BTC USD 43,859.3 Gold USD 1,786.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [Update] Pemandu lori arang batu lemas di Jimah Power Plant, Port Dickson

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,395
Reaction score
398
Points
91
FB_IMG_1626756556681.jpg
FB_IMG_1626756560864.jpg
FB_IMG_1626756570637.jpg
FB_IMG_1626756580398.jpg

Operasi mencari & menyelamat pemandu lori arang batu yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant, Port Dickson awal pagi semalam, memasuki hari kedua dengan kekuatan lebih 60 anggota penyelamat.

📷 : APMM
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,395
Reaction score
398
Points
91
FB_IMG_1626780459730.jpg
FB_IMG_1626780461695.jpg
FB_IMG_1626780464710.jpg
FB_IMG_1626780467190.jpg

OP CARILAMAT: MAYAT PEMANDU LORI ARANG BATU DITEMUI, MRSC JOHOR BAHRU TAMATKAN OP CARILAMAT

PORT DICKSON, 20 Julai – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) ke atas seorang pemandu lori arang batu yang terjunam ke dalam laut ditamatkan pada jam 5.00 petang tadi berikutan penemuan mayat mangsa sebentar tadi.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah berkata, mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian telah ditemui oleh anggota APM yang turut terlibat dalam Op CARILAMAT di kawasan sekitar 1.4 batu nautika dari muara Sungai Sepang pada jam 4.00 petang tadi dan operasi CARILAMAT ditamatkan pada jam xxxxx.

Terdahulu, pada 19 Julai lalu sekitar jam 5.00 pagi, Malaysia Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan melalui MERS 999 oleh adik mangsa berkaitan kejadian tersebut.

Sejurus menerima maklumat, Op CARLILAMAT terus diaktifkan dan bot PETIR 84 telah diatur gerak ke lokasi yang dilaporkan.

Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di lokasi kejadian, pada jam 7.00 pagi semalam dan MRSC Johor Bahru mengkoordinasikan Op CARILAMAT dengan dibantu oleh Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan pekerja Jimah Power Plant.

Mangsa Sharul Nizwan bin Said, 33 tahun dari Port Dickson yang berkerja sebagai pemandu lori di Jimah Power Plant sedang memandu lori diatas jeti sebelum terjunam ke dalam laut awal pagi semalam.

Mayat mangsa telah disahkan oleh pengurus tapak Jimah Power Plant, Puan Sanisah binti Ibrahim seterusnya dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat.

#WeTakeItSeriously
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#MalaysiaCoastGuard
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#FightTogether
#KitaJagaKita

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#KDN_TogetherWeAreOne
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,388
Reaction score
15,011
Points
2,376
LEMAS | Jasad Ditemui Selepas 30 Jam Operasi

Selepas hampir 30 jam operasi mencari, jasad pemandu lori yang terperangkap dalam kenderaannya yang terjunam ke laut, akhirnya ditemui.

Mayat Sharul Nizwan Said, 33 tahun, ditemui kira-kira satu perpuluhan 4 batu nautika dari muara Sungai Sepang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,495
Reaction score
21,629
Points
1,671
Muka mcm familiar. Takziah family
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register