BTC USD 42,553.3 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE NEWS MR D.I.Y. | MR DIY dinobat antara syarikat terbaik Malaysia

Sponsored Post

samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
3,478
Reaction score
781
Points
81
1619788774409.jpeg


KUALA LUMPUR: MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR D.I.Y.) mencatatkan prestasi kewangan suku tahunan terbaiknya setakat ini dengan keuntungan bersih melonjak 113 peratus kepada RM124.8 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021.


Pendapatannya dalam suku dikaji pula melonjak 63 peratus kepada RM870.2 juta berbanding suku sama tahun lalu.


Keputusan kewangan lebih baik pada suku dikaji itu didorong purata jualan bulanan setiap cawangan yang lebih tinggi, selain angka jualan lebih rendah semasa suku perbandingan tahun lalu disebabkan sekatan pergerakan yang dikenakan antara 18 hingga 31 Mac 2020.


Peningkatan prestasi itu juga hasil sumbangan positif daripada cawangan baharu, dengan rangkaian gedungnya meningkat daripada 628 pada suku pertama 2020 kepada 788 pada suku pertama 2021.

Selain itu, jumlah urus niaga bagi suku dikaji meningkat 21.7 peratus daripada 24.6 juta kepada 29.9 juta.


Sehubungan itu juga, kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi RM170.7 bagi suku pertama 2021, peningkatan 108 peratus berbanding suku pertama 2020.


MR D.I.Y. dalam kenyataannya berkata, dalam suku dikaji, rangkaian gedungnya berkembang sebanyak 54 cawangan merentasi tiga jenama, merangkumi 30 cawangan MR D.I.Y., 22 cawangan MR DOLLAR dan dua cawangan MR TOY.


"Setakat 31 Mac 2021, jumlah gedung mencecah 788, merangkumi 713 cawangan MR D.I.Y., 39 cawangan MR TOY dan 36 cawangan MR DOLLAR.


"Kumpulan menyasar untuk membuka 121 lagi cawangan merantasi tiga jenama ini pada 2021," katanya.


Sejajar dengan polisi kumpulan untuk membayar dividen suku tahunan, MR D.I.Y. mengisytiharkan dividen sebanyak RM50.2 juta bagi suku pertama 2021.


Aliran tunai dan lembaran imbangan kumpulan juga kekal kukuh.


Aliran tunai bersih daripada operasi berkembang kepada RM221.4 juta pada suku pertama 2021, manakala nisbah gearan bersih kumpulan berada pada 0.04 kali.


Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong, berkata ia adalah prestasi suku kewangan paling mantap kumpulan setakat ini dan ia hasil daripada beberapa faktor.


"Tonggaknya adalah janji kami untuk nilai pada ketika pelanggan sensitif dengan impak semasa terhadap dompet mereka.


"Rangkaian gedung kami terus berkembang, menjadikannya lebih mudah diakses kepada pelanggan yang dihadkan oleh perintah pergerakan berkaitan pandemik.


"Tawaran produk berkembang kepada kira-kira 18,000 unit simpanan stok (SKU) hari ini dan kami melabur untuk mengukuhkan platform e-dagang selain menguruskan kecekapan. Inilah pencetus strategi pertumbuhan kami yang terus menghasilkan keputusan mantap," katanya.

Ada info kata ada melayu jadi jutawan dgn saham DIY
IPO 80sen naik 4 ringgit
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,071
Points
2,376
Mau tak masyuk
Ramai je singgah beli barang kat situ
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,215
Reaction score
5,523
Points
721
diy30_1623820693.jpg


MR DIY rancang buka 175 kedai baharu​


KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd bercadang menambah 175 kedai baharu merangkumi tiga jenamanya iaitu 100 kedai untuk MR DIY, 25 bagi MR TOY dan 50 bagi MR DOLLAR.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong, berkata ia membolehkan syarkat itu kekal berada di landasan bagi pertumbuhan 2021 dengan strategi tiga penjuru untuk memacu pertumbuhan, memberikan nilai dan mencapai keberkesanan operasi.


"Kami akan terus menyokong perjuangan negara dalam memerangi pandemik, di samping memastikan semua cawangan runcit menyediakan bekalan barangan keperluan (berkaitan) COVID-19 yang mencukupi untuk orang ramai dengan harga berpatutan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena mesyuarat agung tahunan (AGM) sulung syarikat itu.

