BTC USD 38,815.3 Gold USD 1,824.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : Tentera Israel Makin Mengganas Serang Palestin

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

Brief clashes were reported between Israeli Police and Palestinians at the Al-Aqsa mosque on Sunday. No serious injuries were reported and Israeli Prime Minister Naftali Bennett ordered the Police to continue allowing jews to ascend temple mount on the first day of Tisha B'Av.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

Former United Nations rights chief Navi Pillay will lead the UN’s open-ended inquiry into 'systematic' abuses in Israel and the occupied Palestinian territories. Pillay will be leading a three-person investigation intended to examine abuses and their root causes in the decades-long Middle East conflict.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT_1627269724.jpg

(Gambar fail - hiasan) Tentera Israel berdepan rakyat Palestin di ‘checkpoint’ Tayasir. - FOTO AFP

Israel serang Gaza, potong keluasan zon tangkap ikan​


BAITULMAQDIS: Israel melancarkan serangan udara terhadap Gaza, semalam, susulan dakwaan bahawa belon api dilepaskan dari wilayah itu telah mengakibatkan kebakaran di kawasan jajahan rejim Zionis.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kedua-dua belah pihak, setakat ini.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu AFP, serangan Israel itu menyasarkan sebuah kawasan terbuka di utara Gaza dan lapangan latihan pejuang milik Hamas di selatan Khan Yunis.

Terdahulu, Israel juga bertindak memotong keluasan zon penangkapan ikan di wilayah pesisir yang dikenakan sekatan itu.

Tentera Israel tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung serangan itu, setakat ini.

Namun unit tentera Israel yang bertanggungjawab atas hal ehwal awam di wilayah Palestin, COGAT, memaklumkan bahawa zon penangkapan ikan itu telah dikurangkan daripada 12 kepada hanya enam batu nautika.

Dalam satu kenyataan, COGAT mendakwa, keputusan itu dibuat susulan pelancaran belon api secara berterusan dari Semenanjung Gaza ke arah jajahan Israel.

COGAT turut mendakwa Hamas bertanggungjawab atas semua aktiviti dan tindakan dari Semenanjung Gaza yang ditujukan terhadap Israel, justeru kumpulan pejuang itu akan menanggung akibatnya.

Semalam, bomba Israel memaklumkan pasukan mereka memadamkan kebakaran di tiga lokasi dalam wilayah Eshkol, dengan mendakwa 'belon api' sebagai punca kejadian.

Pada 12 Julai lalu, Israel mengumumkan peluasan semula zon penangkapan ikan di Gaza dan membenarkan kemasukan import tambahan ke wilayah Palestin itu, namun memberi amaran bahawa langkah terbabit boleh ditarik balik jika berlaku sebarang pergolakan baharu.

Dalam konflik selama 11 hari pada Mei lalu, Israel melancarkan ratusan serangan udara terhadap Gaza, manakala Hamas pula melancarkan ribuan roket ke atas jajahan Israel.

Sebelum konflik itu tercetus, zon penangkapan ikan di Gaza adalah seluas 15 batu nautika, namun Israel mengurangkannya ketika pergolakan berkenaan. - AFP
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,173
Reaction score
13,748
Points
2,376
#FREEPALESTINE | Israel Lancar Serangan Ke Atas Gaza

Israel melancarkan serangan udara menyasarkan sebuah kawasan di Utara Gaza dan lapangan latihan pejuang milik Hamas di selatan Khan Yunis.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
28konfl_1627452723.jpg

Tentera Israel menggunakan bom asap dan semburan cili untuk menghentikan tunjuk perasaan penduduk Palestin menentang penempatan Israel di kawasan Ain al-Helwa di Lembah Jordan. - Foto EPA

Lelaki Palestin mati ditembak tentera Israel​


RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin terbunuh hari ini akibat ditembak tentera Israel di Tebing Barat, iaitu di kawasan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan Israel selama berminggu-minggu.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Shadi Omar Lotfi Salim, 41, mati ditembak berhampiran perkampungan Beita.

Timbalan Datuk Bandar Beita, Mussa Hamayel, memberitahu AFP, tentera Israel membunuh lelaki itu ketika memasuki kampung berkenaan selepas pulang dari tempat kerja.

