan pasukan bersenjata yang dibiayai oleh perdagangan dadah turut meningkat dengan menentang misi perubatan di kawasan sempadan.

Colombia masih bimbang dengan serangan keganasan yang berlaku, biarpun perjanjian damai untuk mencapai pelucutan senjata sebahagian besar pemberontak Marxis FARC pada 2017 sudah dicapai.

Ini berikutan, masih ada kumpulan yang tersisih dari perjanjian itu dan kini mereka merebut penguasaan beberapa wilayah dengan gerila lain dan kumpulan dadah.

Kerajaan mengumumkan peningkatan serangan terhadap misi perubatan kerana negara dengan populasi 50 juta orang itu, kini mencapai sejuta jangkitan dengan 29,102 kematian sejak pandemik COVID-19 dikesan pada 6 Mac.

Colombia mengenakan sekatan sepenuhnya pada 25 Mac hingga 1 September lalu, sebelum melonggarkannya sebagai langkah-langkah dalam menghadapi krisis ekonomi. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register