Covid-19 UPDATE Perkembangan COVID-19 Wuhan (Luar Negara)

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,453
Reaction score
3,336
Points
236
Pelajar Malaysia Yang Mahu Kembali Ke Indonesia Perlu Patuhi Prosedur Kesihatan

29.05.2020 - Jakarta, Pelajar perubatan Malaysia yang pulang ke tanah air dan perlu kembali ke Indonesia untuk menduduki Ujian Kompetensi Mahasiswa Program Profesi Dokter (UKMPPD) perlu mematuhi prosedur kesihatan ketat yang ditetapkan termasuk memiliki sijil kesihatan.

UKMPPD, syarat wajib bagi pelajar perubatan tahun akhir yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, sebelum ini dijadualkan pada Mei lepas namun ditunda kepada Ogos susulan penularan pandemik COVID-19.

Berdasarkan peraturan terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Indonesia pada 26 Mei lalu, hanya warga asing yang memiliki pasport diplomatik atau mempunyai Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS) dan Kartu Izin Tinggal Tetap (KITAP) dibenar memasuki republik itu.

Namun mereka yang memiliki KITAS atau KITAP, termasuk pelajar Malaysia, kini perlu memiliki sijil kesihatan yang mengesahkan mereka bebas daripada COVID-19 dan sijil itu harus sah selama tujuh hari dari tarikh ketibaan di Indonesia.

Sekalipun mempunyai sijil itu, warga asing yang memasuki Indonesia masih perlu menjalani saringan kesihatan di lapangan terbang di Jakarta dan pihak berkuasa Indonesia akan mengeluarkan dokumen kesihatan bebas penyakit (health clearance dan health alert card) serta surat kebenaran bagi yang perlu ke provinsi atau kota lain.

Semua dokumen itu perlu diserahkan kepada pejabat kesihatan di kota yang dituju mereka.

Dokumen “health clearance dan health alert card” tersebut juga perlu dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel ke [email protected].

Warga asing juga perlu menjalani kuarantin kendiri 14 hari di destinasi masing-masing.

Bagi yang tidak memiliki sijil kesihatan, mereka perlu menjalani ujian rapid di lapangan terbang dan sekiranya reaktif atau mempamerkan gejala COVID-19, individu itu akan dirujuk ke hospital, manakala bagi yang tidak reaktif akan menjalani kuarantin kendiri 14 hari di dua buah hotel yang ditetapkan iaitu Hotel Borobudur dan Hotel JS Luwansa di Jakarta dengan pembiayaan sendiri.

Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI) Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun berkata pihak EMI sentiasa mengadakan perbincangan dengan universiti Indonesia berkaitan kebajikan pelajar dan isu-isu yang berbangkit.

"UKMPPD sebelum ini dijadualkan pada Mei lepas telah ditangguhkan kepada Ogos dan kita berharap pandemik COVID-19 akan semakin membaik kerana kita masih ada banyak masa sebelum Ogos tiba dan kita juga berharap beberapa peraturan berkaitan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di Jakarta yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun ini dilonggarkan,” katanya.

Berdasarkan surat rasmi yang dikeluarkan Panitia Nasional UKMPPD bertarikh 26 Mac lepas, penangguhan ujian berkenaan sehingga Ogos depan itu bergantung kepada perkembangan semasa COVID-19.

UKMPPD adalah prosedur yang wajib diikuti oleh mahasiswa tahun akhir jurusan perubatan di Indonesia sebelum mendapat surat izin praktik sebagai pengamal perubatan, dan ujian itu juga diwajibkan kepada pelajar luar termasuk dari Malaysia sekalipun ujian itu tidak diiktiraf atau diambil kira oleh sistem pendidikan di negara lain.

Menurut sumber, terdapat 77 pelajar Malaysia yang perlu menduduki ujian itu pada Ogos ini iaitu 33 di Bali, 22 di Medan, 13 di Malang, empat di Surabaya, tiga di Padang dan dua di Yogjakarta.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1846047
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
1590771625324.png


Thailand telah mencatatkan lebih 3,000 kes COVID-19 dengan 57 kematian, sejak penularan pada Januari lalu. - Foto BERNAMA

Thailand rancang pendekkan tempoh perintah berkurung sejam


BANGKOK: Thailand merancang untuk memendekkan tempoh perintah berkurung lima jam pada waktu malam ketika ini selama sejam di bawah fasa ketiga pelonggaran sekatan bermula 1 Jun ini.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC), Jeneral Somsak Rungsita, tidak menyatakan sama ada tempoh perintah itu akan bermula sejam lebih lewat atau berakhir sejam lebih awal.