Beliau berkata, lelaki berkenaan ditembak begitu saja sedangkan tidak ada protes di daerah itu pada waktu berkenaan.

Tentera Israel, dalam kenyataannya, berkata ketika dalam tugasan rutin, tentera mengesan suspek Palestin di kawasan itu di selatan Nablus.

"Ketika suspek mara dengan cepat ke arah pasukan itu, terdapat objek yang mencurigakan, dikenal pasti sebagai besi, di tangannya.

"Pasukan itu berusaha menghentikan suspek mengikuti prosedur standard, termasuk dengan melepaskan tembakan amaran ke udara.

"Ketika suspek terus maju, komandan pasukan melepaskan tembakan ke arah suspek," kata Angkatan Pertahanan Israel ( IDF) dalam satu kenyataan, yan turut memaklumkan kes itu kini disiasat.

Beita menjadi lokasi pertempuran sejak Mei lalu, ketika puluhan keluarga pendatang Israel tiba dan mula membina penempatan di Eviatar, puncak bukit dekat Nablus, walaupun bercanggah dengan undang-undang Israel dan antarabangsa.

Selepas berminggu-minggu pertempuran dan ketegangan, Perdana Menteri Israel Naftali Bennett, membuat perjanjian dengan peneroka dan meminta mereka meninggalkan pos Eviatar. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

HRW tuduh Israel, Hamas lakukan 'jenayah perang'​

BAITULMAQDIS: Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) semalam menuduh tentera Israel dan Hamas melakukan serangan yang 'jelas ditakrifkan sebagai jenayah perang'.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak menafikan tuduhan itu, yang merujuk kepada konflik 11 hari bermula pada 10 Mei lalu, di mana mereka berbalas serangan.

Hamas dan kumpulan pejuang Palestin menembak ribuan roket ke arah Israel, yang membalas dengan ratusan serangan udara, menyebabkan banyak nyawa terkorban termasuk orang awam.

HRW berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati tiga serangan udara Israel menyebabkan kematian 62 orang awam Palestin di lokasi yang tiada sasaran ketenteraan.


HRW membuat kesimpulan itu selepas wawancara dengan saksi dan hasil analisis data dari lokasi serangan serta gambar digital.

Laporan itu menyenaraikan serangan 10 Mei di Beit Hanoun, satu pada 15 Mei di kem pelarian Al-Shati dan seterusnya pada 16 Mei di Bandar Gaza sebagai tumpuan siasatan.

HRW turut mendapati ada beberapa serangan lain oleh Israel dalam tempoh sama, yang juga boleh ditakrifkan sebagai jenayah perang.

Serangan pada 10 Mei lalu mengorbankan sebuah keluarga merangkumi lapan orang termasuk enam kanak-kanak, yang sedang memasukkan barli ke dalam karung.

HRW berkata ia tidak menemui bukti kehadiran tentera atau kewujudan sasaran ketenteraan di lokasi berkenaan.

Dalam kes kedua, serangan Israel ke arah bangunan tiga tingkat di Al-Shati mengorbankan 10 orang dan seorang penduduk memberitahu penyelidik mereka tidak diberi amaran sesuatu akan berlaku di rumah mereka.

Israel mendakwa ia menyasarkan sebuah bangunan di kem berkenaan berikutan terdapat sejumlah pegawai kanan pasukan pejuang Hamas berada dalam sebuah apartmen.

HRW berkata, tiada saksi atau saudara-mara mereka yang meninggal dunia mengetahui mengenai kesujudan militan di dalam atau berhampiran bangunan semasa serangan itu.

Mereka juga mendapati bangunan itu diserang menggunakan bom buatan Boeing yang dieksport oleh Amerika Syarikat (AS) ke Israel.

Kes ketiga adalah serangan empat minit yang menghancurkan tiga bangunan dan membunuh 44 orang awam termasuk 18 kanak-kanak serta 14 wanita di Jalan Al-Wehda di Bandar Gaza.

Tiada saksi yang diwawancara oleh HRW menyatakan mereka menerima atau mendengar peringatan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel untuk mengosongkan bangunan mereka sebelum serangan.

