BTC USD 87,444.8 Gold USD 3,009.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Perang Gaza Palestin 🇪🇭 - Israel 🇮🇱 : Maut: Lebih 38 Ribu, Cedera: Lebih 87 Ribu, Kediaman Musnah: Lebih 138 Ribu

Tinggalkan tanda LIKE anda

Hargai sumbangan ahli yang berkongsi video dan gambar terkini dengan tanda LIKE. Tanpa usaha mereka thread ini tidak mungkin akan dikemaskini dengan baik.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
453,109
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Mar 15, 2010
Messages
453,109
Reaction score
37,110
Points
2,836
Awards
2
Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.


--
 
Pejuang Palestine serang Israel

7 October 2023
Screenshot-2023-10-07-143620
Tangkap layar kebakaran di Israel selepas diserang roket pejuang Hamas
KUALA LUMPUR – Pejuang Palestin dilaporkan melancarkan serangan terbesar ke arah Israel dari Gaza hari ini.

Beberapa laporan menyebut kumpulan terbabit melancarkan lebih 5,000 roket bermula dari 6:30 pagi waktu tempatan berterusan selama hampir setengah jam.

Roket yang ditembak dari Gaza dipercayai mendarat di Ashkelon dan sekurang-kurangnya seorang terbunuh di kawasan Kfar Aviv di Israel.

Siren amaran telah dibunyikan di dalam dan sekitar Gaza serta tengah dan selatan Israel sejauh Tel Aviv dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Pasukan pejuangan berkenaan juga dilaporkan menyusup ke kawasan selatan Israel di tengah-tengah serangan roket yang dilepaskan.

Sekurang-kurangnya seorang wanita maut dan mencederakan 15 yang lain, kata pekerja perubatan Israel.

Komander kanan Hamas Mohammad Deif mengumumkan permulaan “Operasi Al-Aqsa Flood” dalam siaran media dan menyeru rakyat Palestin untuk turut serta.

Pengguna media sosial turut berkongsi video mendakwa kereta kebal Israel yang terbakar, serta kejadian tembakan antara tentera pejuang Palestine dan Israel.

Pertempuran itu berlaku selepas ketegangan meningkat beberapa minggu lalu serta kira-kira 200 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sepanjang tahun ini.- Agensi

11 anggota misi WBG termasuk Dr Fauziah yang ditahan Israel dibebaskan - MyCARE

71475803845_wbg.jpg

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan

Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat

Beliau berkata menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari Penjara Givon di Ramla (Bandar di tengah Israel) ke pusat tahanan sementara di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Israel

Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod

http://www.astroawani.com/berita-ma...-yang-ditahan-israel-dibebaskan-mycare-118661

'Semakin dekat dengan Gaza...'

boat.gif_1475665005.jpg

Kuala Lumpur: Kapal Zaytouna-Olive yang membawa 13 ahli misi Women's Boat to Gaza (WBG) kini berada di kedudukan 70 batu nautika menuju ke arah pantai Gaza, Palestin

Kapal berkenaan dilaporkan berjaya tiba di perairan antarabangsa yang dikawal tentera Israel pada 10.30 pagi tadi waktu tempatan (3.30 petang, Malaysia)

Dr Fauziah Mohd Hasan ketika menghubungi Pusat Krisis Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) hari ini berkata, setakat ini pelayaran mereka berjalan lancar tanpa melihat kehadiran kapal Israel

"Kami merasakan semakin dekat dengan Gaza dan membuat lagu khas untuk rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak sedang menunggu kami di pantai

"Maklumat dari wakil Al Jazeera di Jerusalem memaklumkan tentera Israel tidak akan menggunakan kekerasan jika menangkap kami

"Kami mohon dunia terus mendoakan kami berjaya mengharungi cabaran terakhir ini," katanya

Sementara itu, menurut laporan Al Jazeera Mubasher Channel, kapal tentera Israel sedang bergerak dari pelabuhan Ashdod menuju ke laluan kapal Zaytouna-Olive bagi memintas perjalanan misi WBG

Misi WBG anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) itu menjangkau hari ke-21 pelayaran dari Sepanyol menuju ke Gaza sebagai tanda solidariti wanita membawa mesej keamanan demi pembebasan Palestin yang disekatrejim Zionis sejak lebih satu dekad lalu

http://www.hmetro.com.my/node/171741


Kronologi permulaan Hamas menyerang kedalam Israel

Berikut thread berkaitan perkembangan perang di Timur Tengah
Boleh baca dan update mengikut kesesuaian info terkini dan juga perbincangan lebih terarah mengikut tajuk thread 😀





Last edited:
Sponsored Post

kalau damsyik (syria) dah dibebas'n, next is baitulmaqdis. xsilap aku ada hadis psl ni. sbb tu basyar seboleh2 taknak kerajaan dia jatuh sbb nak lindungi kawan karib dia israel. lalu dimintanya p'tolongan dr iran, hizbulah, rusia, etc2. FSA minta p'tolongan dr Allah & sebaik2 pemberi p'tolongan ialah Allah. bila jatuh jer basyar, israel ialah sasaran seterusnya. wallahualam..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register