TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 451,810
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 451,810
- Reaction score
- 36,869
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Apabila OPR dijangka naik lagi tahun hadapan
MOHD HAFIZ ISMAIL07 NOV 2022
A⁻A⁺
Bank Negara Malaysia - Foto Bernama
BANK Negara Malaysia (BNM) pada Khamis mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Ia merupakan kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei lalu.
Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi terutama daripada rakyat yang berasa tertekan dengan peningkatan OPR selain harga barangan keperluan harian disebabkan oleh inflasi.
Menurut MIDF Research, BNM dijangka bersiap sedia lebih awal mengenai dasar monetari dengan menaikkan OPR ke tahap prapandemik pada 3.00 peratus menjelang Januari 2023.
Peningkatan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus dalam Mesyuarat Dasar Monetari terakhirnya pada 2022 adalah selaras dengan jangkaan pasaran, tetapi masih kekal di bawah paras prapandemik. Menjelang 2023, penetapan dasar monetari BNM adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia yang mampan.
Ada dalam kalangan perunding kewangan menyatakan bahawa keputusan menaikkan OPR terpaksa dilakukan bagi menghadapi peningkatan inflasi dan pengumuman Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan sehingga 75 mata asas (bps) pada Rabu.
Sekiranya OPR tidak dinaikkan, nilai ringgit akan terus menyusut, sekali gus memberi kesan kepada kos import barangan keperluan negara terutama makanan kerana Malaysia mengimport kira-kira 60 peratus makanan dengan nilai lebih RM50 bilion.
Bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman bank, kenaikan OPR ini merupakan berita kurang menyenangkan, tetapi tidak bagi sesetengah pihak mempunyai banyak simpanan di institusi perbankan, ia berita gembira kerana kadar keuntungan meningkat.
Bagaimanapun, ia bukan membawa maksud bahawa rakyat perlu terus menyimpan dan tidak berbelanja kerana boleh menyumbang kepada kemelesetan ekonomi.
Justeru, bagi mereka yang mempunyai banyak pinjaman, antara perkara boleh dilakukan ialah menyediakan tabungan lebih sewaktu membayar hutang. Contohnya, sekiranya setiap bulan perlu membayar RM1,000 bagi pinjaman, perlu ada lebihan RM200 disimpan di mana-mana tabung sebagai pelan kecemasan.
Sekiranya berlaku peningkatan OPR lagi pada masa akan datang, mereka lebih bersedia untuk membayar pinjaman berbanding perlu membuat pelarasan perbelanjaan secara mengejut.

Apabila OPR dijangka naik lagi tahun hadapan
BANK Negara Malaysia (BNM) pada Khamis mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Ia merupakan kenaikan...

Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus
09 Mac 2023 03:17pm
![]()
Bank Negara Malaysia
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
Perkara tersebut dimaklumkan BNM menerusi satu kenyataan hari ini.
Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
"MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.
"MPC terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan," memetik kenyataan tersebut.
Kenyataan itu menambah, langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
Malah, BNM memaklumkan, MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan. - Awani
![]()
Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.Perkara tersebut...www.sinarharian.com.my
OPR mungkin naik kepada 3.0 peratus Mei ini
Mac 7, 2023 @ 1:38pm
![]()
BNM menerusi MPC membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus Januari lalu -NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka dibuat pada Mei ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah di luar jangkaan mengekalkannya pada paras 2.75 peratus Januari lalu, demikian menurut Standard Chartered.
Ketua Ahli Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan Standard Chartered Bank (Singapore) Limited, Edward Lee, berkata pihaknya menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan mengekalkan kadar penanda aras pinjaman dan deposit itu pada paras semasa pada mesyuaratnya 9 Mac ini.
Beliau berkata, memandangkan subsidi masih ada, inflasi Januari menyederhana sedikit, dan dengan hanya satu bulan data sejak Januari, BNM diunjur mengekalkan pendirian tunggu dan lihat untuk menilai kesan pelarasan OPR terkumpul yang lalu.
