UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : PBB keluarkn resolusi bantah pendudukan Israel

CG Sponsors




Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
5,456
Reaction score
1,076
Points
151
Last edited:

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,729
Reaction score
3,004
Points
201
PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-ANNEXATION_1593489148.jpg

Penduduk Palestin menyertai tunjuk perasaan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, bagi membantah pencerobohan dan rampasan tanah oleh Israel. - Foto AFP

Tindakan Israel ceroboh, rampas tanah Israel tidak sah - PBB


GENEVA: Tindakan Israel merampas tanah Palestin selepas menceroboh secara haram di Tebing Barat adalah menyalahi undang-undang dan boleh membawa akibat yang mengundang bencana.

Ketua Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Michelle Bachelet, mengeluarkan amaran itu dan turut menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghentikan rampasan tanah di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

"Rampasan tanah ini, baik 30 peratus daripada Tebing Barat ataupun lima peratus, adalah tidak sah, muktamad," katanya.

Beliau turut mendesak Israel untuk mendengar nasihat mantan pegawai kanan dan jeneral sendiri, serta banyak suara di seluruh dunia yang menggesa supaya tindakan itu tidak diteruskan.

Kecaman antarabangsa terhadap tindakan Israel makin meningkat berikutan negara Yahudi itu cuba melaksanakan langkah pertama dalam pelan damai Asia Barat yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS).

Usul Presiden AS, Donald Trump, yang ditolak secara terang-terangan oleh rakyat Palestin, membuka jalan untuk merampas bahagian penting di Tebing Barat.

Ini termasuk penempatan yang sudah diceroboh sebelum ini dan dianggap menyalahi undang-undang oleh majoriti masyarakat antarabangsa.

Bachelet turut mendesak Israel untuk berubah hati dan memberi amaran bahawa kesan akibat rampasan itu akan kekal selama beberapa dekad dan amat memudaratkan Israel serta rakyat Palestin.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Israel, dalam satu kenyataan, meluahkan kemarahan terhadap Bachelet dengan menuduh ini bukan kali pertama beliau bersikap berat sebelah dan cuba mempolitikkan isu terbabit menentang Israel.

"Sejak kebelakangan ini, Israel hilang kepercayaan terhadap kemampuannya untuk mempromosikan hak asasi manusia di wilayah kami secara adil.

"Malah, Israel sudah memutuskan hubungan dengan Bachelet sejak Februari lalu," kata seorang jurucakap Kementerian Luar Israel. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,729
Reaction score
3,004
Points
201
hamass_1593993173.jpg

Gambar fail. Pesawat Israel menyerang infrastruktur bawah tanah milik kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, malam Ahad, selepas rejim Zionis mendakwa tiga roket ditembak di wilayah mereka.

Pesawat Israel serang tapak milik Hamas di Semenanjung Gaza

GAZA CITY : Pesawat Israel menyerang tapak milik Hamas di Semenanjung Gaza pada malam Ahad, lapor sumber keselamatan Palestin, selepas Israel mendakwa, tiga roket ditembak di wilayah mereka.

Tentera Zionis berkata, pesawat mereka menyerang infrastruktur bawah tanah milik kumpulan Hamas, sebagai balasan terhadap tembakan roket.

"Awal malam ini, tiga roket dilancarkan dari arah Semenanjung Gaza ke Israel.

"Sebagai balasan, helikopter penyerang dan jet pejuang menyerang kedudukan Hamas," kata Israel menerusi satu kenyataan.

Tiada sebarang laporan mengenai kematian diterima membabitkan kedua pihak.

Tentera Zionis berkata, sistem pertahanan Iron Dome berjaya memintas roket ketiga.

Setakat ini, tiada pihak tampil bertanggungjawab terhadap pelancaran roket dari semenanjung Gaza dikuasai Hamas.

Pertubuhan Islam itu pada Jun lalu memberi amaran kepada Israel, bahawa perancangan mereka untuk menakluk kawasan milik Palestin di Tebing Barat hanya akan mengundang peperangan. - AFP
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,580
Reaction score
3,411
Points
236
Israel Serang Kawasan Pertanian Palestin Di Gaza

06.07.2020 - Gaza, Pesawat tempur Israel melancarkan serangan dengan mensasarkan kawasan pertanian di timur Semenanjung Gaza pada Ahad malam, menurut agensi berita Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya menyerang kawasan milik kumpulan Palestin Hamas.

Serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Setakat ini, tiada kumpulan Palestin di Gaza mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

- Bernama

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/533220
 

hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
596
Reaction score
41
Points
20
Israel rancang rampas lagi wilayah Palestin

ULASAN | Pada bulan Julai ini, kerajaan Israel di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu merancang untuk merampas lagi wilayah Palestin di Tebing Barat walaupun langkah ini menyalahi undang-undang antarabangsa.

Sebenarnya rancangan kerajaan Israel ini tidaklah memeranjatkan sangat.

Bahkan ia memang menjadi sebahagian daripada objektif utama golongan Zionis semasa mereka menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948.

Bagi mereka, penubuhan negara tersebut tidak sempurna jika seluruh Tebing Barat (yang diberi nama Judea and Samaria oleh mereka) tidak di bawah kawalan mereka sepenuhnya.

Hakikatnya ialah semua langkah-langkah yang diambil oleh Israel semenjak penubuhannya adalah menjurus kepada usaha merampas keseluruhan Tebing Barat.

Perkara ini mudah difahami jika kita lihat bagaimana pihak Zionis mengadakan perjanjian damai Oslo 1993 dan selepas itu membenarkan penempatan haram Zionis di Tebing Barat bertambah pada masa yang sama, walaupun langkah itu bertentangan dengan perjanjian tersebut.

58b3f672a4f2044429e1773a71b5dd64.jpg


Perancangan jahat pihak Zionis ini mendapat suntikan tenaga baru apabila Presiden Donald Trump mengumumkan rancangan Deal of The Century baru- baru ini.

Bawah rancangan tersebut Israel diberi kebenaran mengambil alih dan mengawal sepenuhnya 30 peratus dari Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan sebagai harga yang perlu dibayar oleh pihak Palestin untuk mewujudkan sebuah negara mereka sendiri.

Perlu dinyatakan negara Palestin yang ditawarkan adalah tidak masuk akal, kerana ia terdiri daripada kawasan-kawasan kecil yang terpisah-pisah (disebut sebagai bantustan) dan dihubungkan dengan semenanjung Gaza dengan satu terowong.

Rancangan ini sudah tentu amat merugikan pihak Palestin dan sangat menguntungkan pihak Israel.

Maka tidak hairan kenapa Presiden Trump, yang sekarang ini sangat tidak popular di kalangan rakyat Amerika Syarikat, sebaliknya adalah sangat popular di kalangan rakyat Israel. Lebih 70 peratus daripada mereka memandang tinggi kepada beliau.

2c6e4e3c8cc6f203785b8ef8779b29f6.jpg


Mereka yang tidak memahami sejarah fahaman Zionis dan sejarah penubuhan negara haram Israel akan sentiasa berasakan bahawa suasana damai antara Palestin dan Israel mungkin berlaku jika kedua-dua pihak adalah serius.

Namun sesiapa yang memahaminya akan sedar bahawa pihak Zionis Israel adalah tidak berminat dengan perdamaian.

Sebenarnya apa yang mereka mahu ialah terus memiliki Baitul Muqaddis, serta mengawal seratus-peratus sebahagian besar dari Tebing Barat dan juga Lembah Jordan.

Mereka juga mahu memastikan pihak Palestin dalam keadaan yang semakin lemah dan tidak mampu menyekat perancangan jahat mereka.

Semua ini sudah wujud dalam kefahaman golongan Zionis dan menjadi wawasan mereka semenjak dari penubuhan negara haram Israel.

dec01d3f5b9b0cafbbfd8336dbbb6c9a.jpeg


Cuma ia tampak semakin jelas apabila pihak golongan kanan di kalangan masyarakat Zionis Israel menjadi lebih berpengaruh pada akhir dekad 70-an dan menyuarakan hasrat mereka secara terbuka.

Bukti kepada semua ini ialah usaha yang lebih gigih untuk mewujudkan penempatan-penempatan Yahudi di Tebing Barat, di atas tanah yang dirampas dari rakyat Palestin, iaitu satu usaha yang mendapat sokongan daripada kebanyakan rakyat Israel tanpa mengira sama ada mereka adalah beragama Yahudi atau sekular.

Mereka hanya berselisih pendapat tentang masa yang paling sesuai untuk Israel merampas tanah-tanah Palestin di Tebing Barat secara formal.

Dengan terlantiknya Presiden Trump dan dengan pengumuman Deal of the Century oleh beliau, maka bagi pihak Zionis, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Israel sekarang berasakan bahawa adalah selamat untuk melakukan rampasan wilayah Tebing Barat secara formal kerana pihak kerajaan Trump yang telah mengiktiraf langkah Israel merampas keseluruhan Baitul Maqdis serta Bukit Golan (Golan Heights) sebelum ini, juga akan bersedia menyokong langkah rampasan tersebut.