Perintah berkurung lima jam pada waktu malam yang berlangsung ketika ini adalah dari 11 malam hingga 4 pagi.

"Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan o-cha, akan mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) esok untuk membincangkan langkah menarik balik sekatan dan membuka semula lebih banyak perniagaan serta waktu perintah berkurung," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Somsak berkata, perniagaan dan venue yang dijangka beroperasi semula pada Isnin termasuk pusat urut dan pawagam di pusat membeli-belah.

Thailand mengisytiharkan perintah darurat pada 26 Mac hingga 30 April susulan pandemik COVID-19, mengenakan sekatan dan bertindak menutup sekolah, pusat hiburan, stadium sukan, melarang perjalanan antarabangsa dan antara wilayah.

Pada 3 April, negara itu turut mengenakan perintah berkurung pada waktu malam sebagai langkah tambahan bagi mengekang penularan wabak terbabit.

Perintah darurat di Thailand telah dilanjutkan sehingga 31 Mei dan kemudian sehingga 30 Jun bagi mengelak gelombang kedua wabak COVID-19 di negara itu.

Negara itu memperkenalkan fasa pertama pelonggaran sekatan pada 3 Mei dengan membuka semula enam jenis perniagaan dan venue diikuti fasa kedua yang bermula pada 17 Mei.

Sementara itu, jurucakap CCSA, Thaweesilp Wissanuyothin, berkata Thailand mencatatkan 11 kes baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,065 kes dengan 57 kematian.

Beliau berkata, kesemua kes baharu membabitkan rakyat Thailand berusia lingkungan 27 hingga 52 tahun yang kembali dari luar negara iaitu empat dari Kuwait, enam dari Qatar serta seorang dari India dan mereka kini menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah kemudahan milik negara itu.

Setakat ini, sebanyak 2,945 kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital sementara 64 lagi masih menerima rawatan.

"Daripada sejumlah 3,065 kes, sebanyak 2,444 kes atau 79.74 peratus adalah kes jangkitan tempatan manakala 621 kes atau 20.26 peratus adalah kes import," katanya. - BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
1590771773981.png


Thailand telah mula membuka sektor ekonomi. Foto AFP

COVID-19: Kira-Kira 8.4 juta dijangka hilang pekerjaan di Thailand


BANGKOK: Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional (NESDC) Thailand menganggarkan kira-kira 8.4 juta pekerja di negara itu berkemungkinan hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Menurut laporan mengenai unjuran dan situasi sosial Thailand bagi suku pertama 2020, agensi perancangan negara itu berkata sebanyak 2.5 juta pekerja sektor pelancongan, 1.5 juta pekerja perindustrian dan 4.4 juta pekerja dalam sektor perkhidmatan (selain pelancongan) menghadapi risiko kehilangan mata pencarian mereka.

Laporan itu memaklumkan, jumlah individu yang menganggur di negara itu meningkat kepada 394,520 atau 1.3 peratus pada suku pertama 2020 - menokok 0.92 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara itu, NESDC berkata seramai enam juta petani turut terjejas terhadap akibat musim kemarau yang berterusan sejak pertengahan 2019.

"Impak pandemik dan kemarau ke atas pengangguran akan dilihat pada suku kedua 2020 dan lebih ketara pada separuh kedua tahun ini," kata agensi itu dan menurutnya laporan itu adalah berdasarkan andaian bahawa pandemik itu mampu dikawal.

Berikutan situasi COVID-19 di Thailand yang semakin pulih dengan mencatat jumlah kes harian yang rendah, negara itu telah mula melonggarkan langkah sekatannya dengan membuka semula operasi perniagaan dan lokasi-lokasi di negara itu sejak 3 Mei lalu sebagai fasa pertama kelonggaran berkenaan bagi memacu aktiviti-aktiviti ekonomi.

Fasa kedua kelonggaran tersebut bermula pada 17 Mei, manakala fasa ketiga dijangka bermula 1 Jun.

Sementara itu, NESDC berkata dianggarkan 520,000 siswazah akan memasuki pasaran untuk tempoh Mei dan Julai tahun ini dan melahirkan kebimbangan bahawa mereka mungkin tiada peluang pekerjaan.

Majlis itu telah merendahkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 Thailand dengan pengurangan antara lima dan enam peratus daripada pertumbuhan 1.5 peratus hingga 2.5 peratus yang diunjurkan pada Februari.

