UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : PBB keluarkn resolusi bantah pendudukan Israel

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,524
Reaction score
4,305
Points
201
kon_1597667778.jpg

TENTERA Israel berkumpul dekat kereta kebal berhampiran sempadan Gaza, hari ini. - Foto AFP

Kereta kebal Israel serang Gaza

BAITULMAQDIS: Sasaran Hamas di Semenanjung Gaza ditumpaskan kereta kebal Israel, awal pagi tadi, yang juga tindak balas harian terhadap roket Palestin serta bom api udara, dilancarkan ke selatan Israel dan pertempuran di sempadan.

Tentera dalam kenyataan berkata, kereta kebal menyasarkan beberapa pos pemerhatian tentera dalam organisasi pengganas Hamas di Jalur Gaza, iaitu kumpulan Islam yang memerintah wilayah terbabit.

Katanya, selain serangan rentas sempadan dengan bahan peledak dan alat pembakar digantung pada belon, puluhan orang juga 'mencetuskan rusuhan di sepanjang pagar keselamatan Jalur Gaza', petang semalam.

Tidak ada laporan terkini berhubung kematian akibat serangan kereta kebal itu.

Insiden terbaharu berikutan ketegangan selama seminggu, termasuk pertempuran di sempadan dengan Israel juga menutup Kerem Shalom yang melintasi Jalur Gaza, manakala semalam zon tangkapan pantai dibenarkan di Gaza, ditutup.

Jabatan bomba Israel di sempadan, semalam, melaporkan 28 kebakaran dan petani menjelaskan kerosakan teruk berpunca daripada ladang avokado.

Jabatan bomba dalam kenyataan petang semalam, berkata siasatannya mengenal pasti 149 kebakaran di selatan Israel, berpunca daripada belon dari Gaza, sejak 6 Ogos lalu.

Tentera Israel dalam kenyataan petang kelmarin, berkata 'penunjuk perasaan Palestin membakar tayar, melemparkan alat letupan dan bom tangan ke arah pagar keselamatan dan berusaha mendekatinya'.

Ia disusuli serangan udara Isarel ke atas Hamas, semalam, termasuk kenyataan tentera yang menyifatkan 'kawasan tentera digunakan untuk menyimpan peluru roket'. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,524
Reaction score
4,305
Points
201
19gaza_1597807596.jpg

Asap dan api kelihatan di sebalik bangunan akibat serangan pesawat tentera Israel ke atas Kota Gaza. - Foto AFP

Rejim Israel lancar serangan udara di Gaza

GAZA: Rejim Israel pada Rabu melancarkan siri serangan udara di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor agensi berita Anadolu.

Pesawat perang Israel menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas, kata jurucakap tentera Israel Avichay Adraee dalam satu kenyataan.

Menurut saksi kejadian, sekurang-kurangnya dua serangan udara menyasarkan markas Briged Izz ad-Din al-Qassam di tenggara Gaza.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini, manakala beberapa kediaman mengalami kerosakan.– BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,524
Reaction score
4,305
Points
201
Israel bom Gaza, beri amaran pada Palestin jangan cetuskan perang

GAZA: Pesawat pejuang tentera Israel hari ini melancarkan siri pengeboman udara terbaru di Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas selepas serangan roket Palestin membedil selatan Israel.


Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan, berkata pesawat perang Israel menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas.

Berikutan pertempuran terbaru itu, Israel turut memberi amaran kepada Hamas bahawa pertubuhan terbabit mengundang risiko 'perang' dengan menyerang regim Zionis itu.

Presiden Israel, Reuven Rivlin, memberi amaran itu ketika melawat pasukan bomba di kawasan sempadan, yang memaklumkan kepadanya hampir 40 kebakaran berlaku akibat serangan bom menggunakan belon itu.

"Perbuatan melancarkan serangan menggunakan belon atau layang-layang ini adalah tindakan pengganas.

"Hamas perlu sedar bahawa ini bukan satu permainan, akan tiba masanya bagi mereka perlu membuat keputusan.

"Jika perang yang mereka mahukan, maka kita akan berperang," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat Presiden semalam.

Dalam pada itu, pegawai keselamatan Mesir dilihat cuba menjadi pengantara selepas serangan terbaru itu apabila cuba berunding dengan kedua-dua pihak bagi meredakan ketegangan selama lebih seminggu itu.

Serangan bom diikat pada belon dan layang-layang menyasarkan kepentingan tentera Israel di Semenanjung Gaza dan serangan balas menjadi rutin harian yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

Menurut kenyataan tentera Israel, bedilan roket dan serangan terbaru bom diikat pada belon roket dilancarkan malam tadi dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel.

"Sebagai serangan balas, jet pejuang dan aset ketenteraan lain menyerang markas Briged Izz ad-Din al-Qassam di tenggara Gaza," katanya.

