UPDATE: Penuntut UPNM mati ditekap seterika, 36 ditahan, 5 didakwa bunuh

CG Sponsors




teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,876
Reaction score
196
Points
43
Semua suspek Islam. Keturunan pun Islam. Nama cantik2 pula tu starting dengan "Muhammad ".

Tapi perangai macam bukan manusia.
 
Sponsored Post

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,324
Reaction score
671
Points
121
Malas nak komen geng2 beruniform ni.. Kalau orang luar komen psl ragging dorang perli balik ni keperluan, latihan nak kasi kuat..

Padahal ia menggalakkan keganasan cam kes ni
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,685
Reaction score
291
Points
141
Tertuduh Minta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi hari ini.

Turut mengundang kesedihan apabila Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, mendedahkan bahawa Zulfarhan, yang membahasakan dirinya sebagai Along, memberitahu yang dia merindui kedua-dua ibu bapanya dan mahu memohon maaf.

Ibu mangsa yang berada di galeri awam kelihatan menitiskan air mata selepas tertuduh kedua itu memberitahu kejadian tersebut.

Menceritakan detik berkenaan, Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Ketika itu Muhammad Akmal keluar membeli ‘Oral Rehydration Salt’ (ORS).

“Pada waktu itu Zulfarhan ada muntah sekali. Bila saya membersihkan muntahnya, Zulfarhan memberitahu saya dia minta maaf dekat saya sebab dia menyusahkan saya. Saya bagi tahu dia tak ada masalah kita kawan dan Zulfarhan bagi tahu dia rindu mak dan ayahnya dan mahu minta maaf.

“Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku sakit. Saya rasa pelik kenapa tiba-tiba dia cakap macam itu.

“Tiba-tiba dia (Zulfarhan) mengimbau kenangan saya tumpang rumah dia di Johor Bahru. Saya bagi tahu Zulfarhan, apa yang jadi pun aku tetap dengan kau, kau kena kuat, minggu depan dah nak peperiksaan dan Zulfarhan bagi tahu dia sayang saya,” katanya dan menambah ketika itu Zulfarhan berada dalam keadaan lemah.

“Zulfarhan beritahu dia mahu baring atas comforter (selimut) secara meniarap. Selang beberapa minit Muhammad Akmal lihat Zulfarhan tidak bergerak dan memanggil nama Zulfarhan, namun tiada tindak balas daripada Zulfarhan, lalu saya pegang tangan dia (Zulfarhan) dan saya rasa tangan dia sejuk,” katanya.

Tertuduh kemudian menelefon ambulans dan sebelum ambulans tiba, pihak hospital memberi arahan kepada mereka supaya mengerengkan Zulfarhan.

“Anggota parademik yang tiba membuat pemeriksaan, tiada tindak balas daripada Zulfarhan dan selepas itu Zulfarhan dibawa ke Hospital Serdang.

“Tiba di hospital saya dan Muhammad Akmal melakukan pendaftaran di wad kecemasan hospital itu. Kakitangan hospital memberitahu kami Zulfarhan masih ada nadi dan pada 9.30 malam seorang doktor bagi tahu Zulfarhan sudah meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Azamuddin membuat permohonan maaf itu selepas peguamnya, Amer Hamzah Arshad menyoalnya sama ada mahu bercakap sesuatu kepada keluarga Zulfarhan.

“Saya mewakili sahabat-sahabat saya memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya dalam keadaan sebak ketika pemeriksaan utama oleh Amer Hamzah semasa membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Dia berkata hubungannya dengan Zulfarhan diibaratkan seperti “seutas tasbih yang mana ada awalnya dan tiada berpenghujung”.

“Walapun Zulfarhan sudah pergi bertemu pencipta, saya dan rakan-rakan sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Pengenalan kami (tertuduh dan Zulfarhan) bermula 2014, walaupun saya dan Zulfarhan berbeza dalam jurusan tetapi UPNM yang menanamkan erti persahabatan dan prinsip ‘no man left behind’ menyebabkan saya dan dia berkawan baik,” katanya.

Dalam keterangannya, Muhammad Azamuddin berkata pada 22 Jun 2017, dia hanya melalukan seterika wap itu di bahu dan peha Zulfarhan selama satu saat.