Ia berjaya menganjurkan mesyuarat AGM secara maya itu dengan semua resolusi biasa menerima persetujuan pemegang saham dan pengundian dijalankan secara dalam talian.


Ong berkata, bahagian pasaran peruncitan penambaikan kediaman bagi kumpulan itu berkembang kepada 36.4 peratus pada 2020, peningkatan 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Beliau berkata, syarikat itu memproses lebih 95 juta transaksi, hampir tiga kali ganda daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun lalu.


"Kami memberikan lebih banyak tumpuan kepada penggunaan data, analisis dan teknologi dan akan menggunakan maklumat berkenaan untuk melakar inventori demi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.


-BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,215
Reaction score
5,523
Points
721
mrdiy-tng_1626679906.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong

MR DIY, Touch 'n Go jalin kerjasama strategik​


KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd dan Touch 'n Go Group menjalin kerjasama strategik bagi meningkatkan pengalaman kepada pelanggan kedua-dua syarikat semasa berbelanja.


Melalui kerjasama itu, orang ramai kini boleh menambah nilai kad Touch 'n Go di semua cawangan MR DIY selain menggunakan e-dompet Touch 'n Go bagi membuat pembayaran di cawangan dan laman web e-dagang MR DIY.


Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong, berkata selain memberikan manfaat dan kemudahan tambahan kepada pengguna, inisiatif juga disasarkan untuk memastikan pendekatan pemasaran yang lebih relevan melalui pengkhususan tawaran disokong oleh keupayaan data dan analisis.


Beliau berkata, kerjasama strategik itu mengukuhkan lagi usaha kedua-dua syarikat, dengan MR DIY akan menjadi salah satu ikon utama dalam e-dompet Touch n Go.

Ini, katanya, akan membolehkan 16 juta pengguna Touch 'n Go melihat katalog produk MR DIY dengan lancar, memesan dan membayar barangan selain mendapatkan khidmat penghantaran untuk pembelian atau diambil dari cawangan pilihan.


"Inisiatif ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga 2021. Kami sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk menjadikan MR DIY lebih mudah diakses.


"Usaha sama dengan Touch 'n Go adalah langkah yang penting untuk membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah tanpa tunai dan menguntungkan di MR DIY," katanya dalam satu kenyataan.


Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Group, Effendy Shahul Hamid, berkata situasi perniagaan ketika ini memerlukan pihaknya memupuk usaha sama kukuh dengan pelbagai jenama di Malaysia.


"Kami percaya MR DIY adalah rakan kongsi yang paling sesuai dan berharap akan dapat memberi penawaran lebih hebat kepada pelanggan masing-masing.


"Touch 'n Go dan MR DIY adalah jenama tempatan dengan matlamat utama memberi keutamaan kepada pelanggan serta menyampaikan nilai yang hebat di sepanjang rantaian interaksi pelanggan," katanya.


Pelanggan MR DIY yang membayar menggunakan e-dompet Touch 'n Go di kedai atau secara dalam talian akan menikmati promosi serta diskaun menarik.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,215
Reaction score
5,523
Points
721
WhatsApp_Image_2021-09-01_at_14.18.16_1630494556.jpg

MR DIY antara penerima anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private

MR DIY dinobat antara syarikat terbaik Malaysia​


KUALA LUMPUR: MR DIY Group (M) Bhd diiktiraf sebagai satu daripada empat penerima Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private, kuumpulan pakar antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan nasihat kepada syarikat swasta, perniagaan keluarga dan individu.

Dalam satu kenyataan, ia berkata anugerah itu mengiktiraf syarikat persendirian tempatan utama dengan pendapatan tahunan melebihi AS$25 juta di atas kecemerlangan organisasi selain sumbangan dalam industri masing-masing dan ekonomi.

Anugerah sulung itu adalah sebahagian daripada pengiktirafan Syarikat Pengurusan Terbaik global Deloitte.

Ia menggunakan proses penilaian terbukti untuk memperincikan kualiti pengurusan sesebuah perniagaan dalam bidang termasuk strategi, keupayaan dan inovasi, budaya dan komitmen selain tadbir urus dan kewangan.

-BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register