Justeru, pihaknya akan memerhatikan penilaian BNM terhadap pertumbuhan domestik dan prospek perkembangan inflasi.
"Walaupun bank pusat menghentikan seketika pada Januari (menaikkan OPR), nada penyataan dasar monetari adalah tidak lembut.
"BNM mempunyai penilaian positif terhadap ekonomi domestik dan membiarkan ruang terbuka untuk kenaikan selanjutnya," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Mengulas lanjut, Lee berkata, pihaknya mengekalkan jangkaannya bahawa BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus Mei ini.
Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan kemungkinan rasionalisasi subsidi bahan api pada separuh kedua, yang mungkin mengecualikan kumpulan pendapatan 20 peratus teratas (T20) daripada subsidi bahan api.
Katanya, berdasarkan andaian harga minyak AS$80 setong oleh Kementerian Kewangan (MoF), pihaknya menganggarkan bahawa pemansuhan subsidi bahan api untuk kumpulan pendapatan T20 akan menambah 0.5 mata peratusan kepada inflasi setiap tahun.
Januari lalu, BNM menerusi MPC membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut tahun lalu.
OPR dinaikkan bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.
Berita Harian
#BHbisnes Paras semasa dikekalkan selepas empat kenaikan secara berturut-turut sebelum ini.
https://www.bharian.com.my/.../bnm-buat-kejutan-kekalkan...
BNM buat kejutan kekalkan OPR pada 2.75 peratus
Januari 19, 2023 @ 3:01pm
![]()
Bank Negara Malaysia (BNM) -NSTP/Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.
Ia selepas kenaikan empat kali berturut-turut sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.
Berikutan pengekalan itu, jajaran kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dikekalkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus, demikian menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan.
Berita selanjutnya menyusul.
BNM mungkin meningkatkan kadar itu 25 bps dalam mesyuarat pada esok dan 25 bps lagi melalui mesyuarat pada Mac.
OPR dijangka naik 50 mata pada suku pertama - Bank Islam
18 Januari 2023 06:17pmMasa membaca: 3 minit
![]()
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan OPR akan dinaikkan sebanyak 50 mata asas (bps) pada suku pertama tahun ini. - Gambar hiasan
BANK Islam Malaysia Bhd menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan sebanyak 50 mata asas (bps) pada suku pertama tahun ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin meningkatkan kadar itu sebanyak 25 bps dalam mesyuarat pada esok (Khamis) dan 25 bps lagi melalui mesyuarat pada Mac nanti, sekali gus menjadikan OPR kepada kadar terminal baharu sebanyak 3.25 peratus, sejajar dengan standard industri.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, BNM akan menangguhkan seketika kenaikan itu dan OPR mungkin akan kekal tidak berubah sepanjang separuh kedua tahun ini.
"BNM mungkin akan menilai semula keadaan (mengetatkan kitaran kadar faedah) untuk melihat hala tuju ekonomi global, khususnya di kawasan Euro kerana adalah tidak selesa untuk ekonomi yang begitu besar akan terus mendatar sepanjang 2023 (Bank Dunia menjangkakan pertumbuhannya 0.0 peratus pada Januari 2023)," katanya kepada pemberita dalam pembentangan "Tinjauan Ekonomi 2023: Bila Harga Kukuh" di sini pada Rabu.
Pengekalan kadar OPR yang rendah untuk terlalu lama boleh menimbulkan ketidakseimbangan makroekonomi di tengah-tengah aktiviti pengambilan risiko yang berlebihan.
Kenaikan berturut-turut dalam kadar itu, tanpa mengambil kira impak ke atas kos pinjaman keseluruhan kepada ekonomi Malaysia, bertujuan menghapuskan akomodasi kewangan yang berlebihan secara beransur-ansur dan bukan mengurangi inflasi.
