UPDATE Perang Gaza Palestin - Israel : PBB keluarkn resolusi bantah pendudukan Israel

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,729
Reaction score
3,004
Points
201
Israel roboh rumah penduduk Palestin

Polis Israel menembak penunjuk perasaan Palestin di Tebing Barat. - Foto REUTERS

RAMALLAH: Israel merobohkan rumah milik dua warga Palestin yang didakwa terbabit dalam serangan bom yang mengorbankan seorang remaja Israel tahun lalu.

Letupan bom pada 23 Ogos tahun lalu berhampiran penempatan Yahudi, Dolev, mengakibatkan Rina Shnerb, 17, terbunuh manakala bapa dan adiknya cedera.

Empat lelaki disyaki anggota Popular Front yang berjuang untuk Pembebasan Palestin ditahan dan dituduh meletakkan bom di tepi jalan.

Berdasarkan kenyataan tentera Israel, pihaknya merobohkan rumah milik Walid Hanatsheh di Ramallah dan Yazan Mughamis berhampiran bandar Birzeit.

Penduduk Palestin yang memprotes tindakan itu dikatakan membakar tayar selain membaling batu dan bom petrol ke arah tentera Israel, yang bertindak balas dengan ‘operasi menyuraikan tunjuk perasaan’.

Keluarga seorang lagi suspek yang ditahan, Kasim Shibli, dimaklumkan rumah mereka di Kobar, dekat Ramallah, juga akan diroboh selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Israel, yang akan mendengar rayuan kes itu pada 16 Mac ini.

Tentera Israel berkata mahkamah sudah menolak rayuan bagi pihak Hanatsheh dan Mughamis sebelum ini manakala suspek keempat, Samer al-Arbeed, hanya mempunyai rumah sewa, bermakna ia tidak boleh diroboh.

Agensi keselamatan Israel, Shin Bet, mengenal pasti Arbeed sebagai dalang utama dan mendakwa kumpulan terbabit sudah lama merancang serangan bersenjata serta penculikan.

Kumpulan sokongan banduan Palestin, Addameer, berkata Arbeed, 44, diseksa ketika disoal siasat pihak berkuasa Israel dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,729
Reaction score
3,004
Points
201
Palestinian teen shot dead by Israeli army in occupied West Bank


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,729
Reaction score
3,004
Points
201
BREAKING: Israeli warplanes struck #Gaza following rocket fire that has targeted southern Israel this morning.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,729
Reaction score
3,004
Points
201
Israel serang kedudukan Hamas

GAZA CITY - Rejim Israel hari ini melancarkan serangan yang mensasarkan kumpulan penentang Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, menurut sumber tentera, lapor agensi berita Anadolu.

Tiga pos pengawal di utara dan tengah Gaza milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas diserang tentera Israel.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah Israel. - Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,773
Reaction score
9,855
Points
1,746
BREAKING NEWS: PALESTIN HAPUSKAN SEMUA PERJANJIAN DENGAN ISRAEL DAN AMERIKA

1. Kejutan besar berlaku beberapa jam lalu apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengisytiharkan untuk menamatkan semua perjanjian dengan Israel dan Amerika Syarikat.

2. Keputusan mengejut ini menyaksikan sekurang-kurangnya tiga perjanjian damai antara Palestin dengan Israel dan Amerika terbatal iaitu Oslo Accords (1993), Hebron Agreement (1997) dan Wye River Agreement (1998).

3. Palestin bertegas untuk mencapai kemerdekaan serta haknya melalui siri ‘Arab Peace Initiative’ serta resolusi legitimasi antarabangsa, khususnya Resolusi Majlis Keselamatan 1515, Resolusi 2334 tentang Baitulmaqdis dan petempatan, Resolusi 194 PBB tentang pelarian, serta Resolusi Perhimpunan Agung PBB 19/67 tentang keanggotaan negara Palestin.

4. Sebagai ganti terhapusnya perjanjian Palestin-Israel dan Amerika ini, Mahmoud Abbas menyeru penglibatan kuasa-kuasa lain dalam Kuartet yang dianggotai Rusia, PBB, dan Kesatuan Eropah untuk bersama-sama mengimbangi hegemoni Amerika Syarikat dalam rundingan damai berterusan demi Palestin. Palestin turut menegaskan keyakinan dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

5. Keputusan ini diisytiharkan Mahmoud Abbas susulan terbentuknya kerajaan gabungan Israel antara Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz yang bersepakat untuk merasmikan perampasan wilayah (atau pengilhakan; annexation) Tebing Barat Palestin yang sekarang dijajah secara haram oleh Zionis Israel pada 1 Julai 2020 ini dengan restu Amerika Syarikat.

6. Keputusan Zionis Israel dan sekutu Amerikanya ini merupakan penghinaan tambahan ke atas umat Islam selepas pengumuman peta ‘Deal of the Century’ tajaan Donald Trump pada penghujung Januari lalu. Terbaru, Zionis tambah bersemangat dengan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo baru-baru ini.

7. Kerajaan Palestin juga mengumumkan bahawa mereka berpegang teguh dengan kesepakatan perundangan antarabangsa yang jelas menetapkan sempadan Palestin seperti mana peta 4 Jun 1967 iaitu sebelum Perang 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin yang berdaulat.

8. Presiden Mahmoud Abbas menyeru kerajaan di seluruh dunia supaya mengecam pelan ‘Deal of the Century’ serta perasmian penjajahan (pengilhakan) Tebing Barat yang dirancang Zionis dan Amerika ini; ia jelas merupakan jenayah terancang ke atas kedaulatan Palestin.