“Saya guna seterika itu pada bahu dan peha Farhan tetapi masa buat seterika dan Farhan tidak bersentuhan.

“Saya ambil seterika wap itu apabila Mubin (rakan tertuduh) cakap Zulfarhan kena ajar sikit, selepas itu saya gunakan,” katanya apabila ditanya Amer Hamzah bila tertuduh mengambil seterika itu.

Semasa ditanya mengapa menggunakan seterika wap itu, tertuduh menjawab: “Saya hanya menggertak atau menakutkan Zulfarhan”.

Ditanya lagi mengapa melakukan perbuatan tersebut yang boleh menyebabkan kematian sedangkan dia dan Zulfarhan bersahabat baik, Muhammad Azamuddin menjawab: “Pada saya, tindakan saya hanya untuk menasihati Zulfarhan sebab saya tahu bagaimana perangai Zulfarhan.

“Ketika saya melakukan perbuatan itu saya langsung tidak tahu ia mampu mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana pada ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan dan saya tiada niat untuk mencederakan (Zulfarhan), jauh sekali untuk saya melakukan pembunuhan,” katanya.

Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung esok.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...-tertuduh-minta-maaf-pada-keluarga-zulfarhan/
not buying this sh1t, susah aku nak bersangka baek
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,955
Reaction score
21,022
Points
1,671
Perbicaraan 6 Nov 2019

Tak mengaku tekap kemaluan si mati dengan seterika

TERTUDUH kedua kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menafikan ada menekap kemaluan mangsa menggunakan seterika wap.


Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, berkata dia sebaliknya hanya melalukan sahaja seterika itu di bahu dan peha Zulfarhan.

Ketika dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim sama ada kecederaan pada bahu, peha dan kemaluan Zulfarhan dilakukan rakannya yang lain, Muhammad Zuhairi berkata, ‘Saya tak tahu’.

Terdahulu, Julia menunjukkan gambar bedah siasat Zulfarhan yang juga eksibit mahkamah kepada Muhammad Azammudin.

JULIA: Apa yang terdapat pada peha Zulfarhan?

MUHAMMAD AZAMMUDIN: Kesan luka

JULIA: Pada kemaluan mangsa ada nampak kesan cedera?

MUHAMMAD AZAMMUDIN: Ada

JULIA: Saya cadangkan ketika kejadian, mangsa ditekap dengan seterika wap dan kamulah yang melakukannya?

MUHAMMAD AZAMMUDIN: Saya tak bersetuju

Pada prosiding sebelum ini, Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr Salmah Arshad, 37, memberitahu hasil bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur darjah 1 hingga darjah 3 di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar Zulfarhan Osman.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap tubuh Zulfarhan mendapati mangsa tidak mempunyai apa-apa risiko penyakit sama ada diabetes atau asma.

Dalam prosiding itu, Mahkamah Tinggi ditunjukkan dengan demonstrasi penggunaan seterika wap digunakan tertuduh kedua terhadap Zulfarhan.

Pihak pendakwaan menunjukkan bahan bukti kes itu dan menunjukkan cara penggunaan serta menerangkan mengenai tahap kepanasan seterika dengan suhu rendah, pertengahan dan paling tinggi.

Julia dilihat meletakkan seterika pada tahap paling tinggi dan wap kemudian dihalakan pada tapak tangan serta lengan seorang anggota polis mahkamah dan polis terbabit berkata ‘Ya, ia panas’.

Hakim Datuk Azman Abdullah kemudian turut mencuba seterika itu dan dihalakan pada tapak tangannya pula.

Menceritakan semula kejadian, tertuduh mengakui Zulfarhan tidak memakai baju dan seluar dan hanya memakai ‘boxer’ ketika kejadian di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM pada 22 Mei 2017.

JULIA: Saya cadangkan Zulfarhan tidak memakai baju hanya memakai ‘boxer’, walaupun seterika wap tidak menyentuh Zulfarhan tetapi wap itu terkena pada Zulfarhan dan akan merasa sakit serta panas.

MUHAMMAD AZAMMUDIN: Setuju

JULIA: Saya cadangkan apabila guna seterika pada mangsa, kamu tahu ia akan terkena secara langsung pada tubuh badan?

