Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
COVID-19: Hampir 10 juta kanak-kanak berisiko tercicir sekolah

LONDON: Kira-kira 9.7 juta kanak-kanak yang terjejas akibat penutupan sekolah berisiko untuk tidak akan kembali semula ke kelas ekoran pandemik COVID-19 yang mengakibatkan 'darurat pendidikan luar biasa', dalam amaran dikeluarkan badan kebajikan, Save the Children.


Badan amal Britain itu memetik data daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada April bahawa 1.6 bilion generasi muda tidak dapat bersekolah dan meneruskan pengajian di universiti dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Ia mewakili kira-kira 90 peratus daripada populasi pelajar di seluruh dunia.

"Buat pertama kalinya dalam sejarah manusia, kanak-kanak di seluruh dunia terganggu pendidikan mereka," katanya melalui laporan terbaharu, Selamatkan Pendidikan Kami.

Katanya, krisis kejatuhan ekonomi berupaya memaksa 90 hingga 117 juta kanak-kanak terjebak dalam kemiskinan, sekali gus memberi kesan besar terhadap kemasukan ke sekolah.

Dengan ramai orang muda diperlukan untuk bekerja atau gadis dipaksa berkahwin awal untuk menanggung keluarga, sekali gus menyumbang antara tujuh hingga 9.7 juta kanak-kanak tercicir daripada sekolah secara kekal.

Dalam masa sama, badan kebajikan itu turut memberi amaran bahawa krisis berkenaan menyebabkan kekurangan peruntukkan sebanyak AS$77 juta (RM328 juta) dalam kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana menjelang akhir 2021.

"Kira-kira 10 juta kanak-kanak mungkin tidak akan kembali ke sekolah, ini adalah darurat pendidikan yang tidak pernah berlaku sebelum ini menyebabkan kerajaan perlu melabur dalam industri pendidikan dengan segera," kata Ketua Eksekutif Save the Children, Inger Ashing.

"Sebaliknya kita dalam risiko pemotongan peruntukan paling buruk yang akan menyaksikan letusan ketidaksamaan antara yang kaya dan miskin, antara lelaki dan perempuan," katanya.

Sehubungan itu, badan amal berkenaan mendesak kerajaan dan penderma supaya melaksanakan lebih pelaburan dalam rancangan pendidikan global untuk membantu kanak-kanak kembali ke sekolah apabila keadaan sudah selamat dan sementara menuju ke arah itu, sokongan terhadap pendidikan jarak jauh harus dilakukan.

"Kami mengetahui bahawa kanak-kanak paling miskin dan terpinggir yang sedia ketinggalan jauh di belakang mengalami kerugian apabila tidak mempunyai akses pendidikan jarak jauh atau sebarang jenis bentuk pembelajaran selama setengah tahun ini," kata Ashing.

Save the Children juga mendesak pemberi pinjaman komersial supaya menangguhkan pembayaran semula kepada negara berpendapatan rendah di mana langkah itu mampu menyumbang sehingga AS$14 juta (RM59 juta) untuk program pendidikan.

"Jika kita membiarkan krisis pendidikan ini tanpa jalan penyelesaian, kesannya kepada masa depan kanak-kanak ini akan berpanjangan," kata Ashing.

"Janji yang dibuat oleh dunia adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat kemudahan terhadap pendidikan yang berkualiti menjelang 2030, yang akan ditetapkan semula bertahun-tahun," katanya yang memetik misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Laporan itu menyenaraikan 12 negara di mana kanak-kanak paling berisiko ketinggalan iaitu Niger, Mali, Chad, Liberia, Afghanistan, Guinea, Mauritania, Yaman, Nigeria, Pakistan, Senegal dan Ivory Coast.

Menurut badan amal itu, sebelum krisis, dianggarkan kira-kira 258 juta kanak-kanak dan remaja sudah tercicir dari sekolah. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
Lelaki AS maut selepas hadiri parti COVID-19

NEW YORK: Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Texas, Amerika Syarikat (AS), maut akibat COVID-19 selepas menghadiri 'parti COVID-19' anjuran pesakit wabak itu.

Ketua Pegawai Perubatan Hospital Methodist di San Antonio, Jane Appleby, berkata mangsa menghadiri parti berkenaan kerana menganggap bahawa wabak itu adalah palsu walaupun ia sudah mengorbankan lebih 135,000 penduduk di AS sehingga kini.