HRW juga mengemukakan bukti video tentera Israel dan peluru yang dikumpulkan oleh polis Palestin menunjukkan bom seberat satu tan yang digunakan itu dibuat oleh Boeing.

Israel berkata sasaran mereka ketika itu adalah terowong yang digunakan oleh Hamas, tetapi HRW berkata ia tidak menemui bukti mengenai sasaran ketenteraan di sana.

Laporan itu muncul selepas pendakwa raya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Mac lalu mengumumkan penyiasatan penuh mengenai keadaan di wilayah dijajah Israel.

Siasatan itu akan tertumpu terutamanya pada Perang Gaza 2014 selain kematian penunjuk perasaan Palestin dari 2018 dan tahun berikutnya.

Pada Mei lalu, ICC memaklumkan pihaknya juga memantau akan konflik terbaru sebagai sebahagian dari penyiasatannya.

Secara berasingan, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) memutuskan pada 27 Mei lalu untuk membuka siasatan antarabangsa terbuka terhadap pelanggaran hak asasi ketika konflik Mei lalu.

Konflik itu mengorbankan 260 penduduk Palestin termasuk beberapa pejuang, menurut pihak berkuasa Gaza manakala di pihak Israel, 13 orang termasuk seorang askar terbunuh, kata polis dan tenteranya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

Kanak-kanak Palestin maut ditembak tentera Israel​


BAITULMAQDIS: Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera akibat ditembak tentera Israel di Tebing Barat semalam, meninggal dunia hari ini.

Mohamad al-Alami, 12, meninggal dunia di bandar Beit Omar yang terletak di barat laut Hebron selepas dia ditembak di bahagian dada ketika dalam perjalanan menaiki kereta dengan ayahnya, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Ia adalah kematian kedua membabitkan remaja Palestin yang cedera akibat tembakan dilepaskan Israel dalam tempoh beberapa hari.

Sabtu lalu, seorang remaja Palestin, Mohammed Munir al-Tamimi, 17, maut kerana akibat kecederaan sehari selepas keganasan meletus di kampung Beita, kata Kementerian Kesihatan.


Ratusan rakyat Palestin berhimpun di Beita pada tengah hari Jumaat lalu, yang menjadi kawasan panas beberapa bulan kebelakangan ini untuk membantah penempatan haram di Eviatar yang terletak berhampiran.

Pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin mengakibatkan 320 orang Palestin cedera, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah.

Pada lewat Selasa lalu, seorang rakyat Palestin berumur 41 tahun mati ditembak berhampiran Beita, maklum Kementerian Kesihatan Palestin.

Semua penempatan Yahudi di Tebing Barat dianggap haram oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721

Kes anti-Yahudi di London meningkat ketika krisis Gaza​


LONDON: Polis merekodkan kira-kira empat kali ganda lebih banyak kes anti-Yahudi di London sewaktu berlakunya krisis di Gaza pada Mei lalu berbanding tiga tahun lalu.

Polis Metropolitan London hari ini berkata sejumlah 87 kes anti-Yahudi iaitu 65 kali lebih tinggi daripada angka bulanan tertinggi sebelumnya direkodkan sejak pihaknya mula melaporkan data pada Mei 2018.

Permusuhan antara Israel dan pejuang Hamas mengakibatkan 253 rakyat Palestin maut dalam tempoh 11 hari bermula 10 Mei lalu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Sementara itu, serangan roket yang dilancarkan dari Gaza didakwa mengakibatkan kematian 12 rakyat Israel.

Kekacauan turut berlaku di wilayah Palestin selain antara penduduk Yahudi dan Arab di Israel sewaktu konflik terbabit berlangsung sehingga mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh dunia.

Krisis itu berlarutan sehingga memberi kesan terhadap orang Yahudi di London, dengan perkataan 'Hitler' ditulis di siling sebuah blok pangsapuri dan batu dilemparkan ke rumah penduduk Yahudi.

Seorang penduduk di kawasan kejiranan Stamford Hill di utara London yang mempunyai komuniti Yahudi Hasidik mendakwa tayar lebih 30 kereta milik Yahudi ditoreh.