MUHAMMAD AZAMMUDIN: Tidak setuju

Muhammad Azammudin juga tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa kerika kejadian dia dan tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, 23, mengikat tangan dan kaki Zulfarhan menggunakan tali pinggang taekwando.

Selain itu, tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa hubungan persahabatan tertuduh dengan Zulfarhan sudah putus apabila dia membiarkan rakannya itu dipukul dengan mengenakan seterika wap selain gagal menghentikan perbuatan itu.

Enam penuntut UPNM Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 23 tahun dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama 12 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer.

Perbicaraan bersambung esok.


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,894
Reaction score
3,445
Points
236
Mahkamah Di Tunjukkan Cara Seterika Wap Di Guna Pada Zulfarhan

07.11.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi hari ini ditunjukkan dengan demonstrasi seterika wap yang digunakan tertuduh kedua pada mangsa.

Bahan bukti kes itu dibawa masuk ke mahkamah selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memohon untuk melakukan demonstrasi dan menerangkan tahap kepanasan seterika wap itu yang mempunyai suhu rendah, pertengahan dan paling tinggi.

Pada prosiding itu, Julia melakukan demonstrasi dengan meletakkan seterika berkenaan pada tahap paling tinggi dan wap tersebut dihalakan kepada tapak tangan serta lengan seorang anggota polis mahkamah dan apabila ditanya Julia adakah terasa panas, anggota itu menjawab “ya, panas”.

Hakim Datuk Azman Abdullah juga mencuba seterika tersebut dan menghalakan wap di tapak tangannya pada jarak sejengkal.

Terdahulu, semasa pemeriksaan balas oleh Julia, tertuduh kedua Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, bersetuju bahawa semasa kejadian pada 22 Mei 2017 (di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM), Zulfarhan tidak memakai baju hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam lelaki yang longgar).

Julia: Saya cadangkan semasa kejadian, Zulfarhan tidak memakai baju hanya memakai boxer, walaupun seterika wap tidak menyentuh Zulfarhan tetapi wap itu terkena pada Zulfarhan dan akan merasa sakit serta panas.

Muhammad Azamuddin: Setuju Yang Arif.

Bagaimanapun dia tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa dia telah menggunakan seterika wap secara terus pada tubuh badan Zulfarhan bukan hanya melalukan sahaja.

Muhammad Azamuddin juga tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa dia bukan hanya mengenakan seterika wap pada bahu dan peha Zulfarhan, malah melakukan perbuatan itu sekurang-kurangnya 18 kali.

Dia juga menolak cadangan Julia bahawa dia ada menekap kemaluan mangsa dengan menggunakan seterika wap kerana terdapat kesan melecur pada bahagian itu.

Muhammad Azamuddin turut tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa semasa kejadian dia dan tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, 23, mengikat tangan dan kaki Zulfarhan menggunakan tali taekwando.

Berhubung dengan cadangan Julia bahawa dalam konteks ketenteraan tertuduh gagal mempraktikkan prinsip ‘no man left behind’ kerana telah membenarkan rakan sepasukan dipukul dan diseterika, Muhammad Azamuddin menjawab “tidak setuju”.

Julia: Saya cadangkan, walaupun awak kata hubungan awak dengan Zulfarhan ibarat “seutas tasbih yang mana ada awalnya dan tiada berpenghujung”, setuju tak sekiranya saya katakan apabila tasbih itu putus sudah tiada penghujung

Muhammad Azamuddin: Setuju.

Kepada cadangan Julia bahawa hubungan tertuduh dengan Zulfarhan sudah putus apabila dia membiarkan rakannya itu dipukul selain mengenakan seterika wap dan gagal menghentikan perbuatan itu, Muhammad Azamuddin berkata: “tidak setuju”.

Sementara itu, semasa pemeriksaan semula oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakilinya, tertuduh berkata secara peribadi dia langsung tidak mengetahui perbuatannya itu boleh menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana tiada kesan pada bahu dan peha mangsa selepas melalukan seterika wap pada dua bahagian tersebut.

Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung esok.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...kkan-cara-seterika-wap-diguna-pada-zulfarhan/
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,726
Reaction score
709
Points
121
not buying this sh1t, susah aku nak bersangka baek
tu la... kalo kawan baik.. nape tak tolong masa kena tu.

sekapal ngn tuan, tak terpedaya ngn lakonan ni.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,894
Reaction score
3,445
Points
236
Zulfarhan Menjerit Semasa Saya Pegang Seterika Wap - Tertuduh Ketiga

07.11.2019 - Kuala Lumpur, Tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mangsa menjerit semasa dia memegang seterika wap.

Muhammad Najib Mohd Razi, 23, berkata kejadian itu bermula semasa dia menuju ke katil di biliknya di 4-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, pada 5 pagi 22 Mei 2017.

Dia berkata tertuduh keenam, Abdoul Hakeem Mohd Ali, menghalangnya daripada menuju ke katil di biliknya sebelum menyoalnya dari mana dia datang.

“Saya jawab dari mengulang kaji di bilik 4-11, selepas itu dia suruh saya buat sekali. Pada masa yang sama, tiba-tiba ada orang hulur seterika wap pada saya dan saya pegang seterika itu. Saya baru nak pusing menghadap Abdoul Hakeem, Zulfarhan telah menjerit, saya terkejut dan terus melepaskan seterika di meja belajar.

“Selepas itu saya minta kebenaran daripada Abdoul Hakeem untuk tidur dan dia benarkan. Saya terus ke katil dan tidur,” katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon yang mewakilinya semasa prosiding membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Muhammad Najib berkata sebelum kejadian itu, antara pukul 1 hingga 4.30 pagi, pada 22 Mei 2017 dia tidak terlibat dalam kejadian soal jawab tentang kehilangan komputer riba tertuduh pertama, di bilik 4-10 dan tidak melakukan sebarang kecederaan ke atas mangsa yang boleh menyebabkan kematian, pada jam 4. 45 hingga 5.40 pagi hari sama.

Disoal Hakim Azman, siapa yang memberinya seterika wap tersebut, tertuduh menjawab: “tidak perasan”.

“Saya nampak Zulfarhan ada dalam bilik (4-10), dia duduk atas lantai,” jawabnya ketika disoal hakim sama ada Zulfarhan berada di dalam bilik pada masa itu dan bagaimana keadaannya.

Sebelum itu, ketika ditanya peguam Zambri Idrus yang mewakili Abdoul Hakeem mengenai tertuduh mempunyai pilihan untuk beredar dari situ (bilik 4-10) apabila anak guamnya menghalang tertuduh dan dia berada di situ atas pilihannya sendiri, Muhammad Najib menjawab “tidak bersetuju”.

Tertuduh juga mengakui dia tidak pernah membuat laporan polis tentang tindakan Abdoul Hakeem yang memintanya bertindak demikian.

Muhammad Najib, pelajar jurusan Kejuruteraan Awam di UPNM, menolak cadangan Zambri bahawa tindakan Abdoul Hakeem mengarahnya membuat sekali adalah fitnah dan dendamnya (Muhammad Najib) terhadap Abdoul Hakeem.

Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, apa yang dimaksudkan ‘buat sekali’ oleh Abdoul Hakeem, Muhammad Najib berkata dia tidak tahu maksud tersebut.

Tertuduh tidak bersetuju dengan Julia bahawa Abdoul Hakeem mengarahkan dia dan lima tertuduh lain menekap seterika wap ke atas tubuh badan Zulfarhan Osman.

Cadangan Julia bahawa tertuduh tidak memilih untuk keluar dari bilik (4-10) kerana mahu mengambil bahagian memukul dan menekap seterika wap kepada Zulfarhan, juga ditolak Muhammad Najib.

Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung 3 dan 4 Dis.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...asa-saya-pegang-seterika-wap-tertuduh-ketiga/
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,226
Reaction score
10,013
Points
1,896
Zulfarhan jerit ‘jangan’ ketika ditekap seterika wap, tertuduh beritahu mahkamah
Bernama
-
December 4, 2019 7:50 AM



Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: “Jangan” kata Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain semasa tertuduh ke-4 menekap seterika wap yang panas dan berasap sebanyak 2 kali di bahagian pahanya.

