Update News | Krisis kemanusiaan Dan Perang Saudara di Yaman 2020

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Rakyat Malaysia di Yaman dinasihat jaga keselamatan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Yaman dinasihatkan menjaga keselamatan masing-masing berikutan ketegangan di wilayah Marib.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementeriannya kini sedang memantau dengan dekat perkembangan yang berlaku di negara berkenaan.

"Malaysia mengambil berat dengan perkembangan terkini di Yaman yang mana pemberontak Houthi merancang menimbulkan konflik di beberapa kawasan, antaranya di Marib.

"Malaysia menggesa semua pihak menghentikan sebarang bentuk tindakan yang boleh menegangkan lagi keadaan. Kementerian Luar memantau perkembangan yang berlaku dan menasihatkan semua rakyat Malaysia di Yaman supaya menjaga keselamatan diri," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hishammuddin berkata, Malaysia turut mengutuk serangan dron dan peluru balistik oleh pemberontak Houthi sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, Malaysia mengulangi sokongan penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan konflik di Yaman menerusi dialog dan diplomasi, sejajar dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2216 (2015).

Media antarabangsa melaporkan lebih 100 orang terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan dron dan peluru berpandu, didakwa dilakukan pemberontak Houthi di Yaman.

Serangan pada Sabtu lalu itu menamatkan ketenangan dalam tempoh beberapa bulan antara pemberontak Houthi dan kerajaan Yaman yang menerima sokongan pasukan gabungan diketuai Arab Saudi.
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
#Houthis/#AnsarAllah captured Jabal Şalīl & Jabal ash Shuramī and advances towards Jibal al Sahl in Jubah district & Washal in Jabal Murad district, while other troops are aproaching to As Salibah area in Harib district & Waynan area in Jubah district further south #Yemen

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Tiada rakyat Malaysia di wilayah bergolak Marib, Yaman

KUALA LUMPUR: Seramai 587 rakyat Malaysia di Yaman dilaporkan tidak terkesan secara langsung dengan insiden ketegangan di wilayah Marib.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata daripada jumlah berkenaan, 566 warga Malaysia berada di Hadramawt, Aden (tiga), Lahj (empat), Zabid (11) dan Sana'a (tiga).

"Mengikut laporan dan maklumat terkini daripada Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman, warga kita di Yaman tidak terkesan secara langsung dengan kejadian dekat wilayah Marib.

"Bagaimanapun, kementerian sedang memantau rapi perkembangan dan situasi semasa yang berlaku di negara berkenaan," katanya pada BH, hari ini.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan meminta rakyat Malaysia di Yaman supaya menjaga keselamatan masing-masing berikutan ketegangan di wilayah Marib.

Hishammuddin berkata kementeriannya kini sedang memantau dengan dekat perkembangan yang berlaku di negara berkenaan.

Malaysia mengambil berat dengan perkembangan terkini di Yaman yang mana pemberontak Houthi merancang menimbulkan konflik di beberapa kawasan, antaranya di Marib.

Hishammuddin dipetik sebagai berkata, pihaknya menggesa semua pihak menghentikan sebarang bentuk tindakan yang boleh menegangkan lagi keadaan.

Media antarabangsa melaporkan lebih 100 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan dron dan peluru berpandu didakwa dilakukan pemberontak Houthi di Yaman.

Serangan pada Sabtu lalu itu menamatkan ketenangan dalam tempoh beberapa bulan antara pemberontak Houthi dan kerajaan Yaman yang menerima sokongan pasukan gabungan diketuai Arab Saudi.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
peta_1600605576.jpg


Timbalan Ketua Jajahan Kota Bharu, Mohd Zamri Ibrahim menunjukkan peta dan lokasi jajaran projek pembinaan Jambatan Palekbang-Penambang yang dijangka bermula Julai tahun depan dan bakal siap sepenuhnya pada Disember 2023 ketika hadir di tapak cadangan projek terbabit di Kampung Penambang. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

5 cedera, pemberontak Yaman serang perkampungan Arab Saudi

RIYADH: Lima orang awam cedera selepas tembakan peluru yang dilepaskan pemberontak Yaman, Huthi mengenai sebuah kampung di wilayah Jizan, selatan Arab Saudi, semalam.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, orang awam itu dikejarkan ke hospital dan hanya mengalami 'kecederaan ringan' akibat serpihan.