BNM telah menegaskan bahawa pengurangan tahap akomodasi monetari akan diukur secara beransur-ansur, katanya.
Firdaos ketika mengulas mengenai pertumbuhan berkata, Bank Islam mengunjurkan tahun kewangan 2022 Malaysia berada pada 8.1 peratus, melangkaui anggaran rasmi iaitu antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus, di tengah-tengah prestasi suku ketiga yang lebih kukuh daripada jangkaan.
"Bagaimanapun, melihat kepada rintangan pertumbuhan pada 2023, kami percaya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan menyederhana kepada 4.5 peratus tetapi lebih tinggi berbanding negara lain di rantau ini.
"Unjuran Bank Dunia pada Januari 2023 berkongsi pandangan yang sama, yang mana pertumbuhan Malaysia dijangka berada pada empat peratus tahun ini berbanding 7.8 peratus pada 2022," katanya.
Sementara itu, Bank Islam menyatakan inflasi Malaysia yang memuncak pada 2022 akan menyederhana di tengah-tengah kadar pertukaran dolar US-ringgit serta kesan asas yang lebih baik.
Bank itu meramalkan ringgit diniagakan pada RM4.28 berbanding dolar US menjelang akhir 2023 (2022: RM4.40) dengan disokong oleh pertumbuhan berdaya tahan serta pembukaan semula ekonomi China.
"Harga akan kekal tinggi pada 2023 (dan) bank mengunjurkan inflasi utama akan sederhana kepada purata tiga peratus pada 2023 (2022: 3.4 peratus) dengan andaian bahawa kerajaan mengekalkan subsidi bahan api semasa," kata Firdaos.
Bagaimanapun, inflasi pasti akan menunjukkan trend yang lebih tinggi daripada garis dasar bank sebanyak tiga peratus jika kerajaan meneruskan rasionalisasi subsidi pada tahun ini apabila harga minyak runcit meningkat.
"Bank menjangkakan Indeks Harga Pengguna (IHP) akan menokok sebanyak 0.42 peratus melebihi paras asas bagi setiap kenaikan 10 sen dalam RON95," katanya sambil menambah opsyen untuk mengurangkan perbelanjaan pada 2023 adalah terhad.
Beliau berkata dengan jangkaan perbelanjaan pembangunan yang lebih banyak, Bank Islam mengunjurkan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) akan lebih tinggi pada RM185 bilion berbanding RM175 bilion yang disaksikan semasa 2022.
"Penebusan ini dijangka mencecah RM83.3 bilion (2022: RM78.8 bilion).
"Selain itu, nisbah caj khidmat hutang yang lebih tinggi mungkin akan menyusul, menokok seiring dengan lonjakan kadar faedah," katanya lagi.
Selain itu, beliau berkata, Bank Islam meramalkan hutang (MGS, GII dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia, MITB) kepada nisbah KDNK semakin menghampiri had statutori hutang (65 peratus) pada 64.1 peratus pada tahun semasa (2022: 63.3 peratus). - Bernama
Pertumbuhan inflasi yang tinggi, melonjak dan meluas akan menyebabkan dasar monetari akan terus diperketatkan.
#AWANInews #AWANIpagi
OPR akan meningkat kepada 3% bulan ini, ramal Standard Chartered
Dagang News
Januari 18, 2023 09:00 MYT
![]()
Kenaikan daripada 2.75 peratus ketika ini, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. - Dagang News
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus dalam mesyuaratnya Khamis ini, demikian menurut Standard Chartered Malaysia.
Kenaikan daripada 2.75 peratus ketika ini, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Pertumbuhan inflasi yang tinggi, melonjak dan meluas akan menyebabkan dasar monetari akan terus diperketatkan.
"Kami akan memerhatikan penilaian BNM terhadap pendirian dasar monetari, yang akan memberi pencerahan mengenai seberapa hampir bank pusat itu untuk mengakhiri kitaran memperketatkan dasar," katanya dalam nota kajian pada Selasa.