9. Presiden Mahmoud Abbas menutup ucapan beliau dengan sumpah berikut: “Kami bersumpah demi para pejuang kami yang telah mati syahid serta wira kami yang ditahan di penjara serta yang tercedera, bahawa kami akan kekal setia dengan sumpah setia kami hingga kemenangan, kebebasan, dan kemerdekaan, bersama-sama menaikkan panji Palestin di atas Masjid Al-Aqsa dan Gereja Suci Sepulcher di Baitulmaqdis, yang selama-lamanya merupakan ibu kota negara Palestin kita”.

Sama-sama kita umat Islam di Malaysia mendoakan yang terbaik buat perjuangan saudara kita di bumi Palestin di penghujung Ramadan ini. Sesungguhnya segala yang terjadi di bumi Palestin kini membenarkan janji Allah menjelang akhir Zaman.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

6. Keputusan Zionis Israel dan sekutu Amerikanya ini merupakan penghinaan tambahan ke atas umat Islam selepas pengumuman peta ‘Deal of the Century’ tajaan Donald Trump pada penghujung Januari lalu. Terbaru, Zionis tambah bersemangat dengan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo baru-baru ini.

7. Kerajaan Palestin juga mengumumkan bahawa mereka berpegang teguh dengan kesepakatan perundangan antarabangsa yang jelas menetapkan sempadan Palestin seperti mana peta 4 Jun 1967 iaitu sebelum Perang 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin yang berdaulat.

8. Presiden Mahmoud Abbas menyeru kerajaan di seluruh dunia supaya mengecam pelan ‘Deal of the Century’ serta perasmian penjajahan (pengilhakan) Tebing Barat yang dirancang Zionis dan Amerika ini; ia jelas merupakan jenayah terancang ke atas kedaulatan Palestin.

9. Presiden Mahmoud Abbas menutup ucapan beliau dengan sumpah berikut: “Kami bersumpah demi para pejuang kami yang telah mati syahid serta wira kami yang ditahan di penjara serta yang tercedera, bahawa kami akan kekal setia dengan sumpah setia kami hingga kemenangan, kebebasan, dan kemerdekaan, bersama-sama menaikkan panji Palestin di atas Masjid Al-Aqsa dan Gereja Suci Sepulcher di Baitulmaqdis, yang selama-lamanya merupakan ibu kota negara Palestin kita”.

Sama-sama kita umat Islam di Malaysia mendoakan yang terbaik buat perjuangan saudara kita di bumi Palestin di penghujung Ramadan ini. Sesungguhnya segala yang terjadi di bumi Palestin kini membenarkan janji Allah menjelang akhir Zaman.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.


Abdul Muein Abadi

4 jam
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,773
Reaction score
9,855
Points
1,746
GLOBAL l Presiden Mahmoud Abbas berkata tindakan itu sebagai membantah rancangan rejim zionis mengilakkan sebahagian wilayah Tebing Barat.


Palestin hapus semua perjanjian dengan Israel, Amerika
Diterbitkan Hari ini 12:50 pm

Dikemaskini Hari ini 12:50 pm



GLOBAL l Palestin pada Selasa menghapuskan semua perjanjian serta kesepakatan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah rancangan rejim zionis itu untuk mengilakkan sebahagian wilayah Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua.

"Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Negara Palestin, mulai hari ini bebas daripada semua kewajipan perjanjian dan persefahaman dengan Amerika dan Israel, termasuk perjanjian keselamatan," kata Presiden Mahmoud Abbas di Ramallah.

Abbas berkata Israel perlu menggalas tanggungjawab dan kewajipan terhadap semua akibat serta kesan sebagai pihak penjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949.

Keputusan itu sebagai tindak balas terhadap pengisytiharan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai rancangannya untuk tambah milik sebahagian wilayah Tebing Barat dan melaksanakan undang-undang mengenai penempatan Israel yang dibina di kawasan itu, sebaik barisan kabinet kerajaan baharu dibentuknya mengangkat sumpah jawatan di parlimen pada Ahad.


Dalam ucapannya, Abbas menyatakan pentadbiran AS "bertanggungjawab penuh atas penindasan terhadap rakyat Palestin dan kami menyifatkan AS sebagai dalang utama dalam semua keputusan dan tindakan agresif Israel terhadap rakyat kita."

Beliau mendesak negara yang membantah pelan damai Presiden Donald Trump, dikenali 'Deal of the Century', untuk mengambil "langkah-langkah pencegahan dan mengenakan sekatan serius untuk menghalang rejim Israel terus menjajah hak rakyat Palestin."

Abbas berkata Palestin akan terus mara ke hadapan dengan menandatangani lebih banyak perjanjian dan konvensyen antarabangsa.

"Kami akan terus berjuang mempertahankan hak rakyat kami menerusi saluran pihak berkuasa dan mahkamah antarabangsa. Dalam konteks ini, kami yakin dengan kebebasan dan integriti Mahkamah Jenayah Antarabangsa," tambahnya.

- Bernama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,528
Reaction score
11,443
Points
2,376

KONFLIK TEBING BARAT | Malaysia Kutuk Pengilhakan Wilayah Palestin Oleh Zionis - Wisma Putra​

Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian untuk mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,528
Reaction score
11,443
Points
2,376
Malaysia komited terhadap sokongannya dalam perjuangan Palestin menentang sebarang ancaman Israel.

Perkara itu diputuskan selepas Mesyuarat Maya Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pautan -
 
Sponsored Post
Top
Log in Register