Tertuduh ke-4 itu, Muhammad Afif Najmudin Azahat, 23, memberitahu di Mahkamah Tinggi bahawa Zulfarhan berkata demikian dengan suara yang kuat semasa dia melakukan perbuatan itu.

Selepas mengaku melakukan perbuatan itu, Afif Najmudin turut menunjukkan cara dia meletakkan seterika wap tersebut kepada Zulfarhan di hadapan Hakim Azman Abdullah selepas peguam Seri M Ramachelvam yang mewakilinya memintanya berbuat demikian.

Afif Najmudin berkata pada 22 Mei 2017, kira-kira pukul 4.30 pagi, dia menghampiri Zulfarhan dan mendapati keadaannya ketika itu berpeluh dan tiada kesan kecederaan selepas tertuduh ke-2, Muhammad Azamuddin Mad Sofi menggunakan seterika wap ke atas mangsa.

“Kemudian ketika Zulfarhan disoal mengenai kes kecurian, keadaan menjadi tegang serta kecoh dan seseorang menyerahkan seterika wap kepada saya dan saya secara spontan guna seterika itu kepada Zulfarhan di bahagian pahanya sebanyak 2 kali tetapi tidak sampai sesaat,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Ramachelvam pada prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Zulfarhan.

Ditanya Ramachelvam bagaimana reaksi Zulfarhan ketika tertuduh menekap seterika wap itu di paha mangsa, Afif Najmudin menjawab: “Zulfarhan tarik kaki dia dan dia seolah-olah mengerekot serta meninggikan suara.

“Selepas guna seterika wap, saya letak (seterika) atas meja dan tidak buat apa-apa lagi dan kemudian balik ke bilik saya di 3-3, blok penginapan asrama Jebat, UPNM sebelum waktu Subuh,” katanya.

Tertuduh itu berkata dia mengetahui terdapat kecederaan pada Zulfarhan akibat kejadian itu apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya pada 26 Mei 2017, yang mana pada masa itu waktu cuti.

Afif Najmudin berkata dia bersama tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, tertuduh ke-6 Abdoul Hakeem Mohd Ali, saksi ke-12 Muhammad Sufi Mohd Mustapha membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bangi menaiki kereta tertuduh ke-16 Muhammad Hasif Ismail pada 27 Mei 2017, 12 tengah hari.

“Setelah selesai rawatan di klinik, saya minta Muhammad Hasif menghantar saya ke Terminal Bas Selatan untuk saya pulang ke rumah saya di Negeri Sembilan,” katanya.

Tertuduh berkata selain sama kadet dan kelas asasi di UPNM, hubungannya dengan Zulfarhan baik dan tiada kebencian serta dendam terhadap mangsa.

“Saya langsung tiada niat untuk mencederakan dan menyebabkan kematian ke atas Zulfarhan. Saya tidak tahu kegunaan seterika wap akan menyebabkan kecederaan pada Zulfarhan ketika itu,” katanya.

Semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim adakah seterika wap itu bersentuhan dengan kulit Zulfarhan kerana ketika itu mangsa hanya memakai “boxer” (seluar dalam longgar) tertuduh menjawab:” Betul Yang Arif”.

Ditanya perkataan yang disebut Zulfarhan semasa dia meninggikan suaranya, Afif Najmudin berkata: “jangan”.

“Zulfarhan tidak lari dan dia duduk sahaja di lantai,” jawab Afif Najmudin apabila ditanya Hakim Azman adakah mangsa lari semasa dia ditekap seterika wap.

Hakim Azman: Seterika itu ada keluar asap?

Afif Najmudin: Ada Yang Arif, saya tahu dia (seterika) panas tapi tidak tahu panas yang macam mana.

Kepada soalan Hakim Azman sama ada tertuduh tahu secara logiknya asap yang keluar dari seterika wap sama seperti air yang mendidih, Afif Najmudin menjawab “nak dikatakan keluar wap, tahap (suhu) paling rendah pun keluar wap juga, jadi saya tak pasti.”

Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Semua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung hari ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,226
Reaction score
10,013
Points
1,896


Zulfarhan jerit bila seterika wap ditekap di kaki - Tertuduh kelima
Bernama
Diterbitkan Hari ini 6:04 petang

Tertuduh kelima dalam perbicaraan kes bunuh pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa mangsa menjerit "jangan buat lagi", menarik kaki dan menepis semasa dia menekap seterika wap di bahagian kaki mangsa.

Mohamad Shobirin Sabri, 23, berkata dia secara spontan menekap seterika wap itu di bahagian kaki Zulfarhan selepas seseorang yang tidak dapat dipastikan menyerah seterika itu kepadanya.

"Pada 22 Mei 2017 lebih kurang pukul 4.30 pagi, saya pergi ke bilik 4-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM dan saya dengar beberapa orang sedang menyoal siasat Zulfarhan mengenai kes kecurian barang di blok asrama itu.

"Selang beberapa minit, saya ingin keluar daripada bilik tersebut kerana kebetulan waktu itu saya mahu bersiap untuk solat Subuh di masjid. Semasa mahu keluar dari bilik, seseorang yang saya tidak pasti menyuruh saya menggunakan seterika wap kepada Zulfarhan dan saya secara spontan menggunakan seterika itu kepada Zulfarhan sekali sahaja.

"Selepas itu saya meletakkan seterika wap itu di atas meja dan terus kembali ke bilik saya di 5-2, blok penginapan asrama Jebat, UPNM," katanya disoal peguamnya Hazman Ahmad pada prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Zulfarhan.

Seterika panas, berasap

Mohamad Shobirin berkata dia mengetahui rakan-rakannya termasuk tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi Azmal membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bangi untuk mendapatkan rawatan semasa berada di sebuah hotel di Bangi pada 27 Mei 2017.

"Saya melihat ada balutan bandage di beberapa bahagian tubuh badan Zulfarhan dan semasa bersembang, Zulfarhan memberitahu saya bahawa dia berada dalam keadaan OK," katanya yang merupakan anak sulung daripada 10 beradik.

Tertuduh berkata sepanjang 28 Mei hingga 30 Mei 2017, dia tidak pernah melawat Zulfarhan sehinggalah mengetahui kematian mangsa pada 1 Jun pukul 10.30 malam semasa berkumpul di hadapan Wisma Pegawai Kadet.

Semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim mengenai perkataan yang disebut Zulfarhan semasa dia menjerit, tertuduh menjawab: "Jangan buat lagi".

Tertuduh bersetuju dengan Julia bahawa dia mempunyai pengetahuan bahawa seterika wap itu berasap dan panas, namun tetap menekapnya di bahagian kaki Zulfarhan.

"Benar Yang Arif," jawab Mohamad Sobirin selepas ditanya Julia adakah semasa kejadian dia mempunyai pilihan untuk menekap atau tidak seterika wap ke atas Zulfarhan.

Kepada cadangan Julia bahawa Zulfarhan menjerit kerana dia berada dalam keadaan kesakitan memandangkan seterika wap itu panas dan keluar wap, Mohamad Sobirin menjawab: "Benar ia berwap".

Julia: Setuju tak kalau keluar wap maknanya panas?

Mohamad Sobirin: Setuju Yang Arif.

Mohamad Sobirin, antara 18 pelajar UPNM yang diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan, juga bersetuju dengan Julia bahawa perbuatannya itu salah.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.






Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa mencedera mangsa bagi mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 26 Feb depan.

- Bernama

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,955
Reaction score
21,022
Points
1,671
Tertuduh nafi arah tekap seterika



TERTUDUH keenam dalam perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menafikan dia dalang mengarahkan rakannya mencederakan mangsa menggunakan seterika wap.


Abdoul Hakeem Mohd Ali, 24, turut menafikan di Mahkamah Tinggi hari ini dia sendiri mencucuh seterika wap ke atas Zulfarhan bagi mendapatkan pengakuan berkenaan beberapa barangan antaranya wang tunai dan komputer riba yang didakwa dicuri mangsa.

“Saya tidak bersetuju saya adalah dalang dalam kejadian ini kerana pada malam itu, saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan pun.

“Saya tidak tahu tetapi saya rasa Mubin Mustaza (seorang lagi rakan mereka) adalah puncanya,” kata tertuduh yang memegang jawatan sebagai Ketua Intake bagi pelajar kadet dalam kumpulan ambilannya, termasuk Zulfarhan.

