BTC USD 63,507.6 Gold USD 2,386.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

Kes COVID-19 Di Indonesia Kini 25,773 Kes, Kematian 1,573

30.05.2020 - Jakarta, Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 25,773 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,573 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 557 tambahan kes positif baharu, manakala 53 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan.

"Ketika ini juga seramai 12,832 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 516 kes, diikuti Jawa Timur (372 kes), Jawa Barat (144) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

75503e064f6da089da4d2fdd2bc71ce65ea2b16e840ff


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1846344
 
Sponsored Post

Most coronavirus deaths:

🇺🇸USA: 105,557
🇬🇧GBR: 38,376
🇮🇹ITA: 33,340
🇧🇷BRA: 28,849
🇫🇷FRA: 28,771
🇪🇸ESP: 27,125
🇲🇽MEX: 9,779
🇧🇪BEL: 9,453
🇩🇪GER: 8,600
🇮🇷IRI: 7,734
🇨🇦CAN: 7,073
🇳🇱NED: 5,951
🇮🇳IND: 5,185
🇨🇳CHN: 4,634
🇷🇺RUS: 4,555
🇹🇷TUR: 4,515
🇸🇪SWE: 4,395
🇵🇪PER: 4,371
🇪🇨ECU: 3,334
 
Kes Baru Covid-19 Di Thailand Babit Pelajar Transit Di Malaysia

30.05.2020 - Bangkok, Seorang pelajar Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan masuk ke negara itu menerusi sempadan Malaysia merupakan kes Covid-19 terbaharu direkodkan di Thailand.

Pelajar berusia 26 tahun itu tiba di Kuala Lumpur dan menaiki bas ke Narathiwat, Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Perlis.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata pelajar berkenaan dimasukkan ke fasiliti kuarantin pada 25 Mei dan disahkan positif Covid-19 pada Jumaat.

“Semua 39 penumpang di dalam bas itu menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya pada sidang media.

Sehingga kini, tiada kematian dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu adalah 3,077 dengan 57 kematian.

000_1PL4R2-960x639.jpg.webp


Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/kes...i-thailand-babit-pelajar-transit-di-malaysia/
 
Ketika kebanyakan negara lain masih lagi bergelut dengan penularan COVID-19, China terus mempamer kejayaan memerangi wabak itu.

Angka terbaru menunjukkan kini hanya berbaki 63 pesakit yang masih menerima rawatan di seluruh tanah besar China itu.

 
Selepas beberapa negara Asia Barat termasuk Arab Saudi, kini turki pula membuka semula masjid untuk solat berjemaah.

Selepas lebih dua bulan ditutup, langkah secara berhati-hati diambil kerajaan negara itu melonggarkan sekatan ketat yang dilaksanakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19.

 
Thailand Lapor 4 Kes Baru, Sifar Kematian

31.05.2020 - Bangkok, Thailand melaporkan empat kes baharu COVID-19, kesemuanya melibatkan rakyat Thailand yang kembali dari luar negara dan sifar kematian sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 3,081 kes dengan 57 kematian.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata pesakit baharu itu berusia lingkungan 18 dan 37 tahun, tiba di Thailand dari Emiriah Arab Bersatu, Turki serta Arab Saudi dan mereka sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti negeri.

Beliau berkata pesakit baharu itu termasuk seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun yang kembali dari Arab Saudi dan mendarat di Kuala Lumpur serta menaiki bas ke Narathiwat melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Perlis.

“Daripada 3,081 kes positif itu, sejumlah 144 kes dikesan di fasiliti kuarantin,” katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Sehingga kini, sejumlah 2,963 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital manakala 61 masih berada di wad.

Bermula esok, Thailand akan memulakan fasa ketiga dengan melonggarkan lagi sekatan, membuka lebih banyak perniagaan termasuk pusat spa dan urut, pawagam dan teater serta zoo dengan langkah kesihatan yang lebih ketat untuk mencegah penularan wabak.

Selain itu, tempoh perintah berkurung dipendekkan selama satu jam dari 11 malam hingga 3 pagi.

394d638ac57667516fc589cec702e5d85ecfd3bf0f0e1


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1846551
 
Singapura Catat 518 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan Cecah 34,884

31.05.2020 - Singapura, Data awal Singapura mengesahkan sejumlah 518 lagi jangkitan COVID-19 hari ini dengan hanya tiga daripadanya adalah dalam kalangan komuniti tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu setakat ini ialah 34,884.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), data setakat tengah hari menunjukkan bahawa kebanyakan kes baharu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Kementerian itu masih meneliti butiran kes terbabit dan kemas kini lanjut akan dikongsi kemudian.

Data penuh yang dikeluarkan pada lewat Sabtu menyaksikan Singapura mengklasifikasikan sejumlah 1,682 sebagai kes komuniti, 580 sebagai kes import dan 32,104 kes membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Secara keseluruhan, sebanyak 20,727 pesakit atau kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan 34,366 kes yang dicatat pada Sabtu , telah pulih sepenuhnya.

Kementerian itu berkata sejumlah 13,242 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat dari segi klinikal namun diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di pusat kemudahan komuniti.

Setakat tengah hari Sabtu, sejumlah 374 kes yang disahkan masih berada di hospital dengan tujuh ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 23 orang meninggal dunia.

Bagi kluster baharu, hanya satu dikenal pasti semalam yang membabitkan sebuah asrama pekerja di 15A Senoko Way.

Sementara itu, kluster terbesar di republik tersebut iaitu Asrama Pekerja S11 @ Punggol mempunyai 2,686 kes yang disahkan manakala asrama pekerja terbesar di Singapura iaitu Sungei Tengah Lodge di 500, Jalan Lama Choa Chu Kang mempunyai 1,970 kes.

Mengemas kini empat kes di Kompleks Penjara Changi, kenyataan MOH menyebut bahawa: "Kami telah mendapati bahawa mereka tidak mempunyai kaitan secara epidemiologi antara satu sama lain dan tidak mewujudkan satu kluster."

"Kes terbabit telah dimasukkan dalam kemas kini harian kami sebelum ini mengenai kes baharu COVID," menurut kenyataan itu.

Kenyataan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) pada Sabtu menyebut bahawa tiga tahanan baharu dan seorang jururawat am yang bertugas di Kompleks Penjara Changi telah diuji positif COVID-19 antara bulan April dan Mei.

7c5abbc350f9d31254491053ca54474b5ea00040bc706


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1846542
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register