Sebuah badan amal yang melindungi penduduk Yahudi Britain, Community Security Trust, mendakwa 116 kes dilaporkan di seluruh Britain dalam tempoh 11 hari sejak 8 Mei lalu.

Pada bulan sama, polis bertindak menahan empat individu selepas meneliti rakaman yang memaparkan suspek sedang melaungkan kenyataan berbaur anti-Yahudi dari sebuah kereta.

Dua lelaki itu juga didakwa kerana ada kaitan dengan kes seorang rabbi atau paderi Yahudi dipukul di bahagian kepala dengan bata konkrit berhampiran sebuah rumah ibadat Yahudi.

Berikutan kejadian itu, Perdana Menteri, Boris Johnson, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan anti-Yahudi yang dianggapnya sebagai melampaui batas sewaktu pertemuan dengan Ketua Rabbi Britain, Ephraim Mirvis.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, turut mengarahkan polis untuk meningkatkan kawalan di kawasan kejiranan yang diduduki orang Yahudi. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
PALESTINIAN-ISRAEL-GAZA-CONFLICT_1627534553.jpg

Bandar Gaza

PBB gesa penyelesaian politik bagi akhiri konflik Israel-Palestin​


NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa penyelesaian politik dalam usaha mengakhiri konflik berpanjangan antara Israel dan Palestin.

Koordinator Kemanusiaan PBB di Palestin, Lynn Hastings, berkata ia mustahak untuk memperbaiki krisis kemanusiaan di Gaza berdasarkan undang-undang antarabangsa.

"Usaha sangat mustahak ini adalah untuk memperbaiki keadaan di Gaza, ia mesti bergerak maju dengan cepat tetapi jangan sampai kita melupakan tujuan yang lebih luas.

"Kita perlu menyelesaikan konflik Israel-Palestin, mengakhiri penjajahan dan mewujudkan penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa serta perjanjian dua hala," katanya.


Beliau berkata demikian pada kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai perkembangan terkini selepas pertempuran 11 hari di Semenanjung Gaza pada Mei lalu.

Bercakap dari Baitulmaqdis menerusi panggilan video, Hastings memberitahu wakil PBB bahawa kemusnahan ekoran ketegangan yang meletus mengakibatkan kerugian sekitar AS$290 juta (RM1.2 bilion) hingga AS$380 juta (RM1.6 bilion).

Selain itu, kerugian ekonomi pula dijangka hampir AS$200 juta (RM844.5 juta), menurut penilaian dilakukan Bank Dunia dan Kesatuan Eropah (EU).

Sektor sosial Gaza paling teruk terjejas dan melemahkan jaringan keselamatan untuk penduduk rentan.

Dalam pada itu, pemulihan dan pembinaan semula dalam tempoh jangka pendek mungkin menelan belanja sehingga AS$485 juta (RM2.04 bilion)

"Usaha antarabangsa yang diselaraskan oleh PBB untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan dan menstabilkan keadaan di Gaza sedang berjalan dengan baik," kata Hastings yang juga koordinator PBB di Timur Tengah.

Katanya, setakat ini sekitar AS$45 juta (RM190 juta) daripada AS$95 juta (RM401 juta) jumlah yang dimohon sudah dikumpul menerusi rayuan kemanusiaan oleh PBB pada Mei lalu.

Hastings menekankan kesediaan PBB dan rakannya untuk melaksanakan inisiatif pemulihan serta pembinaan semula, bekerjasama dengan pihak berkuasa Israel dan Palestin, Mesir, Qatar selain entiti serantau serta antarabangsa yang lain.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa penghantaran bahan api untuk Stesen Janakuasa Gaza dilanjutkan pada 28 Jun melalui lintasan Kerem Shalom dan pemansuhan tambahan sekatan terhadap import serta eksport barang tertentu

"Saya merayu sekali lagi kepada semua penderma termasuk dari rantau Arab untuk mengekalkan tahap sumbangan pada tahun sebelumnya.

"Tolong mendahulukan pembayaran dana sebanyak mungkin untuk mengelak gangguan terhadap perkhidmatan perlu dan bantuan kemanusiaan," katanya. - AGENSI
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register