KDNK Thailand menguncup 1.8 peratus pada suku pertama 2020 berbanding suku pertama 2019 berikutan pandemik COVID-19 yang menjejaskan sektor pelancongan dan mengurangkan aktiviti-aktiviti perniagaan. - BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
1590772473775.png


Korea Selatan semalam melaporkan peningkatan tertinggi bagi jangkitan baharu dalam tempoh hampir dua bulan. Foto AFP

COVID-19: Korea Selatan hadkan bilangan sekolah, pelajar


SEOUL: Korea Selatan hari ini mengehadkan jumlah pelajar yang dibenarkan kembali ke sekolah di bandar raya Seoul memandangkan pihak berkuasa sedang giat mengendalikan kes baharu COVID-19.

Perkara itu dilaksanakan kerana melihat ia mungkin mengancam kejayaan negara itu yang sebelum ini berjaya menyekat penularan wabak berkenaan.

Cuma seorang daripada tiga pelajar di taska, sekolah rendah dan sekolah menengah di kota metropolitan itu yang mewakili separuh daripada populasi penduduknya dibenarkan hadir ke sekolah setiap hari, menurut pihak berkuasa.

Sementara baki pelajar yang lain dikehendaki mengikuti pengajian di rumah secara dalam talian.

Selain itu, 502 buah sekolah yang lokasinya berkaitan dengan kes COVID-19 kekal ditutup, kata pegawai kementeriannya kepada AFP.

Sekolah dibuka semula secara berperingkat dalam proses yang dibuat secara berterusan di seluruh negara.

Untuk rekod, Korea Selatan adalah negara yang mencatatkan kes terburuk wabak itu di luar tanah besar China, pada awal epidemik COVID-19 bermula.

Bagaimanapun dengan langkah pengesanan, ujian dan rawatan yang progresif, kawalan terhadap wabak itu membuahkan hasil yang baik walaupun kerajaannya tidak melaksanakan perintah berkurung.

Semalam, Korea Selatan melaporkan peningkatan tertinggi bagi jangkitan baharu dalam tempoh hampir dua bulan, bagaimanapun pada hari ini, angka kes menurun kepada 58, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 11,402 kes.

Dalam perkembangan lain, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea Selatan (KCDC), berkata mereka akan mengimport ubat antiviral remdesivir bagi rawatan pesakit COVID-19. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
1590773128846.png

Penduduk Jakarta meneruskan aktiviti harian mereka. Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan melepasi angka 25,000 dengan jumlah kematian kini 1,520 orang. - Foto AFP


COVID-19: Kes di Indonesia meningkat melebihi 25,000, kematian 1,520


JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan melepasi angka 25,000, dengan jumlah kematian kini 1,520 orang.

Menurut jurucakap kerajaan Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 24 jam sejak 12 tengah hari semalam, sebanyak 678 tambahan kes positif baharu, manakala sebanyak 24 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan.

"Jumlah kes positif kini 25,216 kes, ketika ini juga seramai 12,499 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu berjumlah 509 kes, namun telah mencatatkan kematian sifar sejak beberapa lalu.

Perkembangan situasi itu memungkinkan pelonggaran beberapa peraturan di bawah pelaksanaan Pembatasan Sosial Beskala Besar (PSBB) yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan seperti dilaporkan media tempatan, telah mengadakan perbincangan bagi mewujudkan beberapa protokol baharu dalam pelaksanaan normal baharu di ibu kota berpenduduk lebih 10 juta orang itu. - BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
1590773248140.png


Moscow yang paling teruk dilanda COVID-19 di Russia melaporkan 2,332 kes baharu, semalam. Foto AFP

COVID-19: Russia lapor rekod baharu jumlah kematian harian


MOSCOW: Russia melaporkan peningkatan rekod dengan 232 kematian COVID-19 hari ini ketika pihak berkuasa Moscow mengeluarkan angka kematian untuk menolak tuduhan mereka dimanipulasi.

Pegawai kesihatan melaporkan sejumlah 4,374 kematian dan 387,623 kes, jumlah jangkitan ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.

Jangkitan baharu berada di bawah 9,000 untuk hari keenam berturut-turut pada 8,572 kes, sementara sejumlah 159,257 orang telah pulih, menurut laporan rasmi.

Pihak berkuasa meramalkan jumlah kematian yang lebih tinggi pada bulan Mei berbanding bulan lalu, disebabkan oleh kematian dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital semasa puncak wabak ini beberapa minggu yang lalu.

Moscow - bandar yang paling teruk dilanda pandemik itu di Russia - melaporkan 2,332 kes baharu.

Pegawai di ibu negara semalam mengeluarkan perincian statistik kematian untuk bulan April dalam usaha untuk melenyapkan dakwaan bahawa mereka telah melaporkan jumlah kematian lebih rendah untuk mengurangkan skala krisis.