Tiga kenderaan juga dilaporkan rosak di sempadan perkampungan itu, namun nama kampung itu tidak dedahkan.

Pemberontak Huthi yang mendapat sokongan Iran ketika ini dilaporkan masih belum mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Sejak beberapa bulan lalu, pemberontak Syiah mula menggunakan misil dan serangan dron ke atas Arab Saudi dan mula menyasarkan wilayah selatan serta sempadan yang panjang antara dua negara, termasuklah Riyadh.

Gabungan beberapa negara diketuai Arab Saudi yang sudah lima tahun berperang dengan Huthi mendakwa mereka berjaya memintas kebanyakan serangan itu.

Arab Saudi yang dipimpin Ahli Sunnah berkali-kali menuduh Iran yang majoriti Syiah membekalkan senjata yang canggih kepada Huthi, namun Tehran menafikan perkara itu.

Walaupun dibantu oleh negara Barat termasuk Amerika Syarikat, gabungan negara itu kekal bergelut dengan kehadiran militan Huthi yang pakar dalam taktik serangan gerila.

Negara gabungan campur tangan dalam menyokong kerajaan Yaman pada 2015 selepas Huthi menawan Sanaa dan menutup kerajaan sementara yang berpangkalan di Aden.

Sejak itu, berpuluh ribu penduduk khususnya orang awam terbunuh dan jutaan terpaksa melarikan diri sehingga memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggelar situasi itu sebagai 'kecelakaan kemanusiaan'. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
2 warga AS, 240 penyokong pemberontak dibebaskan di Yaman
yaman_1602717821.jpg


WASHINGTON: Dua tahanan warga Amerika Syarikat (AS) dibebaskan di Yaman selepas lebih 200 penyokong puak pemberontak Huthi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, semalam.

Pembebasan tahanan, pasca insiden pertelagahan itu dicapai menerusi perjanjian pertukaran antara Arab Saudi dan Oman.

Rumah Putih menjelaskan petugas misi kemanusiaan, Sandra Loli dan usahawan, Mikael Gidada, dilepaskan pemberontak Huthi yang menawan Yaman, termasuk kota Sanaa.

Menerusi proses sama, puak pemberontak turut mengembalikan mayat warga AS ketiga, iaitu Bilal Fateen.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, berkata Fateen dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan, namun tidak memberikan sebarang perincian lanjut.

Penasihat keselamatan kebangsaan, Robert O'Brien, tidak menjelaskan mengenai perjanjian pertukaran yang dikatakan dicapai oleh Arab Saudi dan Oman itu.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan penghargaan kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Pemerintah Oman, Haitham bin Tariq Al Said, berikutan usaha mereka untuk memeterai perjanjian berkenaan, sehingga membawa kepada pembebasan warga AS.

"Presiden Donald Trump kekal mengutamakan usaha pembebasan dan membawa pulang warga AS yang menjadi tahanan di negara terbabit."Kita tidak akan putus asa selagi mereka yang ditahan dapat kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing," katanya dalam kenyataan.

Trump yang masih bertungkus-lumus menjayakan siri kempennya, menjelang pemilihan presiden pada 3 November depan, dilihat sering memberi tumpuan kepada isu pembebasan tahanan warga AS dan memperuntukkan hukuman terhadap kumpulan penculik.

Usaha oleh ahli Republikan itu turut mendapat sokongan ibu bapa Kayla Mueller, iaitu petugas misi bantuan warga AS yang terbunuh selepas diculik oleh pengganas Daesh di Syria, pada 2013 lalu.

Sehingga kini, tidak banyak perincian yang didedahkan mengenai warga AS, selepas mereka dijadikan tahanan di Yaman.

Suami Loli, Richard Boni, berkata isterinya berada di wilayah bergolak, Yaman kerana terbabit dalam misi penyaluran bantuan air bersih, namun dijadikan tahanan selama 16 bulan.

"Hari ini ialah yang ditunggu-tunggu selama ini," katanya dalam kenyataan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Yemen: Over 1,000 prisoners to be freed in large-scale swap deal


 
Sponsored Post
Top
Log in Register