Bagi Benjamin Netanyahu pula, langkah merampas Tebing Barat adalah penting bagi beliau secara peribadi.

a44c7614081e375f898e913a1f1036dc.jpg


Ini kerana beliau akan dilihat sebagai pemimpin Israel yang paling berjaya dalam usaha mewujudkan `Israel Raya’ (Greater Israel).

Pada masa yang sama, kejayaan ini mungkin akan membantu beliau melepaskan diri dari tuduhan salah guna kuasa dan korupsi yang dalam proses perbicaraan di mahkamah Israel sekarang ini.

Oleh kerana apa yang dirancang di atas adalah bertentangan dengan undang- undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sepatutnya masyarakat antarabangsa akan berupaya menyekatnya.

Namun malangnya pendirian masyarakat antarabangsa berkenaan isu ini juga agak lemah kerana banyak kerajaan sedang menghadapi masalah politik dan kewangan dalaman akibat pandemik Covid-19.

Tambahan pula beberapa negara Arab terutama sekali UAE adalah cenderung untuk bekerjasama dengan Israel dan mengadakan normalisasi hubungan dengan Israel kerana mereka merasakan Israel dan Amerika akan membantu kerajaan mereka dalam menghadapi ancaman dari Iran serta ancaman dari golongan prodemokrasi di dalam negara mereka sendiri terutama dari kumpulan Ikhwanul Muslimin.

6c8c95082c036e6bdbbb1819450f9d76.jpg


Pada bulan Julai, Benjamin Netanyahu berkemungkinan akan membentangkan rancangan kerajaannya untuk merampas wilayah Palestin kepada parlimen.

Israel (Knesset) untuk kelulusan. Kerajaan Amerika di bawah kepimpinan Trump dijangka akan mengiktiraf keputusan Knesset itu nanti, tanpa mengira sama ada pihak Palestin di bawah pimpinan Mahmud Abas atau di bawah pimpinan Ismail Haniyeh bersetuju atau tidak dengan keputusan tersebut.

Oleh itu adalah penting bagi masyarakat antarabangsa terus menentang rancangan Israel untuk merampas wilayah Palestin.
BDS Malaysia mengajak rakyat Malaysia bersama dengan Gerakan BDS antarabangsa dalam usaha meyakinkan kerajaan di seluruh dunia untuk terus memboikot Israel.

Gerakan BDS antarabangsa dan Gerakan Global South telah mengeluarkan satu kenyataan terbuka mengutuk perancangan jahat kerajaan Israel untuk merampas wilayah Palestin serta polisi Apartheid yang diamalkan olehnya terhadap rakyat Palestin.

2fc1fb457785c7c47569a369c3c3f232.jpeg


Alhamdulillah BDS Malaysia telah berjaya mengumpulkan sokongan kepada kenyataan Global South ini daripada puluhan ahli akademik bertaraf profesor dari beberapa universiti di Malaysia, serta pengerusi kepada puluhan NGO di Malaysia, serta puluhan ahli Parlimen dari berbagai parti politik.

Adalah diharapkan usaha ini akan membantu mengekalkan polisi terpuji kerajaan Malaysia untuk terus tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan memboikotnya sehingga tiga tuntutan di bawah di penuhi:
1. Israel mesti menghentikan serta merta polisi menduduki sebarang wilayah Palestin di Tebing Barat serta polisi kejamnya mengepung Gaza.
2. Israel mesti membenarkan semua pelarian Palestin pulang ke tanah air mereka selaras dengan resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah diluluskan sejak tahun 1948.
3. Israel mesti memberikan hak sama rata dan keadilan sepenuhnya kepada rakyat Palestin yang menjadi warganegaranya.

PROFESOR MOHD NAZARI ISMAIL ialah pengerusi Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia.


== malaysiakini
 

hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
596
Reaction score
41
Points
20
Israel serang kawasan pertanian Palestin di Gaza

1594099524807.png


Pesawat tempur Israel melancarkan serangan dengan mensasarkan kawasan pertanian di timur Semenanjung Gaza pada Ahad malam, menurut agensi berita Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya menyerang kawasan milik kumpulan Palestin Hamas.

Serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Setakat ini, tiada kumpulan Palestin di Gaza mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.


== malaysiakini
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,729
Reaction score
3,004
Points
201
Israel's Annexation of the West Bank Explained


 
Sponsored Post
Top
Log in Register