Update News | Krisis kemanusiaan Dan Perang Saudara di Yaman 2020

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
25hm23zool45_1606519566.jpg

Kakitangan Aramco Saudi berdiri berhampiran tangki yang rosak akibat serangan puak Houthi minggu lalu. - Foto AFP

Tentera Arab Saudi bom kem pemberontak di Yaman

SANAA: Tentera gabungan dipimpin Arab Saudi di Yaman semalam mengebom kem pemberontak termasuk di ibu kota negara itu, Sanaa, menurut saksi dan wartawan AFP.

Serangan itu dilakukan beberapa hari selepas puak Houthi menyerang Saudi Aramco, sebuah kemudahan minyak di Arab Saudi.

Sumber memberitahu, beberapa gabungan serangan udara menyasarkan kem tentera puak Houthidi di Sanaa dan bandar Amran dekat utara ibu kota serta wilayah pelabuhan barat Hodeida, bagaimanapun tiada yang terbunuh atau tercedera.

Isnin lalu, pemberontak Houthi yang disokong Iran mengaku menyerang sebuah kemudahan minyak di Jeddah, Arab Saudi dengan peluru berpandu Quds-2.

Mereka mendakwa ia dilakukan sebagai balasan kepada Riyadh yang mengetuai tentera gabungan dan menyokong kerajaan dalam konflik berlarutan di Yaman.

Menurut Saudi Aramco, serangan itu mengakibatkan lubang pada tangki minyak selain mencetuskan letupan dan kebakaran.

Pemberontak Houthi, yang menguasai Sanaa dan sebahagian besar wilayah utara, berperang dengan kerajaan Yaman sejak 2014 dan gabungan tentera dipimpin Arab Saudi mula campur tangan setahun selepas itu.

Seorang pegawai puak Houthi bertindak mengecam serangan yang berlaku pada Jumaat.

"Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ingin takutkan kami dengan serangan udara mereka.

"Tapi kami mengatakan kepada mereka bahawa serangan itu cuma meningkatkan kekuatan kami," kata pegawai berkenaan yang enggan namanya disiarkan. - AFP
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,546
Reaction score
338
Points
131
klu nak cepat setel, mmg kene buat serangan darat berskala besar..
serangan udara cuma lumpuhkan kawasan tersebut utk beberapa ketika shj..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register