UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : PBB keluarkn resolusi bantah pendudukan Israel

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,887
Reaction score
3,027
Points
201

Why does Israel want to annex the West Bank? | Start Here
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,887
Reaction score
3,027
Points
201
west_1594811287.jpg

Penempatan penduduk Yahudi di Tebing Barat. - Foto aljazeera.com

Abbas mahu teruskan rundingan dengan bersyarat

RAMALLAH: Presiden Mahmoud Abbas semalam berkata, rakyat Palestin bersedia meneruskan rundingan damai yang tertangguh, jika Israel menghentikan rancangannya untuk aneksasi atau merampas sebahagian wilayah Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada malam tadi, memetik agensi berita Palestin WAFA.

Pemimpin Palestin itu memberitahu Johnson, Kuartet Antarabangsa dan negara-negara lain harus menaja sebarang rundingan damai dengan Israel serta perlu bersandarkan kepada resolusi antarabangsa.

Abbas turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Johnson yang menyokong usaha damai dan menolak rancangan Israel itu.

Dua bulan lalu Abbas membatalkan semua perjanjian dan persefahaman yang disepakati dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS), termasuk perjanjian keselamatan, sebagai membantah rancangan Israel.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin terhenti sejak 2014 selepas AS menjadi penaja selama sembilan bulan tanpa mencapai sebarang kemajuan, disebabkan perbezaan Israel-Palestin mengenai isu berkaitan keselamatan dan sempadan. - BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,887
Reaction score
3,027
Points
201
Thousands of sick Palestinians suffer due to blockade


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,887
Reaction score
3,027
Points
201
PALESTINIAN-GAZA-ISRAEL-CONFLICT_1597119027.jpg

Asap roket yang ditembak kumpulan Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza, dari Bandar Gaza ke laut Mediterranean sebagai latihan ketenteraan. - Foto AFP

Israel tutup laluan komersil utama ke Gaza

JERUSALEM: Israel menutup laluan komersil utama ke Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa pada Isnin, selepas kumpulan pejuang Hamas melancarkan roket ke Mediterranean dan belon api ke arah negara Yahudi itu.

Lintasan Kerem Shalom ditutup untuk semua kecuali bantuan kemanusiaan dan bahan api mulai hari ini, menurut unit Kementerian Pertahanan yang mengawasi lintasan itu dalam satu kenyataan.

Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap serangan roket Hamas dan belon api yang dilancarkan penduduk dari Semenanjung Gaza, jelas kenyataan itu.

Sumber Israel semalam memaklumkan beberapa belon api mendarat di kawasan Israel selatan, tanpa sebarang kehilangan jiwa.

Bahan letupan yang diikat pada belon dan layang-layang, pertama kali muncul sebagai senjata di Semenanjung Gaza ketika tunjuk perasaan pada 2018, dengan bahan itu terbang melintasi kawasan sempadan setiap hari, mengakibatkan banyak kebakaran di ladang dan penempatan komuniti Israel.

Dalam minggu terakhir ini, belon api seperti itu dilancarkan tiga kali dari Gaza ke Israel, setiap kali tercetusnya serangan balas terhadap kedudukan Hamas.

Roket itu memberi ingatan kepada Israel bahawa kumpulan bersenjata di Gaza tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sekatan Israel dan pencerobohannya, kata sumber rapat dengan Hamas kepada AFP.

Hamas dan Israel bertempur dalam tiga perang sejak 2008. Biarpun berlaku gencatan senjata tahun lalu, yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mesir dan Qatar, namun kedua-dua pihak ada kalanya melancar roket, tembakan mortar atau belon api.

Penganalisis Palestin mengatakan tembakan dari Gaza dilakukan bertujuan memberi tekanan kepada Israel supaya memudakan urusan pemindahan bantuan kewangan Qatar ke wilayah itu. - AFP
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
5,694
Reaction score
1,124
Points
151
Parti Komunis Palestin adalah pejuang kemerdekaan negara mereka

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,887
Reaction score
3,027
Points
201
PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT_1597290407.jpg

Rakyat Palestin bersedia untuk menerbangkan belon berapi dari Gaza ke kawasan dikuasai Israel. Foto AFP

Israel serang kedudukan Hamas di Gaza

GAZA CITY: Tentera Israel hari ini mengebom kedudukan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.

Tiada korban jiwa dilaporkan memetik Kementerian Kesihatan Palestin.

Pegawai Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap beberapa belon api yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke atas Israel. - BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register