UPDATE OP SARANG: Operasi Banteras Dadah

CG Sponsors




Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
24 Individu Termasuk Wanita Di Tahan Dalam Ops Sarang

07.08.2020 - Kuala Lumpur, Polis menahan 23 lelaki serta seorang wanita berumur antara 29 dan 44 tahun, dan merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah kawasan yang dijadikan sarang penagih dadah di Felda Palong 5, Gemas, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Mohd Khairiel Mohd Arif berkata kesemua mereka ditahan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, IPD Seremban dan Nilai dalam Ops Sarang selama lapan jam bermula dari pukul 6.00 pagi.

Beliau berkata seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berumur 44 dan 29 tahun dipercayai pengedar dadah, ditahan dalam serbuan di sarang penagih yang dikenali sebagai Pot Pokok Kekabu itu, yang dipercayai mula aktif menjadi tumpuan penagih di kawasan berkenaan sejak kira-kira dua bulan lepas.

"Sejumlah 18.66 gram heroin, 25.0 gram syabu dan tiga gram Erimin 5 dengan nilai keseluruhan RM4,541.40 berjaya dirampas dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Khairiel berkata hasil saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine, selain turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Dua daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala baki 22 orang lagi disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama," katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868220
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Polis Sabah Tahan Pasangan Suami Isteri, Rampas Dadah RM80,000

07.08.2020 - Kota Kinabalu, Polis Sabah menahan sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah jenis syabu seberat 2,020 gram bernilai lebih RM80,000 di Jalan Lokawi, Putatan dekat sini pada Rabu lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan berkata pasangan berusia 43 dan 34 tahun itu ditahan ketika berada dalam sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan pada kira-kira 4.45 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan berkenaan mendapati terdapat satu plastik hitam yang mengandungi dua bungkusan plastik warna perak bertulis 'savoring tea'. Kedua-dua bungkusan berkenaan kemudian dibuka dan polis menemukan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 2,020 gram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati dadah itu adalah untuk pasaran di sekitar Kota Kinabalu dan dipercayai diperoleh daripada seorang lelaki yang kini berada di Labuan.

"Siasatan lanjut sedang giat dijalankan untuk mengesan pembekal dadah berkenaan," katanya.

Menurutnya pasangan itu direman selama seminggu sehingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868201
 
Sponsored Post
Top
Log in Register