Sementara itu, sumber Hamas memberitahu AFP bahawa pejuang Islam mengadakan perbincangan dengan delegasi Mesir di Semenanjung Gaza kelmarin sebelum bertemu dengan Israel dan pihak berkuasa Palestin. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,524
Reaction score
4,305
Points
201
PALESTINIANS-GAZA-ISRAEL-CONFLICT_1597978461.jpg

Kelihatan asap dan percikan api susulan pesawat Israel melancarkan serangan belas ke atas Gaza sejak lewat Khamis. - Foto AFP

Pesawat Israel serang Gaza

GAZA: Pesawat Israel melancarkan serangan balas ke atas Gaza sejak lewat Khamis ketika usaha perdamaian sedang giat dilakukan bagi menamatkan perbalahan terbaru.

Sebelum ini roket yang dilancarkan terhadap Israel itu terjatuh di kawasan Palestin, menurut saksi dan sumber keselamatan Gaza.

Bagaimanapun, sumber daripada pihak Palestin melaporkan tiada sebarang kemalangan jiwa dan hanya berlaku kerosakan kecil selepas serbuan di Khan Yunis, selatan Gaza.

Serangan terbaru itu susulan tembakan antikereta kebal oleh tentera Israel terhadap Hamas.

Pasukan Pertahanan Israel mengesahkan serangan udara itu di Twitter.

lancargaza1_1597978467.jpg


"Tentera Udara kami menyerang sebuah markas tentera Hamas yang digunakan sebagai markas pembuatan peluru roket di Gaza," menurut IDF.

"Hamas bertanggungjawab ke atas semua keganasan yang berlaku di Gaza," tambahnya.

Israel mengebom Gaza hampir setiap malam sejak 6 Ogos lalu memperketatkan sekatan selama 13 tahun terhadap dua juta penduduk Gaza.

Israel juga melarang nelayan Gaza pergi ke laut dan menyekat penghantaran barang yang melintasi wilayah itu, menyebabkan penutupan satu-satunya loji jana kuasa Gaza kerana kekurangan bahan bakar.

"Belon peledak dilancarkan dari Jalur Gaza ke Israel," menurut satu kenyataan tentera awal pagi semalam.

"Sebagai tindak balas ... kereta kebal menyasarkan pos tentera milik Hamas di Jalur Gaza." - AFP
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,538
Reaction score
336
Points
131
x salah aku Eropah nak buat pendakwaan ke atas Israel atas jenayah kemanusiaan tahun ni tapi kemunculan Covid 19 tros senyap kes..
skang ni masih kacau lagi Palestin..

ntah2 perlagaan antara US dan China mmg dirancang Zionis utk aleh perhatian dunia..sampai tahap China munkin yg sebarkan virus Covid 19..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,524
Reaction score
4,305
Points
201
israil_1598482858.jpg


Israel teruskan serang Gaza

BANDAR GAZA: Pesawat tempur Israel memusnahkan sasaran Hamas di Gaza semalaman, kata pihak tentera semalam, walaupun delegasi Qatar menyertai usaha menyelesaikan kemelut selama hampir tiga minggu itu.

Israel mengebom wilayah ditadbir Hamas hampir setiap hari sejak 6 Ogos lalu, bagi membalas alat pembakaran melalui udara serta beberapa roket yang dilancarkan merentasi sempadan.

Bom api itu yang dipasang pada belon, kondom atau beg plastik, mencetuskan beberapa insiden kebakaran di selatan Israel, yang menyebabkan kemusnahan ketara pada tanaman.

"Pada waktu siang, letupan dan belon pembakaran dilancarkan dari Gaza memasuki Israel.

"Sebagai tindak balas, jet pejuang dan pesawat lain menyerang infrastruktur bawah tanah milik pengganas Hamas di selatan Gaza," kata tentera Israel.

Belon api itu dilihat sebagai cubaan oleh Hamas untuk meningkatkan terma gencatan senjata tidak rasmi, yang mana Israel bersetuju melonggarkan sekatan di sempadan berusia 13 tahun jika sempadannya tidak diganggu.

Namun, setakat ini, tindak balas Israel adalah mengetatkan sekatan dengan melarang nelayan Gaza pergi ke laut dan menghalang barangan merentasi sempadan, menyebabkan penutupan satu-satunya loji tenaga Gaza yang memerlukan bahan api.

Perwakilan Mesir berulang kali pergi ke kedua-dua pihak bagi memperbaharui gencatan senjata, dan kelmarin, perutusan Gaza, Mohammed el-Emadi memasuki wilayah itu bagi menyertai usaha berkenaan.

Beliau bergerak menuju ke Tel Aviv semalam dan berbincang dengan beberapa wakil Israel, kata beberapa sumber di Gaza.

Sumber yang rapat dengan delegasi Qatar berkata, Israel memberitahu Mohammed, mereka sedia untuk membenarkan penghantaran bahan api bagi membolehkan loji tenaga itu kembali beroperasi serta melonggarkan sekatan jika serangan bom api dihentikan. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register