Sejumlah 636 orang mati akibat COVID-19 di Moscow bulan lalu, menurun daripada 639 yang dilaporkan sebelumnya, kata pegawai kesihatan.

Jabatan kesihatan Moscow juga melaporkan bahawa 756 orang positif mengidap COVID-19 tetapi 'mati kerana sebab lain'.

Daripada 360 kes terbabit, virus menambah buruk komplikasi kesihatan pesakit, kata pegawai.

Selain itu, 169 kes disahkan melalui bedah siasat, walaupun pesakit diuji negatif.

Pegawai berkata, berdasarkan angka terbabit, sejumlah 1,561 orang mati di ibu negara Russia yang berkait dengan COVID-19 pada bulan April, dan menambah, jumlah korban 'tidak diragukan lagi lebih rendah' daripada jumlah kematian di New York dan London.

Russia mengatakan angka kematian yang rendah akibat virus itu juga disebabkan oleh ujian massa yang telah mengenal pasti banyak kes dengan gejala ringan atau tanpa gejala. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
1590773348623.png


Jangkitan baharu COOVID-19 terus meningkat di Iran sejak negara itu mencapai paras terendah hampir dua bulan pada 2 Mei. Foto AFP

COVID-19: Iran catat kes baharu tertinggi dalam hampir 2 bulan


TEHRAN: Iran melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi dalam hampir dua bulan dan memberi amaran wabak yang mengakibatkan banyak kematian itu semakin buruk di beberapa wilayah di Asia Barat.

Pemerintah telah melonggarkan sebahagian besar penutupan yang dikenakan selepas kes pertama Iran disahkan pada bulan Februari, tetapi telah mengawasi sekiranya ada kebangkitan dalam jumlah jangkitan.

Jurucakap kementerian kesihatan, Kianoush Jahanpour, berkata sebanyak 2,819 kes baharu disahkan di seluruh negara dalam 24 jam terakhir, menjadikan keseluruhannya 146,668.

Angka itu adalah yang tertinggi yang diumumkan Iran untuk sehari sejak 2 April.

Jangkitan baharu terus meningkat sejak negara itu mencapai paras terendah hampir dua bulan pada 2 Mei.

Jahanpour berkata, virus itu meragut 50 nyawa lagi dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan 7,677 orang.

Setakat ini, pemerintah telah mengenakan semula penutupan hanya terhadap satu wilayah, Khuzestan yang terletak di sempadan dengan Iraq di barat daya.

Wilayah itu kekal dalam zon "merah" - tahap tertinggi pada skala risiko berkod warna Iran. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,546
Reaction score
11,371
Points
2,376
NETHERLANDS-HEALTH-VIRUS_1590757311.jpg


Vaksin amat diperlukan bagi memastikan virus dapat dihapuskan sepenuhnya. Foto hiasan

COVID-19: Kes menurun sukarkan proses uji vaksin


LONDON: Pengeluar vaksin bertindak menyegerakan penghantaran ubat antiviral yang berpotensi bagi merawat COVID-19 berikutan berdepan kesukaran baharu apabila kadar jangkitan wabak itu didapati semakin menurun.

Ia menyebabkan kesulitan bagi menentukan sejauh mana keberkesanan vaksin dihasilkan.

Semalam, Pegawai Eksekutif AstraZeneca Plc, Pascal Soriot, dalam sesi taklimat bersama wartawan berkata, sekiranya wabak itu semakin menunjukkan penurunan di beberapa wilayah, ini bermakna jumlah individu positif COVID-19 tidak mencukupi bagi membolehkan kajian diteruskan.

Kumpulan pengkaji ini mungkin perlu mempertimbangkan sukarelawan yang sihat untuk terdedah kepada virus berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mengambil langkah berkenaan.

"Masalah yang dihadapi adalah kami semakin kesuntukan masa.

"Kes di Eropah semakin menurun, walaupun ia masih berlanjutan antaranya di United Kingdom dan Amerika Syarikat," katanya.

Astra yang membantu saintis di University of Oxford membangunkan vaksin turut bekerjasama dengan berpuluh-puluh syarikat seperti Sanofi, Johnson & Johnson, GlaxoSmithKline Plc and Pfizer Inc untuk menguji keberkesanan antiviral dihasilkan.

Walaupun perintah berkurung yang dilaksanakan banyak membantu bagi mengurangkan kadar jangkitan, kerajaan di negara yang terjejas perlu memastikan virus berkenaan dapat dihapuskan sepenuhnya untuk membolehkan perniagaan dan sekolah dibuka semula.

Sesetengah penularan Sars-CoV-2 adalah kunci untuk menentukan sama ada vaksin itu berfungsi atau sebaliknya.