Bank pusat akan mengumumkan kenaikan kadar itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini.
Sepanjang 2022, BNM telah menaikkan OPR sebanyak 100 mata asas kepada 2.75 peratus daripada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.75 peratus akibat pandemik COVID-19.
Standard Chartered turut mengunjurkan pertumbuhan kekal kukuh di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2022 dijangka mencecah 8.8 peratus.
"Inflasi melonjak dan meluas, mencerminkan inflasi permintaan yang kukuh di tengah-tengah peningkatan gaji pembuatan dan perkhidmatan, walaupun gaji perkhidmatan masih lagi berada di bawah trend pertumhuhan jangka sederhana," jelasnya.
Namun, firma itu berkata, risiko peningkatan inflasi adalah kekal, dengan tekanan inflasi yang meluas, kenaikan kos perkhidmatan dan harga import yang masih tinggi.
"Susulan kemungkinan kenaikan pada bulan ini, kami menjangkakan ia akan berhenti pada Mac, sebelum satu lagi kenaikan 25 mata asas pada Mei.
"Ini berdasarkan kepada jangkaan kerajaan akan mengumumkan sebahagian pelarasan subsidi pada separuh kedua 2023.
"Jika subsidi ditarik balik kepada hanya 20 peratus pengguna RON95, kami menganggarkan inflasi utama akan meningkat hanya 0.9 peratus mengikut asas tahunan," katanya. - DagangNews.com
Kadar OPR dijangka naik dua kali lagi tahun depan
NUR IFTITAH ROZLAN
30 DEC 2022
A⁻A⁺
![]()
Bank Negara Malaysia mengumumkan empat kali kenaikan OPR pada tahun ini. - Foto: Bernama
SHAH ALAM – CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) memberi jangkaan dua lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berbanding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada 2023.
Menurut Ahli Ekonomi CGS-CIMB, Nazmi Idrus, pertumbuhan inflasi teras yang kukuh pada November tahun ini mencerminkan keadaan permintaan domestik yang mantap pada bulan tersebut.
“Jangkaan ini merupakan tanda sokongan kitaran normalisasi kadar berterusan oleh BNM.
“Berdasarkan kenyataan pada bulan lalu, bank pusat memberikan amaran jelas bahawa tekanan inflasi berkemungkinan kekal pada 2023,” katanya menerusi satu nota penyelidikan pada Jumaat.
Nazmi berpandangan, campur kerajaan terhadap beberapa barangan kawalan termasuk harga ayam, petrol dan bayaran tol dapat terus membendung sebahagian inflasi dalam jangka masa terdekat.
Bagaimanapun jelasnya, kenaikan harga tarif elektrik untuk pengguna bukan domestik dan bukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkuat kuasa pada 23 Januari depan dijangka mengakibatkan sedikit peningkatan ke atas kadar inflasi secara keseluruhannya.
“Pengiraan kami mendapati kemungkinan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 10 mata asas tahun ke tahun pada 23 Januari depan disebabkan sekitar 60 peratus pengguna elektrik di negara ini adalah pengguna bukan domestik dan daripada jumlah itu, 60 peratus adalah bukan PKS.
“Ia menambah bahawa pemberat elektrik dalam bakul IHP adalah pada 2.7 peratus, namun kesan pusingan kedua akan menjadi sedikit lebih besar,” ujarnya.
Secara keseluruhan, CGS-CIMB mengekalkan unjuran inflasi tahunan 2023 pada tiga peratus, sedikit lebih rendah berbanding IHP tahun ini pada 3.3 peratus.
Pada November 2022, IHP Malaysia meningkat sebanyak 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya dan empat peratus daripada setahun lalu.
Sementara itu, inflasi teras meningkat 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya meningkatkan pertumbuhan tahun ke tahun kepada 4.2 peratus didorong oleh komponen makanan serta hotel dan restoran.
