UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : PBB keluarkn resolusi bantah pendudukan Israel

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
EU gesa Israel hentikan merobohkan bangunan Palestin

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) hari ini meminta Israel berhenti merobohkan rumah-rumah Palestin di Tebing Barat yang dijajah dan menarik balik ugutan untuk merobohkan sekolah-sekolah Palestin, dengan menyebutnya 'penghalang menuju penyelesaian dua negara'.

Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh jurucakap ketua dasar luar EU, Josep Borrell, dua hari selepas jentolak Israel merobohkan sebuah kampung Badwi dekat Tubas di Lembah Jordan, menyebabkan hampir 80 penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Tentera Israel menyatakan rumah-rumah itu 'dibina secara haram' di kawasan yang digunakan untuk latihan ketenteraan.

Kenyataan EU mengatakan bahawa separuh rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dalam pemusnahan itu adalah kanak-kanak.

"Pemusnahan berskala besar ini menegaskan sekali lagi trend penyitaan dan pembongkaran yang dikesali sejak awal tahun ini," katanya.

EU menambah bahawa, Israel juga mengancam akan merampas 52 sekolah Palestin, termasuk satu di Ras Al-Teen di Tebing Barat yang dibiayai bersama oleh negara-negara anggota EU dan EU.

"EU menyeru perlindungan terthadap anak-anak, termasuk memastikan hak mereka untuk mendapat pendidikan di persekitaran sekolah yang selamat dan terjamin," kata kenyataan itu, sambil menyatakan bahawa pendidikan adalah hak asasi manusia.

"EU mengulangi seruannya kepada Israel supaya menghentikan semua pemusnahan seperti itu, termasuk struktur yang dibiayai oleh EU, khususnya mengambil kira kesan kemanusiaan dari pandemik COVID-19 ketika ini," katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
bab_1605625923.jpg

Gambar dirakam hari ini menunjukkan penduduk Yahudi di Sa-Nur, utara Tebiing Barat yang dirampas Israel. Mereka memasuki kawasan itu secara haram. - Foto AFP

Yahudi kembali ke petempatan Tebing Barat


SA-NUR (Wilayah Palestin): Berpuluh-puluh rakyat Israel kembali ke bekas petempatan Tebing Barat, yang mereka dakwa milik Israel.

Kawasan itu dikosongkan pada 2005 atas arahan Perdana Menteri, Ariel Sharon.

Sumber berkata pada Selasa, Sa-Nur satu daripada empat petempatan yang diceroboh Israel di Tebing Barat, dengan pengosongan oleh tentera atas arahan Sharon, bersama-sama 21 petempatan lain di Tebing Barat.

Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak Yahudi tiba di Sa-Nur petang Isnin, kata Ahli Parlimen, Ariel Kallner, anggota parti Likud dketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

"Saya datang ke Sa-Nur untuk mengesahkan tempat ini milik Israel," katanya dalam video di Facebook.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Palestin akan pulih koordinasi dengan Israel

RAMALLAH: Palestin mereka akan memulihkan semula 'kerjasama' dengan Israel, sekali gus menamatkan penggantungan hubungan selama enam bulan yang diputuskan sebelum ini, menjelang lawatan diplomat tertinggi Washington ke negara yang diduduki rejim Israel.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas, mengumumkan penggantungan hubungan kerjasama dengan Israel, termasuk perdamaian yang disokong Amerika Syarikat (AS) pada Mei lalu sebagai bantahan terhadap rejim itu yang mahu menguasai beberapa bahagian di Tebing Barat.

"Dalam pertimbangan hubungan antarabangsa Mahmud Abbas dan komitmen diberikan secara bertulis serta lisan yang kami terima dari Isreal, kami akan menyambung semula hubungan mereka yang digantung sejak 19 Mei lalu," kata pegawai peribadi Menteri Hal Ehwal Awam, Hussein al-Sheikh, semalam.

Pengumuman itu dibuat ketika Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo melawat Israel menjelang berakhirnya pentadbiran Donald Trump, yang menyaksikan hubungan AS-Palestin runtuh ketika beliau menjadi Presiden.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Pegawai Palestin berunding dengan Israel

RAMALLAH - Seorang pegawai Palestin semalam berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai tentera Israel buat pertama kali dalam tempoh enam bulan.

Perbincangan itu juga diadakan sejak Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyatakan ia sedang menyelaraskan semula kerjasama dengan negara Yahudi itu yang sebelum ini dihentikan pada Mei lalu.

Menteri Hal Ehwal Awam PA, Hussein Al-Sheikh berkata, pertemuan yang diadakan itu membincangkan pelbagai isu.

"Hari ini (semalam) saya mengadakan pertemuan dengan pihak Israel. Kami menekankan tentang perjanjian dua hala yang telah ditandatangani yang sah di sisi antarabangsa," kata Hussein dalam satu kenyataan menerusi Twitter.

"Ia (perjanjian itu) bersetuju untuk memindahkan semua kewangan kepada PA dan kami menolak dasar penempatan (haram Yahudi), memusnahkan rumah (penduduk Palestin) dan merampas tanah (Palestin).

"Satu lagi mesyuarat juga akan diadakan tidak lama lagi," tambah kenyataan menteri itu.

Agensi berita Palestin iaitu WAFA menyatakan Hussein mengadakan pertemuan dengan pegawai tentera Israel, Mejar Jeneral Kamal Abu Rukun yang mengetuai cawangan tentera Israel yang bertanggungjawab dalam hal ehwal awam di wilayah Tebing Barat yang diduduki negara Yahudi tersebut dan dikenali sebagai COGAT.

Pertemuan itu diadakan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo melawat Israel.

Beliau juga dikatakan akan mengunjungi sebuah penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Bukit Golan yang diduduki oleh Israel.

Pada Mei lalu, Palestin menghentikan penyelarasan dengan Israel apabila Presiden PA, Mahmud Abbas menyatakan ia sebagai tindak balas terhadap rancangan Israel untuk menambahkan lagi kawasan pemilikan paksa mereka di Tebing Barat.

Israel kemudian menangguhkan rancangan tersebut sebagai pertukaran berhubung satu perjanjian bagi menormalkan hubungan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sebelum ini diumumkan kepada media pada Ogos lalu.

Pihak PA turut menghentikan penerimaan cukai terutamanya duti kastam yang dikutip oleh Israel bagi pihak Palestin ketika menghentikan kerjasama itu.

Berikutan tidak lagi menerima wang cukai itu, Palestin telah memotong gaji penjawat awam ketika ekonominya berhadapan dengan masalah berikutan pandemik koronavirus (Covid-19). - AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111124/GLOBAL/Pegawai-Palestin-berunding-dengan-Israel
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601

A group of Republican senators led by Arkansas Senator Tom Cotton are pushing US President Donald Trump to change customs policy and guidelines before he leaves office in July. Senators have written a letter to the president, urging the White House to allow goods produced in occupied West Bank settlements to be labelled "Made in Israel".
 
Sponsored Post
Top
Log in Register