Ketika ini, kumpulan pengkaji sedang memikirkan di mana dan bagaimana mereka dapat menjalankan kajian yang mampu menghasilkan kejayaan. - BLOOMBERG


 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,453
Reaction score
3,336
Points
236
3 Banduan, Satu Jururawat Positif Covid-19 Di Penjara Changi

30.05.2020 - Kuala Lumpur, Tiga banduan baharu dan seorang jururawat am yang bekerja di Kompleks Penjara Changi, diuji positif Covid-19 setakat sehingga Jumaat (29 Mei).

“Kes ini tiada kaitan antara satu sama lain,” menurut Jabatan Penjara Singapura (SPS) dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut SPS ketiga-tiga banduan yang baru dimasukkan ke dalam penjara, masih lagi menjalani pengasingan semasa mereka diuji positif Covid-19 melalui ujian swab.

“Mereka segera diasingkan daripada banduan yang baru dimasukkan di bawah pengasingan dan ditempatkan di kemudahan penjara berasingan.

“Dua daripada banduan tersebut telah discaj dari kemudahan itu, manakala seorang lagi, sihat secara klinikal. Jururawat am itu telah sembuh dan kembali bertugas,” menurut SPS.

Menurut SPS, tiada kes jangkitan Covid-19 susulan daripada kes berkenaan.

SPS menyatakan pihaknya telah melaksanakan langkah pencegahan untuk penghuni dan petugas sejak bermulanya situasi Covid-19 untuk mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan kes itu dapat dikesan lebih awal.

Sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga, semua banduan baharu di Kompleks Penjara Changi diasingkan selama 14 hari daripada banduan lain.

Mereka menjalani ujian swab bagi Covid-19 selepas kemasukan dan di akhir tempoh pengasingan, menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh pemutus rantaian, semula lawatan keluarga dan program bersemuka untuk para banduan telah digantung, dengan penghuni berhubung dengan keluarga mereka melalui panggilan telefon, surat atau e-surat, menurut kenyataan itu.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/tiga-banduan-satu-jururawat-positif-covid-19-di-penjara-changi/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,453
Reaction score
3,336
Points
236
Singapura Rekod 506 Kes Baru, Jumlah Kumulatif Langkaui 34,000

30.05.2020 - Singapura, Singapura mengesahkan tambahan 506 kes COVID-19 hari ini termasuk lima jangkitan dalam komuniti, menjadikan jumlah terkumpul kes positif di negara itu sebanyak 34,366.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata daripada lima kes tempatan itu, siasatan mendapati dua adalah warganegara Singpura atau pemastautin tetap manakala tiga lagi pemegang pas kerja.

Data setakat tengah hari ini menunjukkan majoriti kes melibatkan pekerja asing di asrama, kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan data penuh yang dikeluarkan lewat Jumaat, Singapura mengklasifikasikan 1,677 sebagai kes tempatan, 580 kes import dan 31,603 membabitkan pekerja asing tinggal di asrama.

Singapura yang pada Khamis mengumumkan semakan semula terhadap kriteria discaj bagi pesakit COVID-19 menyaksikan 1,337 kes lagi dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti kuarantin.

Keseluruhannya 19,631 pesakit atau kira-kira 58 peratus daripada jumlah kumulatif 33,860 setakat Jumaat telah pulih.

Semakan semula itu menyaksikan mereka yang dinilai sebagai sihat secara klinikal pada hari ke-21 jangkitan akan dibenarkan discaj tanpa perlu menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR) seterusnya.

Kementerian berkata setakat Jumaat, seramai 13,745 pesakit yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal namun diuji positif COVID-19 telah diasing dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat ini, 461 kes masih dirawat di hospital dengan lapan berada di unit rawatan rapi manakala 23 meninggal dunia.

Singapura turut mengenal pasti dua kluster baharu semalam, kedua-duanya melibatkan asrama di 35, Kaki Bukit Place dan di 40, Kaki Bukit Industrial Terrace.

Tiada kes berkaitan kluster terbesar di negara ini iaitu S11 Dormitory @ Punggol dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kes kekal pada 2,685 manakala asrama terbesar Singapura, Sungei Tengah Lodge di 500, Old Choa Chu Kang Road mencatatkan tiga lagi kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,969 kes.

Sementara itu, kes kluster Keppel Shipyard di 51, Pioneer Sector 1 dan 2, Tuas Avenue 1 telah ditutup selepas tiada jangkitan baharu berkait dengan kluster tersebut dilaporkan sepanjang dua tempoh inkubasi.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1846334
 
Sponsored Post
Top
Log in Register