Menceritakan semula kejadian pada malam 22 Mei 2017 itu, Abdoul Hakeem berkata dia menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp daripada Mubin yang bertanyakan sekiranya dia ada melihat Zulfarhan.

“Mubin beritahu saya bahawa duitnya hilang dan mengesyaki Zulfarhan mengambilnya. Ramai juga pelajar lain turut kehilangan barang tetapi saya tidak tahu jumlah sebenar.

“Saya beritahu Mubin saya tidak tahu Zulfarhan di mana dan selepas menyiapkan tugasan, saya terus pergi ke bilik Zulfarhan di 3-6 untuk mendapatkan kepastian mengenai aduan Mubin tetapi ketika saya tiba, hanya rakan sebilik Zulfarhan dikenali sebagai ‘Syafiq’ ada ketika itu,” katanya pada pemeriksaan utama oleh peguamnya Zambri Idrus pada prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Zulfarhan.

Tertuduh berkata dia bertanyakan kepada Syafiq tentang keberadaan Zulfarhan dan dimaklumkan mangsa telah mengikuti Mubin dan seorang lagi rakan mereka yang merupakan saksi pendakwaan ke-24, Ahmad Senabil Mohamad ke bilik 4-10.

“Sebaik tiba di bilik 4-10, saya nampak sekumpulan pelajar sedang berada di dalam bilik tersebut dan mengelilingi Zulfarhan yang sedang duduk di atas kerusi di tengah-tengah.

“Mereka bertubi-tubi menyoal Zulfarhan tentang barang yang didakwa dicurinya namun Zulfarhan masih tidak mengaku. Saya kemudian duduk sebentar di bilik itu sebelum kembali ke bilik saya untuk menyiapkan tugasan,” kata Abdoul Hakeem.

Ditanya peguam lain, Amer Hamzah Arshad sekiranya dia ada kembali ke bilik 4-10 selepas kejadian itu, tertuduh menjawab ‘Ya, saya pergi semula ke bilik 4-10 kira-kira pukul 4 pagi’.

Tertuduh berkata ketika itu dia melihat Mubin sedang memegang seterika wap ke arah Zulfarhan sambil bertanyakan soalan sama sekiranya mangsa ada mencuri pebagai barangan pelajar di Blok Jebat, iaitu blok kediaman para pelajar kadet ini.

“Zulfarhan masih tidak mengaku dan terus menjerit setiap kali seterika wap ditekap ke bahagian badannya. Mubin yang tidak berpuas hati dengan jawapan Zulfarhan kemudian menyerahkan seterika itu kepada seorang lagi tertuduh, Muhammad Najib Mohd Razi yang bertindak menekap seterika wap itu ke lengan Zulfarhan,” katanya.

Seterusnya pada 26 Mei 2017, tertuduh berkata Zulfarhan telah dibawa oleh beberapa rakan mereka ke Klinik Al-Salam di Bangi bagi mendapatkan rawatan dan ketika ditanya doktor tentang kecederaannya, Allahyarham memberitahu beliau terkena bom wap sewaktu latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim semasa pemeriksaan balas terhadap tertuduh, mempersoalkan tindakan Abdoul Hakeem selaku ‘Ketua Intake’ yang tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak universiti, malah membiarkan mangsa tetap diseksa dengan seterika wap oleh Mubin dan Muhammad Najib.

Abdoul Hakeem juga tidak bersetuju dengan cadangan Julia yang menyatakan keterangannya dan penafian yang dibuatnya di mahkamah hari ini hanyalah untuk menyelamatkan diri sendiri.

Julia: Keterangan kamu hari ini hanyalah untuk elak kamu dan rakan-rakan yang terbabit untuk tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Abdoul Hakeem: Tidak setuju.

Julia: Kamu dan rakan-rakan tidak membawa Zulfarhan ke klinik lebih awal selepas kejadian untuk mendapatkan rawatan kerana tidak mahu perkara ini diketahui orang lain.

Abdoul Hakeem: Tidak setuju.

Pada 31 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Semua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti itu, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung Jumaat.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register