BTC USD 42,320.1 Gold USD 1,775.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : Tentera Israel Makin Mengganas Serang Palestin

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721
PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT_1624928718.jpg

Rakyat Palestin melakukan bantahan terhadap pencerobohan penduduk Yahudi ke atas penempatan Eviatar. - FOTO AFP


Penduduk Yahudi ceroboh Eviatar setuju pindah​


BAITULMAQDIS: Penduduk Yahudi semalam bersetuju meninggalkan penempatan baru dicerobohi di kawasan Tebing Barat sehingga mencetuskan tunjuk perasaan selama berminggu-minggu oleh rakyat Palestin.


Ia susulan perjanjian dicapai dengan kerajaan Israel, yang disahkan oleh pemimpin penduduk dan Kementerian Dalam Negeri.


Bawah perjanjian itu, penduduk terbabit akan meninggalkan penempatan Eviatar dalam tempoh beberapa hari, namun kediaman bergerak mereka akan kekal dan tentera Israel bakal mendirikan pangkalan di kawasan berkenaan.


Pemimpin penduduk, Yossi Dagan, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan bersetuju mengkaji tuntutan tanah bagi menilai prospek penempatan yang diperakui pada masa depan.

Dagan berkata, perjanjian itu telah diluluskan oleh Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett; Menteri Pertahanan, Benny Gantz; dan Menteri Dalam Negeri, Ayelet Shaked.


Pejabat Shaked mengesahkan perjanjian itu, namun jurucakap kepada Bennett dan Gantz belum memberi komen, setakat ini.


Bulan lalu, kira-kira 50 keluarga Yahudi berpindah ke Eviatar dan mendirikan pondok, khemah serta karavan - yang melanggar undang-undang antarabangsa dan Israel - di tanah berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diceroboh.


Seorang penduduk terbabit, Tzvi Succot, memberitahu AFP bahawa beliau menyokong perjanjian itu kerana percaya ia akan membawa kepada pewujudan penempatan Yahudi secara kekal pada akhirnya.


Susulan pencerobohan itu, rakyat Palestin di kawasan berdekatan, Beita, bertindak balas dengan melakukan bantahan waktu malam, membunyikan hon, membakar tayar dan memancarkan cahaya laser bagi mengganggu tidur penduduk Yahudi terbabit.


Bantahan itu diteruskan, semalam, dengan penduduk Beita memancarkan cahaya hijau ke arah kediaman penceroboh terbabit dan mengibarkan bendera Palestin.


Tentera Israel dilaporkan telah membunuh empat rakyat Palestin, termasuk seorang remaja, dalam pergolakan susulan bantahan berkenaan. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721

UN accuses Israel of violating international law by expanding illegal settlements in occupied Palestinian territories as hundreds of Palestinians are forcibly expelled by Israeli settlers
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721

After Israel declared its independence in 1948, the United Nations funded a project to build homes for Palestinians who had been forcibly displaced from the occupied West Bank. Many sought refuge in #SheikhJarrah, in occupied East Jerusalem. But as Israel pushes ahead with its illegal settlement plans, the once-peaceful neighbourhood has become a flashpoint for Palestinian families who refuse to be forced out of their homes. Saleh Sadi has more on how children are caught up in this crisis.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,008
Reaction score
1,722
Points
596
Allahuakhbar moga Allah bagi kekuatan pada umat islam di palestin
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,008
Points
2,376
BANTUAN COVID-19 | Jepun Salur AS$8 Juta Bantu Palestin Berdepan Pandemik

Jepun menyalurkan bantuan kewangan sebanyak AS$8 juta kepada Palestin bagi mendepani pandemik COVID-19.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,008
Points
2,376
MEDIA PRIMA BERHAD | Sumbangan RM500,000 Diserah Kepada MRA

Media Prima Berhad menyerahkan hasil kutipan RM500,000 menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Malaysia Relief Agency (MRA) bagi membantu rakyat Palestin.

Sumbangan itu akan digunakan untuk menyediakan bakul makanan, perubatan selain sumbangan kepada sekolah, masjid serta hospital.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721
Eviatartinggalkan1_1625279489.jpg

Penduduk Yahudi membawa barangan masing-masing meninggalkan penempatan haram di Eviatar, semalam. - Foto EPA

Penduduk Israel tinggalkan penempatan haram di Eviatar​


BEITA: Penduduk Israel semalam meninggalkan penempatan haram di Tebing Barat sebagai pematuhan kepada perjanjian yang diumumkan Perdana Menteri baharu, Naftali Bennet.


Dengan kawalan tentera dan polis Israel di kawasan berkenaan, perjanjian itu antara lain meminta penduduk Yahudi keluar dari penempatan haram di Eviatar berhampiran bandar Nablus, Palestin sebelum jam 4 petang semalam.


"Saya harap nanti kami dapat pulang kembali ke sini. Kami boleh bina sebuah rumah yang besar," kata Sarah Lisson, ibu kepada enam anak yang sedang dalam perjalanan keluar.


Beberapa minggu lalu, puluhan keluarga Israel mula membina penempatan haram di kawasan berkenaan yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan Israel, menyaksikan meletusnya tunjuk perasaan oleh rakyat Palestin yang keras menentang komuniti Yahudi membina kediaman di tanah milik mereka.

Pemimpin Eviatar, Tzvi Succot, berkata beliau individu terakhir meninggalkan penempatan itu.

Eviatartinggalkan3_1625279496.jpg


Eviatartinggalkan4_1625279500.jpg


Eviatartinggalkan2_1625279492.jpg


Eviatartinggalkan6_1625279506.jpg


Eviatartinggalkan5_1625279503.jpg


"Ini detik yang menyedihkan tetapi penuh harapan," katanya menerusi kenyataan di Twitter.


Peneroka haram Israel sudah beberapa minggu membina rumah konkrit asas dan mendirikan pondok serta khemah di atas bukit dekat Tebing Barat utara iaitu wilayah Palestin yang diduduki Israel sejak 1967.


Di bawah syarat perjanjian baharu yang diumumkan kerajaan Israel kelmarin, penduduk Isreael perlu meninggalkan penempatan haram itu sebelum jam 4 petang semalam, tetapi struktur bangunan binaan kekal berada di kawasan itu, yang dikawal oleh tentera Israel.


Menurut Kementerian Pertahanan, pihaknya akan menjalankan kajian bagi mengiktiraf tanah itu milik dan di bawah perundangan Israel.


Sekiranya kajian itu mengesahkan tanah di penempatan itu milik Israel, maka sebuah institusi keagamaan dengan kediaman untuk kakitangan dan pelajar boleh dibina di situ.


Semua penempatan Yahudi di Tebing Barat dianggap haram oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721

Israeli settlers leave the illegal outpost of Eviatar, near the Palestinian city of Nablus in the occupied West Bank, in adherence to an agreement struck with nationalist premier Naftali Bennett's new government.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register