"Pesakit yang disahkan dengan wabak COVID-19 menganjurkan parti untuk menjemput rakan untuk melihat sama ada mereka boleh mengalahkan penyakit berkenaan," kata Appleby melalui rakaman video yang disiarkan oleh media AS, pada Ahad.

"Namun perkara yang meruntun hati adalah apabila mangsa mengakui kepada jururawat bahawa dirinya sudah melakukan kesilapan.

"Selama ini dia berasakan bahawa COVID-19 adalah palsu. Mangsa berasakan dia muda, tidak akan kalah atau dijangkiti wabak ini," kata Appleby sambil menambah bahawa pesakit dari golongan muda kadang-kala tidak sedar bahawa jangkitan terhadap mereka sudah berada di peringkat serius.

"Mereka tidak kelihatan seperti orang sakit. Namun apabila diperiksa tahap oksigen dan ujian makmal, keadaan mereka lebih teruk daripada apa yang dilihat, " katanya sambil meminta orang ramai mengambil serius berhubung risiko wabak itu.

Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, pada Ahad mendesak pembukaan semula sekolah sepenuhnya pada musim luruh, walaupun terdapat gelombang baharu jangkitan COVID-19 di mana ramai pihak menyalahkan generasi muda.

Malah, peningkatan mendadak kes COVID-19 di Florida menimbulkan persoalan terhadap usaha negara itu untuk mengatasi wabak berkenaan.

Sehingga kini, AS merekodkan jumlah kes dan kematian tertinggi di dunia. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
oscar_1594602372.jpg

Menteri Ekonomi Bolivia, Oscar Ortiz. - Foto AFP

Menteri Ekonomi Bolivia positif COVID-19

LA PAZ: Menteri Ekonomi Bolivia, Oscar Ortiz pada Ahad mengesahkan beliau positif COVID-19, sekali gus menjadikan anggota Kabinet keempat dijangkiti virus berkenaan termasuk Presiden Interim negara itu yang kini dikuarantin.

Selain Presiden Interim, Jeanine Anez dan Ortiz, turut positif COVID-19 adalah Menteri Kesihatan dan Perlombongan dan Ketua Staff Anez.

Ortiz yang diumumkan sebagai Menteri Ekonomi baharu pada Selasa mengeluarkan klip video yang menjelaskan bahawa beliau dimasukkan ke wad bagi membolehkan kesihatannya dipantau.

Anez dikuarantin di rumah selepas beliau mengumumkan positif COVID-19 pada Khamis lalu.

Selain itu, beberapa individu penting di negara itu turut dijangkiti virus berkenaan termasuk Panglima Angkatan Tentera dan Presiden Bank Pusat.

Baru-baru ini Menteri Kehakiman melaporkan beliau dijangkiti COVID-19 'beberapa ketika yang lalu'.

Bolivia mempunyai 11 juta penduduk dengan 47,200 kes positif COVID-19 dilaporkan dan 1,754 kematian. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
US-HEALTH-VIRUS-WEATHER-HEAT-BEACH_1594603083.jpg

Pemandangan dari udara menunjukkan orang ramai membanjiri Hermosa Beach, California ketika lonjakan kes COVID-19 di Amerika Syarikat. - Foto AFP

COVID-19: AS rekod hampir 60,000 kes dalam 24 jam

WASHINGTON: Amerika Syarikat, negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 pada Ahad merekodkan 59,747 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University.

Jumlah kes di negara itu melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan mencecah 66,528 kes dalam tempoh 24 jam pada Sabtu.

AS kini mencatatkan sejumlah 3,301,820 jangkitan, kata universiti yang berpangkalan di Baltimore dalam data terbarunya pada jam 8:30 malam (0030 GMT Isnin).

Sehingga kini, angka kematian direkodkan seramai 135,171 orang dengan 442 kes kematian baharu.

Lonjakan kes memaksa beberapa gabenor negeri untuk tidak meneruskan rancangan membuka semula ekonomi.

Pentadbiran Presiden Donald Trump pada Ahad sekali lagi mendesak pembukaan semula sekolah sepenuhnya pada musim luruh walaupun dengan lonjakan kes jangkitan COVID-19. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
SAFRICA-HEALTH-VIRUS_1594591138.jpg

Kru perkhidmatan ambulans swasta di Port Elizabeth memakai kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) ketika memeriksa mangsa jangkitan COVID-19 di rumah. - Foto AFP

COVID-19: Afrika Selatan kembalikan perintah berkurung

JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa pada Ahad mengembalikan perintah berkurung pada waktu malam dan menghentikan penjualan alkohol ketika jangkitan coronavirus semakin meningkat, sekali gus bagi mengelak sistem kesihatan berisiko ditimpa bencana.