![]()
Kadar OPR dijangka naik dua kali lagi tahun depan
SHAH ALAM - CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) memberi jangkaan dua lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25...www.sinarharian.com.my
Kadar faedah dijangka naik lagi bulan depan
Oleh Mahanum Abdul Aziz - Disember 27, 2022 @ 1:26pm
[email protected]
BNM belum selesai dengan kitaran meningkat kadar penanda aras pinjaman dan deposit di negara ini -NSTP/Aswadi Alias![]()
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan meneruskan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur sebanyak 25 mata asas lagi pada Januari 2023 bagi mengekang inflasi, demikian kata penganalisis.
Dengan inflasi teras mencecah paras tertinggi baharu sebanyak 4.2 peratus pada November 2022, kebanyakan penganalisis menjangkakan momentum optimis akan berterusan dan mendorong bank pusat menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada bulan depan.
Sekiranya menjadi kenyataan, ia bakal menjadi kenaikan OPR kelima berturut-turut sejak kali pertama pada 11 Mei 2022.
MIDF Research berkata, trend inflasi yang tinggi di Malaysia didorong oleh permintaan pengguna yang kukuh, manakala petunjuk bagi inflasi kos sudah berkurangan sejak kebelakangan ini.
Ia berkata, pasaran pekerjaan mulai meningkat, dengan pertumbuhan guna tenaga melebihi tiga peratus bagi tujuh bulan sejak April 2022, manakala import barangan penggunaan dan jualan perdagangan pengedaran terus berkembang pada kadar dua angka dengan masing-masing sebanyak 21.6 mata dan 15.2 peratus pada Oktober 2022.
Katanya, aliran inflasi keseluruhan menyederhana walaupun kekal pada 4.0 peratus pada November 2022.
"Dengan momentum yang memberangsangkan ini, kami percaya BNM berkemungkinan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.00 peratus dalam mesyuarat MPC pertama tahun depan pada 23 Januari," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Kenanga Research juga menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada Januari 2023 untuk menyelaraskan semula dengan trend pengetatan monetari global dan membendung inflasi teras yang sentiasa tinggi.
Walau bagaimanapun, ia menjangkakan kebarangkalian 50 peratus kenaikan kadar pada paras sama pada Mac 2023 berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan potensi kelembapan domestik pada tahun itu.
"Oleh itu, kami jangka kadar terminal adalah sekitar 3.00 peratus hingga 3.25 peratus, selaras dengan purata OPR jangka panjang.
"Selepas itu, kami menjangkakan BNM akan mengekalkannya tidak berubah untuk sepanjang 2023," katanya.
BNM sudah menaikkan OPR secara kumulatif 100 mata asas kepada 2.75 peratus sejak Mei 2022 berikutan tekanan permintaan yang meningkat di tengah-tengah pemulihan ekonomi domestik yang kukuh dan turun naik tidak menentu yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan.
KAF Investment Bank Bhd berpandangan bahawa BNM belum selesai dengan kitaran meningkat kadar penanda aras pinjaman dan deposit di negara ini.
Ia menjangkakan bank pusat itu akan terus mengetatkan dasar monetarinya dengan OPR meningkat 50 mata asas kepada 3.25 peratus pada separuh pertama 2023 dan dijangka kekal pada paras itu menjelang akhir 2023.
Katanya, jangkaan itu lebih tinggi berbanding 3.00 peratus sebelum ini memandangkan bank pusat berusaha untuk menyediakan penampan dasar yang lebih besar terhadap kesan buruk yang tidak dijangka peristiwa ekonomi dan tekanan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan.
"BNM dijangka menamatkan kitaran kenaikan kadarnya apabila tanda-tanda pertumbuhan perlahan dalam data ekonomi mula muncul, berkemungkinan pada pertengahan 2023," katanya.
BERITA HARIAN