UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : PBB keluarkn resolusi bantah pendudukan Israel

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601

Secretary of State Mike Pompeo has become the first top US diplomat to visit an illegal Israeli settlement in the occupied West Bank and the Golan Heights. Here are some of the key announcements Pompeo made during his trip.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Pesawat tempur Israel serang Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera Israel hari ini mengatakan pesawat tempurnya menyerang penempatan Hamas di Semenanjung Gaza, selepas penduduk Palestin menyasarkan roket ke negaranya.

Dua roket dipercayai ditembak dari Semenanjung Gaza menghala ke arah pantai berhampiran bandar selatan Ashdod, menurut kenyataan tentera.

"Sebagai tindak balas pesawat pejuang menyasarkan tentera Hamas di Semenanjung Gaza, termasuk kawasan penggalian terowong," katanya.

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan daripada roket Palestin, menurut sumber yang memaklumkan roket mendarat di laut Mediterranean.

Sementara itu, sumber pasukan keselamatan Palestin di Gaza, berkata serangan Israel memusnahkan 'tanah pertanian' di selatan wilayah Khan Yunis di semenanjung terbabit, mengakibatkan kemusnahan harta benda, namun tiada laporan kecederaan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab bagi pelancaran roket dari Gaza yang diperintah Hamas.

Penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang dijajah Israel sedang mengadakan pilihan raya yang dijangka diadakan pada Mei dan Julai ini, pilihan raya pertama, selepas tempoh 15 tahun. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
tanker_1611112755.jpg


Kubu Hamas dibedil kereta kebal Israel

BAITULMAQDIS: Kereta kebal Israel melepaskan siri tembakan ke arah kubu Hamas, malam tadi.

Tentera Yahudi Israel berkata, ia sebagai serangan balas terhadap roket yang dilancarkan dari kawasan Palestin.

"Sebuah roket dilancarkan lewat malam tadi dari Semenanjung Gaza dengan mensasarkan kawasan Israel.

"Sebagai tindak balas, kereta kebal Israel membedil kubu Hamas," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.

Berdasarkan kenyataan sebelum ini, serangan roket berkenaan difahamkan membedil kawasan terbuka selepas tiada siren amaran berbunyi di zon dipenuhi bangunan.

Sehingga kini, tiada laporan berhubung angka kematian dikeluarkan, susulan serangan roket yang kedua seumpamanya dalam tempoh beberapa hari ini.

Pada Isnin lalu, pejuang di Semenanjung Gaza melancarkan dua roket ke arah bandar pesisir Israel, Ashdod, namun sumber memaklumkan roket berkenaan jatuh di Laut Mediterranean.

Menerusi serangan balas, Israel kemudian membedil beberapa kemudahan Hamas di timur Gaza menggunakan jet pejuang.

Rakyat Palestin di Gaza dan wilayah Tebing Barat yang dikuasai Israel, bakal mengadakan pilihan raya presiden serta badan perundangan, pada Mei dan Julai depan, buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Proses pengundian itu adalah antara usaha mengharmonikan hubungan antara Hamas dan Fatah yang diterajui Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Pada akhir Disember tahun lalu, Hamas dan kumpulan Jihad Islami mengadakan latihan ketenteraan secara bersama di wilayah pesisir, yang menyaksikan beberapa serangan roket dilancarkan ke arah laut.

Anggota tentera Palestin turut menganjurkan siri latihan tempur bersama pasukan Israel. Kedua-dua latihan itu sekali gus menandakan ulang tahun pertama peperangan antara Hamas dan Israel yang tercetus pada tahun 2008. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register