Jumlah jangkitan sejak beberapa hari kebelakangan ini meningkat dengan sekurang-kurangnya 12,000 jangkitan dicatatkan setiap hari, yang menjadikannya sekitar 500 jangkitan setiap jam, sekali gus melemahkan sumber penjagaan kesihatan.

Afrika Selatan adalah negara yang paling teruk terjejas di benua ini dengan 276,242 kes direkodkan termasuk 4,079 kematian pada Ahad.

"Ketika kita menuju ke puncak jangkitan, sangat penting kita tidak membebani klinik dan hospital dengan kecederaan yang berkaitan dengan alkohol.

"Oleh itu, kami memutuskan untuk menjaga kemampuan hospital, penjualan, pengeluaran dan pengedaran alkohol akan ditangguhkan dengan segera," kata Ramaphosa.

Kali pertama larangan penjualan minuman keras di Afrika Selatan dilaksanakan pada Mac sebelum ditarik balik pada 1 Jun.

Bagaimanapun, Ramaphosa membatalkan langkah itu, dengan mengatakan "sekarang ada bukti yang jelas bahawa penarikan balik larangan penjualan alkohol mengakibatkan tekanan yang besar terhadap hospital termasuk unit trauma dan ICU, akibat kemalangan kenderaan bermotor, kekerasan dan juga trauma yang disebabkan alkohol."

Beliau turut mengarahkan perintah berkurung dari jam 9 malam hingga jam 4 pagi mulai Isnin.

Ramaphosa juga melarang kunjungan keluarga dan sosial bagi mengekang penularan COVID-19. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
South Korea cases surge to about 60 daily

South Korea's new virus cases bounced back to above 60 on Monday as imported cases and cluster infections in major cities continued to rise, Yonhap news agency reported.

The country added 62 cases, including 19 local infections, raising the total caseload to 13,479, according to Yonhap quoting the the Korea Centers for Disease Control and Prevention (KCDC).

The tally marked a sharp rise from 44 new virus cases reported Sunday and 35 cases Saturday. It marked the highest since the number of daily virus cases hit 63 on Wednesday.

There were no additional deaths reported and the death toll remained at 289.

e5a5f0dedab94ae8a9cd0c0885f44e75_18.jpg


Amid worries of the spread of the coronavirus, mourners attend on Monday the funeral of late Seoul Mayor Park Won-soon at Seoul City Hall Plaza [Kim Hong-Ji/Reuters]
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
China reports eight new active cases, seven asymptomatic individuals

Mainland China reported eight new COVID-19 cases as of the end of July 12, up from seven reported a day earlier, Reuters news agency reported on Monday quoting the Chinese national health authority.

The National Health Commission said in a statement that all of the new cases were imported infection involving travellers from overseas, the same as the seven cases a day earlier. The capital city of Beijing reported no new confirmed cases for the seventh consecutive day.

The Commission also reported six new asymptomatic patients, those who are infected with the coronavirus but have no symptoms, compared with five a day earlier. China does not consider such patients as confirmed cases.

Total number of confirmed COVID-19 cases for mainland China now stands at 83,602, while the death toll remained unchanged at 4,634.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
Mexico reports 4,482 new coronavirus cases, 276 more deaths

Mexico's Health Ministry has reported 4,482 new confirmed coronavirus infections and 276 additional fatalities, bringing the total in the country to 299,750 cases and 35,006 deaths.

The government has said the real number of infected people is likely significantly higher than the confirmed cases, Reuters news agency said on Sunday.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,639
Reaction score
2,963
Points
201
Argentina coronavirus cases hit 100,000
ddd024d734dd4b25a095639c408a16eb_18.jpg

A woman receives food at a community centre in the Argentinian capital, Buenos Aires, amid the ongoing coronavirus pandemic [Juan Ignacio Roncoroni/EPA]

Argentina has exceeded 100,000 cases of novel coronavirus infections as it struggles to contain spiraling case rates despite a strict quarantine imposed on the capital Buenos Aires and its surroundings

The health ministry said on Sunday that 2,657 new cases were confirmed overnight, taking the total to 100,166.

The South American country imposed a strict quarantine in mid-March to stop the pandemic. It relaxed restrictions slightly in May but then reinstated them in late June for Buenos Aires and its surroundings due to a spike in cases.

The death toll in Argentina from COVID-19, the illness caused by the coronavirus, is 1,845, a far cry from the 71,469 in Brazil by Sunday and the 11,682 in Peru.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register